Parti Bumiputera Perkasa Malaysia - PUTRA

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia - PUTRA

Share

Sebuah parti politik yang memperjuangkan hak rakyat pribumi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

01/06/2026

NASIHAT ORANG KERDIL KEPADA MAJLIS PIMPINAN PERIKATAN NASIONAL

1. Saya menulis ini sebagai seorang yang kerdil dalam politik tapi ada sedikit pengalaman melalui penglibatan berbagai pergolakan dan peristiwa politik tanah air, dan bukan sebagai orang yang buta membaca gerak kuasa. PAS ialah parti Islam yang matang dan berpengalaman. BERSATU p**a lahir daripada keresahan rakyat terhadap politik lama, dengan pengalaman pentadbiran di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin. PAS ada jentera dan disiplin akar umbi. BERSATU ada pengalaman mentadbir kerajaan dan jaringan kuasa. Dua kekuatan ini jikalau digabungkan mampu menumbangkan kerajaan Madani yang hiruk piruk. Kalau dipecahkan sesama sendiri, lawan hanya tersenyum. Ada pendapat yang boleh diterima, PN amat mudah menawan Putrajaya jika PN benar-benar bersatu teguh kerana kebencian rakyat terhadap PMX, DAP, UMNO dan AMANAH atas berbagai isu yang memang teruk serta tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia sejak Merdeka.

2. Dalam perjuangan Islam, kemenangan bukan hanya tentang siapa paling kuat bercakap. Islam mengajar menjaga saf sebelum mengejar kemenangan. Saf yang bocor biasanya bukan kalah kerana musuh terlalu kuat, tetapi kerana orang dalaman yang membuka ruang kepada musuh. Sebab itu PAS dan BERSATU, jangan sampai melihat kawan sendiri lebih besar bahayanya daripada musuh sebenar.

3. PAS mesti ingat, bila rakyat melihat sesama sahabat dalam PN saling sindir dan saling serang, rakyat bukan sahaja menilai politik PAS, tetapi menilai wajah perjuangan Islam yang PAS bawa. BERSATU p**a jangan melayan serangan dengan emosi. Kadang-kadang orang yang paling banyak membalas bukan nampak kuat, tetapi nampak hilang sabar. Dalam keadaan begini, yang paling tenang akan menang moral di mata rakyat.

4. Jangan terlalu mudah percaya PH dan UMNO benar-benar akan berpecah. Dalam politik, gaduh di pentas tidak semestinya bermusuh di bilik rundingan. Zahid tidak mudah meninggalkan Anwar kerana UMNO masih bergantung kepada nafas Putrajaya. Anwar p**a tidak mudah membuang UMNO kerana tanpa UMNO, kerajaan Madani kehilangan tongkat Melayu paling penting.

5. Sebab itu pergaduhan PH dan UMNO boleh jadi hanya retak terkawal untuk menghilangkan label UMDAP. UMNO mahu penyokong Melayu percaya mereka masih melawan DAP. DAP p**a mahu penyokong mereka percaya DAP masih berani menekan UMNO. Sedangkan kerajaan tetap berjalan, kuasa tetap dikongsi dan rundingan tetap berlaku. Jangan sampai PN termakan wayang lawan lalu memecahkan rumah sendiri.

6. Ada orang berkata PAS boleh bergerak dengan reset baharu bersama Hamzah. Saya tidak menolak kehebatan sesiapa, tetapi politik pilihan raya bukan hanya bergantung kepada siapa ada angka MP hari ini sahaja. Bila Parlimen dibubarkan, semua angka itu hilang. Yang tinggal ialah jentera, struktur, logo, emosi pengundi, calon, wang dan keyakinan rakyat. Meninggalkan PN demi sesuatu yang belum cukup akar ialah perjudian besar.

7. Begitu juga bisikan Muafakat Nasional 2.0 antara PAS dan UMNO. Itu lebih mudah disebut daripada dijayakan. Luka akar umbi PAS dan UMNO bukan boleh disapu dengan satu sidang media. Tambahan p**a medan politik baharu sudah ada BERSAMA Rafizi yang lebih agresif menarik pengundi muda dan atas pagar. Kalau pembangkang berpecah banyak blok, PH-BN akan mendapat hadiah terbesar daripada pecahan undi Melayu sendiri.

