26/05/2026
Cawangan Pengurusan Psikologi (CPPS), BPSM,KKR mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha kepada semua yang beragama Islam. Semoga Aidiladha ini membawa sejuta rahmat dan kebaikkan pada semua.
Ikhlas daripada kami semua di Cawangan Pengurusan Psikologi, BPSM, KKR
26/05/2026
25 Mei 2026- Cawangan Pengurusan Psikologi (CPPs) telah menganjurkan menganjurkan Program "Misi Senyum Kanak- Kanak" (MISKA) di Rumah Anak Yatim Tengku Budriah, Cheras Kuala Lumpur.
Program bersifat tangungjawab sosial ini telah dilaksanakan dengan bersama AKRAB KKR dan warga kerja Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KKR. Program yang dilaksanakan telah merangkumi pelbagai aktiviti Latihan Dalam Kumpulan yang menjurus kepada kesedaran tentang sentuhan baik dan tidak baik, motivasi, keyakinan serta latihan pernafasan. Siri perkongsian bersifat Psiko Pendidikan tentang sentuhan baik dan tidak baik telah disampaikan oleh Pegawai Psikologi KKR, Pn Jaya Nisha A/P Gopalkrishnan.
Melalui program Misi Senyum Kanak- Kanak ini juga sumbangan yang dikumpul daripada warga kerja KKR dari pelbagai bahagian telah diserahkan kepada pihak Rumah Anak Yatim Tengku Budriah, Cheras Kuala Lumpur.
Semoga program yang telah dijalankan telah membawa senyuman di wajah anak- anak kecil di RKK Tengku Budriah serta telah bermanfaat kepada mereka. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini terutamanya para pelajar latihan industri di Cawangan Pengurusan Psikologi, KKR iaitu En. Muhammad Faris Mirza Bin Mohamad Asri, En Muhammad Amsyar Haziq Bin Mohd Affendy, En Imran Haziq Bin Shariffuddin, Cik Nursyahirah Binti Mohd Asa’ari, Cik Joanne Leong Lee Mann dan Cik Nurul Fadhila binti Md Rejab. Terima Kasih juga kepada Pn Syamsiah binti Ismail yang telah mewakili penyertaan AKRAB KKR.
Setinggi- tinggi penghargaan juga dipanjangkan kepada semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan untuk disampaikan kepada RKK Tungku Burdiah.
21/05/2026
Bersempena bulan Zulhijah yang mulia, Cawangan Pengurusan Psikologi (CPPs), BPSM,KKR akan menganjurkan Program Misi Senyum Kanak- Kanak (MISKA) di Rumah Anak Yatim Tengku Budriah, Cheras Kuala Lumpur.
Program bersifat tangungjawab sosial ini akan melibatkan kerjasama AKRAB KKR. Program akan merangkumi sesi aktiviti Latihan Dalam Kumpulan, Psiko Pendidikan serta penyerahan sumbangan.
Sehubungan dengan itu warga kerja KKR, Agensi di bawah KKR serta semua rakan- rakan yang ingin memberikan sumbangan adalah dialu- alukan. Sumbangan boleh disampaikan di Cawangan Pengurusan Psikologi, Aras 10, Blok B, Kementerian Kerja Raya. Semoga segala sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran pahala dan keberkatan daripada Allah SWT
Semoga dengan sokongan, galakkan, doa serta sumbangan semua dapat kita sama- sama menjayakan prgram yang berhasrat untuk mebawa semyuman di wajah anak- anak kecil di Rumah Anak Yatim Tengku Budriah, Cheras Kuala Lumpur. Terima Kasih Semua.
21/05/2026
4 Mei 2026 - Cawangan Pengurusan Psikologi, BPSM, KKR telah menganjurkan Program Siri Perkongsian Kesejahteraan (SPEAK@KKR)- 60 Minit Bersama Kaunselor Pelatih Siri 4 dengan tajuk Transformasi Komunikasi : Dari Pasif ke Agresif
Program SPEAK Siri 4 telah diketuai oleh Saudari Joanne Leong pelajar Sarjana Muda Kaunseling dari Universiti Malaya yang sedang menjalani latihan industri di CPPs.
Terima Kasih kepada semua yang telah hadir dan menjayakan siri perkongsian ini
21/05/2026
19 & 20 Mei Cawangan Pengurusan Psikologi (CPPs), BPSM, KKR telah menganjurkan Program Pementoran@KKR. Seramai 36 orang peserta telah terlibat dalam program ini dengan memikul peranan sebagai Mentor & Mentee.
