Dewan Ulamak PAS Kawasan Pandan

Dewan Ulamak PAS Kawasan Pandan

Share

Dewan Ulamak PAS Kawasan Pandan. Memasyarakatkan Pandan memahami Islam. Bergerak memacu PAS sebagai

Jawatankuasa Urusan Ulamak PAS Kawasan Pandan:

Ketua Urusan Ulamak
Ustaz Asmadi

Timb. Ketua Urusan
Ust Mohamed Sukri Omar

Setiausaha
Ust Mohd Ikram Ahmad Badarddin

Penolong Setiausaha
Ust Khairullah Mamat

Bendahari
Ust Mohd Saifuddin al-jabali

Ajk :
Lajnah Tarbiyyah: Ust Rauf
Lajnah Dakwah & kebajikan: Ust Hashimi
Lajnah Penerangan: Wan Haswari
Lajnah Ekonomi : Ust Azhari
Lajnah Thaqofah Is

14/04/2025

Terima kasih Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Haji Daud.

22/09/2021

JUDI BUKAN SOLUSI!

Berapa ramaikah jumlah mereka yang bertambah-tambah miskin dan melarat akibat judi berbanding kaya dengannya?

Judi bukan solusi bagi masalah ekonomi tetapi menjadi punca rakyat semakin tertekan. Malah, ianya turut menjadi punca keganasan dan keruntuhan sesebuah rumah tangga.

Dengan menambah jumlah cabutan bukanlah solusi bagi permasalahan ekonomi. Lebih baik fokus memberikan bantuan kepada SME dan peniaga kecil bagi menggalakkan perkembangan ekonomi rakyat.

Saya membantah sekeras-kerasnya keputusan tersebut dan mengesa YB Senator Tengku Zafrul untuk menarik kembali keputusan tersebut!

MOHAMED SUKRI OMAR
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Telok Panglima Garang
22/9/2021

16/09/2021

Minda Presiden PAS

ADAB IKHTILAF (PERBEZAAN PENDAPAT) DALAM PERPADUAN UMAT

Islam menegaskan konsep perpaduan umat melalui dua pendekatan. Pertama, perpaduan umat Islam pelbagai bangsa dalam satu agama. Kedua, perpaduan umat manusia dalam masyarakat majmuk pelbagai agama dan bangsa.

Kedua-dua pendekatan ini berkonsepkan istiqamah dan tegas dalam perkara dasar dan rukun, serta menghormati kebebasan akal yang sihat dan tiada paksaan dalam beragama.

Islam juga mewajibkan keikhlasan terhadap para penganutnya kerana sebarang paksaan supaya menganut Islam akan mencipta golongan munafiq. Akhirnya, golongan itulah yang akan merosakkan imej Islam dan masyarakatnya. Pada masa yang sama, Islam mewajibkan berlaku adil kepada semua.

Bagi penganut Islam yang beriman kepada rukun-rukun agamanya, sama ada rukun iman atau rukun Islam, mereka diwajibkan menerima ketetapan yang berada di luar kemampuan akal manusia dengan penuh kepercayaan kepada Allah SWT serta Rasulullah SAW yang dipilih dan dilantik oleh-Nya. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا٥٩﴾

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah kalian kepada Allah dan taatilah kalian kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kalian. Kemudian, jika kalian berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kalian mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya; jika kalian benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Oleh yang demikian itu adalah lebih baik (bagi kalian), dan lebih elok p**a kesudahannya.” (Surah al-Nisa’: 59)

Dan juga firman Allah SWT:

﴿وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا٣٦﴾

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan; apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, (tidaklah harus mereka) mempunyai hak untuk memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” (Surah al-Ahzab: 36)

Semua pihak hendaklah menghayati bahawa perbezaan pendapat itu berlaku dalam dua keadaan. Pertama, berlaku perbezaan pendapat yang negatif sehingga ia mencetuskan perpecahan dan membawa keburukan dalam kehidupan bermasyarakat. Maka, Islam sama sekali mengharamkannya.

Adapun dalam keadaan yang kedua, berlaku perbezaan pendapat yang membawa kepada kesan positif, hikmah dalam perbezaan dan kepelbagaian dalam kehidupan manusia. Maka, Islam mengizinkannya berlaku dengan sempadan adab yang perlu dijaga agar tidak mencetuskan ketegangan yang boleh merosakkan.

