13/05/2026
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) - Pinjaman Latihan Kemahiran
" PTPK, Rakan TVET anda " Pembiaya Pinjaman Latihan Kemahiran kepada pelatih yang mengikuti latihan kemahiran di Penyedia Latihan yang berdaftar dengan TPK.
13/05/2026
13/05/2026
𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐜𝐢𝐥, 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫.
Hari TVET Negara 2026 bakal kembali.
12/05/2026
MAKLUMAN PEMERGIAN PESARA / MANTAN KAKITANGAN PTPK
Meninggal dunia pada 11 Mei 2026
Assalamualaikum w.b.t,
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف
“Allahummagh firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"
"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia."
Semalam warga PTPK dikejutkan dengan pemergian, 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐀𝐬𝐟𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧, pesara/mantan kakitangan PTPK yang telah kembali ke rahmatullah pada 11 Mei 2026.
Takziah diucapkan kepada waris dan keluarga arwah. Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak-banyaknya serta dijadikan kuburnya sebagai taman-taman syurga.
Kepada yang beragama islam, marilah sama-sama sedekahkan Al-fatihah.
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ
✨Sorotan Majlis Rahmah Mesra YAB Perdana Menteri Bersama Mahasiswa India Malaysia Dalam Memperkukuh Akses Pendidikan Inklusif✨
PTPK turut serta dalam menjayakan Majlis Ramah Mesra YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama mahasiswa India Malaysia yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya hari ini. Turut hadir ialah Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan.
Program anjuran MITRA dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia itu menjadi platform penting dalam membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada mahasiswa untuk meneroka bidang pendidikan, memperkukuh kemahiran serta membina prospek kerjaya yang lebih mampan dan berdaya saing.
Melalui pembukaan reruai PTPK, para mahasiswa dan pengunjung diberikan penerangan berkaitan kemudahan pinjaman latihan TVET yang disediakan oleh PTPK.
Penyertaan PTPK dalam program ini adalah salah satu usaha untuk memperkenalkan fungsi dan peranan PTPK dengan lebih meluas agar masyarakat diberikan pendedahan terhadapa kemudahan yang tersedia bagi merancakkan pembangunan bakat TVET negara.
10/05/2026
Terima kasih YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim atas tambahan peruntukan RM50 juta kepada MITRA, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM150 juta demi memperkasa pembangunan masyarakat India di Malaysia. 🇲🇾
Peruntukan ini akan terus dimanfaatkan bagi memperkukuh agenda pendidikan, pembangunan modal insan, latihan kemahiran dan peningkatan sosioekonomi komuniti India selaras aspirasi Malaysia MADANI.
Pendidikan ModalInsan MADANI
10/05/2026
MAJLIS RAMAH MESRA YAB PERDANA MENTERI BERSAMA MAHASISWA INDIA MALAYSIA DALAM MEMPERKUKUH AKSES PENDIDIKAN INKLUSIF
PTPK turut serta dalam menjayakan Majlis Ramah Mesra YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama mahasiswa India Malaysia yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya hari ini. Turut hadir ialah Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan.
Program anjuran MITRA dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia itu menjadi platform penting dalam membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada mahasiswa untuk meneroka bidang pendidikan, memperkukuh kemahiran serta membina prospek kerjaya yang lebih mampan dan berdaya saing.
Delegasi PTPK yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Fathullah bin Mustafa turut meluangkan masa berinteraksi secara langsung bersama mahasiswa dan pengunjung sepanjang program berlangsung.
Melalui pembukaan reruai PTPK, para mahasiswa dan pengunjung diberikan penerangan berkaitan kemudahan pinjaman latihan TVET yang disediakan oleh PTPK.
Penyertaan PTPK dalam program ini adalah salah satu usaha untuk memperkenalkan fungsi dan peranan PTPK dengan lebih meluas agar masyarakat diberikan pendedahan terhadapa kemudahan yang tersedia bagi merancakkan pembangunan bakat TVET negara.
10/05/2026
🌷 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐁𝐔 🌷
PTPK mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan kasih sayang kepada seluruh insan bergelar ibu atas segala pengorbanan, kasih sayang dan doa yang tidak pernah putus buat keluarga dan anak-anak.
