PACSU KL

PACSU KL

Share

Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir & Awam Pasukan Polis, Semenanjung, Malaysia. Kuala Lumpur

25/03/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗘-𝟮𝟭𝟵 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲.

Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia atas jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam memastikan keamanan serta kesejahteraan negara sentiasa terpelihara. Keberanian dan komitmen anda amat dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Semoga terus cekal, berintegriti dan diberkati dalam menjalankan amanah.

“𝙋𝙤𝙡𝙞𝙨 𝙙𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙨𝙮𝙖𝙧𝙖𝙠𝙖𝙩 𝘽𝙚𝙧𝙥𝙞𝙨𝙖𝙝 𝙏𝙞𝙖𝙙𝙖”

Selamat Hari Polis!

Ikhlas Daripada :

Pengerusi, Ahli Jawantankuasa Tertinggi dan Ahli PACSU Cawangan Kuala Lumpur

20/03/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛

PACSU Cawangan Kuala Lumpur ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Diharapkan sambutan hari raya Aidilfitri pada tahun ini disambut dengan rasa penuh kesyukuran, membawa kegembiraan, keberkatan serta mengeratkan silaturrahim.

"𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑻𝑼 𝑴𝑬𝑴𝑩𝑨𝑵𝑻𝑼 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑨 𝑷𝑨𝑪𝑺𝑼"

11/03/2026

PACSU Cawangan Kuala Lumpur mengucapkan jutaan terima kasih kepada PMX atas pengumuman ini.

Terima kasih juga dipanjangkan kepada semua yang terlibat di dalam merealisasikan cadangan ini.

BERSATU MEMBANTU BERSAMA PACSU

Photos from PACSU KL's post 06/03/2026

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧 𝗨𝗥𝗨𝗦 (𝗦𝗟𝗨) 𝗖𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗞𝗔𝗥 𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞 𝗦𝗞𝗜𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨 𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗢𝗟𝗢𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥 (𝗣𝗣𝗧)

𝐏𝐀𝐂𝐒𝐔 𝐊𝐋, 4 Mac 2026, Pengerusi Police Administrative and Civilian Staff Union (PACSU) Cawangan Kuala Lumpur iaitu Sdr. Muhamad Fadli Bin Sabtu telah menghadiri SLU Cadangan Tukar Lantik Skim Pembantu Tadbir kepada Penolong Pegawai Tadbir (PPT) bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Am Dalam Kumpulan Pelaksana (MBK), di Bilik Mesyuarat CUEPACS/ MBK, Aras 2, Wisma CUEPACS, Kuala Lumpur. Turut hadir dalam sesi ini adalah dari pelbagai kesatuan-kesatuan sekerja agensi kerajaan dan badan berkanun (agensi separa kerajaan).

Mesyuarat ini diadakan bagi tujuan memaklumkan status terkini permohonan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada ahli mesyuarat dan turut membincangkan langkah seterusnya bagi memastikan permohonan berjaya dilaksanakan. Ahli mesyuarat cukup memberi maklumbalas yang sangat idealis bagi memastikan perjuangan ini tidak terhenti di separuh jalan.

Harapan PACSU, perjuangan ini wajib diteruskan sehingga mencapai kejayaan, semoga urusan gerak kerja ini dipermudahkan segala urusan oleh pihak kerajaan.

Sekian, Terima Kasih.

“𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑻𝑼 𝑴𝑬𝑴𝑩𝑨𝑵𝑻𝑼 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑨 𝑷𝑨𝑪𝑺𝑼”

Photos from PACSU KL's post 05/03/2026

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗝𝗔𝗠𝗨𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟 𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗣𝗔𝗖𝗦𝗨 𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥 𝗕𝗜𝗟. 𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟲.

Polis KL - Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis, Semenanjung Malaysia (Police Administrative and Civilian Staff Union) PACSU Cawangan Kuala Lumpur, telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Kuala Lumpur telah berlangsung di Pejabat PACSU, aras ME, IPK KL.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sdr. Muhamad Fadli Bin Sabtu, Pengerusi PACSU Cawangan Kuala Lumpur dan mesyuarat ini juga turut membincangkan isu-isu berbangkit Pegawai Awam PDRM dan perancangan Majlis Hari Raya yang dijangka akan diadakan pada bulan April ini.

Mesyuarat berjalan lancar dan selesai dengan jayanya.

Photos from PACSU KL's post 28/02/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗖𝗢𝗥𝗣𝗢𝗥𝗔𝗧𝗘 𝗦𝗢𝗖𝗜𝗔𝗟 𝗥𝗘𝗦𝗣𝗢𝗡𝗦𝗜𝗕𝗜𝗟𝗜𝗧𝗬 (𝗖𝗦𝗥) 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗟 𝗘𝗛𝗪𝗔𝗟 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗪𝗜𝗟𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 (𝗝𝗛𝗘𝗞𝗦)

PACSU KL, 28 Februari 2026, Police Administrative and Civilian Staff Union (PACSU) Cawangan Kuala Lumpur telah menyertai Program CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) anjuran JHEKS Selangor Dan WP , di Masjid Asy Syakirin Taman Puchong Utama.