Dalam menangani perubahan serta perbezaan realiti, situasi dan tahap kemampuan makhluk manusia dari segi akal dan fizikal, maka Allah SWT juga mengizinkan berlakunya perbezaan dalam menentukan hukum agama berkonsepkan maqasid al-syari‘ah yang lebih luas dan anjal (fleksibel).

Dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang berbeza hukumnya setelah ia diwahyukan oleh Allah SWT. Termasuklah hukum yang paling tegas, ia disampaikan dengan uslub (pendekatan) tarbiah secara bertahap yang tidak mengejutkan masyarakat Arab yang terkenal dengan sifat kedegilan jahiliahnya. Khususnya apabila Allah SWT menetapkan pengharaman arak dan judi dengan beberapa kali penurunan wahyu, bermula dengan firman-Nya:

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ...٤٣﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kalian menghampiri sembahyang (mengerjakannya), sedang kalian dalam keadaan mabuk, sehingga kalian sedar dan mengetahui akan apa yang kalian katakan...” (Surah al-Nisa’: 43)

Kemudian diikuti dengan firman Allah SWT:

﴿يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا...٢١٩﴾

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: ‘Pada kedua-duanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Akan tetapi, dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya…” (Surah al-Ahzab: 36)

Seterusnya pengharaman arak dan judi ditegaskan oleh firman Allah SWT:

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ٩٠ إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ٩١﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, (semuanya) adalah kotor (keji) termasuk daripada perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kalian menjauhinya supaya kalian berjaya. (90); Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kalian lantaran (meminum) arak dan berjudi, dan mahu menghalang kalian daripada mengingati Allah dan mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kalian berhenti (daripada melakukan perkara tersebut)? (91).” (Surah al-Ma’idah: 90-91)

Para ulama’ bersepakat menetapkan bahawa sesuatu hukum itu adalah berpandukan sejarah sebab ia diwahyukan.

Terdapat di sana perkara furu‘ (cabang) dalam semua rukun agama dari aspek pelaksanaan hukum Islam, khususnya dalam perkara dasar yang bersifat umum. Maka, para ulama’ berijtihad (bersungguh-sungguh) dengan membuat kajian bagi menyatakan hukum berdasarkan kepada perubahan serta perbezaan situasi dan realiti masyarakat, atau berpandukan dalil yang paling kuat.

Contohnya dalam hukum ihya’ al-mawat (penerokaan tanah), terdapat perbezaan antara mazhab Syafi‘i dengan mazhab Hanafi. Mazhab Syafi‘i menegaskan bahawa diberikan kebebasan untuk dimiliki tanah yang diterokai, sehingga ia tidak perlu mendapat keizinan pihak kerajaan. Hal ini demikian kerana, kebanyakan mereka berada di daerah Hijaz yang diliputi dengan padang pasir yang luas dalam keadaan masyarakat yang tidak ramai penduduk.

Adapun mazhab Hanafi p**a menegaskan adalah diwajibkan mendapat kebenaran kerajaan untuk meneroka tanah, kerana mereka berada di Iraq yang mempunyai kawasan subur dan kepadatan penduduk.

Adapun al-Quran telah menyatakan dasar umum berkenaan perkara tersebut dalam beberapa ayat al-Quran, antaranya firman Allah SWT:

﴿هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولًا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ١٥﴾

“Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kalian, maka berjalanlah di segala penjurunya, dan makanlah sebahagian daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah; serta (ingatlah), kepada Allah jualah kalian dibangkitkan untuk hidup semula (maka hargailah ni‘mat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya).” (Surah al-Mulk: 15)

Selain itu, berlaku perbezaan pendapat dalam masalah Ahli Zimmah (kerakyatan kepada bukan Islam) antara mazhab Syafi‘i dan Hambali dengan mazhab Hanafi dan Maliki.

Mazhab Syafi‘i dan Hambali yang menetapkan bahawa Ahli Zimmah terdiri daripada kalangan penganut Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) dan Majusi sahaja. Hal yang tersebut disebabkan hanya itu sahaja penganut agama yang ada dalam masyarakat mereka.

