08/01/2025
⚫️ BELASUNGKAWA ⚫️
………………..………………..………………..……………….
Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan bahawa Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah
kehilangan seorang warga kerja yang sangat berwibawa.
Allahyarham Dr Fahrurrazi bin Hamid telah kembali ke rahmatullah pada 7 Januari 2025 (Selasa) akibat kemalangan jalanraya sewaktu pulang dari tempat kerja beliau Hospital Kuala Lumpur KKM.
………………..………………..………………..……………….
Seluruh warga kerja HKL merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau dan pemergian beliau merupakan kehilangan yang sangat dirasai oleh pihak HKL.
انا لله وانا اليه راجعون.
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه.
………………..………………..………………..……………….
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Dr Dzulkefly Ahmad
Occupational Safety and Health Unit HKL
BERNAMA
Masjid Az-Zahrawi JAWI HKL
Utusan Malaysia.
Psikologi Kaunseling Hkl
Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya
Public Health Malaysia
Unit Pendidikan Kesihatan HKL
Pertubuhan Keselamatan Sosial
Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat HKL
02/12/2024
Cegah keracunan makanan semasa banjir
30/11/2024
Pada 29 November 2024, Persatuan Pembantu Perawatan Kesihatan HKL telah menganjurkan Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan Peringkat Hospital Kuala Lumpur 2024 dengan tema 'Jiwa Madani Asas Kecemerlangan Profesion'.
Majlis yang dirasmikan oleh Pengarah HKL, YBhg. Dato' Dr. Harikrishna K.R. Nair ini sarat dengan pelbagai program menarik, seperti senaman di kerusi, persembahan video, persembahan koir, penyampaian hadiah kepada PPK yang telah bersara dan Tokoh PPK 2024, ceramah dan diakhiri dengan cabutan bertuah.
Semoga semua PPK akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk HKL. Terima kasih PPK 🫡.
25/10/2024
10 Oktober setiap tahun merupakan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia. Mengangkat tema "Utamakan Kesihatan Mental Di Tempat Kerja" untuk tahun 2024, Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Kuala Lumpur ingin berkongsi infografik berkenaan 5 langkah untuk membantu orang yang terfikir untuk membunuh diri.
Ambil tahu keadaan kesihatan mental diri anda sendiri, ahli keluarga dan rakan-rakan anda. Dapatkan bantuan dan sokongan, jangan biarkan ia berlarutan.
14/10/2024
Jom kenali dengan lebih lanjut berkaitan MPOX atau Monkeypox menerusi infografik yang disediakan.
10/10/2024
𝐀𝐲𝐮𝐡 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚𝐢 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐒 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 (𝐊𝐖𝐒) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟗/ 𝟐𝟎𝟐𝟒
🔸Tarikh: 10 Oktober 2024 (Khamis)
🔸Masa: 2.30 petang hingga 3.30 petang
🔸Tajuk: Kural- Apa Punca & Tandanya?
🔸Pembentang: Dr Priyya Subramaniam, Pakar Dermatologi HKL
🔸Platform: Google Meet (Pautan: https://meet.google.com/hba-qrdo-bya)
Turut boleh layari menerusi Facebook Live Unit Pendidikan Kesihatan HKL
03/10/2024
𝐀𝐲𝐮𝐡 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚𝐢 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐒 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 (𝐊𝐖𝐒) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟖/ 𝟐𝟎𝟐𝟒
🔸Tarikh: 03 Oktober 2024 (Khamis)
🔸Masa: 2.30 petang hingga 3.30 petang
🔸Tajuk: Sakitlah Kepala Saya...
🔸Pembentang: Dr. Raja Ahmad Reza bin Raja Lope Ahmad, Pakar Perubatan (Neurologi) HKL
🔸Platform: Google Meet (Pautan: https://meet.google.com/hba-qrdo-bya)
Turut boleh layari menerusi Facebook Live Unit Pendidikan Kesihatan HKL
02/10/2024
Terima kasih atas sokongan & penyertaan aktiviti sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Hospital Kuala Lumpur 2024.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang bulan September 2024
🔸Peluncuran Sambutan
🔹Senam Sihat
🔸Cabaran Sihat
🔹Langkah Sihat
🔸Webicara Sihat
🔹Cabaran BookDoc
🔸Hebahan Infografik Kesihatan
Semoga semua mendapat manfaat dan diharapkan terdapat lebih pelbagai aktiviti menarik pada masa depan.
30/09/2024
𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇!!!
Pemenang Cabaran BookDoc: 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 𝐉𝐢𝐰𝐚 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚 𝐑𝐮𝐧 sempena Kempen HKL Aktif!, Bulan Kebangsaan & Bulan Malaysia Sihat Sejahtera
Tempoh Cabaran: 17 Ogos hingga 16 September 2024
Sasaran Langkah: 310,000 langkah
Pemenang dipilih menerusi cabutan bertuah berdasarkan peserta warga kerja HKL yang berjaya mencapai sasaran langkah ditetapkan.