Markas Rejimen Askar Jurutera DiRaja Pakar - Askar Wataniah

Markas Rejimen Askar Jurutera DiRaja Pakar - Askar Wataniah

Share

Headquarters Royal Engineer Regiment Specialists Regiments, Malaysian Army

Photos from Markas Rejimen Askar Jurutera DiRaja Pakar - Askar Wataniah's post 02/04/2026

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KOMANDER REJIMEN JURUTERA REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA PAKAR KEPADA PEGAWAI MEMERINTAH 70 REJIMEN PAKAR JANAELEKTRIK REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA ASKAR WATANIAH

Kuala Lumpur, 2 April 2026 โ€“ Komander Rejimen Jurutera Rejimen Askar Jurutera Diraja Pakar, Kolonel Mohd Nizam bin Mat Daud telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Memerintah 70 Rejimen Pakar Janaelektrik Rejimen Askar Jurutera Diraja (AW), Lt Kol Datoโ€™ Ir Muhamad Nazri bin Pazil di Level 3 Tower A TNB Platinum, Bangsar Kuala Lumpur.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta membuka ruang kepada perbincangan dan pertukaran pandangan dalam usaha mewujudkan jalinan kerjasama yang lebih kukuh untuk Rejimen Pakar RAJD (AW) pada masa hadapan. Di samping itu, kunjungan ini turut memberi penekanan kepada perbincangan strategik meliputi pembangunan keupayaan, perkongsian kepakaran teknikal serta penerokaan inisiatif baharu yang berpotensi meningkatkan kesiapsiagaan dan keberkesanan operasi kedua-dua pihak secara berterusan.

Sesi kunjungan hormat ini diakhiri dengan pertukaran cenderahati dan sesi bergambar sebagai simbolik hubungan baik di antara kedua-dua pihak. Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada hubungan strategik yang lebih erat serta landasan kepada kerjasama berterusan dalam memperkasakan peranan RAJD Pakar (AW) demi kepentingan pertahanan negara.

18/03/2026
16/03/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐‡๐€๐“๐€๐Œ ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐‘๐Š๐€๐’ ๐‘๐€๐‰๐ƒ ๐๐€๐Š๐€๐‘ (๐€๐–)

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ, ๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐— ๐—ฎ๐—ฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ - Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Markas Rejimen Askar Jurutera DiRaja Pakar (Askar Wataniah) telah berlangsung di Surau Ar-Rahmah bersempena dengan keberkatan bulan Ramadan Al-Mubarak. Program ini bertujuan memupuk kecintaan warga MK RAJD Pakar (AW) terhadap Al-Quran, di samping membudayakan amalan membaca serta menghayati kesucian kitab suci dalam kehidupan seharian.

Majlis dimulakan dengan solat dhuha secara berjemaah dan diikuti dengan tazkirah ringkas oleh Ustaz daripada Jabatanarah KAGAT. Kemudian diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran oleh para peserta-peserta tadarus. Seramai 45 orang peserta terdiri daripada pegawai, anggota, serta kakitangan awam MK RAJD Pakar (AW) telah mengambil bahagian dalam pengisian rohani ini.

Acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada para peserta tadarus yang disempurnakan oleh Komander Rejimen Jurutera Pakar (AW), Kolonel Mohd Nizam bin Mat Daud.

Penganjuran majlis sebegini bukan sahaja memperkukuh ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga MK RAJD Pakar (AW), malah turut menjadi wadah untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti kerohanian yang memberi manfaat serta keberkatan kepada semua yang terlibat.

13/03/2026

SESI PENCERAHAN DEKLARASI CUKAI PENDAPATAN ANGGOTA ATM BERSAMA WARGA MK RAJD PAKAR (AW)- 13 MAC 2026.

Sesi ini adalah inisiatif Komander Rejimen Jurutera, MK RAJD Pakar (AW) sebagai pendedahan dan penerangan dokumentasi MyTax kepada anggota-anggota dan juga Pegawai di RAJD Pakar. Sesi ini juga dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang prosedur dan tatacara kepada anggota untuk memudahkan pengisian MyTax e-failling. Ramai yang tersenyum lebar selepas sesi ini setelah mendapati masing-masing layak mendapat lebihan pembayaran cukai yang telah dibuat selama ini. Terima kasih kepada wakil UGAT di atas penerangan kepada pengisian E-filing itu.

