Jabatan Logistik Dan Teknologi IPK Kuala Lumpur

Jabatan Logistik Dan Teknologi IPK Kuala Lumpur

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Logistik Dan Teknologi IPK Kuala Lumpur, Government Organization, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.

Photos from Jabatan Logistik Dan Teknologi IPK Kuala Lumpur's post 13/10/2025

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗔𝗠𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗡𝗬𝗔𝗡𝗬𝗜𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗚𝗨 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔𝗞𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗙𝗔𝗭 𝗜𝗞𝗥𝗔𝗥 𝗥𝗨𝗞𝗨𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗘𝗟𝗘𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧, 𝗜𝗣𝗞 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥

Kuala Lumpur, 13 Oktober 2025 (Isnin) – YDH DSP Eddy Afiro bin Sahalan, Pegawai Turus Telekomunikasi dan Sistem Maklumat, bersama-sama warga Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM), telah menghadiri Majlis Amalan Nyanyian Lagu Negaraku dan Lafaz Ikrar Rukun Negara peringkat Telekomunikasi dan Sistem Maklumat, IPK Kuala Lumpur. Majlis ini telah berlangsung di Bilik Taklimat IT , tingkat 3 Menara A, IPK Kuala Lumpur.

Majlis dimulakan dengan penuh semangat patriotik melalui nyanyian Lagu Negaraku, diikuti dengan lafaz Ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh Sjn Mohd Nazri bin Ibrahim, Sjn Teknikal Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Teknikal, IPK Kuala Lumpur.

Majlis diteruskan dengan ucapan amanat daripada YDH ASP Mohd Maizuri bin Abdul Majid, Insp Operasi Telekomunikasi dan Sistem Maklumat, kepada seluruh warga Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Polis Kuala Lumpur.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta pegawai awam dari Bahagian Telekomunikasi dan Sistem Maklumat, IPK Kuala Lumpur.

Photos from Jabatan Logistik Dan Teknologi IPK Kuala Lumpur's post 26/09/2025

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗗𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗚𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗔𝗦𝗘𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱

Kuala Lumpur, 25/09/2025 (Khamis) – Mesyuarat Penyelarasan persediaan dan penugasan sempena Asean 2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat KJlog Kuala Lumpur Tingkat 5, Menara A, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Kuala Lumpur YDH ACP Zulkifli Bin Ismail serta turut hadir Pegawai Turus, ketua-ketua jabatan dan ketua bahagian Logistik Daerah Kuala Lumpur.

Photos from Jabatan Logistik Dan Teknologi IPK Kuala Lumpur's post 25/09/2025

𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 (𝗟𝗗𝗣) – 𝗨𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗠𝗕𝗔𝗞 (𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔)

PGA Cheras, 25 September 2025 (Khamis) – Jabatan Logistik dan Teknologi Kuala Lumpur meneruskan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Ujian Kemahiran Menembak Tahun 2025 bagi sesi kedua. Latihan ini berlangsung dari 24 hingga 26 September 2025 (Rabu – Jumaat), bermula jam 7.30 pagi hingga selesai di Lapang Sasar Briged Tengah, PGA Cheras.

Penganjuran latihan ini bertujuan memastikan setiap pegawai polis sentiasa cekap dan mahir dalam mengendalikan senjata api semasa penugasan di lapangan. Ia juga memberi pendedahan mengenai aspek keselamatan serta tatacara penggunaan senjata api dengan betul.

Turut hadir, YDH Supt Muhamad Naser Bin Ismail, Timbalan Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi IPK Kuala Lumpur, bersama pegawai kanan dan pegawai rendah polis dari Jabatan Logistik dan Teknologi IPK Kuala Lumpur.

Latihan ini telah berlangsung dengan jayanya.

Photos from Jabatan Logistik Dan Teknologi IPK Kuala Lumpur's post 25/09/2025

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗟𝗢𝗚𝗜𝗦𝗧𝗜𝗞 & 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗧𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗟𝗢𝗚𝗜𝗦𝗧𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛

Kuala Lumpur, 24/09/2025 (Rabu) – Mesyuarat Ketua Jabatan Logistik & Teknologi Kuala Lumpur bersama Pegawai Turus Dan Ketua Bahagian Logistik Daerah telah diadakan di Bilik KJlog Kuala Lumpur Tingkat 5, Menara A, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Kuala Lumpur YDH ACP Zulkifli Bin Ismail serta turut hadir Pegawai Turus, ketua-ketua jabatan dan ketua bahagian Logistik Daerah Kuala Lumpur.