8. Akhirnya saya merayu kepada seluruh Majlis Pimpinan PN dan penyokong akar umbi, tidak perlulah masing-masing berlumba menjadi hero sampai terlupa rumah sendiri sedang dibakar. Setiap kata-kata panas sedang dikutip cybertrooper lawan sebagai peluru percuma. Jika PRU16 nanti PH dan sekutunya menang walaupun sarat kelemahan, jangan terkejut kalau puncanya bukan kerana mereka terlalu kuat, tetapi kerana PN sendiri gagal menjaga lidah, gagal menjaga saf dan gagal membezakan antara melawan musuh dengan mencederakan kawan sendiri. Rupa-rupanya pepatah melayu zaman dahulu masih releven, menang sorak kampung tergadai (rasa kuat tetapi kalah), bunyi guruh di langit, tapi hujan tak turun, atau ayam berkokok, tetapi hari tidak siang. Rasa kuat dan hebat, tetapi gagal rampas Putrajaya PRU16. Sebabnya, masing-masing hilang akal yang waras.

9. Ini adalah luahan nasihat Tok Him, manusia kerdil bersama Parti PUTRA yang dilabel kecil tetapi berjiwa besar dan sentiasa berlapang dada, tidak hipokrit dan sentiasa rendah diri dalam kelantangan perjuangan demi bangsaku melayu, rakyat malaysia dan negara yang sedang hancur akibat Madanin yang munafik. Bersatulah wahai keluarga besar PN jika ingin merampas Putrajaya demi Rakyat Malaysia yang mahukan kerajaan yang berintegriti dan berakhlak.

MOHON MAAF JIKA TERKASAR BAHASA
TETAPI IKHLAS DAN JUJUR

Oleh: Datoโ€™ Dr. Ibrahim Ali
Presiden Parti PUTRA
1 Jun 2026

Sumber gambar: MalaysiaGazette

01/06/2026

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke hadapan

๐Š๐„๐๐€๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€
๐’๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐ƒ๐”๐Š๐€ ๐๐€๐†๐ˆ๐๐ƒ๐€ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ-๐๐„๐‘๐“๐”๐€๐ ๐€๐†๐Ž๐๐†
๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐ˆ๐๐‘๐€๐‡๐ˆ๐Œ

sempena

๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐—บ๐—ถ

๐Š๐ž๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐ƒ๐ฎ๐ฅ๐ข ๐˜๐š๐ง๐  ๐Œ๐š๐ก๐š ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ข๐š
๐’๐ž๐ซ๐ข ๐๐š๐๐ฎ๐ค๐š ๐๐š๐ ๐ข๐ง๐๐š ๐“๐ฎ๐š๐ง๐ค๐ฎ

pada

๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—ญ๐˜‚๐—น๐—ต๐—ถ๐—ท๐—ท๐—ฎ๐—ต ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan keafiatan berpanjangan, kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat serta lindungan Allah SWT dalam memayungi negara dan rakyat jelata.

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Ikhlas daripada,
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)

30/05/2026

Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Zakaria Abd Rahman. Arwah merupakan Mantan Pengerusi PUTRA Wilayah Persekutuan pada awal penubuhan sekitar tahun 2019 (Penaja). Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah.

Ikhlas daripada Presiden dan seluruh kepimpinan PUTRA Malaysia.

26/05/2026

10 Zulhijjah 1447H | 27 Mei 2026M

โ€œSelamat Hari Raya Aidiladha 2026. Aidiladha mengajar kita erti sebenar pengorbanan, keikhlasan, dan ketaatan kepada Ilahi. Semoga segala bentuk pengorbanan kita dalam kehidupan seharian dibalas dengan ganjaran yang tidak ternilai oleh Allah SWT.โ€

SALAM AIDILADHA DARIPADA PRESIDEN DAN SELURUH KEPIMPINAN PUTRA MALAYSIA

Photos from Parti Bumiputera Perkasa Malaysia - PUTRA's post 23/05/2026

23052026 (Sabtu) | 8.30 malam - Telah berlangsung sesi perjumpaan antara Presiden PUTRA bersama Ketua-Ketua Bahagian PUTRA Negeri Selangor bagi membincangkan penyusunan semula struktur organisasi PUTRA Selangor sebagai persediaan menghadapi Persidangan Tahunan PUTRA 2026 serta gerak kerja menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Perbincangan turut menyentuh aspek pengukuhan organisasi, penyelarasan kepimpinan di peringkat bahagian serta hala tuju strategik PUTRA Negeri Selangor dalam memperkukuh gerak kerja parti di peringkat akar umbi.

