13/05/2026
In conjunction with the International Day of Plant Health 2026, the Academy of Sciences Malaysia (ASM), through Mission-Oriented Initiatives (MOI), continues to champion a whole-of-nation approach in addressing food security challenges. By bringing together scientists, policymakers, industry, civil society and communities, ASM is helping break silos and transform research and policy priorities into coordinated national action.
As global food systems face growing pressures from climate change and supply chain disruptions, ASM’s MOI: Food Security & Sovereignty focuses on strengthening Malaysia’s domestic food ecosystem through sustainable farming practices, climate-resilient solutions and innovation-driven research to build long-term national resilience.
12/05/2026
ASM menegaskan kepentingan Malaysia Science Endowment (MSE) sebagai mekanisme pembiayaan alternatif yang mampan bagi memperkukuh ekosistem penyelidikan, pembangunan, inovasi, pengkomersialan dan ekonomi (RDICE) negara. MSE merupakan antara inisiatif di bawah Pelan Tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 dan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Inisiatif ini telah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 2022, dengan ASM dilantik sebagai agensi pelaksana di bawah naungan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Perkembangan ini turut diberi perhatian melalui lawatan kerja Menteri MOSTI, YB Datuk Chang Lih Kang; Menteri Ekonomi, YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Sim Tze Tzin serta Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Ts Dr K. Nagulendran ke Pulau Pinang pada 8 Mei 2026 bagi meninjau kemajuan Projek R&D Pembungkusan Termaju MSE. Turut serta ialah Presiden ASM, Academician Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen FASc bersama Ketua Pegawai Eksekutif ASM, Puan Hazami Habib.
Lima syarikat tempatan terlibat bagi inisiatif berkenaan dan mendorong kepada penubuhan Konsortium Pembungkusan Termaju Malaysia (MAPC) yang mendukung misi untuk mencapai 7% pasaran pembungkusan termaju global menjelang tahun 2035.
12/05/2026
ASM menyambut baik persetujuan Mesyuarat Majlis Sains Negara (MSN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bagi memacu tujuh Inisiatif Berorientasikan Misi atau Mission-Oriented Initiatives (MOI) sebagai misi keutamaan kebangsaan, diselaraskan oleh ASM dengan kerjasama semua Kementerian dan pemegang taruh berkaitan.
Tujuh MOI yang dikenal pasti adalah Kedaulatan dan Keterjaminan Makanan; Penciptaan Nilai dalam Industri Sawit; Kesejahteraan dan Pemerkasaan Masyarakat Menua; Industri Semikonduktor Termaju; Pemerkasaan Penjagaan Kesihatan Digital; Teknologi Kuantum serta Kedaulatan dan Keterjaminan Tenaga.
Pendekatan berorientasikan misi ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk membina ekonomi yang lebih berdaya tahan, inklusif dan berasaskan nilai, di samping memperkukuh keupayaan negara menghadapi cabaran masa depan melalui sains, teknologi dan inovasi.
08/05/2026
ASM supports initiatives to strengthen social cohesion in Malaysia through ideaXchange: Unity in Action - Harmoni-Mesra for a Sejahtera Malaysia, held on 7 May 2026. The forum brought together thought leaders and stakeholders to discuss strategies for enhancing social harmony.
The forum highlighted the importance of values-based education, community engagement, youth participation and cross-sector collaboration in nurturing a more cohesive society. Participants also shared practical suggestions, including inter-state exchange programmes and stronger collaboration among institutions to deepen cultural understanding and strengthen connections across Malaysia’s diverse communities.
The session reinforced that for Harmoni-Mesra initiative to be widely accepted, it requires sustained commitment from all sectors, including government, academia, civil society, the private sector and local communities. It also called for continued efforts to promote openness, tolerance and mutual understanding, while rejecting divisive narratives that can weaken national unity.
06/05/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Profesor Emeritus Dato’ Dr Ibrahim Komoo FASc dan Profesor Dr Joy Jacqueline Pereira PGeol FASc atas penganugerahan sebagai Tokoh Ahli Geologi Kebangsaan Tahun 2026 sempena Sambutan Hari Ahli Geologi Peringkat Kebangsaan.
Pengiktirafan ini menghargai sumbangan cemerlang kedua-dua tokoh berkenaan di peringkat nasional dan antarabangsa terutama dalam bidang geologi dan sains bumi.
05/05/2026
Akademi Sains Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Profesor Dr Stefanie Shamila Pillai FASc atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya.
Pelantikan ini mencerminkan kepimpinan, kepakaran serta sumbangan berterusan beliau dalam memperkasa landskap ilmu di peringkat negara dan antarabangsa.
02/05/2026
Felo Kanan ASM, Academician Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail FASc berkongsi pandangan di Kongres Pendidikan Bumiputera mengenai keperluan memperkukuh sistem pendidikan negara.
Menurut beliau, pendidikan perlu terus diperkasa agar lebih relevan, inklusif dan mampu menyediakan generasi muda untuk menghadapi cabaran masa depan.
Pakar akademik dedah kelemahan serius dasar pendidikan negara
TOKOH akademik tersohor negara, Profesor Emeritus Datuk Dr. Asma Ismail, semalam melontarkan kritikan paling keras terhadap sistem pendidikan negara...
30/04/2026
Hari Pekerja disambut untuk meraikan semangat dan keikhlasan dalam setiap usaha. Terima kasih kerana sentiasa memberikan yang terbaik.
30/04/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dato’ Ts Dr Haji Amirudin Abdul Wahab FASc, atas pelantikan sebagai Penasihat Khas Keselamatan Siber dan Teknologi Digital kepada D.Y.T.M. Raja Muda Selangor.
Pelantikan ini merupakan pengiktirafan terhadap kepimpinan, kepakaran dan sumbangan besar beliau dalam memperkukuh ekosistem keselamatan siber negara.
29/04/2026
Drawing from her own journey, Datu Dr Lulie Melling FASc reflects on how students navigate science, and why factors like support at home, mindset and environment can determine whether they stay or walk away.
If you’ve ever felt that science isn’t for you, this conversation might change your perspective.
Click the link below to listen https://www.akademisains.gov.my/asm-podcast/
29/04/2026
Dalam dunia yang semakin kompleks, Malaysia memerlukan ekosistem pendidikan yang bukan sahaja melahirkan pelajar cemerlang. Lebih daripada itu, pendidikan perlu membentuk generasi yang mampu menyesuaikan diri dengan perubahan serta menyumbang kepada pembangunan negara melalui sains, teknologi dan inovasi.
Saksikan Ruang Bicara malam ini menerusi perbincangan bertajuk “Memperkukuh Ekosistem Pendidikan Malaysia.” Perbincangan ini akan mengupas keperluan memperkukuh pendidikan negara secara lebih menyeluruh daripada pembangunan bakat, kualiti pembelajaran, pemerkasaan pendidik dan kesiapsiagaan generasi muda menghadapi cabaran masa depan.
📺 Ruang Bicara, Bernama TV (Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121)
🗓️ Rabu, 29 April 2026
⏰ 9:00 - 10:00 malam
🔗 https://www.facebook.com/BernamaTV/