Pengisian Program kali ini telah diserikan dengan perkongsian kepakaran oleh penceramah dari agensi luar berkaitan konsep Pelaksanaan, Kemahiran serta Motivasi dalam pelaksanaan Program Pementoran. Puan Siti Mahani bt Muhazir, Pegawai Psikologi Kanan dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah berkongsi pada slot perkongsian di hari pertama manakala Slot Perkongsian hari kedua telah disampaikan oleh Pegawai Psikologi, En. Logavenosh A/L Ragawan dan Pegawai Psikologi Kanan, Puan Rafidah binti Sadarudin dari Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM)
Semoga dengan pelaksanaan dan perkongsian program Pementoran@KKR ini, Pasangan Mentor & Mentee KKR akan terus cemerlang dengan pemindahan bakat dan pengetahuan secara optimum. Jutaan Terima Kasih dan setinggi tinggi penghargaan kepada barisan penceramah, urusetia dan semua yang telah berperanan dalam menjayakan program ini.
14/05/2026
14 Mei 2026 - Telah berlangsung Exit Conference Saudari Nurul Fadhila binti Md Rejab pelajar Latihan Industri dari Universiti Pendidikan Sultan Idris
Setelah tamat 3 bulan tempoh Latihan Industri di Cawangan Pengurusan Psikologi, BPSM, KKR beliau yang merupakan pelajar Latihan Industri bidang Pengajian Psikologi, Nurul Fadhila binti Md Rejab akan melangkah keluar ke alam kerjaya. Exit Conference kali ini turut disertai oleh Penyelia beliau Dr. Salami Mutiu Olagoke
CPPs mengucapkan jutaan Terima Kasih atas segala usaha dan sumbangan serta selamat Maju Jaya buat masa hadapan kepada Saudari Nurul Fadhila binti Md Rejab yang telah selesai tempoh Latihan Industri dengan jayanya.
14/05/2026
13 Mei 2026 - Kepakaran Cawangan Pengurusan Psikologi(CPPs), BPSM,KKR telah dilibatkan oleh Unit Integriti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam "Program Semarak Jelajah Integriti" di Ibu Pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Bangi. CPPs telah dijemput untuk menyampaikan Perkongsian Ceramah berkaitan Kesejahteraan bertajuk Healing @ Dealing : Mekanisme Daya Tindak serta untuk menjalankan sesi intervensi kaunseling kepada warga kerja LLM.
Seramai 32 orang pegawai dari LLM telah menyertai sesi ceramah yang dikongsikan. Perkongsian ceramah kali ini telah disampaikan oleh Ketua Penolong Setiausaha (KPSU), CPPs, Pn. Nor Asida Bt Shafii. Turut hadir adalah Pn. Jaya Nisha dan juga En. Surenthiran Pillai bagi sesi intervensi kaunseling.
Semoga perkongsian dan sesi intervensi yang telah dijalankan memberikan impak postif kepada warga kerja LLM dari aspek kesejahteraan dan produktiviti tinggi.
14/05/2026
13 Mei 2026 - Cawangan Pengurusan Psikologi (CPPs), BPSM, KKR telah menganjurkan Siri Perkongsian Apa Kata AKRAB Siri kedua bagi tahun 2026 dengan tajuk Kod Aura Diri : Getaran Warna, Cerminan Personaliti. Perkongsian telah disampaikan oleh Puan Normawati binti Mohamad , Ahli AKRAB Jabatan Kerja Raya.
Program yang dijalankan dalam talian ini telah disertai lebih kurang 282 orang peserta yang telah memperolehi ilmu tentang warna dan kesannya kepada Kesejahteraan Diri. Semoga Perkongsian ini telah sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua yang menyertainya.
Jutaan Terima Kasih pada semua yang telah berusaha bagi menjayakan program ini. Sekalung syabas dan Tahniah diucapkan kepada AKRAB JKR Malaysia kerana sudi menjayakan siri perkongsian Apa Kata AKRAB kali ini.
12/05/2026
Jangan lupa, Hari ini kita dengarkan, Apa Kata Akrab, Siri 2 bagi tahun 2026...
Dimaklumkan bahawa Cawangan Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Kerja Raya akan menganjurkan Sesi Perkongsian - Apa Kata Akrab ? Siri 2/2026 - KOD AURA DIRI: "GETARAN WARNA, CERMINAN PERSONALITI''. Objektif program ini adalah untuk menyediakan satu platform perkongsian serta pembangunan diri berkaitan isu-isu semasa yang berkait rapat dengan kesejahteraan, yang akan dibincangkan daripada perspektif AKRAB KKR dan agensi. Adalah dimaklumkan bahawa Penyertaan sesi ini terhad kepada 500 orang peserta terawal sahaja berikutan ketetapan aplikasi platform perkongsian dalam talian. Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 13 Mei 2026 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi hingga 11.00 tengah hari
Penceramah : Ahli AKRAB JKR
(Puan Normawati binti Mohamad)
Kaedah : Secara atas talian (Aplikasi Google Meet)
Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput YBhg. Dato' Seri/ Dato’/ Datuk Dr./ YBrs. Dr. / Tuan/ Puan yang berminat untuk mengikuti Sesi Perkongsian ini mendaftar dengan menggunakan pautan berikut:-
Pautan Pendaftaran : https://forms.gle/hg2dahHHWcU8aSJj8
Urus Setia
Cawangan Pengurusan Psikologi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Kerja Raya
MALAYSIA
Tel : 03-2771 5205/5245
Emel : [email protected]