Adapun Mazhab Hanafi dan Maliki p**a mengizinkan kepada penganut berbagai-bagai agama yang lebih banyak menjadi rakyat mereka berstatus Ahli Zimmah. Hal ini demikian kerana, mereka berada dalam sebuah masyarakat majmuk yang lebih besar berkonsepkan tiada paksaan dalam beragama dan bersikap adil terhadap semua. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT:

﴿لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ...٢٥٦﴾

“Tiada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)...” (Surah al-Baqarah: 256)

Begitu juga firman Allah SWT:

﴿وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَآمَنَ مَنْ فِي الْأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعًا أَفَأَنْتَ تُكْرِهُ النَّاسَ حَتَّى يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ٩٩﴾

“Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman sekalian manusia yang ada di bumi. Maka, apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?” (Surah Yunus: 99)

Dan juga firman Allah SWT:

﴿إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا٥٨﴾

“Sesungguhnya Allah menyuruh kalian supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kalian menjalankan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kalian menghukum secara adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kalian. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (Surah al-Nisa’: 58)

Ada juga berlaku kekhilafan dalam mentafsirkan satu perkataan yang memberikan makna kepada beberapa maksud yang berbeza. Sebagai contoh, hukum bertayamum bagi menggantikan wudhu’ apabila ketiadaan air atau berpunca daripada kesakitan yang tidak boleh menggunakan air. Perbezaan berlaku dalam mentafsirkan perkataan صعيد (so‘id), sama ada dengan maksud debu tanah atau apa-apa sahaja yang ada di atas tanah, sebagaima yang dijelaskan dalam firman Allah SWT:

﴿...فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا٤٣﴾

“...Kemudian kalian tidak mendapat air (untuk mandi atau berwudhu’), maka hendaklah kalian bertayamum dengan so‘id (tanah yang suci), maka sapukanlah ke muka kalian dan kedua-dua tangan kalian. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Nisa’: 43)

Apa yang menarik mereka tidak berpecah belah, sekalipun mereka berbeza pandangan dalam perkara kekhilafan seperti ini dan masih lagi menunaikan sembahyang berjemaah secara bersama.

Dalam keadaan yang berbeza, agama Islam menggalakkan agar diadakan perbincangan atau dialog secara bijaksana dengan berhujah, bukannya bertengkar tanpa sopan dan adab. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh firman Allah SWT:

﴿ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ١٢٥﴾

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang tersesat daripada jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah al-Nahl: 125)

Dalam keadaan masyarakat majmuk yang bercampur aduk, Allah SWT menunjukkan adab terhadap kalangan bukan Islam dengan menjaga sensitiviti mereka. Hal ini penting untuk dipelihara supaya ia tidak menjadi punca berlakunya ketegangan, bertepatan dengan firman-Nya:

﴿وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا أَشْرَكُوا وَمَا جَعَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا وَمَا أَنْتَ عَلَيْهِمْ بِوَكِيلٍ١٠٧ وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ١٠٨﴾

“Dan kalau Allah menghendaki, nescaya mereka tidak mempersekutukan-Nya; dan Kami tidak menjadikan kamu (wahai Muhammad) pemelihara bagi mereka, dan kamu sekali-kali bukanlah pemelihara bagi mereka (kerana semuanya itu terserah kepada Allah semata-mata)(107); Dan janganlah kalian memaki sembahan-sembah yang mereka sembah selain daripada Allah, kerana mereka kelak akan memaki Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami menjadikan bagi setiap umat menganggap baik akan perbuatan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (108).” (Surah al-An‘am: 107-108)

Allah SWT mengajar Rasul-Nya, Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS bagaimana untuk menghadapi Firaun iaitu seorang pemerintah yang paling zalim dalam sejarah kemanusiaan. Sebagaimana firman-Nya:

﴿اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى٤٣ فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى٤٤﴾

“Pergilah kalian berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas (dalam kekufurannya). (43); Kemudian hendaklah kalian berbicara kepadanya, dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia beringat atau takut. (44).” (Surah Taha: 43-44)

Dalam hubungan antara negara-negara p**a, Islam mendahulukan perdamaian sekalipun ketika berlakunya peperangan. Hal ini berpandukan kepada firman Allah SWT:

﴿وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ٦١ وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ٦٢ وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ٦٣﴾

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka kamu juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (61); Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolongan-Nya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. (62); Dan (Dialah) yang mempersatukan antara hati mereka (yang beriman itu). Walaupun kamu membelanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan antara hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (63).” (Surah al-Anfal: 61-63)

Islam mewajibkan agar mendahulukan perdamaian, sekalipun ketika menghadapi pencerobohan yang memaksa untuk berperang bagi mempertahankan agama dan negara. Namun, apabila pihak lain yang menceroboh, maka diwajibkan untuk menentang mereka.

