15/05/2026
๐๐๐ง๐ฅ๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐: ๐ฌ๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ง๐๐ก๐๐๐จ ๐๐๐ ๐ข๐ก๐ฆ๐ง๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐จ๐๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฆ๐ฃ๐ข๐ฅT ๐๐๐๐๐ฅ๐จ
KUALA LUMPUR, 14 Mei โ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri hari ini menghadiri sesi Demonstrasi Uji Lari Cetakan Pasport Baharu di Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks Kementerian Dalam Negeri.
Sesi demonstrasi tersebut bertujuan meninjau kesiapsiagaan sistem serta kecekapan proses pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa baharu bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih pantas, cekap dan mesra pengguna.
Melalui sesi berkenaan, YB Menteri Dalam Negeri turut diberikan taklimat serta demonstrasi berkaitan proses cetakan pasport baharu di bilik proses Jabatan Imigresen Malaysia.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Dalam Negeri dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih responsif, berkualiti dan berorientasikan rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Turut hadir YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri; YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha KDN; YBhg. Datoโ Haji Makhzan bin Mahyuddin, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KDN; YBrs. Puan Ainah binti Mohd Soon, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN; YBhg. Datoโ Lokman Effendi bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi); YBhg. Datoโ Aminudin bin Yahaya, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan) serta pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia.
โINTEGRITI, PROFESIONAL, MESRAโ
ยฉ๏ธ Bahagian Korporat & Kualiti | Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
13/05/2026
KAJANG, 12 Mei 2026 โ Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM WPKL) telah menganjurkan Kursus Latihan Menembak Siri 1/2026 yang berlangsung di Lapang Sasar Maktab Penjara Kajang, Selangor bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Kursus tersebut melibatkan penyertaan pegawai-pegawai JIM WPKL serta dibimbing oleh jurulatih menembak yang berpengalaman bagi memastikan aspek keselamatan, disiplin dan pengendalian senjata api dipatuhi sepanjang latihan dijalankan. Turut hadir memeriahkan program ialah ketua-ketua bahagian serta mantan Pengarah JIM WPKL.
Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan tahap kecekapan, kemahiran dan keyakinan pegawai dalam pengendalian senjata api sebagai persediaan menghadapi sebarang situasi operasi dan penguatkuasaan di lapangan. Selain itu, latihan ini juga menjadi platform untuk memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan anggota selaras dengan tugas dan tanggungjawab penguatkuasaan imigresen.
Sepanjang latihan dijalankan, para peserta telah diberikan penerangan teori serta latihan praktikal menembak yang merangkumi teknik pengendalian senjata, aspek keselamatan dan ketepatan sasaran di bawah pemantauan jurulatih bertauliah.
Program seperti ini diharap dapat melahirkan pegawai penguat kuasa yang lebih kompeten, profesional dan bersedia dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.
โINTEGRITI, PROFESIONAL, MESRAโ
ยฉ๏ธ Bahagian Korporat & Kualiti | Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
12/05/2026
๐ฅ๐ ๐ฎ๐ฑ.๐ญ๐ฒ ๐๐จ๐ง๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ก: ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐จ๐ ๐ฆ๐ ๐๐ฅ๐ง ๐๐ก๐๐ข๐ฅ๐๐๐ ๐๐ก๐ง
๐ฃ๐จ๐ง๐ฅ๐๐๐๐ฌ๐ | 12 Mei 2026 โ Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh pendekatan smart enforcement menerusi operasi bersepadu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi membanteras aktiviti penyeludupan serta ketirisan barang kawalan demi menjamin keselamatan negara dan kestabilan bekalan rakyat.
๐ฌ โKDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan pintar secara bersepadu dan konsisten bagi memastikan keselamatan negara, kestabilan bekalan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.โ
โ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Sepanjang tempoh 12 April hingga 10 Mei 2026, operasi penguatkuasaan bersepadu KDN berjaya merekodkan ๐ฅ๐ ๐ฎ๐ฑ.๐ญ๐ฒ ๐๐จ๐ง๐ nilai rampasan kumulatif melibatkan diesel, petrol, LPG dan pelbagai barangan kawalan lain.
Kejayaan operasi ini turut menyaksikan sebanyak 623 tangkapan keseluruhan direkodkan menerusi tindakan bersepadu agensi penguat kuasa di bawah KDN termasuk PDRM, APMM dan JIM.
