AADK Daerah Dang Wangi

Call Directions Website

AADK Daerah Dang Wangi Lebih Baik Cegah! Tak Perlu Stim Gais!

📢 JOM SERTAI KAMI! 💙💛✨ JELAJAH ASPIRASI BEBAS DADAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 2026 ✨Orang ramai dijemput hadir memer...
24/10/2026

📢 JOM SERTAI KAMI! 💙💛

✨ JELAJAH ASPIRASI BEBAS DADAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 2026 ✨

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program ini sambil mendapatkan pelbagai maklumat dan perkhidmatan yang disediakan oleh AADK! 🤩

📅 Tarikh: 31 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.00 pagi – 2.00 petang
📍 Tempat: Dewan Serbaguna, PA Desa Rejang, Kuala Lumpur

💙 Antara perkhidmatan AADK yang disediakan:

✅ Pameran Antidadah – Informasi, pendidikan dan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah.

✅ Pendaftaran SKUAD Antidadah – Jom jadi sebahagian daripada s**arelawan dan agen penyampai mesej antidadah!

✅ Perkhidmatan MRT AADK – Khidmat nasihat, advokasi rawatan dan pemulihan serta rujukan kes secara s**arela.

🌟 Jangan lepaskan peluang ini! Jom datang beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat. Kehadiran anda amat dialu-alukan!

☎️ Hotline AADK:
1-800-22-2235 / 019-626 2233

BERSAMA MEMBINA KOMUNITI BEBAS DADAH! 💪🇲🇾







✨ JELAJAH ASPIRASI BEBAS DADAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 2026 ✨📢 WARGA KUALA LUMPUR, JOM TURUN BERAMAI-RAMAI! 🎉Ayuh ...
23/10/2026

✨ JELAJAH ASPIRASI BEBAS DADAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 2026 ✨

📢 WARGA KUALA LUMPUR, JOM TURUN BERAMAI-RAMAI! 🎉

Ayuh meriahkan Jelajah Aspirasi Bebas Dadah Peringkat Wilayah Persekutuan 2026 yang bakal berlangsung seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 31 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.00 pagi – 2.00 petang
📍 Tempat: PA Desa Rejang, Kuala Lumpur

Pelbagai aktiviti menarik, pertandingan, reruai pameran serta perkhidmatan daripada pelbagai agensi menanti anda seisi keluarga! 🎪🎯

💙 Jom bersama-sama menyemarakkan semangat komuniti prihatin dan meningkatkan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah.

✨ Jangan lupa ajak keluarga, jiran dan rakan-rakan! Jumpa anda di sana! 🥳








📢 PROGRAM PESANAN ANTIDADAH (PESADA)📅 19 Oktober 2026 (Isnin)📍 Jalan Raja Alang & Lorong Haji Taib, Kuala LumpurAADK Dae...
20/10/2026

📢 PROGRAM PESANAN ANTIDADAH (PESADA)

📅 19 Oktober 2026 (Isnin)
📍 Jalan Raja Alang & Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur

AADK Daerah Dang Wangi telah melaksanakan aktiviti Pesanan Antidadah (PESADA) di sekitar kawasan Parlimen Titiwangsa.

Aktiviti ini melibatkan edaran risalah berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah, hebahan perkhidmatan AADK serta mendapatkan maklum balas masyarakat setempat.

Terima kasih kepada komuniti yang memberikan kerjasama dan terus prihatin dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah. 🤝

Bersama kita wujudkan komuniti bebas dadah! 💪

⸻

☎️ Ada Masalah Dadah? Hubungi hotline AADK 1-800-22-2235 atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan.

🌐 www.aadk.gov.my






KENALI TANDA-TANDA, JANGAN TERUS MENGHAKIMI 👀Perubahan fizikal, mata merah, s**a menyendiri, perubahan emosi, masalah ti...
17/10/2026

KENALI TANDA-TANDA, JANGAN TERUS MENGHAKIMI 👀

Perubahan fizikal, mata merah, s**a menyendiri, perubahan emosi, masalah tidur atau penemuan barangan mencurigakan boleh menjadi antara tanda yang perlu diberi perhatian.

Namun, tanda-tanda ini bukan bukti muktamad seseorang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan bahan. Jika terdapat perubahan yang membimbangkan, dekati dengan baik dan bantu mereka mendapatkan khidmat nasihat yang sewajarnya. 🤝

Awasi tanda-tanda awal. Bantu mereka segera.

☎️ Hotline Tele-Helo AADK
1-800-22-2235 (AADK)
019-626 2233
🌐 www.aadk.gov.my





🌧️🌫️ HUJAN LEBAT, TAPI PAGI MASIH JEREBU?Tahukah anda? Hujan lebat tidak semestinya menghilangkan jerebu sepenuhnya. Par...
16/10/2026

🌧️🌫️ HUJAN LEBAT, TAPI PAGI MASIH JEREBU?