Islam sama sekali mengharamkan daripada bertindak secara melampau, walaupun terhadap musuh yang menceroboh dengan melampaui batas. Hal ini disebabkan firman Allah SWT:

﴿وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ١٩٠﴾

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kalian, dan janganlah kalian melampaui batas (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-Baqarah: 190)

Islam menerima hakikat wujudnya perbezaan bangsa dan bahasa, yang menjadi tanda kebesaran Allah SWT. Sebagaimana firman-Nya:

﴿وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ٢٢﴾

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah penciptaan langit dan bumi, dan perbezaan bahasa dan warna kulit kalian. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.” (Surah al-Rum: 22)

Islam juga menegaskan wujudnya perbezaan dalam aspek ekonomi, namun diharamkan daripada melakukan penindasan terhadap sesama manusia dan wajib berkasih sayang antara satu sama lain tanpa menzalimi mana-mana individu.

Hal ini demikian kerana, perbezaan kedudukan ekonomi dalam kehidupan manusia yang bermasyarakat mempunyai hikmah tertentu. Khususnya apabila ia dihiasi dengan adab tolong-menolong sesama manusia dalam menggerakkan jentera perjalanan ekonomi, sekali gus mewajibkan adanya majikan dan pekerja, serta pembekal dan pengguna.

Allah SWT berfirman:

﴿أَهُمْ يَقْسِمُونَ رَحْمَتَ رَبِّكَ نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُمْ مَعِيشَتَهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَرَفَعْنَا بَعْضَهُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَتَّخِذَ بَعْضُهُمْ بَعْضًا سُخْرِيًّا وَرَحْمَتُ رَبِّكَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ٣٢﴾

“Apakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan) rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, dan Kami telah meninggikan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain dengan beberapa darjat; agar sebahagian daripada mereka mendapat kemudahan dalam menjalankan kehidupannya dengan (bantuan) sebahagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.” (Surah al-Zukhruf: 32)

Termasuklah sabda Rasulullah SAW:

‌رَحِمَ ‌اللَّهُ ‌رَجُلًا ‌سَمْحًا ‌إِذَا ‌بَاعَ، وَإِذَا اشْتَرَى، وَإِذَا اقْتَضَى.

“Allah merahmati seseorang yang bermurah hati jika dia menjual, (mempermudahkan urusan orang lain) ketika membeli, dan (mempermudahkan urusan) ketika menagih (hutang).” (Riwayat al-Bukhari 2076)

Allah SWT menegaskan kewajipan konsep tolong-menolong, sekalipun ketika berada dalam permusuhan. Hal ini ditegaskan oleh firman-Nya:

﴿...وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَنْ صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَنْ تَعْتَدُوا وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ٢﴾

“...Dan jangan sekali-kali kebencian kalian kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kalian dari Masjid al-Haram itu mendorong kalian melampaui batas. Dan hendaklah kalian bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kalian bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. Dan bertaqwalah kalian kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Ma’idah: 2)

Sejarah peradaban manusia menunjukkan hanya Islam sahaja yang berjaya menangani masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Perkara ini adalah berdasarkan firman Allah SWT:

﴿...وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ٤٠﴾

“…Dan sekiranya Allah tidak mendorong sebahagian manusia menentang pencerobohan sebahagian yang lain (kebenaran menentang yang salah), tentu sekali telah dirobohkan gereja-gereja (kaum Nasrani), rumah-rumah ibadat (kaum Yahudi), sembahyang-sembahyang dan masjid-masjid, yang sentiasa disebutkan nama Allah banyak-banyak padanya. Sesungguhnya pasti Allah akan menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah itu benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (Surah al-Hajj: 40)

Secara tegas, berlakunya penindasan ketika tamadun awal sejarah Asia Barat akibat daripada perbezaan agama, walaupun sesama dalam kalangan Ahli Kitab agama samawi (Yahudi dan Kristian). Demikian itu berlaku apabila mereka berkuasa, sehingga bertindak membunuh dan merobohkan rumah ibadat yang bukan penganut agama mereka.

Hanya Islam yang memerintah sahaja memberikan hak kebebasan beragama, khususnya sebagaimana yang berlaku di Baitul Maqdis yang menjadi tanah suci bagi agama samawi tersebut.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 8 Safar 1443 / 16 September 2021

21/08/2021

Minda Presiden PAS

SIFAT-SIFAT MUNAFIQ MENCIPTA INTEGRITI PALSU

Semua orang bercakap tentang perlunya nilai integriti dalam segala urusan, khususnya urusan politik kenegaraan yang merupakan suatu amanah paling besar kerana ia menjadi payung kepada semua urusan yang lain.

Nilai integriti tidak muncul secara spontan tanpa sifat-sifat terpuji dalam diri seseorang. Ia adalah sifat yang tumbuh daripada keimanan yang ikhlas dan murni, hasil daripada proses tarbiah dan ibadat.

Integriti tidak mungkin wujud tanpa iman yang ikhlas membentuk diri seseorang. Bahkan, integriti tidak wujud dalam diri seseorang yang tidak beriman atau seorang munafiq yang berpura-pura berlagak beriman di hadapan khalayak ramai.

Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang mewasiatkan kepada umatnya:

أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا، ‌وَمَنْ ‌كَانَتْ ‌فِيهِ ‌خَصْلَةٌ ‌مِنْهُنَّ ‌كَانَتْ ‌فِيهِ ‌خَصْلَةٌ ‌مِنَ ‌النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا: إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ، وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ.

“Empat perkara sesiapa yang ada pada dirinya (semuanya), dia menjadi munafiq sepenuhya dan sesiapa yang ada salah satu daripadanya nescaya dirinya mempunyai salah satu daripada sifat munafiq, sehinggalah dia meninggalkannya. Apabila diberikan amanah berlaku khianat, apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkirinya (tidak ditunaikan), dan apabila berdebat dia berlaku jahat (bukan mencari kebenaran).” (Riwayat al-Bukhari 34 dan Muslim 58)

Rasulullah SAW memberikan suatu peringatan kepada umatnya supaya menjauhkan diri daripada sifat-sifat yang telah disebutkan dalam hadis di atas. Hal ini demikian kerana, segala sifat tersebut menjadi tanda-tanda seseorang itu munafiq iaitu satu kump**an manusia yang wujud dalam masyarakat pada zahirnya Islam, tetapi hatinya tidak ikhlas terhadap Islam. Mereka menjadi laksana duri dalam daging atau racun dalam badan masyarakat.

Jika tanda-tanda tersebut ada pada diri seseorang beriman yang mahu menjaga imannya, maka hendaklah ditinggalkannya dan bertaubat atas kesilapan yang dilakukan. Jika tidak, nescaya sifat munafiq akan membarah sehingga merosakkan imannya, apabila semua sifat itu terdapat pada dirinya.

Iman ialah asas tertegaknya sifat integriti seseorang, laksana tanah yang subur bagi menyuburkan pokok yang baik dan berguna apabila mengeluarkan buah yang berfaedah dengan keberkatannya. Tanpa iman yang kukuh, keadaan seseorang itu laksana tanah yang tidak boleh menumbuhkan pokok yang baik dan berhasil. Firman Allah SWT:

﴿أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ٢٤ تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ٢٥ وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ اجْتُثَّتْ مِنْ فَوْقِ الْأَرْضِ مَا لَهَا مِنْ قَرَارٍ٢٦ يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ وَيُضِلُّ اللَّهُ الظَّالِمِينَ وَيَفْعَلُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ٢٧﴾

“Tidakkah engkau (wahai Muhammad) melihat bagaimana Allah telah membuat satu perbandingan, iaitu kalimah yang baik adalah seperti pohon yang baik, akar tunjangnya tetap teguh, dan cabangnya menjulang ke langit. (24); Pohon itu mengeluarkan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Dan Allah memberikan perumpamaan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). (25); Dan perumpamaan kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna dan akar-akarnya mudah tercabut dari muka bumi; tiada dapat tegak untuk tetap hidup. (26); Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang teguh itu dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-Nya. (27).” (Surah Ibrahim: 24-27)

Kalimah yang baik ialah ucapan seorang yang beriman dengan ikhlas kepada Allah SWT. Kejayaannya akan menghasilkan sifat integriti secara terbuka dengan pelaksanaan, hasil sifatnya yang terpuji dan mulia laksana pokok yang baik dan mengeluarkan hasil yang baik. Demikian itu, kerana mereka memberikan faedah kepada masyarakat umum dan membawa keberkatan yang mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat.

Adapun kalimah yang buruk ialah ucapan orang yang tidak beriman, sama ada secara nyata ataupun munafiq berpura-pura imannya. Tanda-tanda munafiq seperti menipu, berbohong, tidak menunaikan janji dan mengkhianati perjanjian dengan sesiapa sahaja.

