14/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
https://heritage.gov.my/my/sebutharga-tender
๐ทโโ๏ธ KERJA-KERJA MEMBAIK PULIH TINGKAP DAN RUANG PAMERAN SERTA KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITAN DI GALERI WARISAN KOTA MELAKA, BANDA HILIR, MELAKA (JWN.PBN.400-5/18/2026-1)
โ Tarikh taklimat/ lawatan tapak: 20 Mei 2026 (Rabu) | 10.00 pagi | Galeri Warisan Kota Melaka, 1A, Jalan Kota, Banda Hilir, Melaka
โ Tarikh tutup sebut harga: 3 Jun 2026 (Rabu) | 12.00 tengah hari
"๐พ๐๐๐๐๐, ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ฟ๐๐ ๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐พ๐๐ก๐"
13/05/2026
๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ || ๐๐๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐๐ซ๐๐ญ ๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ซ๐ข๐ฌ๐๐ง ๐๐๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐๐ง ๐๐ข๐ฅ ๐/๐๐๐๐
Mesyuarat Majlis Warisan Kebangsaan Bil. 1/2026 merupakan mesyuarat pertama bagi sesi 2026โ2028 dan telah diadakan di Bangunan Sultan Abdul Samad, sebuah bangunan ikonik negara yang telah dibuka semula kepada orang ramai pada 2 Februari 2026 selepas hampir setahun menjalani kerja-kerja pemuliharaan.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Profesor Emeritus Datoโ Dr. Ibrahim bin Komoo dengan kehadiran Ahli-Ahli Majlis Warisan Kebangsaan yang dilantik oleh YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Mesyuarat ini dilaksanakan dengan tujuan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan pemeliharaan, pemuliharaan dan pengurusan warisan negara bagi memastikan khazanah warisan negara terus terpelihara untuk generasi akan datang.
Majlis Warisan Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah peruntukan Seksyen 16, Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645], merupakan platform penting dalam mengutarakan, membincangkan serta memutuskan isu-isu berkaitan warisan negara.
Semoga segala keputusan dan usaha yang dirancang melalui mesyuarat ini dapat memperkukuh agenda pemerkasaan warisan negara serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memelihara warisan.
Kenali, Sayangi dan Lestari Warisan Kita.โ
12/05/2026
๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ | ๐๐๐ฆ๐จ๐ง๐ฌ๐ญ๐ซ๐๐ฌ๐ข ๐๐ค๐ฌ๐ค๐๐ฏ๐๐ฌ๐ข ๐๐ซ๐ค๐๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐๐๐ฐ๐๐ก ๐๐ข๐ซ ๐๐ข ๐๐ช๐ฎ๐๐ซ๐ข๐ ๐๐๐๐
Jabatan Warisan Negara melalui Cawangan Arkeologi Bawah Air dengan kerjasama Aquaria KLCC dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan Persembahan Demonstrasi Ekskavasi Arkeologi Bawah Air di Aquatheatre, Aquaria KLCC.
Program ini merupakan sebahagian daripada program outreach dan kolaborasi antara Aquaria KLCC, Jabatan Warisan Negara (JWN) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam memperkenalkan warisan arkeologi bawah air kepada masyarakat serta pengunjung tempatan dan antarabangsa.
Ia juga merupakan sebahagian daripada pameran โMysteries from the Deepโ yang berlangsung dari 1 April hingga 26 Jun 2026, menampilkan artifak hasil Penyelidikan Kapal Karam Bidong, Terengganu.
Pameran ini bertujuan memperkenalkan dan mempromosikan kekayaan warisan kebudayaan bawah air Malaysia kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa.
"๐พ๐๐๐๐๐, ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ฟ๐๐ ๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐พ๐๐ก๐"
12/05/2026
๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ || ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐-๐๐๐๐
BANGI โ Satu sesi Kunjung Hormat Pesuruhjaya Warisan ke atas YBhg. Prof. Emeritus Datoโ Dr. Ibrahim bin Komoo telah diadakan susulan pelantikan beliau sebagai Pengerusi Majlis Warisan Kebangsaan yang baharu oleh YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada bulan April 2026 lalu.
Delegasi diketuai oleh YBrs. Encik Mohamad Muda bin Bahadin, Pesuruhjaya Warisan merangkap Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara (JWN); bersama YBrs. Encik Ruzairy bin Arbi, Timbalan Pesuruhjaya Warisan dan beberapa pegawai Bahagian Daftar Warisan.
Pertemuan ini membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk membincangkan hala tuju dan perkara-perkara berbangkit dalam pengurusan warisan di Malaysia. Antara agenda utama yang diberi penekanan ialah perkara berkaitan pemantapan pengurusan yang melibatkan penelitian isu-isu semasa berkaitan pemuliharaan dan pelestarian warisan negara.
Di samping itu, pertemuan ini juga merupakan Pra Mesyuarat Warisan Kebangsaan Bil. 1/2026 yang mana Urus Setia Mesyuarat Warisan Kebangsaan telah memberikan taklimat terperinci mengenai perancangan perjalanan dan pelaksanaan Mesyuarat Majlis Warisan Kebangsaan Bil. 1/2026 yang dijadualkan berlangsung pada 13 Mei 2026 ini.
JWN menaruh harapan tinggi agar gandingan kepakaran dan kepimpinan YBhg. Prof. Emeritus Datoโ Dr. Ibrahim bin Komoo dapat menyuntik semangat baharu dalam memperkasakan agenda warisan negara.
Semoga sinergi ini akan terus memartabatkan khazanah warisan Malaysia agar kekal relevan dan terpelihara untuk generasi akan datang.
