14/05/2026
π SESI PERBINCANGAN & PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PROSEDUR PENGURUSAN PEMBINAAN PROJEK DI BAWAH BIDANG KUASA JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
Sesi ini diadakan sebagai platform perkongsian pengalaman, penambahbaikan prosedur serta pengukuhan tadbir urus pengurusan pembinaan projek demi memastikan pelaksanaan projek kerajaan yang lebih cekap, berkualiti dan berintegriti.
Terima kasih kepada semua pegawai dan pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi perbincangan ini.
π
14 Mei 2026 (Khamis)
01/05/2026
SELAMAT HARI PEKERJA 2026! π οΈπ²πΎ
Kepada seluruh warga kerja Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) dan Jabatan Kerja Raya Malaysia, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas dedikasi, komitmen, dan usaha gigih anda dalam memacu pembangunan infrastruktur negara, demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Malaysia.
Dengan semangat tema "Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa", marilah kita teruskan amanah ini dengan penuh integriti, profesionalisme, dan semangat kebersamaan. Setiap keringat yang dicurahkan adalah sumbangan bernilai yang menjadi tulang belakang pembangunan negara.
Teruslah melangkah cemerlang!Jalan di kawasan dihias batu,
Bina infrastruktur lambang kemajuan;
Semangat waja teguh bersatu,
Pekerja MADANI nadi pembangunan.
Ikhlas daripada:
Pengarah dan Warga Cawangan Kejuruteraan cerun
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
25/04/2026
π TENTATIVE PROGRAMME
INTERNATIONAL CONFERENCE ON SLOPE (ICOS) 2026
Terokai pengisian menarik sepanjang ICOS 2026 yang menghimpunkan pakar tempatan dan antarabangsa dalam bidang kejuruteraan cerun!
π€ Pembentangan teknikal & perkongsian ilmu
π Sesi bersama pakar antarabangsa
π€ Jaringan profesional & kolaborasi industri
π’ Pameran teknologi & inovasi terkini
π Lawatan teknikal ke tapak projek cerun
π
29 β 30 April 2026
π Royale Chulan, Kuala Lumpur
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada persidangan berprestij ini!
π Maklumat lanjut: www.icos.my
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
TKPKR Sektor Infra
Road Engineering Association of Malaysia - REAM
25/04/2026
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBAIKAN CERUN DAN JALAN DARI KG. BAWONG KE RPS LEGAP, SG. SIPUT (U), KUALA KANGSAR, PERAK
Pada 23 April 2026 telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Cerun dan Jalan dari Kg. Bawong ke RPS Legap, Sg. Siput (U) yang diadakan dengan jayanya bertempat di SMK Bawong.
Majlis yang penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mohd Zolkafly bin Harun, Exco Pembangunan Luar Bandar Negeri Perak. Turut hadir memeriahkan majlis adalah wakil dari Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR Malaysia, JKR Negeri Perak, serta JKR Daerah Kuala Kangsar.
Hadir sama ialah wakil daripada pihak Perunding Azizi serta kontraktor pelaksana, Cekal Tulin Sdn. Bhd.
Projek strategik ini telah dilaksanakan oleh JKR Malaysia secara Konvesional Perunding yang bermula pada 7 September 2022 dan siap sepenuhnya pada 18 Februari 2026. Kejayaan penyiapan projek ini merupakan bukti komitmen tinggi semua pihak dalam memastikan infrastruktur yang selamat dan berkualiti demi kesejahteraan penduduk setempat.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan dirakamkan kepada seluruh warga JKR, pihak perunding, kontraktor, serta semua pihak yang terlibat atas kerjasama cemerlang dalam memastikan projek ini disiapkan mengikut spesifikasi, kos, dan tempoh masa yang telah ditetapkan.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
TKPKR Sektor Infra
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak
25/04/2026
JEMPUTAN KE RERUAI PAMERAN ICOS 2026
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan ruang pameran (exhibition booth) sempena International Conference on Slope (ICOS) 2026 anjuran Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama REAM.
Dengan tema βResilience, Adaptation & Sustainable Slopeβ, pameran ini menampilkan pelbagai teknologi terkini, inovasi pengurusan cerun serta solusi kejuruteraan daripada agensi kerajaan dan syarikat peneraju industri.
