31/07/2026
๐ฃ๐๐๐๐ฃ๐๐ฆ๐๐ก ๐จ๐ก๐๐ง ๐๐ฅ๐ข๐ก ๐ฃ๐๐จ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ ๐จ๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐ช๐๐ ๐๐๐๐ก๐๐๐๐๐จ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Kota Kinabalu, 27 Julai 2026 : Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah telah mengadakan Upacara Flag Off bagi pelepasan pegawai dan anggota yang akan melaksanakan penugasan sempena Simulasi Kecemasan Kesihatan Awam Kinabalu 2026 yang berlangsung di kawasan Gunung Kinabalu, Kundasang. Upacara pelepasan tersebut telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Sabah, YDH ACP Ras Nazrin Shah bin Abdullah dan berlangsung di perkarangan Pangkalan PGU Sabah pada jam 11.00 pagi.
Seramai 1 Pegawai Kanan Polis (PKP) dan 10 Pegawai Rendah Polis (PRP) telah dilepaskan bagi menyertai latihan simulasi berkenaan.
Penglibatan PGU Sabah adalah melalui penggunaan aset serta kepakaran Unit Dron dalam membantu pemantauan udara, penilaian situasi, pengesanan lokasi mangsa dan penyelarasan operasi di kawasan berbukit serta sukar diakses.
Program simulasi ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Taman-Taman Sabah serta agensi-agensi tindak balas kecemasan yang berkaitan. Penglibatan pelbagai pihak ini bertujuan memperkukuhkan koordinasi antara agensi dalam aspek pengurusan bencana, operasi mencari dan menyelamat serta tindak balas kecemasan secara bersepadu.
Selain menguji tahap kesiapsiagaan anggota dan aset, simulasi ini turut menjadi platform bagi meningkatkan keberkesanan komunikasi, perkongsian maklumat dan keupayaan operasi antara agensi dalam menghadapi sebarang insiden bencana sebenar pada masa hadapan.
Seluruh warga PGU Pangkalan Sabah mendoakan agar semua anggota yang terlibat sentiasa diberikan keselamatan, dipermudahkan segala urusan serta berjaya melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh profesionalisme dan dedikasi.