Mereka itu laksana pokok yang buruk, apabila menjulang naik nescaya buah yang buruk dan dahan yang rapuh akan menimpa mereka yang berada di bawahnya. Maka, manusia yang tersedar setelah ditimpa ke atas dirinya pohon itu, sangatlah merugikan dunia dan akhirat.

Allah SWT juga membandingkan iman laksana api bercahaya yang menyuluh perjalanan hidup seseorang, tetapi cahaya itu tidak mampu menyuluh ke dalam diri seseorang yang munafiq. Hal ini berlaku apabila tujuannya menganut Islam adalah tidak ikhlas. Firman Allah SWT:

﴿مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَارًا فَلَمَّا أَضَاءَتْ مَا حَوْلَهُ ذَهَبَ اللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِي ظُلُمَاتٍ لَا يُبْصِرُونَ١٧﴾

“Perumpamaan hal mereka (golongan yang munafiq itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; maka setelah api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah menghilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkan mereka berada dalam keadaan gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun) kebenaran.” (Surah al-Baqarah: 17)

Walaupun mereka mempunyai iman, tetapi imannya sangat lemah dan boleh hilang pada bila-bila masa sahaja. Sehingga hilang bersamanya sifat istiqamah dan tidak menemui petunjuk untuk kembali ke jalan yang benar. Termasuklah menyesatkan sesiapa sahaja yang mengikutinya.

Allah SWT menzahirkan kepura-puraan orang munafiq apabila menghadapi ujian, kerana iman seseorang itu pasti diuji oleh Allah SWT. Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:

﴿الم١ أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ٢ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ٣﴾

“Alif, Laam, Miim. (1); Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman’, sedangkan mereka belum lagi diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2); Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui oleh Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata p**a apa yang diketahui oleh-Nya tentang orang-orang yang berdusta. (3).” (Surah al-‘Ankabut: 1-3)

Allah SWT mendedahkan tentang golongan munafiq pada zaman Rasulullah SAW ketika negara Madinah dikepung oleh bala tentera Ahzab (tentera bersekutu gabungan Musyrikin dan Yahudi). Keadaan tersebut menjadi ujian kepada orang-orang yang beriman, sebagaimana yang dinyatakan oleh firman Allah SWT:

﴿إِذْ جَاءُوكُمْ مِنْ فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَإِذْ زَاغَتِ الْأَبْصَارُ وَبَلَغَتِ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِاللَّهِ الظُّنُونَا١٠ هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالًا شَدِيدًا١١ وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا١٢﴾

“(Iaitu) ketika mereka datang kepada kalian dari atas dan dari bawah (tempat pertahanan) kalian; dan ketika tidak tetap lagi penglihatan kalian (tidak ketentuan arah kerana gempar dan bingung) serta hati kalian pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kalian masing-masing p**a menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan. (10); Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan hati (perasaan dan pendiriannya) dengan goncangan yang amat dahsyat. (11); Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: ‘Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja.’ (12).” (Surah al-Ahzab: 10-12)

Pendedahan tentang golongan munafiq berlaku secara lebih nyata, apabila Rasulullah SAW memberikan semangat dengan janji Allah SWT bahawa Islam akan mencapai kemenangan yang besar. Sehingga Islam berjaya menjatuhkan dua kuasa besar dunia iaitu Parsi dan Rom pada zamannya.

Akan tetapi, janji Allah SWT itu ghaib tandanya dan dianggap mustahil oleh golongan munafiq. Oleh itu, mereka yang lemah imannya terpengaruh kepada propaganda yang zahir pada pandangan mata kasar dan akal yang tidak disuluh oleh cahaya iman yang kuat.

Keadaan tersebut menyebabkan mereka berpihak kepada musuh atau diperalatkan oleh musuh, apabila merasakan jauhnya perjalanan yang dilalui bersama Islam. Allah SWT berfirman:

﴿لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَاتَّبَعُوكَ وَلَكِنْ بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنْفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ٤٢﴾

“Sekiranya apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) keuntungan yang mudah didapati, dan suatu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafiq itu) akan mengikutimu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: ‘Jika kami sanggup, tentulah kami akan berangkat bersama-sama kalian.’ (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedangkan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.” (Surah al-Taubah: 42)

Al-Quran ialah petunjuk Allah SWT bersifat mukjizat yang berkekalan sepanjang zaman. Maka umat Islam yang beriman pasti menghadapi ujian, khususnya apabila terpaksa berjuang bagi menghadapi cabaran dan tentangan yang lebih hebat.