β¨ Antara pempamer:
β’ KKR
β’ CKC
β’ JMG
β’ MYSA
β’ Pintas Utama
β’ OYO Corporation (Japan)
β’ Maccaferri dan lain-lain
π
29 β 30 April 2026
β° 9.00 pagi β 5.00 petang
π Royale Chulan, Kuala Lumpur
π Ayuh datang dan terokai sendiri demonstrasi teknologi serta peluang berinteraksi dengan pakar industri!
π Maklumat lanjut: www.icos.my
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
TKPKR Sektor Infra
16/04/2026
Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) telah menganjurkan Kursus Pengumpulan Data, Penilaian dan Pemetaan Bahaya Cerun 2026 melalui Pelan Operasi Latihan (POL) Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) Jabatan Kerja Raya bagi meningkatkan kompetensi pegawai dalam aspek pengumpulan data cerun, penilaian serta pemetaan bahaya dan risiko cerun secara sistematik.
Kursus ini memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta mengenai proses inventori cerun, penggunaan borang proforma, penilaian tahap bahaya, penghasilan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC), serta pengoperasian sistem Integrated Slope Management System (ISMAS).
π Antara topik yang dibentangkan:
* Pengenalan Pemetaan Cerun
* Pengumpulan Data dan Pemetaan Cerun
* Pengenalan Proforma
* Aktiviti Lapangan β Pengumpulan Data Cerun (Field Data Collection)
* Penilaian Cerun dan Penghasilan Peta Bahaya & Risiko Cerun
* Hands-on Pengiraan Tahap Bahaya Cerun (Cerun Tanah & Cerun Batuan)
* ISMAS dan Pengoperasian PBRC
π€ Penceramah:
* Ir. Elya Shuhaira binti Shafie
* En. Shaipul Shahani bin Abd. Wahab
π€ Fasilitator:
* Tc. Mohd Ismail bin Mohd Isa
* Pn. Nurul Affiffah Hanim binti Suhaime
Penganjuran kursus ini diharap dapat memperkukuh pengetahuan, kemahiran teknikal serta kecekapan pegawai dalam melaksanakan pemantauan dan pengurusan cerun secara lebih berkesan, selamat dan mampan.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
16/04/2026
PEMBENTANGAN PROJEK PERINTIS
SISTEM PEMANTAUAN CERUN BERASASKAN TEKNOLOGI GENTIAN OPTIK
Satu sesi pembentangan telah diadakan bagi membincangkan Projek Perintis Sistem Pemantauan Cerun Berasaskan Teknologi Gentian Optik di Taman Eko Rimba, Hutan Simpan Bukit Nanas, Kuala Lumpur.
Pembentangan ini telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Syamil bin Mohd Saβad (Universiti Malaya), yang mengetengahkan penggunaan teknologi gentian optik dalam meningkatkan keupayaan pemantauan cerun secara lebih efisien dan berterusan.
Agenda sesi adalah seperti berikut:
i. Ucapan aluan oleh Ketua Bahagian Transformasi Teknologi Cerun
ii. Pembentangan projek perintis sistem pemantauan cerun berasaskan teknologi gentian optik
iii. Hal-hal berkaitan
Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan dalam memperkukuhkan penggunaan teknologi terkini bagi meningkatkan tahap keselamatan dan pengurusan cerun yang lebih mampan.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
14/04/2026
π LAWATAN TAPAK KE CADANGAN LOKASI PERALATAN AMARAN AWAL TANAH RUNTUH (EWS)
Kolaborasi Penyelidikan JKR, 5 Actuary Legacy & UMPSA
π
09 β 10 April 2026 (Khamis β Jumaat)
β° 8.00 pagi β 5.00 petang
Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) telah mengadakan lawatan tapak ke beberapa cadangan lokasi pemasangan Peralatan Amaran Awal Tanah Runtuh (Early Warning System β EWS) menerusi kolaborasi penyelidikan bersama 5 Actuary Legacy dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
π Lokasi lawatan:
β’ Jalan FT59 β Lavender Park, Ringlet
β’ Jalan FT59 β Empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet
β’ Jalan FT59 β Habu
β’ Kuarters JKR Daerah, Tanah Rata
β’ Jalan FT185 β Seksyen 46, Jalan Simpang Pulai β Gua Musang
Lawatan ini bertujuan menilai kesesuaian lokasi pemasangan peralatan EWS bagi memperkukuh sistem pemantauan cerun serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi risiko tanah runtuh.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan JKR dalam memperkasakan penggunaan teknologi dan penyelidikan demi keselamatan infrastruktur serta pengguna jalan raya.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
TKPKR Sektor Infra