Tahukah anda? Hujan lebat tidak semestinya menghilangkan jerebu sepenuhnya. Partikel pencemaran masih boleh berada di udara dan dibawa angin dari kawasan lain.

✅ Sentiasa semak bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dan kurangkan aktiviti luar sekiranya kualiti udara tidak sihat.

😷 Jaga diri, jaga kesihatan!

⸻

☎️ Masalah Dadah? Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan.

Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



JANGAN CUBA-CUBA, NANTI TERBIASA! 🚫Kadang-kadang semuanya bermula dengan ayat, “Cuba sekali je…” Tapi satu percubaan bol...
15/10/2026

JANGAN CUBA-CUBA, NANTI TERBIASA! 🚫

Kadang-kadang semuanya bermula dengan ayat, “Cuba sekali je…” Tapi satu percubaan boleh menjadi langkah awal kepada penyalahgunaan dan kebergantungan dadah.

Jangan mudah terpengaruh dengan ajakan kawan. Berani kata TIDAK dan pilih kehidupan yang lebih sihat, selamat dan bebas daripada dadah. 💪🌱

Rugi kalau terjebak. Lebih baik cegah!

☎️ Hotline Tele-Helo AADK
1-800-22-2235
019-626 2233
🌐 www.aadk.gov.my





AADK Daerah Dang Wangi telah menerima kunjung hormat daripada Puan Maisarah binti Othman, Unit Sumber Manusia & Integrit...
13/10/2026

AADK Daerah Dang Wangi telah menerima kunjung hormat daripada Puan Maisarah binti Othman, Unit Sumber Manusia & Integriti, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., bagi membincangkan pelaksanaan Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD).

Perbincangan ini bertujuan memperkukuh kerjasama dalam usaha mewujudkan persekitaran tempat kerja yang bebas daripada penyalahgunaan dadah, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pencegahan dadah dalam kalangan warga kerja.

Semoga perbincangan ini menjadi langkah positif ke arah menjayakan pelaksanaan Program TEKAD serta memperluas usaha pencegahan dadah di tempat kerja.

⸻

Ada Masalah Dadah? Hubungi talian Hotline AADK di 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233, atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DAN KESEDARAN ANTIDADAH BERSAMA WARGA KERJA JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MdI) WPKLAADK Dae...
13/10/2026

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DAN KESEDARAN ANTIDADAH BERSAMA WARGA KERJA JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MdI) WPKL

AADK Daerah Dang Wangi telah menerima undangan bagi mengadakan sesi ceramah dan pameran antidadah bersama warga kerja Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) pada Jumaat lepas (9 Oktober 2026) bersempena Program Bicara Integriti Tahun 2026; 'Jati Diri, Bebas Dadah, Sejahtera Organisasi' pada Khamis.

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah dalam kalangan warga kerja Mdl, memupuk budaya kerja berintegriti, berdisiplin dan bertanggungjawab ke arah mewujudkan persekitaran kerja bebas dadah dan organisasi yang sejahtera.

Ceramah telah disampaikan oleh Puan Mastura Muklas, Ketua Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam AADK Daerah Dang Wangi. Turut hadir, Encik Mohd Sufian bin Hassan, Pengarah Unit Integriti Ibu Pejabat MdI dan Puan Nurul Ainna binti Ahmad, Pengarah Mdl WPKL.

💙 Lebih Baik Cegah! Rugi Kalau Terjebak!

Sebarang pertanyaan, khidmat nasihat dan aduan berkaitan dadah boleh disalurkan melalui Hotline AADK di 1-800-22-2235 atau 019-626 2233. Layari www.aadk.gov.my untuk maklumat lanjut.






DADAH DALAM DUNIA DIGITAL 📱⚠️Jangan mudah terpedaya dengan tawaran atau ajakan mencurigakan di media sosial. Dadah boleh...
10/10/2026

DADAH DALAM DUNIA DIGITAL 📱⚠️

Jangan mudah terpedaya dengan tawaran atau ajakan mencurigakan di media sosial. Dadah boleh disamarkan dalam pelbagai bentuk dan diedarkan melalui platform digital.

Bijak memilih, berani menolak. Jangan cuba walau sekali! 🚫

⸻

Lebih Baik Cegah! Keprihatinan kepulihan adalah kehidupan. Hubungi talian Hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my ketahui perkhidmatan AADK!





09/10/2026

‘Bekas Penagih Pun Nak Kerja’

Apakah cabaran yang dihadapi bekas penagih dadah untuk kembali ke alam pekerjaan?

Ikuti kupasan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengenai realiti, stigma masyarakat dan peluang kedua buat bekas penagih untuk membina kehidupan baharu.

📅 Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
🕘 Masa: 9.00 malam
🎙️ Program: PODX MMTV
🎤 Hos: Roshihan Anuar & Maszureen Hadzman
📱 Siaran: Utusan Malaysia & Kosmo Online

Address

Tingkat 4, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, No. 69, Jalan Sri Hartamas 1, Off Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60362012100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Dang Wangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share