Cabaran ketika Islam dan umatnya menghadapi keadaan yang mencabar dalam perjuangan untuk menegakkan semula Islam, supaya kembali memerintah negara yang berdaulat setelah dijatuhkan kuasa politiknya. Umat Islam yang berada dalam keadaan lemah menjadikan perjuangan Islam tiada pelindung, melainkan Allah SWT yang pasti menguji keimanan seseorang. Firman Allah SWT:

﴿تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ١ الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ٢﴾

“Maha Suci Allah, Tuhan yang menguasai semua kerajaan (di dunia dan di akhirat); dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (1); Dia jugalah yang telah menjadikan mati dan hidup, untuk menguji kalian; siapakah antara kalian yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Perkasa, lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat). (2).” (Surah al-Mulk: 1-2)

Kita menghadapi zaman kini, ketika kuasa politik Islam dijatuhkan oleh musuh yang mengepung dengan jumlah yang terlalu ramai dan besar kekuatannya.

Kump**an Ahzab (pakatan bersekutu) pihak musuh yang dihadapi pada hari ini lebih besar daripada tentera Ahzab yang wujud pada zaman Rasulullah SAW ketika kuasa politik Islam sedang ditegakkan. Maka, ujian lebih besar yang sedang mengepung Islam dan perjuangannya, menyebabkan ujian yang berlaku dengan lebih mencabar bagi menguji keimanan seseorang.

Matlamat orang munafiq hanyalah semata-mata untuk kepentingan diri bagi mendapatkan habuan dunia seperti pangkat dan harta, sekiranya Islam berjaya mencapai kemenangan mengikut andaiannya bukan pada keyakinan mereka. Islam hanya menjadi topeng untuk menyelamatkan diri dan mendapatkan habuan pangkat dan harta yang dikejar dalam masyarakat Islam, seandainya berlaku kemenangan kepada Islam.

Mereka tidak mampu menyembunyikan diri kerana sangat bernafsu rakus untuk mendapatkan habuan kemenangan dengan apa sahaja cara, termasuklah dengan berbohong dan memberikan janji palsu yang pasti tidak akan ditunaikan. Apabila diberikan amanah, mereka melakukan pengkhianatan dengan pelbagai cara apapun.

Kerja mereka hanyalah menipu semua orang, sama ada orang Islam ataupun bukan Islam. Hal ini disebabkan tujuannya hanyalah untuk mendapatkan kemenangan dan habuannya dengan sesiapa sahaja, bukanlah untuk menegakkan Islam dengan hujah yang bijaksana.

Apabila golongan munafiq berdebat atau berbahas, caranya tidak berakhlak kerana bukanlah bertujuan untuk membuktikan kebenaran tetapi untuk menang semata-mata. Allah SWT memerintahkan kepada orang-orang yang beriman melalui firman-Nya:

﴿ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ١٢٥﴾

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang tersesat daripada jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah al-Nahl: 125)

Maka, orang yang beriman mesti bersabar dalam menghadapi kejahatan dan kekerasan pihak lawan dengan hujah yang bijaksana. Hal ini disebabkan mahu menyelamatkan manusia bersama Islam seberapa ramai mungkin, bukannya mengejar habuan dunia seperti pangkat dan harta semata-mata.

Oleh itu, orang yang beriman memerlukan kesabaran yang tinggi walaupun memakan masa yang lama, sehingga ramai yang tidak dapat melihat cahaya di hujungnya. Hanya mereka yang percaya kepada janji Allah SWT sahaja yang akan meneruskan perjalanan. Walaupun mungkin mati di tengah jalan tetapi kepastian terhadap kemenangan akhirat lebih dipercayai dan janji Allah yang pasti berlaku pada akhirnya.

Oleh yang demikian, kump**an munafiq akan berpusing ke mana sahaja lubang cahaya yang dilihat oleh mereka. Sekalipun ke arah yang sesat sehingga mereka terjunam merosakkan diri sendiri.