Photos from Jabatan Logistik Dan Teknologi IPK Kuala Lumpur's post 24/09/2025

𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 (𝗟𝗗𝗣) – 𝗨𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗠𝗕𝗔𝗞

PGA Cheras, 24 September 2025 (Rabu) – Jabatan Logistik dan Teknologi Kuala Lumpur telah memulakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Ujian Kemahiran Menembak Tahun 2025 yang dijalankan dalam tiga sesi bermula 24 hingga 26 September 2025 (Rabu – Jumaat), bermula jam 7.30 pagi hingga selesai bertempat di Lapang Sasar Briged Tengah, PGA Cheras.

Latihan ini diadakan bagi memastikan setiap Pegawai Polis mempunyai kemahiran serta kecekapan dalam mengendalikan senjata api semasa penugasan di lapangan disamping memberi pendedahan dan langkah-langkah keselamatan apabila menggunakan senjata api.

LDP ini turut dihadiri oleh ASP Mohd Maizuri Bin Abdul Majid, Insp Operasi, Telekomunikasi dan Sistem Maklumat IPK Kuala Lumpur dan 60 Pegawai Rendah Polis dari Jabatan Logistik dan Teknologi IPK Kuala Lumpur.

LDP telah berakhir dengan jayanya.

Photos from Jabatan Logistik Dan Teknologi IPK Kuala Lumpur's post 18/08/2025

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗔𝗠𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗡𝗬𝗔𝗡𝗬𝗜𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗚𝗨 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔𝗞𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗙𝗔𝗭 𝗜𝗞𝗥𝗔𝗥 𝗥𝗨𝗞𝗨𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗘𝗟𝗘𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧, 𝗜𝗣𝗞 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥

Kuala Lumpur, 18 Ogos 2025 (Isnin) – YDH ASP Karthigainathan A/L Velupillai, ASP Telekomunikasi dan Sistem Maklumat, bersama-sama warga Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM), telah menghadiri Majlis Amalan Nyanyian Lagu Negaraku dan Lafaz Ikrar Rukun Negara peringkat Telekomunikasi dan Sistem Maklumat, IPK Kuala Lumpur. Majlis ini telah berlangsung di perkarangan Bengkel Telekomunikasi dan Sistem Maklumat, IPK Kuala Lumpur.

Majlis dimulakan dengan penuh semangat patriotik melalui nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sang Saka Biru, diikuti dengan lafaz Ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh SI Mohd Jasham Bin Manap, SI Operasi Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Teknikal, IPK Kuala Lumpur.

Majlis diteruskan dengan ucapan amanat daripada YDH ASP Karthigainathan A/L Velupillai, ASP Telekomunikasi dan Sistem Maklumat, kepada seluruh warga Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Polis Kuala Lumpur.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta pegawai awam dari Bahagian Telekomunikasi dan Sistem Maklumat, IPK Kuala Lumpur.

Photos from Jabatan Logistik Dan Teknologi IPK Kuala Lumpur's post 21/07/2025

𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗧𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚𝗞𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗟𝗢𝗚𝗜𝗦𝗧𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥

Kuala Lumpur, 21 Julai 2025 (Isnin) – Majlis Serah Terima Tugas bagi jawatan Pegawai Turus Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi Kuala Lumpur telah diadakan dengan penuh berhemah di Bilik Mesyuarat Telekomunikasi dan Sistem Maklumat, Tingkat 13, Menara A, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Majlis ini telah disaksikan oleh YDH ACP Zulkufli Bin Ismail, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Kuala Lumpur.

Acara dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan sesi menandatangani serta penyerahan dokumen serah terima tugas antara DSP Roni Fazla Bin Mohd Dahari dan Supt. Mohamad Naser Bin Ismail.

Turut diadakan sesi penyerahan sijil penghargaan oleh Pengarah Jabatan Logistik kepada semua pegawai PKP, PRP dan PA JLOG IPK Kuala Lumpur, sebelum majlis diakhiri dengan jamuan ringan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada DSP Roni Fazla atas komitmen dan kecemerlangan sepanjang tempoh memangku jawatan tersebut. Banyak inisiatif penambahbaikan berjaya direalisasikan di bawah kepimpinan beliau.

