FOSAC DBKL

Call Directions Contact the organization

FOSAC DBKL Laman Facebook Rasmi Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Government organisation

LAWATAN PENANDAARASAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP) FoSAC, JABATAN KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR ...
16/10/2026

LAWATAN PENANDAARASAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP) FoSAC, JABATAN KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR (JKAS), DBKL KE JABATAN KIMIA MALAYSIA

Pada 15 Oktober 2026, telah berlangsung lawatan penandaarasan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan (FoSAC), Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke Jabatan Kimia Malaysia.

Delegasi lawatan terdiri daripada En. Asrul dari Jabatan Kimia Malaysia serta En. Hareez, Pn. Renitha pegawai sains FoSAC dan En. Kamil dari Unit UKKP,DBKL, bersama-sama warga kerja FoSAC.

Lawatan penandaarasan ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, demi meningkatkan kesedaran serta memupuk budaya kerja selamat dan sihat dalam kalangan seluruh warga kerja DBKL kelak.

Diharapkan lawatan ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta serta memperkukuh komitmen bersama dalam memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan sentiasa diberi keutamaan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif.

16/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia.

Ikhlas daripada seluruh warga kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati.

YB Hannah Yeoh






9 September 2026 – Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan (FoSAC) telah menerima kunjungan daripada pegawai Majlis Perbanda...
11/09/2026

9 September 2026 – Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan (FoSAC) telah menerima kunjungan daripada pegawai Majlis Perbandaran Sandakan ke makmal.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat kemudahan, pengoperasian serta aktiviti analisis yang dijalankan di makmal, di samping menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik antara kedua-dua pihak.

Semoga lawatan ini dapat memperkukuh jaringan kerjasama serta hubungan strategik dalam bidang keselamatan dan analisis makanan.

Terima kasih diucapkan atas kunjungan dan kerjasama yang diberikan.

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾Semoga semangat kemerdekaan terus mekar dalam diri kita. Bersama-sama kita...
30/08/2026

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾

Semoga semangat kemerdekaan terus mekar dalam diri kita. Bersama-sama kita hargai keamanan, perpaduan dan keharmonian yang kita nikmati.

Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka! ❤️🇲🇾

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🎉

Salam Maulidur Rasul ﷺSelamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.Semoga kita sentiasa menghayati sunnah Rasulullah SAW, memp...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul ﷺ

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.

Semoga kita sentiasa menghayati sunnah Rasulullah SAW, memperbanyakkan selawat dan mencontohi akhlak mulia Baginda.

Alhamdulillah, bermula 11 hingga 13 Ogos 2026, berlangsungnya Audit Dalaman ISO/IEC 17025:2017.Tiga hari yang penuh deng...
11/08/2026

Alhamdulillah, bermula 11 hingga 13 Ogos 2026, berlangsungnya Audit Dalaman ISO/IEC 17025:2017.

Tiga hari yang penuh dengan semakan, perbincangan, perkongsian ilmu dan penambahbaikan bagi memastikan sistem pengurusan serta aktiviti makmal sentiasa memenuhi keperluan standard yang ditetapkan.

Terima kasih kepada semua auditor dan warga makmal atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. 💪🏻

3 days, 1 goal — Continuous Improvement! 🧪

26/06/2026
16/06/2026

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1448H

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan semangat untuk terus melangkah maju dalam membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"

Ikhlas daripada seluruh warga kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

YB Hannah Yeoh






01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada seluruh warga kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

YB Hannah Yeoh





🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M 🌙Ikhlas daripada seluruh warga FOSAC.Semoga Aidiladha kali ini membawa keber...
26/05/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M 🌙

Ikhlas daripada seluruh warga FOSAC.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan mempererat ukhuwah sesama kita.
Hayatilah erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam setiap langkah kehidupan.

Salam Aidiladha

Address

Jalan Ipoh
Kuala Lumpur
68100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60361369537

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FOSAC DBKL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to FOSAC DBKL:

Shortcuts

Share