Golongan munafiq juga bergantung kepada kemenangan dengan berwala’ kepada musuh Islam yang nyata kerana pada pandangan mereka bahawa kemenangan tidak akan diperoleh melainkan bersama musuh yang lebih kuat dan lebih kaya. Sehingga akhirnya mereka melupakan kekuasaan Allah SWT yang tidak dilihat dan kelemahan makhluknya yang nyata, sekalipun musuh itu merupakan kuasa besar dunia. Firman Allah SWT:

﴿بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا١٣٨ الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا١٣٩﴾

“Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafiq bahawa sesungguhnya disediakan kepada mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (138); (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Apakah patut mereka (orang-orang munafiq) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya milik Allah. (139).” (Surah al-Nisa’: 138-139)

Padahal Allah SWT sama sekali tidak melarang untuk bekerjasama dengan kalangan bukan Islam yang tidak bermusuh terhadap Islam, sebagaimana firman-Nya:

﴿عَسَى اللَّهُ أَنْ يَجْعَلَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ الَّذِينَ عَادَيْتُمْ مِنْهُمْ مَوَدَّةً وَاللَّهُ قَدِيرٌ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ٧ لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ٨﴾

“Mudah-mudahan Allah akan melahirkan perasaan kasih sayang antara kalian dengan orang-orang yang kalian musuhi daripada kalangan kerabat kalian itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu) dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (7); Allah tidak melarang kalian daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kalian kerana agama (kalian), dan tidak mengeluarkan kalian dari kampung halaman kalian; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (8).” (Surah al-Mumtahanah: 7-8)

Maka disebabkan itu, jemaah atau parti Islam hendaklah sentiasa berwaspada supaya tidak dipengaruhi oleh golongan yang disebutkan oleh Rasulullah SAW yang berada dalam kalangan umat Islam dengan penyakit-penyakit tersebut. Sehingga ia boleh mempengaruhi orang-orang yang lemah imannya dan dipergunakan oleh musuh untuk menjadi pas**an yang diwujudkan dengan sokongan mereka. Lalu berada dalam kalangan masyarakat Islam supaya menjadi halangan kepada agenda kebangkitan semula kuasa politik Islam yang berdaulat.

Allah SWT mendedahkan lagi tentang golongan munafiq dalam ayat-ayat yang banyak dan berulang kali dengan uslub (pendekatan) yang berbeza, antara firman-Nya:

﴿وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ١١ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لَا يَشْعُرُونَ١٢﴾

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: ‘Janganlah kalian melakukan kerosakan di muka bumi’, mereka menjawab: ‘Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.’ (11); Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang melakukan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. (12).” (Surah al-Baqarah: 11-12)

Ayat ini menegaskan bahawa tiada integriti dalam diri golongan yang tidak beriman. Jika mereka menzahirkannya sekalipun, hanyalah sekadar berpura-pura untuk mendapatkan sokongan masyarakat supaya mengangkatnya ke tempat atau kedudukan yang selesa.

Apabila mereka diberikan peluang dengan sedikit kemenangan, maka terdedahlah dengan nyata cakapnya yang bohong, janjinya yang sekadar untuk menipu dan berlaku khianat terhadap kepercayaan yang diberikan kepadanya. Akhirnya perjanjian mereka dengan sesiapa sahaja termasuklah dengan rakan sendiri akan dicabuli.

Seterusnya mendedahkan keburukan akhlak mereka secara terbuka yang menegakkan kebatilan laksana menegakkan benang yang basah apabila berhujah. Hal ini demikian kerana, tujuan mereka hanyalah semata-mata untuk menang, bukannya untuk menyelamatkan seberapa ramai manusia bersama integriti yang sebenar.

Tujuan mereka sekadar untuk mendapatkan sokongan orang ramai bagi mencapai kejayaan dalam mendapatkan kedudukan yang selesa dan habuan dunia, walaupun semua perkara itu merosakkan. Firman Allah SWT:

﴿وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللَّهَ عَلَى مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ٢٠٤ وَإِذَا تَوَلَّى سَعَى فِي الْأَرْضِ لِيُفْسِدَ فِيهَا وَيُهْلِكَ الْحَرْثَ وَالنَّسْلَ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْفَسَادَ٢٠٥﴾

“Dan antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia ialah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). (204); Kemudian apabila dia pergi berpaling (daripadamu), berjalan di muka bumi untuk melakukan kerosakan padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedangkan Allah tidak s**a kepada bencana kerosakan. (205).” (Surah al-Baqarah: 204-205)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 13 Muharram 1443 / 22 Ogos 2021

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Pusat Tarbiyyah PAS Pandan, Jalan Pandan
Kuala Lumpur
55100