08/11/2026
FAHAMI ISU DSNR
Saya perlu bersuara sebagai Presiden sebuah parti politik, walaupun saya hanya seorang yang kerdil, mengenai isu tahanan rumah untuk DSNR yang kini menjadi kontroversi dan menyusahkan semua pihak.
PERSOALAN POKOK ialah kes 1MDB, iaitu Kes No. 2, yang menyaksikan DSNR telah dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun dan penalti sebanyak RM11 bilion. Mahkamah telah pun menjatuhkan hukuman bagi kes ini sebelum pembayaran RM50 juta.
Kes No. 2, iaitu kes 1MDB, masih belum mendapat pengampunan. Kes SRC International p**a sudah selesai.
Namun, oleh sebab sudah ada penghakiman bagi Kes No. 2, iaitu kes 1MDB, maka kes tersebut tidak boleh dirangkumkan dengan Kes No. 1, iaitu SRC International. Inilah sebabnya, mengikut pemahaman saya, AGC, iaitu Jabatan Peguam Negara, perlu kembali ke mahkamah untuk mendapatkan pandangan atau keputusan yang jelas.
Ini merupakan isu teknikal, tetapi mempunyai kesan yang besar dari segi prinsip Rule of Law (kedaulatan undang-undang), supaya tidak ada pihak yang kemudiannya mencabar keputusan tersebut melalui permohonan semakan kehakiman.
Saya bersimpati dengan DSNR, tetapi sebagai seorang pemimpin yang kerdil, saya tetap menjunjung prinsip Rule of Law dan tidak mahu dilihat sebagai manusia yang bertalam dua muka, hipokrit dan munafik.
Inilah yang dikatakan:
“Not that I love Caesar less, but I love Rome more.”
Rakyat mesti diadili sama rata di sisi undang-undang. Bagi mereka yang tidak mahu dipenjarakan atau dikenakan hukuman, janganlah melakukan kesalahan. Apabila sudah terpalit atau melakukan kesalahan, terimalah akibatnya.
Sebagai orang Islam, kita sentiasa diingatkan supaya menjadi manusia yang taat kepada Allah dan menjauhi segala perbuatan yang dilarang oleh Allah.
Inilah antara perkara yang sentiasa diingatkan oleh para imam setiap hari Jumaat ketika memulakan bacaan khutbah.
Saya mengambil sikap untuk bersabar seketika bagi memberi ruang kepada AGC menyelesaikan masalah dan isu perundangan yang berbangkit. Saya tidak berhajat untuk bermain politik, walaupun saya juga seorang ahli politik. Saya tidak mahu terlalu cepat menuduh mana-mana pihak secara tidak berasas atau dengan bahasa yang biadab.
Apabila bukti atau fakta sudah jelas, silalah masuk gelanggang.
Jadilah manusia atau pemimpin yang tidak mengharu-birukan rakyat. Sebab itu saya tidak s**a kepada gelombang biru kerana ia membuatkan langit tidak selalu cerah.
IKHLAS,
DATO' IBRAHIM ALI
Presiden PUTRA
8 November 2026