Bahagian Pembangunan Usahawan MARA

Directions Website Contact the organization

Bahagian Pembangunan Usahawan MARA Bahagian Pembangunan Usahawan Laman ini merupakan laman rasmi Bahagian Pembangunan Usahawan MARA.

13/10/2026
30/09/2026
𝗗𝗨𝗔 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗚𝗧𝗚 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗥𝗔𝗜𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗞𝗧𝗜𝗥𝗔𝗙𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗚𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔KUALA LUMPUR, 26 September 2026 – Dua usahawa...
26/09/2026

𝗗𝗨𝗔 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗚𝗧𝗚 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗥𝗔𝗜𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗞𝗧𝗜𝗥𝗔𝗙𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗚𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔

KUALA LUMPUR, 26 September 2026 – Dua usahawan Gate to Global (GTG) MARA meraih Product / Service Excellence Women In Export (WIEX) Award 2026 sempena Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2026.

Pengiktirafan diterima oleh YM Tengku Norhanim Tengku Othman, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Nims Adeliciousz Sdn. Bhd. serta Datin Nor Fouziah Mohd Gous, Pengasas dan Pengarah Urusan Zhafou Global Sdn. Bhd.

Kedua-duanya merupakan antara 12 usahawan GTG MARA daripada 54 syarikat yang menyertai WIEX @ MIHAS 2026 di MITEC, Kuala Lumpur. Anugerah disampaikan oleh Pengerusi MATRADE, YB Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican.

Pencapaian ini mencerminkan potensi usahawan Bumiputera untuk terus meningkatkan daya saing dan menembusi pasaran antarabangsa. Menerusi GTG MARA, usahawan diperkasa daripada Export Ready kepada Market Access melalui peningkatan kesiapsiagaan eksport, akses pasaran dan jaringan strategik global.








26/09/2026

𝗦𝗢𝗥𝗢𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘-𝟯 | 𝗣𝗔𝗩𝗜𝗟𝗜𝗢𝗡 𝗞𝗞𝗗𝗪 @ 𝗠𝗜𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲

Hari ketiga menyaksikan Perasmian Pavilion KKDW @ MIHAS KL 2026 oleh Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sesi petang diteruskan dengan walkabout Exco Kerajaan Negeri Perak, YB Dato’ Salbiah Mohamed bersama usahawan di Pavilion KKDW.








26/09/2026

𝗚𝗟𝗢𝗕𝗔𝗟 𝗛𝗔𝗟𝗔𝗟 𝗦𝗨𝗠𝗠𝗜𝗧 (𝗚𝗛𝗮𝗦) 𝟮𝟬𝟮𝟲 @ 𝗠𝗜𝗛𝗔𝗦

Majlis Perasmian Global Halal Summit (GHaS) 2026 dan MIHAS 2026 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, pada 25 September 2026 di MITEC, Kuala Lumpur. GHaS 2026 menghimpunkan sinergi MITI, JAKIM, MATRADE, HDC, Jabatan Standard Malaysia (JSM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam memperkukuh ekosistem halal Malaysia di peringkat global.

Seiring aspirasi tersebut, MARA kini mempergiat usaha memperkasa industri halal dalam kalangan usahawan Bumiputera. Menerusi Gate to Global (GTG), MARA akan memperkukuh keupayaan dan akses pasaran usahawan industri halal bagi memperluas penyertaan mereka ke pasaran global.








26/09/2026
25/09/2026

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Ir. Dr. Mahzan bin Teh atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah MARA.

Semoga pelantikan ini menjadi titik mula kepada kepimpinan yang terus membawa MARA melangkah ke hadapan dalam memperkasa pendidikan, keusahawanan dan pembangunan sosioekonomi Bumiputera.

Selamat menjalankan amanah dan semoga terus diberi kekuatan serta kebijaksanaan dalam menerajui MARA ke arah kecemerlangan yang lebih bermakna.


Address

21, Jalan MARA
Kuala Lumpur
50609

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pembangunan Usahawan MARA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Pembangunan Usahawan MARA:

Shortcuts

Share