Turut hadir dalam sesi perjumpaan tersebut ialah Sdr. Nasrul Ali Hasan, Setiausaha Agung PUTRA dan Sdr. Halim mewakili ADT PUTRA.

Semoga segala usaha dan perancangan yang disusun terus memperkukuhkan Parti PUTRA sebagai wadah perjuangan bangsa, agama dan negara.

23/05/2026

Rakyat terhimpit kos hidup, politik p**a jadi โ€˜pentas hiburanโ€™ โ€“ Tok Him

Rakyat terhimpit kos hidup, politik p**a jadi โ€˜pentas hiburanโ€™ โ€“ Tok Him 22/05/2026

KUALA LUMPUR โ€“ Datuk Dr Ibrahim Ali mendakwa, rakyat negara ini semakin tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat ketika sebahagian ahli politik didakwa lebih sibuk mengejar kuasa, jawatan dan kepentingan politik sendiri berbanding membela nasib rakyat.

Menurut Presiden Parti Bumiptera Perkasa Malaysia (Putra), rakyat kini bergelut untuk meneruskan kehidupan termasuk membayar hutang, sewa rumah, ansuran kenderaan, perbelanjaan sekolah anak serta kos harian yang semakin membebankan.

Rakyat terhimpit kos hidup, politik p**a jadi โ€˜pentas hiburanโ€™ โ€“ Tok Him Rakyat kini bergelut untuk meneruskan kehidupan termasuk membayar hutang, sewa rumah, ansuran kenderaan, perbelanjaan sekolah anak serta kos harian yang semakin membebankan.

22/05/2026

KASIHAN RAKYAT MALAYSIA

1. Pada pagi subuh hari ini, jumaat 22 Mei 2026, saya nak luah perasaan yang terbuku di hati dan berlegar dalam fikiran saya agak lama dan bercakap terus terang. Kasihan saya melihat rakyat Malaysia mutakhir ini. Rakyat sibuk kira duit nak isi dapur, bayar hutang, bayar sewa rumah, ansuran kereta, belanja sekolah anak, minyak motor dan macam-macam lagi.Semuanya nampak elok dan berita-berita dari pemimpin atau agensi kerajaan semua bagus tetapi di lapangan rakyat menderita dengan kos sara hidup yang makin tertekan. Semuanya indah khabar dari rupa. Tetapi, ramai orang politik p**a sibuk kira kerusi, jawatan, kuasa dan masa depan politik sendiri. Berita-berita hanya lebih banyak soal politik masing-masing bukan benar-benar fokus kepada membela rakyat. Cerita dan hal isu rakyat hanya sambil lalu. Kasihan sungguh rakyat Malaysia.

2. Hari ini, politik sudah menjadi penyakit kronik. Mulut cakap rakyat, kepala fikir jawatan. Bila kalah, tubuh parti. Bila kena pecat, tubuh parti. Bila tak dapat tempat, tubuh parti. Bila merajuk, tubuh parti. Akhirnya rakyat cuma dijadikan alasan untuk orang politik panjat tangga kuasa dengan berbagai slogan yang bermula dengan reformasi, yang akhirnya menjadi reformati setelah berkuasa. Semuanya berjuang untuk Melayu dan Islam, tapi Melayu makin berkecamuk, makin terpinggir, Islam diganggu-gugat dan Raja-raja diperlekehkan dengan cukup hinaโ€ฆTetapi, Parti-parti Politik tumbuh seperti cendawan.

3. Saya hendak tanya terus terang. Berapa ramai orang politik betul-betul bangkit sebab rakyat lapar? Berapa ramai keluar parti sebab petani terhimpit, nelayan susah, peniaga kecil jatuh dan anak muda mengganggur? Jangan guna nama perjuangan untuk tutup kecewa peribadi. Rakyat hari ini bukan bodoh lagi. Rakyat nampak pemimpin syok sendiri dan tidak cukup dengan apa yang ada. Adakah pemimpin melayu bukan sahaja bersih tapi dilihat bersih? Lihat rumah, kereta dan gaya hidup. Mereka belum puas.

