Parti Pribumi Bersatu Bahagian Cheras P123

Parti Pribumi Bersatu Bahagian Cheras P123

Share

"RESET"

25/03/2026

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€
๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐๐†

1. Ketika Kerajaan menaikkan harga diesel kepada RM4.72 seliter - tertinggi dalam sejarah Malaysia - pesawah padi menjadi kelompok yang paling terkesan ketika ini.

2. Waktu ini pesawah berada dalam fasa kritikal, ada yang dalam musim menuai dan ada juga yang bermula dalam persediaan musim baharu.

3. Dalam waktu yang sama negara berdepan musim kemarau. Banyak kawasan sawah menyaksikan padi menjadi hampa. Sudahlah hasil terjejas, pesawah terpaksa p**a mengeluarkan kos tambahan disebabkan kenaikan harga diesel hingga ada yang menanggung kerugian.

4. Lebih mendesak, jentera penuai dan pembajak hingga kini tidak termasuk dalam skop bantuan BUDI-Agri Madani, manakala subsidi RM160 sehektar bagi kerja membajak dan RM50 sehektar bagi tuaian, jelas tidak lagi mencerminkan realiti kos semasa.

5. Persoalan juga timbul berhubung Insentif Tunai RM600 kepada pesawah. Apakah benar pesawah tidak menerima bantuan ini sejak dua musim berturut-turut?

6. Pembangkang bimbang jika kerajaan tidak menangani isu ini dengan segera, krisis harga minyak akan menjadi krisis keselamatan bekalan makanan. Kita harap kerajaan akan mengambil langkah intervensi dengan segera.

7. Pelan Kontinjensi Nasional harus dibuat segera dengan mengambil kira keadaan konflik di rantau Teluk. Ianya harus jelas dan menyeluruh supaya semua pihak sama ada kerajaan mahu pun rakyat bersedia menghadapi segala kemungkinan di masa hadapan.

8. Jangan sesekali bersikap defensif terhadap teguran atau cadangan yang diberikan. Negara perlukan kepimpinan yang mendengar denyut nadi rakyat, yang memahami realiti sebenar di bawah sana dan sentiasa jujur dalam setiap tindakan.

๐ƒ๐€๐“๐Žโ€™ ๐’๐„๐‘๐ˆ ๐‡๐€๐Œ๐™๐€๐‡ ๐™๐€๐ˆ๐๐”๐ƒ๐ˆ๐
Ketua Pembangkang
25 Mac 2026, Kuala Lumpur

20/03/2026
25/02/2026

AA Trojan Horse rupanya?

Photos from Parti Pribumi Bersatu Bahagian Cheras P123's post 23/02/2026

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€

๐Ÿ๐Ÿ– ๐Š๐ž๐ฉ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง๐š๐ง ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐‹๐ž๐ญ๐š๐ค ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง, ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐๐š๐ซ๐ญ๐ข ๐๐ซ๐ข๐›๐ฎ๐ฆ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐‚๐ก๐ž๐ซ๐š๐ฌ ๐“๐ž๐ซ๐›๐ฎ๐›๐š๐ซ.

Jawatankuasa BERSATU Bahagian Cheras dengan ini mengumumkan peletakan jawatan secara beramai-ramai barisan kepimpinan utama bahagian serta keputusan untuk keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan tersebut melibatkan struktur kepimpinan teras bahagian yang terdiri daripada Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Setiausaha Bahagian, Bendahari, Ketua Penerangan, Ketua Armada Bahagian, Ketua Srikandi Bahagian serta Ahli Jawatankuasa yang dipilih dan dilantik, merangkumi ๐Ÿญ๐Ÿด ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐Ÿฎ๐Ÿฏ keseluruhan anggota jawatankuasa.

Sehubungan dengan pengunduran majoriti kepimpinan ini, maka Jawatankuasa BERSATU Bahagian Cheras adalah terbubar secara automatik selaras dengan kedudukan struktur organisasi bahagian.

Keputusan ini dibuat secara kolektif setelah mengambil kira perkembangan semasa dalam parti, selain mempertimbangkan prinsip perjuangan, suara akar umbi serta hala tuju gerak kerja di peringkat bahagian.

Jawatankuasa BERSATU Bahagian Cheras merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama sepanjang tempoh perkhidmatan dan perjuangan.

Sebarang perkembangan lanjut berkaitan perkara ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—ต๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€

Photos from Parti Pribumi Bersatu Bahagian Cheras P123's post 17/12/2025

Aktiviti riadah PPBM Cheras bertujuan mengeratkan silaturahim, mengamalkan gaya hidup sihat dan mengukuhkan semangat setiakawan dalam kalangan ahli.

18/11/2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Naib Ketua Armada BERSATU Bahagian Cheras sempena majlis perkahwinan yang telah berlangsung pada 15 November 2025.

Semoga perkahwinan ini menjadi titik permulaan kepada sebuah kehidupan yang penuh keberkatan, kasih sayang, dan kebahagiaan yang berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sebagai seorang pemimpin muda yang berwibawa, didoakan agar terus cemerlang bukan sahaja dalam kerjaya politik, tetapi juga dalam membina institusi keluarga yang harmoni dan sejahtera.

Didoa agar Allah SWT memberkati ikatan ini dengan rahmat, rezeki yang melimpah ruah, dan zuriat yang soleh serta solehah. Semoga rumah tangga yang dibina menjadi syurga dunia yang dipenuhi dengan cinta, sabar, dan persefahaman.

Selamat menempuh alam rumah tangga. Barakallahu lakuma wa baraka โ€˜alaikuma wa jamaโ€™a bainakuma fi khair.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Cheras
Kuala Lumpur