Photos from Rejimen Askar Jurutera DiRaja's post 07/03/2026

Welcome to our family ๐Ÿ˜Š

Photos from Markas Rejimen Askar Jurutera DiRaja Pakar - Askar Wataniah's post 06/03/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐‹๐Ž๐†๐ˆ๐’๐“๐ˆ๐Š ๐Œ๐€๐‘๐Š๐€๐’ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐๐€๐Š๐€๐‘ ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐–๐€๐“๐€๐๐ˆ๐€๐‡
๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, ๐Ÿจ ๐–ฉ๐–บ๐—‡ ๐Ÿค๐Ÿจ โ€“ ๐–ช๐—ˆ๐—†๐–บ๐—‡๐–ฝ๐–พ๐—‹ ๐–ฑ๐–พ๐—ƒ๐—‚๐—†๐–พ๐—‡ ๐–ฉ๐—Ž๐—‹๐—Ž๐—๐–พ๐—‹๐–บ ๐–ฌ๐–บ๐—‹๐—„๐–บ๐—Œ ๐–ฑ๐–พ๐—ƒ๐—‚๐—†๐–พ๐—‡ ๐– ๐—Œ๐—„๐–บ๐—‹ ๐–ฉ๐—Ž๐—‹๐—Ž๐—๐–พ๐—‹๐–บ ๐–ฃ๐—‚R๐–บ๐—ƒ๐–บ ๐–ฏ๐–บ๐—„๐–บ๐—‹ (๐– ๐—Œ๐—„๐–บ๐—‹ ๐–ถ๐–บ๐—๐–บ๐—‡๐—‚๐–บ๐—), ๐—๐–พ๐—…๐–บ๐— hadir ke ๐–ฌ๐–บ๐—ƒ๐—…๐—‚๐—Œ ๐–ฒ๐–พ๐—‹๐–บ๐— ๐–ณ๐–พ๐—‹๐—‚๐—†๐–บ ๐–ณ๐—Ž๐—€๐–บ๐—Œ ๐–ฏ๐–พ๐—€๐–บ๐—๐–บ๐—‚ ๐–ซ๐—ˆ๐—€๐—‚๐—Œ๐—๐—‚๐—„ ๐–ฌ๐–ช ๐–ฑ๐– ๐–ฉ๐–ฃ ๐–ฏakar (๐– ๐–ถ) ๐–ฝ๐—‚ ๐–บ๐—‡๐—๐–บ๐—‹๐–บ ๐–ฌ๐–พ๐—ƒ ๐–ก๐–บ๐–ฝ๐—‹๐—Ž๐—… ๐–ง๐–บ๐—‡๐—‚๐—Œ ๐–ป๐—‚๐—‡ ๐– ๐–ป๐–ฝ ๐–ฒ๐–บ๐—…๐—‚๐—† ๐–ฝ๐–บ๐—‡ ๐–ช๐–บ๐—‰๐— ๐–ฌ๐—Ž๐—๐–บ๐—†๐—†๐–บ๐–ฝ ๐–ฒ๐–บ๐–ฟ๐—Ž๐–บ๐—‡ ๐–ป๐—‚๐—‡ ๐–จ๐–ป๐—‹๐–บ๐—๐—‚๐—†.
๐–ฌ๐–บ๐—ƒ๐—…๐—‚๐—Œ ๐–ฝ๐—‚๐—Œ๐–พ๐—†๐—‰๐—Ž๐—‹๐—‡๐–บ๐—„๐–บ๐—‡ ๐–ฝ๐–พ๐—‡๐—€๐–บ๐—‡ ๐–บ๐–ผ๐–บ๐—‹๐–บ ๐—†๐–พ๐—‡๐–บ๐—‡๐–ฝ๐–บ๐—๐–บ๐—‡๐—€๐–บ๐—‡๐—‚ ๐–ญ๐—ˆ๐—๐–บ ๐–ฒ๐–พ๐—‹๐–บ๐— ๐–ณ๐–พ๐—‹๐—‚๐—†๐–บ ๐–ณ๐—Ž๐—€๐–บ๐—Œ ๐–ฝ๐—‚๐—Œ๐–บ๐—„๐—Œ๐—‚๐—„๐–บ๐—‡ ๐—ˆ๐—…๐–พ๐— ๐–ช๐—ˆ๐—†๐–บ๐—‡๐–ฝ๐–พ๐—‹ ๐–ฑ๐–พ๐—ƒ๐—‚๐—†๐–พ๐—‡ ๐–ฉ๐—Ž๐—‹๐—Ž๐—๐–พ๐—‹๐–บ ๐–ฌ๐–ช ๐–ฑ๐– ๐–ฉ๐–ฃ ๐–ฏ๐–บ๐—„๐–บ๐—‹ (๐– ๐–ถ).
