Reformasi muda keadilan kubang pasu

Reformasi muda keadilan kubang pasu

Share

Angkatan Muda Cabang Kubang Pasu

12/05/2022

Amk Kubang Pasu insyaallah

31/03/2022

Tggu Hari nak puasa ja ni....

Photos from Reformasi muda keadilan kubang pasu's post 27/03/2022

Pelancaran Ayuh Malaysia Di Kuala Lumpur malam tadi 26 March 2022

20/03/2022
16/12/2021

Menjelang 2022 seharusnya ada khabar gembira buat anak muda. Berdasarkan situasi semasa ketika ini, ternyata tidak ada apa yang anak muda boleh harapkan dari kerajaan Barisan Nasional (BN). Kekurangan peluang pekerjaan,kenaikan harga barang yang mendadak merupakan tamparan hebat buat anak muda dalam memulakan kehidupan baharu.

Menurut Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, lonjakan pengangguran iaitu seramai 202,400 orang bagi golongan siswazah merupakan suatu angka yang menggusarkan. Ini merupakan data Statistik Siswazah 2020 dari Jabatan Perangkaan Malaysia. Namun, adakah kerajaan peduli dengan nasib mereka?

Selain itu, gaji median graduan juga meyaksikan penurunan dari RM4,300 pada 2019 turun kepada RM3,815 pada 2020 yang memberi gambaran taraf graduan semakin merosot di pasaran kerja.

Dalam situasi ketika ini, kerajaan perlu mewujudkan dana khusus pembangunan belia yang bertujuan melatih golongan belia dengan kemahiran-kemahiran baharu yang sangat diperlukan dalam pasaran kerja.

Untuk tujuan itu, kerajaan di bawah pimpinan Ismail Sabri perlu menghentikan lantikan penasihat-panasihat khas dan mengecilkan jumlah saiz kabinet yang ternyata tidak berfungsi dengan baik.

Hal ini memandangkan, pakej rangsangan yang diperkenalkan kerajaan dilihat belum cukup untuk membantu mengurangkan masalah pengangguran apatah lagi harga barang.

Inilah masa yang sesuai untuk kerajaan membuktikan bahawa mereka sangat prihatin terhadap nasib anak muda, malah sangat dekat dengan situasi yang melanda mereka.

Photos from Reformasi muda keadilan kubang pasu's post 06/12/2021

MEMORANDUM KEPADA:

YB DATO’ SRI ALEXANDER NANTA LINGGI
MENTERI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

[SELESAIKAN SEGERA MASALAH KENAIKAN HARGA BARANGAN]

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mengikuti secara dekat perkembangan semasa terkait soal kenaikan harga barangan keperluan asas yang telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya yang melibatkan kumpulan B40 dan M40.

Kenaikan harga barangan makanan seperti sayur-sayuran, ayam, roti, telur ayam dan minyak masak semestinya mendatangkan kesan kepada perbelanjaan harian masyarakat yang kini turut berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi yang lain disebabkan pandemik Covid-19.

Sebagai contoh, beberapa laporan media telah mengenal pasti kenaikan harga sayur- sayuran sebanyak satu hingga dua kali ganda, yakni sebanyak RM2 hingga RM12 mengikut jenis sayur antaranya kubis, kubis bunga, sawi pendek, sawi, brokoli dan kacang buncis.

Selain itu, harga ayam terus mencatatkan kenaikan harga semasa sehingga mencecah RM9.80 sekilogram, berbanding dengan lingkungan harga RM5.50 – RM7.00 sekilogram yang pernah dinikmati pengguna sebelum ini. Sementara itu, harga telur ayam turut merekodkan kenaikan mendadak sehingga RM3 sepapan sejak sebulan lalu.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada para peniaga, AMK juga mendapati terdapat kenaikan harga pada barangan runcit lain seperti tepung, sardin dalam tin, susu pekat, beras, rempah kari, roti dan sos. Walaupun kenaikan ini dalam kadar yang kecil iaitu di antara RM0.20 sehingga RM0.60 bagi sesuatu barang, namun kenaikan ini tetap menyebabkan kos perniagaan meningkat yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh rakyat sebagai End User.

Oleh yang demikian, AMK menggesa agar Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta pihak kerajaan Malaysia untuk menangani segera isu kenaikan harga barang yang tinggi bagi mengelakkan sebarang bentuk urus niaga yang tidak telus dalam rantaian bekalan (supply chain) yang seterusnya menindas kumpulan pengguna dan juga peniaga.

AMK Malaysia berpandangan bahawa KPDNHEP serta pihak kerajaan perlu segera campur tangan bagi mengekang sebarang bentuk manipulasi harga yang mungkin dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Suara masyarakat Malaysia khususnya di media sosial yang seringkali meluahkan bebanan akibat kenaikan harga barang makanan perlu dipandang serius dan diberikan perhatian yang sewajarnya. Rakyat menantikan langkah-langkah proaktif yang ingin diambil oleh pihak kerajaan, selain daripada memberikan jawapan-jawapan kurang bernas yang langsung tidak menyebut mengenai solusi kepada permasalah ini.

Sekian.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia
6 Disember 2021

02/12/2021

π™‹π™€π™‰π˜Όπ™‰π™‚π™‚π™π™ƒπ˜Όπ™‰ π™‹π™€π™‰π™”π™€π™π˜Όπ™ƒπ˜Όπ™‰ π™ˆπ™€π™ˆπ™Šπ™π˜Όπ™‰π˜Ώπ™π™ˆ

Berikutan pengumuman cuti yang diumumkan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, penyerahan memorandum yang dijadualkan pada hari Jumaat, 3 Dis adalah π——π—œπ—§π—”π—‘π—šπ—šπ—¨π—›π—žπ—”π—‘ ke satu tarikh baru yang akan dimaklumkan.

Sekian terima kasih.

AMK Malaysia

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


No. 1D, Jalan Ceylon, 50200 Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
50200