Mohd Razlan Rafii

Call Directions Website Contact the organization

Mohd Razlan Rafii

Malam ini, Insyallah saya akan live bersama podcast Apa Cerita Bossku jam 9 pm.
21/10/2026

Malam ini, Insyallah saya akan live bersama podcast Apa Cerita Bossku jam 9 pm.

20/10/2026
20/10/2026

Soalan!

Sekarang musim Pembentangan Belanjawan di Parlimen, kan.

1. Cuba tanya, Kementerian manakah yang memberi kelulusan kepada setiap cadangan pembangunan yang dirancang pada setiap Kementerian ?

2. Setiap pembangunan yang diluluskan, apakah jangka waktu yang perlu digunakan terhadap peruntunkan yang diluluskan?

20/10/2026

Hanya terpilih dapat dikebumikan dengan Pakai Ihram sendiri, meniggal sewaktu melakukan Saie…..

Saya dan isteri sepatutnya pergi hari khamis lepas .. namun fligh MAS cancel .. semoga diberi kesempatan untuk mengerjakan umrah lagi …

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan lawatan ke China bagi mem...
20/10/2026

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan lawatan ke China bagi memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama dalam bidang TVET, teknologi dan pembangunan tenaga mahir.

Saya kongsikan beberapa perkembangan penting yang kita perlu tahu usaha yang sedang beliau lakukan untuk anak-anak muda Malaysia.

1. Cadangan penubuhan Majlis TVET Dunia mendapat persetujuan secara prinsip daripada China. Usaha ini secara tidak langsung telah membuka ruang untuk Malaysia mengangkat agenda TVET ke peringkat global.

2. Atas hubungan positif antara kedua-dua negara, China telah menawarkan 2,500 penempatan latihan TVET bagi memberi peluang kepada anak muda Malaysia untuk menguasai kemahiran baharu melalui pelbagai latihan di China pada tahun ini.

3. Malaysia menerima enam buah kenderaan EV untuk pusat TVET di sini. Kenderaan tersebut diserahkan kepada Majlis TVET Negara bagi menyokong latihan automotif tempatan, seiring perkembangan teknologi EV.

4. Lebih 200 rakyat Malaysia telah selesai dan tamat menjalani latihan kereta api di China. Kepakaran ini dijangka akan membantu membangunkan tenaga mahir tempatan bagi projek ECRL.

Inilah makna hubungan diplomatik yang memberi manfaat kepada rakyat ; daripada meja rundingan kepada peluang membina kemahiran dan kepakaran.

Hubungan diplomatik yang matang dan bijaksana sentiasa mengutamakan kepentingan strategik rakyat dan kedaulatan negara berbanding tindakan yang bersifat kosmetik atau sekadar mengikut rentak kuasa besar.

Apa yang dibawa oleh Presiden UMNO ini adalah agenda TVET bukan pilihan kelas kedua. Inilah antara laluan penting untuk anak Malaysia membina masa depan di dalam mahupun luar negara dan suatu hari nanti, negara bakal melahirkan ramai tenaga pakar sendiri.



Insya-ALLAH formula yang sama akan digunakan seperti di Negeri Sembilan (NS). Kali ini lebih jelas untuk memberikan keya...
18/10/2026

Insya-ALLAH formula yang sama akan digunakan seperti di Negeri Sembilan (NS). Kali ini lebih jelas untuk memberikan keyakinan kepada pengundi gelombang biru

SHAH ALAM - Hasil rundingan kerjasama politik antara UMNO dan Pas bagi pilihan raya negeri (PRN) Melaka akan dibentangkan pada hari pengumuman calon. Ahli...

Kalau berani menyoal, bersedialah menerima jawapan. Kalau mahu mencabar hujah, bersedialah hujah sendiri diuji. Kebebasa...
17/10/2026

Kalau berani menyoal, bersedialah menerima jawapan. Kalau mahu mencabar hujah, bersedialah hujah sendiri diuji. Kebebasan bersuara tidak bermakna pandangan kita wajib dipersetujui.

Kita boleh keras mengkritik dan tajam berbahas, tetapi adab dan rasa hormat mesti dijaga. Tegas bukan bererti biadab. Berani bukan bererti boleh menghina.

Bertanya Untuk Dapatkan Penjelasan Atau Jatuhkan Hukuman? 17 October 2026 Berita Utama KUALA LUMPUR, 17 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohd Razlan Rafii menimbulkan persoalan adakah pertanyaan yang ditimbulkan itu untuk mendapatkan penjelasan, atau untuk menjatuhkan hukuman. Responny...

Bertanya untuk mendapatkan penjelasan, atau bertanya untuk menjatuhkan hukuman? Bezanya dapat dilihat pada bentuk soalan...
17/10/2026

Bertanya untuk mendapatkan penjelasan, atau bertanya untuk menjatuhkan hukuman?

Bezanya dapat dilihat pada bentuk soalan, cara ia disampaikan dan kesediaan menerima jawapan.

UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah menghalang kebebasan bersuara rakyat Malaysia. Hak untuk bertanya, menegur dan mengkritik mesti dihormati. Namun, hak yang sama turut terpakai kepada mereka yang menjawab dan menyanggah.

Dalam isu baru-baru ini yang melibatkan seorang mahasiswi, pokok persoalannya ialah adab bertanya dan kekuatan hujah. Status mahasiswa bukan perisai daripada kritikan, sebagaimana kedudukan pemimpin bukan benteng daripada teguran.

Kalau berani menyoal, bersedialah menerima jawapan. Kalau mahu mencabar hujah, bersedialah hujah sendiri diuji. Kebebasan bersuara tidak bermakna pandangan kita wajib dipersetujui.

Kita boleh keras mengkritik dan tajam berbahas, tetapi adab dan rasa hormat mesti dijaga. Tegas bukan bererti biadab. Berani bukan bererti boleh menghina.

Pada 18 September lepas, YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah bertemu dengan Presiden In...
16/10/2026

Pada 18 September lepas, YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah bertemu dengan Presiden Indonesia Probowo di Jakarta.

Dalam pertemuan tersebut, Malaysia menawarkan 1 buah kapal terbang, 3 buah helikopter dan puluhan anggota bomba yang berpengalaman untuk membantu misi ini.

Alhamdulillah setelah lebih sebulan Malaysia diselubungi asap jerebu, akhirnya hari ini Probowo bersetuju dengan tawaran Malaysia memadamkan kebakaran hutan di Kalimantan.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohd Razlan Rafii posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Mohd Razlan Rafii:

Shortcuts

Share