18/04/2024
HEBAHAN: LARIAN HARI POLIS COMMUNITY SAFETY RUN 7KM
Ayuh!!! Sertai Larian Hari Polis Community Safety Run 7 Kilometer (km) yang bakal diadakan pada 6 Julai 2024 (Sabtu) jam 6.30 pagi di Istana Kehakiman, Putrajaya bersempena Sambutan Hari Polis Ke-217 tahun 2024.
Kategori larian yang dipertandingkan adalah 7km dan terbuka kepada semua peringkat umur.
Selain menerima kit larian dan medal, para peserta turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti sebuah motosikal, basikal, hamper, barangan elektrik dalam cabutan bertuah, termasuklah HADIAH UTAMA, sebuah kereta!
Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan seperti Solat Subuh Macam Jumaat, pameran Polis Diraja Malaysia (PDRM), gerai jualan, pertunjukan payung terjun daripada Pasukan Gerakan Khas, 69 Komando dan yang paling ditunggu-tunggu, kaunter pengurangan saman trafik sebanyak 50 peratus!
Para peserta yang membuat pendaftaran awal (early birds) bermula dari 1 April hingga 5 Julai depan akan memperoleh diskaun sebanyak RM10, terhad kepada 2,500 peserta sahaja.
Apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang secara online menerusi pautan:
i) Portal - https://www.heyjom.com/events/540
ii) Google Playstore - https://play.google.com/store/apps/details?id=com.heyjom.android
iii) Apple Store - https://apps.apple.com/my/app/heyjom/id1589012729
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh menghubungi Majlis Sukan PDRM di talian: 03-22668446.
Jangan lupa kongsikan hebahan ini kepada seluruh rakan anda! Jumpa anda di sana nanti!
#18042024