"๐พ๐๐๐๐๐, ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ฟ๐๐ ๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐พ๐๐ก๐"
10/05/2026
MESYUARAT PENAMBAHBAIKAN PEMBANGUNAN MJSASKL
8 Mei 2026 | 3.30 Petang
Jabatan Warisan Negara telah menghadiri Mesyuarat Penambahbaikan Pembangunan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad bersama Think City bagi membincangkan usaha pemerkasaan, pemuliharaan dan pembangunan kawasan warisan bersejarah tersebut.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Asri bin Azmi bersama Encik Adiman bin Haji Baharon.
Perbincangan ini mencerminkan komitmen pelbagai pihak dalam memastikan nilai sejarah, identiti dan warisan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad terus dipelihara seiring pembangunan bandar raya Kuala Lumpur.
"๐พ๐๐๐๐๐, ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ฟ๐๐ ๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐พ๐๐ก๐"
09/05/2026
9 Mei 2026 | SOROTAN HARI KETIGA My FOOD EXPO 2026
Suasana hari ketiga iaitu hari terakhir program My FOOD EXPO 2026 berlangsung dengan amat meriah apabila booth Jabatan Warisan Negara menerima kunjungan pengunjung yang memberangsangkan daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pengunjung dari dalam dan luar negara.
Aktiviti demonstrasi makanan warisan serta pelbagai aktiviti interaktif berkaitan makanan tradisional turut mendapat sambutan yang amat positif. Pengunjung bukan sahaja berpeluang mengenali keunikan makanan warisan negara, malah dapat melihat sendiri kaedah penyediaan dan sejarah di sebalik hidangan tradisional yang dipamerkan.
Program seperti ini merupakan platform yang sangat baik dalam mempromosikan makanan warisan negara di samping memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memelihara identiti budaya serta khazanah gastronomi Malaysia untuk generasi akan datang.
๐พ๐๐๐๐๐, ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ฟ๐๐ ๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐พ๐๐ก๐"
09/05/2026
9 Mei 2026 (Sabtu) | Padang Mengkuang T**i, Pulau Pinang
YBrs Tuan Mohamad Muda Bahadin, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah menghadiri Majlis Program Kenduri Warisan sempena Majlis Pengisythiharaan Warisan Negeri Pulau Pinang di bawah Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 (Enakmen 14).
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Turut hadir YB Wong Hon Wai, EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang serta Dato' Seri Haji Zulkifli Bin Long, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memelihara, memartabatkan dan memperkukuh warisan budaya negeri sebagai khazanah bernilai untuk generasi masa hadapan, selaras dengan aspirasi pembangunan pelancongan budaya negara.
"๐พ๐๐๐๐๐, ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ฟ๐๐ ๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐พ๐๐ก๐"
08/05/2026
๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฅ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Suasana di reruai Jabatan Warisan Negara pada hari kedua MyFood Expo 2026 terus menerima sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Pelbagai pengisian menarik diketengahkan termasuk sesi perkongsian dan demonstrasi makanan warisan negara yang telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) serta aktiviti interaktif berkaitan miniatur makanan warisan.
Penyertaan Jabatan dalam program ini menjadi platform penting bagi mendekatkan masyarakat kepada keunikan warisan negara di samping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memelihara dan menghargai khazanah warisan negara untuk generasi akan datang.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir memeriahkan reruai Jabatan Warisan Negara sepanjang penganjuran MyFood Expo 2026.
Kenali, Sayangi dan Lestari Warisan Kita.
08/05/2026
โจ๐ฑ ๐๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐ ๐ค๐ข๐ง๐ข ๐ซ๐๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐๐ซ๐๐๐ ๐๐ข ๐๐ข๐ค๐๐จ๐ค! ๐ฑโจ
Jom follow akaun TikTok JWN untuk pelbagai perkongsian menarik berkaitan warisan negara, fakta unik, info sejarah, aktiviti semasa dan kandungan eksklusif yang lebih dekat dengan anda.
๐ Ikuti kami di TikTok:
https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-95zGj3rIczK
Lebih dekat, lebih santai dan lebih interaktif!
Jangan lupa follow, like dan share!
Facebook: https://www.facebook.com/share/1CKAXCWuVZ/?mibextid=wwXIfr
Instagram: https://www.instagram.com/jwninfo?igsh=MTdubzJ3MHp1b24zZQ%3D%3D&utm_source=qr
X: https://x.com/jwninfo?s=21
TikTok: https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-95zGj3rIczK
โ๐พ๐๐๐๐๐, ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ฟ๐๐ ๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐พ๐๐ก๐"
๐๐๐ ๐๐๐
07/05/2026
๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ ll ๐๐๐
๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Jabatan Warisan Negara๏ฟผ turut mengambil bahagian dalam program MyFood 2026 yang berlangsung dari 7 hingga 9 Mei 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre.
Penyertaan ini merupakan komitmen berterusan Jabatan dalam memperkenalkan serta mempromosikan warisan kebudayaan tidak ketara negara khususnya makanan warisan yang menjadi lambang identiti, nilai tradisi dan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.
Melalui platform ini, pelbagai inisiatif dan usaha pemeliharaan warisan makanan tradisional diketengahkan kepada masyarakat sebagai langkah memastikan khazanah warisan negara terus dipelihara, dihargai dan diwariskan kepada generasi akan datang.
Program anjuran Opulence Exhibition Services Sdn. Bhd.๏ฟผ ini turut mendapat sokongan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)๏ฟผ dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)๏ฟผ serta Universiti Putra Malaysia (UPM)๏ฟผ sebagai rakan strategik penganjuran.
Kenali, Sayangi dan Lestari Warisan Kita.โ