Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya

Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya

Share

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditubuhkan secara tidak rasmi pada Jun 2001.

Memulakan operasi di Jalan Dungun, Damansara Heights, Kuala Lumpur. Berpindah ke Blok E, Bangunan Kesihatan, Jalan Cenderasari Kuala Lumpur. Mulai 1 Januari 2002, JKWPKL&P, telah berpindah ke Blok D, Kompleks Pejabat-pejabat Kesihatan, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur. Perpindahan meliputi Bahagian Perubatan, Bahagian Pengurusan, Bahagian Kesihatan Awam dan Bahagian Farmasi manakala Bahagian Pergigian mengekalkan kedudukannya di Bangunan Cahaya Suria, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.

06/04/2026

Ramai yang anggap letih dan pening semasa cuaca panas itu perkara biasa tetapi sebenarnya, itu mungkin petanda awal Strok Haba.

Kenali tanda-tanda awal strok haba

➡️ Letih melampau
➡️ Pening
➡️ Dahaga
➡️ Kulit rasa panas atau kering

Golongan berisiko tinggi adalah bayi dan kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik dan individu aktif.

Jika anda nampak keluarga atau rakan mula mengalami gejala-gejala tersebut, segera bawa mereka ke tempat teduh dan berikan air secukupnya.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

06/04/2026

"RUN FOR HEALTH, POP FOR FUN" 🫧💨

Sempena World Physical Activity Day (WoPAD) 2026, satu pengisian istimewa iaitu Larian 3KM Bubble Run telah direncanakan bagi sambutan peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.

Penganjuran oleh UPNM ini bertujuan untuk memberi impak positif terhadap kesedaran kesihatan fizikal di peringkat wilayah, di samping membawa kelainan melalui aktiviti yang lebih santai dan ceria.

Program ini juga memperlihatkan kerjasama strategik antara pelbagai agensi dalam memartabatkan aktiviti fizikal sebagai budaya dalam komuniti di peringkat Wilayah Persekutuan.




06/04/2026

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, JKWPKL&P

Tip mudah beli bahan makanan secara selamat.

1. Rancang pembelian bahan mentah
2. Sediakan "cold box" untuk simpan bahan mentah (ayam, ikan dan daging)
3. Beli dulu bahan kering (ikan bilis, cili kering, udang kering)
4. Beli bahan mentah (ayam,ikan,daging) atau bahan sejuk / sejuk beku (nugget,aiskrim,keju) di akhir pembelian.
5. Asing bahan makanan dan bahan bukan makanan dalam beg pembelian yang berbeza.
6. Bersih dan potong bahan mentah (ayam dan daging) mengikut kegunaan.
7. Simpan bahan mentah dalam peti sejuk.


06/04/2026

Tingkatkan keselesaan anda dengan langkah penyejukan badan ini

🚿 Kerap mandi atau basahkan badan
🌬 Gunakan kipas atau penyaman udara
⛱ Kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari
🏠 Pilih tempat teduh dan sejuk



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

04/04/2026

Cuaca panas menyebabkan badan kita cepat hilang air. Jom amalkan langkah kawalan kesihatan kendiri ketika cuaca panas

✅ Minum air secukupnya. Pastikan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
✅ Minum sebelum haus. Haus adalah tanda amaran awal sudah mula dehidrasi.
✅ Hadkan aktiviti fizikal di luar bangunan.

Kesihatan kita, tanggungjawab kita.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

03/04/2026

Cuaca Panas Lit-Lit?

Jom amalkan tip A-B-C-D-E! ☀️

A - AMAL lindungi diri daripada penyakit cuaca panas
B - BENDUNG haba dengan penyejukan badan
C - CAKNA tanda awal dan golongan berisiko
D - DIDIK komuniti dan lindungi orang sekeliling
E - ELAK risiko pendedahan haba melampau

Jaga diri, jaga kesihatan.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

03/04/2026

INSPEKTORAT PEMATUHAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN DI JKWPKL&P

1-2 April 2026

Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya telah diadakan pada 1-2 April 2026 oleh Bahagian Inspektorat Pematuhan dan Pengiktirafan, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri.

Inspektorat ini merupakan satu inisiatif penting dalam menilai tahap pematuhan jabatan terhadap peraturan keselamatan perlindungan serta sebagai platform penambahbaikan berterusan bagi memastikan pengurusan keselamatan, khususnya berkaitan rahsia rasmi kerajaan, sentiasa berada pada tahap yang optimum.

Mesyuarat Penutup (_Exit Conference_) telah dipengerusikan oleh YBhg. Datin Dr. Haliza binti Hj Abdul Manaf (Pengarah Kesihatan Negeri, JKWPKL&P) dan turut dihadiri pasukan Inspektorat CGSO yang diketuai oleh Encik Mazlan bin Md Noor, Pengarah Bahagian Inspektorat Pematuhan dan Pengiktirafan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pasukan Inspektorat daripada CGSO atas khidmat nasihat serta cadangan penambahbaikan yang telah diberikan sepanjang pelaksanaan inspektorat ini. Terima kasih juga kepada semua Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri dan warga kerja setiap Bahagian atas komitmen dan kerjasama menjayakan inpektorat ini.

Semoga segala dapatan dan syor yang dikemukakan dapat memperkukuh lagi tadbir urus keselamatan perlindungan jabatan ke arah yang lebih cemerlang.

03/04/2026

Awasi anak anda semasa cuaca panas.

Pastikan mereka 👦👧

👉 Tidak bermain di luar semasa panas terik ☀️.
👉 Kerap minum air kosong 🥤.
👉 Gunakan payung ☂️ / topi 🧢 ketika berada di luar.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Photos from Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya's post 03/04/2026

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, JKWPKL&P

Kenapa mahu mengambil risiko keselamatan makanan?
Perkara yang boleh memudahkan kerja kita tidak perlu dipersulitkan dengan kaedah lain.

Jika diperhatikan pada gambar di bawah ini, tidak susah sebenarnya untuk diamalkan..
1. Labelkan bahan mentah dan letakkan juga tarikh luputnya.

2. Periksa suhu masakan supaya makanan masak dengan sempurna.

3. Simpan makanan atau bahan mentah di dalam peti sejuk dengan bekas yang bertutup. Jika menggunakan bekas yang terbuka, risiko pencemaran silang kepada makanan yang sudah dimasak.

4. Tutup makanan sebelum dihidangkan.

Amalan yang mudah dipraktikkan ini boleh mengelakkan kejadian keracunan makanan.

01/04/2026

Lindungi diri daripada cuaca panas terik.

Gunakan topi atau payung jika keluar rumah.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

01/04/2026

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, JKWPKL&P

Gunakan telur untuk memasak?

Pastikan:
*Telur di basuh dan bersih daripada najis dan kotoran

* Asingkan telur yang di basuh di bekas yang berlainan

*JANGAN guna telur yang telah rosak dan pecah.Tangan perlu dicuci setelah pecahkan telur dan sebelum mengendalikan makanan.

31/03/2026

Pendedahan kepada cuaca panas dan gelombang haba boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Kenali gejala kelesuan haba sebelum ia melarat jadi strok haba.

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat! Lindungi diri dan keluarga.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Cenderasari
Kuala Lumpur
50590

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:00