๐–ฒ๐–พ๐—…๐—Ž๐—‹๐—Ž๐— ๐—๐–บ๐—‹๐—€๐–บ ๐–ฌ๐–ช ๐–ฑ๐– ๐–ฉ๐–ฃ ๐–ฏ๐–บ๐—„๐–บ๐—‹ (๐– ๐–ถ) ๐—†๐–พ๐—‡๐—€๐–บ๐—…๐—Ž-๐–บ๐—…๐—Ž๐—„๐–บ๐—‡ ๐–ฏ๐–พ๐—€๐–บ๐—๐–บ๐—‚ ๐–ซ๐—ˆ๐—€๐—‚๐—Œ๐—๐—‚๐—„ ๐–ฌ๐–ช ๐–ฑ๐– ๐–ฉ๐–ฃ ๐–ฏakar (๐– ๐–ถ) ๐—’๐–บ๐—‡๐—€ ๐–ป๐–บ๐—๐–บ๐—‹๐—Ž, ๐–ช๐–บ๐—‰๐— ๐–ฌ๐—Ž๐—๐–บ๐—†๐—†๐–บ๐–ฝ ๐–ฒ๐–บ๐–ฟ๐—Ž๐–บ๐—‡ ๐–ป๐—‚๐—‡ ๐–จ๐–ป๐—‹๐–บ๐—๐—‚๐—† untuk menyertai MK RAJD Pakar (AW), ๐—Œ๐–พ๐—‹๐—๐–บ ๐—†๐–พ๐—‡๐—€๐—Ž๐–ผ๐–บ๐—‰๐—„๐–บ๐—‡ ๐—Œ๐–พ๐—…๐–บ๐—†๐–บ๐— ๐—†๐–พ๐—‡๐—ƒ๐–บ๐—…๐–บ๐—‡๐—„๐–บ๐—‡ ๐—๐—Ž๐—€๐–บ๐—Œ.
๐–ฒ๐–พ๐—…๐—Ž๐—‹๐—Ž๐— ๐—๐–บ๐—‹๐—€๐–บ ๐–ฑ๐– ๐–ฉ๐–ฃ ๐–ฏ๐–บ๐—„๐–บ๐—‹ (๐– ๐–ถ) ๐—ƒ๐—Ž๐—€๐–บ ๐—†๐–พ๐—‡๐—€๐—Ž๐–ผ๐–บ๐—‰๐—„๐–บ๐—‡ ๐—Œ๐–พ๐—๐—‚๐—‡๐—€๐—€๐—‚-๐—๐—‚๐—‡๐—€๐—€๐—‚ ๐—‰๐–พ๐—‡๐—€๐—๐–บ๐—‹๐—€๐–บ๐–บ๐—‡ ๐–ฝ๐–บ๐—‡ ๐—Ž๐–ผ๐–บ๐—‰๐–บ๐—‡ ๐—๐–พ๐—‹๐—‚๐—†๐–บ ๐—„๐–บ๐—Œ๐—‚๐— ๐—„๐–พ๐—‰๐–บ๐–ฝ๐–บ ๐–ฌ๐–พ๐—ƒ ๐–ก๐–บ๐–ฝ๐—‹๐—Ž๐—… ๐–ง๐–บ๐—‡๐—‚๐—Œ ๐–ป๐—‚๐—‡ ๐– ๐–ป๐–ฝ ๐–ฒ๐–บ๐—…๐—‚๐—† ๐–บ๐—๐–บ๐—Œ ๐—Œ๐–พ๐—€๐–บ๐—…๐–บ ๐—ƒ๐–บ๐—Œ๐–บ, ๐—„๐—ˆ๐—†๐—‚๐—๐—†๐–พ๐—‡ dan ๐—Œ๐—Ž๐—†๐–ป๐–บ๐—‡๐—€๐–บ๐—‡ ๐–ป๐–พ๐—…๐—‚๐–บ๐—Ž ๐—Œ๐–พ๐—‰๐–บ๐—‡๐—ƒ๐–บ๐—‡๐—€ tempoh 3 tahun menjalankan tugas sebagai Pegawai Logistik di ๐–ฌ๐–ช ๐–ฑ๐– ๐–ฉ๐–ฃ ๐–ฏ๐–บ๐—„๐–บ๐—‹ (๐– ๐–ถ).