4. Banyak yang berlaku hari ini bukan sebab prinsip pun. Bukan sebab hendak selamatkan negara. Banyak berlaku sebab ego, sebab tamak jawatan, sebab kecewa tak dapat tempat atau nak naik lebih tinggi dan sebab nafsu politik yang tidak pernah kenyang. Masa belum ada kuasa, cakap macam pejuang rakyat. Bila sudah dapat kuasa sikit, terus lupa tanah tempat berpijak atau sejarah bergolek di jalan.

5. Yang lebih pelik, sudah begitu mewah tetapi masih tidak cukup. Sudah pegang jawatan besar dalam parti pun masih tamak lagi. Rakyat di bawah bergelut cari duit makan, tetapi di atas sibuk runding masa depan politik sendiri. Ini bukan perjuangan rakyat. Ini perjuangan perut dan tembolok politik.

6. Politik sekarang p**a semakin jadi pentas hiburan. Pemimpin politik jadi selebriti dan diundi pop**ar. Ada yang lebih sibuk membina imej daripada membina penyelesaian. Podcast ada, konten ada, gelak ketawa ada, gaya santai ada, karaoke ada tetapi bila rakyat tanya soal harga barang, kerja anak muda, hutang, sewa rumah dan kos hidup, jawapannya kabur. Saya hendak tanya, negara ini hendak diselamatkan dengan pop**ariti atau dengan kerja sebenar membela rakyat?

7. Rakyat jangan mudah terpesona dengan pemimpin yang hidup terlalu mewah. Tengok jam mahal terus kagum. Tengok kereta mewah terus sanjung. Tengok rumah besar terus anggap hebat. Sedangkan kadang-kadang semua itu bukti pemimpin itu sudah terlalu jauh daripada denyut nadi rakyat biasa.

8. Saya juga hendak cakap kepada rakyat. Jangan marah kalau terus dipijak, kalau rakyat sendiri yang mengangkat orang itu naik. Pemimpin rosak tidak jatuh dari langit. Mereka naik sebab rakyat pilih, rakyat sokong, rakyat pertahankan dan rakyat taksub membuta tuli. Bila berkuasa, menyamun secara halus. Mereka pandai atur strategi. Cuma yang bodoh saja tertangkap. Jangan ingat yang didakwa saja tidak bersih tetapi ramai yang tidak didakwa dapat NFA atau tidak disiasat.

9. Sebab itu saya kata kasihan rakyat Malaysia. Rakyat diperah dengan kos hidup, kemudian dipermain p**a dengan politik haprak yang tidak pernah habis. Sudah sampai masa rakyat pilih pemimpin yang bersih, ada maruah, ada integriti, hidup sederhana dan betul-betul serius membela rakyat. Negara ini tidak perlukan pelakon politik macam politik di India..Negara ini perlukan pemimpin yang ada hati dan jiwa benar-benar untuk rakyat.

ANDAI TERSALAH KATA-KATA HARAP MAAF KERANA JIWA INI SANGAT TERTEKAN MELIHAT RAKYAT YANG SUSAH TAPI TERLALU BAIK HATI. MELAYU MALAYSIA ADALAH RAKYAT TERBAIK DI DUNIA, SABAR DAN TIDAK MEMBERONTAK WALAUPUN DITIPU DAN DI KENCING DENGAN JANJI PALSU.

Oleh: Datoโ€™ Dr. Ibrahim Ali
Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
22 Mei 2026

20/05/2026

TONY PUA TUNJUK TARING DI BUMI MELAYU :TIDAK BERADAB DAN KURANG AJAR KEPADA RAJA

1. Tony Pua, jangan nak tunjuk taring di bumi melayu dan hentikan helah politik ini. Jangan berlindung di sebalik istilah โ€œRaja Berperlembagaanโ€ untuk memperlekeh titah Sultan. Itu bukan hujah undang-undang. Itu manip**asi yang cuba mengaburkan batas adab di mana bumi di pijak dan di situ langit di junjung

2. Ya, kuasa Raja ada had. Itu prinsip asas. Tetapi dalam kerangka constitutional monarchy, had kuasa tidak pernah menafikan moral authority dan kedudukan Raja sebagai payung kedaulatan negara.