Sekalung tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Supt. Mohamad Naser. Semoga pelantikan ini membawa dimensi baharu ke arah memperkukuh kecekapan dan keberkesanan logistik PDRM.

Photos from Jabatan Logistik Dan Teknologi IPK Kuala Lumpur's post 17/06/2025

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗔𝗙𝗔𝗭 𝗜𝗞𝗥𝗔𝗥 𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗥𝗔𝗛𝗦𝗜𝗔 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗨𝗠𝗣𝗔𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗧𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗧𝗘𝗟𝗘𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 (𝗧𝗦𝗠)

Kuala Lumpur, 17 Jun 2025 (Selasa) – Bertempat di Bilik Mesyuarat TSM, Tingkat 13, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, telah diadakan Majlis Lafaz Ikrar Akta Rahsia Rasmi 2025 dan perjumpaan rasmi bersama YDH DSP Eddy Afiro Bin Sahalan, Pegawai Turus Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM).

Majlis lafaz ikrar ini telah disempurnakan oleh SM Mohd Hanafiah Bin A. Rahman, SM Operasi (2) Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM). Turut hadir bersama Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, dan Pegawai Awam PDRM.

Photos from Jabatan Logistik Dan Teknologi IPK Kuala Lumpur's post 02/05/2025

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗧𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚𝗞𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗟𝗢𝗚𝗜𝗦𝗧𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥

Kuala Lumpur, 2 Mei 2025 (Jumaat) – YDH ACP Zulkufli Bin Ismail, Ketua Jabatan Teknologi, telah hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas bagi jawatan Pegawai Turus Pengangkutan Jabatan Logistik dan Teknologi Kuala Lumpur yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Telekomunikasi dan Sistem Maklumat, Tingkat 13, Menara A, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan sesi menandatangani serta penyerahan dokumen Serah Terima Tugas antara SUPT Mohd Amir Bin Yusoff dan DSP Roni Fazla Bin Mohd Dahari. Proses ini telah disaksikan oleh YDH ACP Zulkufli Bin Ismail selaku Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Kuala Lumpur.

Dalam ucapan beliau, YDH Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Kuala Lumpur mengalu-alukan kehadiran DSP Roni Fazla Bin Mohd Dahari sebagai Pegawai Turus Pengangkutan yang baharu. Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa pegawai baharu ini akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan cemerlang.

Majlis turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Turus serta Pegawai-Pegawai Kanan dari Jabatan Logistik dan Teknologi.

Photos from Jabatan Logistik Dan Teknologi IPK Kuala Lumpur's post 23/04/2025

𝑴𝘼𝑱𝙇𝑰𝙎 𝙅𝑨𝙈𝑼𝘼𝑵 𝑯𝘼𝑹𝙄 𝙍𝑨𝙔𝑨 𝑨𝙄𝑫𝙄𝑳𝙁𝑰𝙏𝑹𝙄 𝙅𝑳𝙊𝑮 𝑰𝙋𝑲 𝑲𝙐𝑨𝙇𝑨 𝑳𝙐𝑴𝙋𝑼𝙍 𝙈𝑬𝙍𝑰𝘼𝑯 𝑫𝙀𝑵𝙂𝑨𝙉 𝙆𝑬𝙃𝑨𝘿𝑰𝙍𝑨𝙉 𝙒𝑨𝙍𝑮𝘼 𝙋𝑫𝙍𝑴

Kuala Lumpur, 23 April 2025 (Rabu) – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Logistik dan Teknologi IPK Kuala Lumpur telah berlangsung dengan penuh meriah di Unit Persenjataan Pudu.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Kuala Lumpur, YDH ACP Zulkifli Bin Ismail, serta turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Pegawai-Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Polis.

Pelbagai juadah tradisional Hari Raya seperti lemang, ketupat, rendang, serta aneka kuih-muih telah disediakan untuk para tetamu, menambahkan lagi kemeriahan suasana.

Selain meraikan sambutan Aidilfitri, majlis ini juga menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh kerjasama serta menyemai semangat kekeluargaan dalam kalangan warga PDRM dan komuniti.

Majlis yang penuh mesra dan harmoni ini telah berakhir dengan jayanya, meninggalkan kenangan manis buat semua yang hadir.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah
Kuala Lumpur
55200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00