Photos from Rejimen Askar Jurutera DiRaja's post 03/03/2026

Syabas Skn Pakar Air Johor ๐Ÿ‘
๐Ÿ‘

Photos from Rejimen Askar Jurutera DiRaja's post 01/03/2026
Photos from Markas Rejimen Askar Jurutera DiRaja Pakar - Askar Wataniah's post 01/03/2026

KUNJUNGAN HORMAT KOMANDER REJIMEN JURUTERA MARKAS REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA PAKAR (ASKAR WATANIAH) KEPADA PEGAWAI MEMERINTAH 40 REJIMEN PAKAR PELABUHAN

KUALA LUMPUR, 25 Feb 26 โ€“ Komander Rejimen Jurutera Markas Rejimen Askar Jurutera DiRaja Pakar Askar Wataniah (AW), Kolonel Mohd Nizam bin Mat Daud telah mengadakan sesi Kunjungan Hormat kepada Pegawai Memerintah 40 Rejimen Pakar Pelabuhan, Leftenan Kolonel Dato' Azman Shah Mohd Yusof yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MMC Port Holding Sdn Bhd pada hari ini. Kunjungan ini dilaksanakan sebagai usaha memperkukuh kerjasama strategik dan mempererat hubungan profesional dua hala antara kedua-dua pihak. Dalam masa yang sama, perbincangan turut memfokuskan kepada isu serta cabaran semasa berkaitan aspek kefungsian dan kesiapsiagaan 40 Rejimen Pakar Pelabuhan RAJD (Askar Wataniah) bagi memastikan keupayaan pasukan sentiasa berada pada tahap optimum.

Selain itu, kunjungan hormat tersebut turut menjadi platform bagi membincangkan cadangan serta pendekatan yang boleh dilaksanakan oleh Rejimen Askar Jurutera DiRaja dalam memperkasakan usaha menarik minat penyertaan lebih ramai anggota sejajar dengan perancangan penstrukturan baru 40 Rejimen Pakar Pelabuhan RAJD (AW) daripada jumlah 6 buah Skuadron yang sedia ada kepada 9 buah Skuadron kelak. Sesi perbincangan berlangsung secara konstruktif dan berfokus dengan kedua-dua pihak bertukar pandangan serta cadangan dalam memperkasakan Rejimen Pakar RAJD (Askar Wataniah) masing-masing melalui pendekatan _Whole of Government and Whole of Society_ (WoGoS). Pendekatan ini menekankan penyepaduan agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat bagi memperkukuh pertahanan komprehensif melalui platform angkatan simpanan yang dinamik. Kunjungan hormat tersebut diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati sebagai simbolik penghargaan dan jalinan kerjasama berterusan.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Lorong Tombak, Jalan Tekpi, Jalan Padang Tembak
Kuala Lumpur
50634

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00