Pengerusi PACSU KL iaitu Sdr. Muhamad Fadli bin Sabtu selaku wakil Kesatuan Sekerja Kontinjen Polis Kuala Lumpur telah menghadiri jemputan bagi mengimarahkan, menyokong dan membantu dalam menyampaikan aktiviti agihan bubur lambuk, majlis berbuka puasa dan sumbangan anak yatim & ibu tunggal oleh pihak JHEKS.

Pengerusi PACSU KL juga menyertai lawatan bersama-sama JHEKS Selangor dan Wilayah Persekutuan serta Kesatuan Sekerja yang lain di Rumah Jagaan Al-Ikhlas, Puchong, Selangor bagi menyampaikan sumbangan makanan dan keperluan asas. Pengerusi PACSU KL berkesempatan menyampaikan sumbangan daripada Ahli PACSU KL di pusat penjagaan tersebut.

Program ini dirasmikan oleh YBrs.Tuan Haji Azzral Bin Haji Abu Talib, Pengarah JHEKS Selangor & WP.

PACSU KL ingin mengucapkan syabas dan tahniah serta terima kasih tidak terhingga kepada pihak JHEKS Selangor & WP dalam menjayakan program ini dan memberi peluang kepada PACSU KL untuk turut serta ke program ini.

Sekian, terima kasih.

“𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑻𝑼 𝑴𝑬𝑴𝑩𝑨𝑵𝑻𝑼 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑨 𝑷𝑨𝑪𝑺𝑼”

18/02/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗠𝗨𝗕𝗔𝗥𝗔𝗞

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak. Semoga bulan ini membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua.

Semoga Ramadan Al-Mubarak ini membawa sinar baru dalam hidup kita semua dan menjadi titik tolak kepada kita menjadi insan yang lebih baik.

Semoga puasa kita diterima dan amalan kita diberkati. Selamat menjalani ibadah puasa.

~𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙩𝙪 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙖𝙣𝙩𝙪 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙋𝘼𝘾𝙎𝙐~

16/02/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗖𝗜𝗡𝗔

PACSU Cawangan Kuala Lumpur ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga PACSU khususnya yang berbangsa Tionghua. Semoga tahun ini membawa kecemerlangan, kebahagiaan dan kejayaan.

"𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑻𝑼 𝑴𝑬𝑴𝑩𝑨𝑵𝑻𝑼 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑨 𝑷𝑨𝑪𝑺𝑼"

13/02/2026

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦 𝗔𝗝𝗞 𝗣𝗔𝗖𝗦𝗨 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥

Warga PACSU Cawangan Kuala Lumpur ingin mengucapkan tahniah kepada AJK PACSU Cawangan Kuala Lumpur, Sdri. Ratna Shameera A/P Selvarajan dari IPD Putrajaya di atas kejayaan menjuarai Pertandingan Karom Perseorangan Wanita Piala KPN. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan dalam sukan, tetapi juga dedikasi dan semangat juang yang tinggi. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus maju dalam setiap langkah yang diambil

"𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑻𝑼 𝑴𝑬𝑴𝑩𝑨𝑵𝑻𝑼 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑨 𝑷𝑨𝑪𝑺𝑼"

01/02/2026

PACSU Kuala Lumpur ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam Dan Selamat Hari Wilayah Persekutuan

Photos from PACSU KL's post 24/01/2026

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡

PACSU KL, 29 Disember 2025 (Isnin) PACSU Kuala Lumpur diwakili Bendahari, Sdri Nurhazwani Izzati binti Zakaria dan Pn Norzamira Binti Zailan, Biro Kebajikan telah membuat lawatan kebajikan kepada Ahli PACSU KL iaitu Pn Nur Azyyati binti Che Nordin, Bahagian Kewangan, JLog IPK Kuala Lumpur, di Perumahan Polis Desa Aman 1, Kuala Lumpur.

Beliau mengalami sakit Premature Contractions. Tujuan lawatan adalah memberi sokongan moral dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara barisan AJK tertinggi PACSU KL bersama ahli PACSU.

Sama-sama kita mendoakan buat Pn. Azyyati supaya diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan beliau.

Sekian, terima kasih.

“𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑻𝑼 𝑴𝑬𝑴𝑩𝑨𝑵𝑻𝑼 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑨 𝑷𝑨𝑪𝑺𝑼”

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Jalan Hang Tuah
Kuala Lumpur
52500