03/10/2025
LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH CHERAS KE BAHAGIAN LOGISTIK DAN TEKNOLOGI IPD CHERAS
Selamat datang diucapkan kepada YDH Superintendent Chua Kok Lian Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras yang baru telah dilantik pada 29 September 2025 dan telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Logistik & Teknologi IPD Cheras pada 03 Oktober 2025
Lawatan ini bertujuan untuk mengenali dan mengeratkan hubungan antara pegawai kanan, pegawai rendah polis serta pegawai awam yang bertugas di bahagian tersebut. Sesi taklimat telah diadakan berkenaan fungsi, peranan serta aset semasa di Bahagian Logistik & Teknologi IPD Cheras. Lawatan ini juga menjadi platform untuk menilai tahap kesiapsiagaan serta penambahbaikan dan mengenalpasti keperluan yang boleh dipertingkatkan bagi menyokong kelancaran tugasan operasi harian.
18/04/2025
“KIT INSPECTION (PEMERIKSAAN KENDERAAN PASUKAN)”
Cawangan Pengangkutan Bahagian Logistik & Teknologi IPD Cheras telah menjalankan Kit Inspection kepada kenderaan pasukan sebanyak 12 kenderaan melibatkan kenderaan saloon MPV, motorsikal peronda, dan GS Cargo 4x4 pada 17 April 2025 bertempat di dataran kawad. Pemeriksaan kenderaan diketuai oleh KB Log IPD Cheras bersama Ketua Cawangan Pengangkutan IPD Cheras.
Kit inspection adalah suatu tugas kepada anggota yang menggunakan kenderaan pasukan dan di pertanggungjawab menjaga kenderaan PDRM.
✔ Pemandu kenderaan PDRM hendaklah mengamalkan disipilin yang tinggi dan memandu kenderaan pasukan secara berhemah ketika berada dilapangannya.
✔ Tanggungjawab pemandu kenderaan MPV hendaklah buat saraan (maintenance) dan laporkan kerosakan kepada Ketua Bengkel. Saraan telah ditetapkan jadual pada setiap bulan.
✔ Pemeriksaan kenderaan pasukan ini dapat memastikan kenderaan pasukan dalam keadaan baik dan siapsedia serta selamat digunakan sewaktu membuat rondaaan di lapangan.
Polis Cheras
, , ,
29/03/2025
PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2025 MASIHI/1446 HIJRAH
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI dan Salam Aidilfitri.
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
Walillaahil hamd'
Syukur ke hadrat Ilahi, hari yang dinanti bakal tiba. Setelah hampir sebulan kita menjalani Rukun Islam Ketiga di bulan Ramadan dengan penuh ketakwaan dan keinsafan, kini Syawal dirai sebagai tanda kemenangan seluruh umat Islam.
Bagi warga Sang Saka Biru, kemenangan yang dikecapi tidak hanya sekadar melawan hawa nafsu, tetapi turut meliputi semangat setia berkorban demi kelangsungan keselamatan negara dan keharmonian masyarakat seluruhnya.
Sekalung penghargaan buat segenap lapisan warga PDRM yang telah menzahirkan komitmen melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan sepanjang bulan Ramadan. Sesungguhnya khidmat bakti yang dicurahkan akan beroleh ganjaran dari Yang Maha Esa.
Tidak dilupakan kepada warga Pasukan yang akan bertugas sepanjang musim perayaan ini, ketahuilah sesungguhnya kemeriahan yang dikecapi oleh seluruh rakyat Malaysia adalah atas keringat dan pengorbanan yang meletakkan keutamaan negara mengatasi kepentingan peribadi.
Manakala bagi yang berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman, nikmatilah saat-saat berharga bersama keluarga tercinta. Rancang perjalanan sebaiknya dan utamakan keselamatan diri serta keluarga di mana jua berada.
Saya berharap, dalam kegembiraan menyambut Aidilfitri, masyarakat Malaysia tidak alpa untuk memberi keutamaan kepada keselamatan jiwa dan harta benda. Pastikan premis yang ditinggalkan berada dalam keadaan baik dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu. Sepanjang perjalanan, kekalkan pemanduan berhemah dan patuhi undang-undang jalan raya agar selamat sampai ke destinasi yang dituju. Insya-Allah.
Akhirul kalam, saya dan isteri serta seisi keluarga mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidin wal Faizin, Maaf Zahir dan Batin” kepada seluruh warga PDRM dan masyarakat Malaysia amnya.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
(TAN SRI RAZARUDIN BIN HUSIN) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia
25/03/2025
Selamat Menyambut Hari Polis Ke-218 daripada Bahagian Logistik & Teknologi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras👮🏻♂️👮🏻
14/03/2025
Majlis Berbuka Puasa anjuran Logistik IPD Cheras
13 Mac 2025 - Malam Ramadan yang penuh keberkatan.Semoga majlis ini menjadi asbab keberkatan, mempererat ukhuwah, serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini.
28/02/2025
Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran khas buat Tuan KBLog Cheras Mohd Redzuan Darus E-wan
🎈🎀🎁🎊🎉🎉🎊🎁🎀🎈
SANNAH HELWAH
Semoga ...
➡panjang umur
➡murah rezeki
➡diberikan kesihatan yg baik
➡keluarga yg bahagia
➡doa yg mustajab
➡hajat yg tertunai
➡hutang yg terbayar
➡keselamatan di dunia mahupun diakhirat
➡dipermudahkan segala urusan dunia & akhirat
Insya Allah.. Aamiin ya allah
🎀🎁🎊🎉🎈🎀🎁🎊🎉
28/02/2025
TAHNIAH KEPADA PRP BLOG YANG BERJAYA SAMPAI KE GARISAN PENAMAT BAGI UJIAN KECERGASAN 2.4KM (FASA1).