3. Bila kamu Tony Pua melabel titah Sultan sebagai โ€œbukan decreeโ€, dia bukan sekadar berhujah. Dia sedang merendahkan satu constitutional convention yang menjadi tunjang kestabilan bahawa titah Raja dihormati walaupun bukan berbentuk undang-undang. Ini adat di bumi melayu.

4. Ini kesilapan besar. Perlembagaan bukan sekadar teks. Ia hidup bersama adat, tradisi dan Rukun Negara. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bukan slogan, tetapi asas yang mengikat sistem.

5. Tony Pua kamu gagal membezakan antara legal power dan legitimacy. Raja mungkin tidak bertindak secara eksekutif, tetapi kedudukan Raja sebagai simbol kedaulatan tidak boleh diperkecilkan dengan permainan istilah. Raja tetap Raja bersama Daulatnya.

6. Apa yang dituturkan ini bukan pendidikan perlembagaan. Ini usaha menormalisasikan sikap sinis terhadap Raja, satu bentuk erosion of respect yang perlahan tetapi merosakkan asas negara.Ini agenda halus untuk menafikan ketuanan melayu di bawah payung Raja yang berdaulat.

7. Jangan silap. Ini bukan soal kebebasan bersuara. Ini soal tanggungjawab dalam kerangka Perlembagaan. Kebebasan tanpa adab adalah pintu kepada keruntuhan institusi. Budaya Melayu biar mati mak, jangan mati adat. Kerja Raja dijunjung, kerja rakyat dikelek. Ini adalah adat tanpa undang-undang amalan umat melayu Islam turun menurun. Semua pihak hayati jika mahu tinggal dan berpijak di bumi Malaysia yang dahulunya Persekutuan Tanah Melayu, berasal negeri-negeri pemerintahan Raja-Raja Melayu. Belajar dan hayati sejarah atau boleh berambus!

8. Amara keras, jangan gunakan Perlembagaan sebagai lesen untuk biadab. Dalam negara ini, undang-undang, adat dan kedaulatan Raja bergerak bersama. Sesiapa yang cuba memisahkannya sedang mencabar asas negara itu sendiri.

9. Cukup. Jangan uji kesabaran orang melayu yang taat kepada Raja. Titah adalah kerja Raja yang mesti disempurnakan.

DAULAT TUANKU

Menjunjung kasih dan rakyat umat Melayu-Islam tetap mempertahankan kedaulatan Institusi Raja tanpa kompromi, membujur lalu melintang patah.

Oleh: Datoโ€™ Dr. Ibrahim Ali
Presiden PUTRA merangkap Penyelaras Sekretariat Rakyat Bertindak
20 Mei 2026

Kerajaan digesa haramkan tambang 'bidding e-hailing' | Harian Metro 19/05/2026

Sekretariat Rakyat Bertindak (DESAK) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) mendesak kerajaan agar segera mengharamkan model tambang bidding e-hailing, mengkaji semula kenaikan kos insurans e-hailing dan memastikan Akta Pekerja Gig 2025 menyelesaikan isu sebenar pemandu di lapangan.

Penyelaras DESAK merangkap Presiden PUTRA, Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, ini disebabkan pemandu e-hailing kini dihimpit dari tiga penjuru.

Kerajaan digesa haramkan tambang 'bidding e-hailing' | Harian Metro Kuala Lumpur: Sekretariat Rakyat Bertindak (DESAK) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) mendesak kerajaan agar segera mengharamkan model tambang bidding e-hailing, mengkaji semula kenaikan kos insurans e-hailing dan memastikan Akta Pekerja Gig 2025 menyelesaikan isu sebenar pemandu di lapan...

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


No. 88, Second Floor, Wisma KGMB, Jalan Datuk Haji Eusoff
Kuala Lumpur
50400

Opening Hours

Monday 11:00 - 15:00
Tuesday 11:00 - 15:00
Wednesday 11:00 - 15:00
Thursday 11:00 - 15:00
Friday 11:00 - 15:00