Mohd Razlan Rafii

Mohd Razlan Rafii

Share

#MR2
#ItSOurTime
#KhidmatKamiUntukSemua

13/05/2026

Berkali-kali dengar ucapan Zawawi, penghinaan yang terlalu memalukan para sahabat, Nabi, Allah. Tak mahu p**a bertaubat.

Photos from Mohd Razlan Rafii's post 13/05/2026

Hujung minggu lepas, saya berkesempatan bertemu mesra bersama kepimpinan MCA Bahagian dan Cawangan di dalam parlimen Sungai Besar.

Alhamdulillah banyak perkara diperbincangkan dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu semasa serta hala tuju parti menjelang PRU16 akan datang.

Saya turut menitipkan pesanan bahawa sekiranya MCA benar-benar mahu melihat kemenangan kembali berpihak kepada Barisan Nasional akan datang, maka gerak kerja ke arah itu tidak boleh bermula ketika musim pilihan raya semata-mata.

Sebaliknya, gerak kerja penerangan dan dekati pengundi perlu digerakkan hari ini.

MCA perlu tampil lebih agresif mendekati ahli akar umbi serta masyarakat Cina bagi menjelaskan naratif parti, selain memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap kestabilan politik, pembangunan ekonomi dan agenda masa depan negara yang sedang dibawa hari ini melalui Barisan Nasional.


Photos from Mohd Razlan Rafii's post 12/05/2026

Sekitar Sambutan Ulangtahun UMNO ke-80, Majlis Tahlil dan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Johor Baharu.


11/05/2026

Ulangtahun UMNO ke-80 di Istana Besar Johor.


11/05/2026

Selamat menyambut Ulang Tahun UMNO ke-80 kepada seluruh ahli akar umbi di seluruh negara.

Perjuangan UMNO tidak akan bermakna tanpa sokongan, kesetiaan dan pengorbanan daripada ahli-ahli semua yang terus setia mempertahankan perjuangan parti sejak dahulu hingga hari ini.

Terima kasih semua.

Photos from Mohd Razlan Rafii's post 11/05/2026

Menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat mencemar duli bersama DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim HRH Crown Prince of Johor ke sesi fotografi bersama YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, serta barisan kepimpinan UMNO bersempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-80.

Daulat Tuanku

11/05/2026

Pagi ini kami bersama YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli² Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan ke Istana Besar Johor bersempena Ulangtahun UMNO ke-80 yang jatuh pada tarikh hari ini 11 Mei 2026.

10/05/2026

Baru sampai JB malam ni, nak cari makan. Mana lokasi sedap?

Photos from Mohd Razlan Rafii's post 10/05/2026

Melayu perlu kuasa bagi memastikan hak dan kepentingan Melayu ini terus dipimpin dengan bermaruah dalam masa yang sama pendidikan anak bangsa terus diperkasakan.

Kuasa yang dipegang selama berpuluh tahun ini bukan untuk menunjuk hebat tetapi untuk melindungi hak, menjaga kestabilan, memastikan generasi akan datang masih mempunyai tempat berpaut di bumi sendiri dan mengangkat martabat bangsa Melayu.

Jika kuasa politik Melayu terus lemah dan berpecah, akhirnya suara rakyat juga hanya tinggal sorakan tanpa kemampuan menentukan hala tuju negara.

Sebab itu perpaduan, kesetiaan dan keberanian mempertahankan agenda bangsa mesti terus menjadi asas perjuangan.

Antara intipati ucapan saya ketika merasmikan Persidangan Tahunan Serentak UMNO Cawangan Taman Salak Jaya, Cawangan Taman Yarl dan Cawangan Taman Berm petang ini.

Terima kasih ahli UMNO yang kekal setia.

Bersatu . Bersetia . Berkhidmat

10/05/2026

Dalam dunia politik moden, bangsa yang kuat bukan bangsa yang paling banyak bergaduh sesama sendiri tetapi bangsa yang bijak menyusun kekuatan, mempertahankan kepentingan dan membina masa depan bersama.

10/05/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Kuala Lumpur