Di sebalik setiap kejayaan, pasti ada insan bernama ibu yang sentiasa menjadi sumber kekuatan, inspirasi dan semangat.
Terima kasih, ibu.
Jasamu tidak ternilai dan akan sentiasa dihargai. 💐
“Kasih ibu membawa ke syurga, pengorbanannya sepanjang masa.”
Ikhlas daripada,
Lembaga pengarah, ketua eksekutif dan warga PTPK
10/05/2026
HARI TERAKHIR!
Bersempena sambutan Hari Pekerja 1 Mei, PTPK membawakan Kempen Cabutan Bertuah khas untuk anda!
📅 Tempoh Kempen:
15 April hingga 10 Mei 2026
💡 Cara Penyertaan:
Hanya dengan membuat bayaran balik minimum RM500 (1 transaksi sepanjang tempoh kempen) melalui Portal MyPerkasaTVET PTPK, anda automatik layak untuk menyertai cabutan ini!
🎁 Menariknya…
Peminjam bertuah berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan yang disediakan khas!
👉 Jangan lepaskan peluang ini!
Layari portal sekarang:
🔗 https://myperkasatvet.ptpk.gov.my/portal/
09/05/2026
MAJLIS RAMAH MESRA YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, PERDANA MENTERI
BERSAMA MAHASISWA INDIA
Mahasiswa dan pelajar dijemput hadir untuk meneroka peluang kerjaya, TVET, pembangunan kemahiran, bantuan pendidikan serta pelbagai inisiatif pembangunan diri yang disediakan oleh KESUMA.
Kunjungi reruai KESUMA yang menampilkan pelbagai agensi seperti JPK, JTM, PERKESO, HRD Corp, TalentCorp, PTPK, NIOSH, JKKP dan MITRA bagi mendapatkan penerangan, khidmat nasihat dan akses terus kepada inisiatif untuk mahasiswa dan belia.
📍 10 Mei 2026 (Ahad)
🕘 9.00 pagi – 5.00 petang
📌 Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya
09/05/2026
MAJLIS RAMAH MESRA
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM, PERDANA MENTERI
bersama
MAHASISWA INDIA
Majlis Ramah Mesra ini dianjurkan oleh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia, Kementerian Sumber Manusia 🇲🇾
Program ini merupakan platform penting dalam memperkukuh hubungan, aspirasi serta pembangunan komuniti mahasiswa ke arah Malaysia MADANI yang lebih progresif dan inklusif.
10 MEI 2026 (AHAD) | DEWAN TUNKU CANSELOR, UNIVERSITI MALAYA
⚡️Sorotan Forum Perdana Ehwal Islam⚡️
“Tangan Bekerja, Hati Berdoa🤲🏻”
Pada 7 Mei 2026, Kementerian Sumber Manusia melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran telah menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam bertemakan ‘Tangan Bekerja, Hati Berdoa’ di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.
Program ini telah diserikan dengan kehadiran YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia bersama barisan pengurusan tertinggi KESUMA, ketua jabatan dan agensi.
Forum yang disiarkan secara langsung menerusi RTM TV1 ini menampilkan Ustaz Nabil Ahmad sebagai moderator bersama panel jemputan berwibawa, Dato’ Haji Badli Shah bin Haji Alauddin dan Prof. Dr. Sharifah Hayati binti Syed Ismail.
Pengisian forum memberi penekanan terhadap keseimbangan antara tuntutan kerjaya dan penghayatan kerohanian dalam membentuk warga kerja yang berintegriti, beretika dan sejahtera.
Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, penganjuran ini menjadi manifestasi nilai ihsan, kesejahteraan dan kemampanan ke arah pembangunan masyarakat yang holistik dan berdaya tahan.
Pekerja MADANI, KESUMA Bangsa💪🏻
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, 11, 12c, 15/19 & 27, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
Kuala Lumpur
50530
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:00 |
| Tuesday | 08:30 - 17:00 |
| Wednesday | 08:30 - 17:00 |
| Thursday | 08:30 - 17:00 |
| Friday | 08:30 - 17:00 |