Bagi statistik harian pada 10 Mei 2026 p**a, nilai rampasan harian direkodkan sebanyak RM145,125.50 hasil tindakan Ops Tiris dan operasi penguatkuasaan rentas sempadan di beberapa lokasi panas.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN), 12 Mei 2026
11/05/2026
๐ ๐ง๐ฅ๐๐ฉ๐๐ ๐ฃ๐๐ฆ๐ฃ๐ข๐ฅ๐ง | ๐ฃ๐๐ฆ๐ฃ๐ข๐ฅ๐ง ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐
Tahukah anda, pasport merupakan dokumen perjalanan rasmi yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti kewarganegaraan seseorang? ๐ฒ๐พ
Pasport Malaysia terbahagi kepada tiga jenis utama:
๐น ๐ฃ๐ฎ๐๐ฝ๐ผ๐ฟ๐ ๐๐ถ๐ฎ๐๐ฎ
Dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang layak bagi tujuan perjalanan antarabangsa.
๐น ๐ฃ๐ฎ๐๐ฝ๐ผ๐ฟ๐ ๐ฅ๐ฎ๐๐บ๐ถ
Digunakan oleh pegawai kerajaan dan individu tertentu bagi urusan rasmi kerajaan.
๐น ๐ฃ๐ฎ๐๐ฝ๐ผ๐ฟ๐ ๐๐ถ๐ฝ๐น๐ผ๐บ๐ฎ๐๐ถ๐ธ
Dikhaskan kepada pegawai yang menjalankan tugas diplomatik dan consular affairs bagi negara.
Pasport bukan sekadar dokumen perjalanan, malah melambangkan identiti serta kedaulatan negara di persada antarabangsa. ๐โจ
11/05/2026
The Official Passport Index Ranking
The Henley Passport Index ranks 199 passports by visa-free access using exclusive IATA data, with 19 years of history and monthly updates.
08/05/2026
๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐๐ง๐๐จ๐๐ฆ๐๐๐ก ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐จ๐: ๐ฏ๐ฏ ๐ง๐๐ก๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ข๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ฃ๐๐๐จ
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terus memperkukuh penguatkuasaan dalam membendung kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) serta aktiviti rentas sempadan menerusi pelaksanaan operasi bersepadu di seluruh negara.
๐ฌโPenguatkuasaan imigresen akan terus diperkasa secara tegas, profesional dan bersepadu bagi memastikan keselamatan negara, kestabilan sempadan serta kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.โ
โ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Sepanjang tempoh operasi dari 12 April hingga 5 Mei 2026, sebanyak 33 tindakan tangkapan penguatkuasaan JIM telah dilaksanakan melibatkan pemeriksaan, pengesanan serta tindakan terhadap pelanggaran undang-undang imigresen bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.
Operasi ini turut dilaksanakan secara strategik bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melalui pendekatan โsmart enforcementโ yang menekankan integrasi operasi, perkongsian maklumat serta pemantauan berisiko tinggi secara berterusan.
Secara keseluruhan, operasi bersepadu tersebut merekodkan:
โช๏ธ 302 tangkapan PDRM (JSJ D3)
โช๏ธ 138 tangkapan PDRM (KDNKA)
โช๏ธ 59 tangkapan APMM
โช๏ธ 33 tindakan JIM
โช๏ธ 34 kenderaan & 4 bot dirampas
โช๏ธ 78 telefon bimbit dirampas sebagai bahan bukti
โช๏ธ RM23.56 juta nilai rampasan keseluruhan.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri, 7 Mei 2026
07/05/2026
OPS SELERA JIM WPKL DI CHERAS TAHAN 25 WARGA ASING
KUALA LUMPUR, 5 Mei 2026 โ Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM WPKL) telah melaksanakan satu operasi penguatkuasaan Ops Selera di sekitar Cheras, yang menyaksikan seramai 25 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.
Operasi yang dijalankan bermula jam 11.00 pagi itu melibatkan kekuatan seramai 30 pegawai JIM WPKL dan tertumpu di sebuah premis perniagaan , Sri Petaling.
Sepanjang operasi dijalankan, seramai 41 individu telah diperiksa yang terdiri daripada warganegara Malaysia serta warga asing pelbagai negara antaranya Indonesia, Myanmar dan Bangladesh. Hasil pemeriksaan mendapati seramai 25 warga asing telah ditahan melibatkan 15 lelaki dan 10 perempuan yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Daripada jumlah tangkapan tersebut, ia melibatkan 11 warga Indonesia, 11 warga Myanmar dan 3 warga Bangladesh. Tiada majikan ditahan dalam operasi berkenaan.
Selain itu, satu Borang Saman Saksi (Borang 29) turut dikeluarkan sepanjang tempoh pemeriksaan dan pemantauan dijalankan.
Operasi ini dilaksanakan bertujuan untuk mengesan, menangkap serta mengambil tindakan terhadap warga asing yang melanggar undang-undang imigresen di samping memastikan pematuhan majikan terhadap peraturan yang ditetapkan.
JIM WPKL akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) serta memastikan kedaulatan undang-undang negara sentiasa terpelihara.
โINTEGRITI, PROFESIONAL, MESRAโ
ยฉ๏ธ Bahagian Korporat & Kualiti | Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur