31/05/2026
Selamat Hari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
LTAT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga TUDM atas keberanian, dedikasi dan pengorbanan dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara. Keamanan yang dipertahankan hari ini menjadi asas kepada kemakmuran negara.
Seiring dengan semangat tersebut, LTAT kekal komited untuk terus memperkukuh kesejahteraan warga ATM demi membina masa depan yang lebih mampan dan terjamin.
Kuasa Udara, Perisai Negara.
31/05/2026
Daulat Tuanku
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah Takzim daripada seluruh warga kerja Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
31/05/2026
LTAT mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua yang meraikan.
Semoga sambutan yang penuh makna ini terus menyemai nilai keharmonian dalam kalangan masyarakat demi membina masa depan Malaysia yang lebih aman, progresif dan bersatu.
31/05/2026
LTAT mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada semua yang meraikan. Semoga musim menuai ini membawa kegembiraan, keberkatan dan kemakmuran, sambil menyemarakkan semangat perpaduan serta kekuatan komuniti yang menjadi asas kedua-dua perayaan ini.
Bersama-sama kita terus melangkah maju, menuai kejayaan dan mengukuhkan masa depan yang lebih sejahtera untuk semua.
29/05/2026
Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga media yang terus memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat tepat serta bertanggungjawab.
Komitmen warga media menjadi tunjang kepada pembentukan kefahaman awam, pengukuhan kepercayaan serta pembangunan negara yang lebih telus dan progresif.
Semoga HAWANA terus memperkukuh ekosistem media yang profesional, beretika dan diyakini.
28/05/2026
Dengan penuh rasa dukacita, LTAT merakamkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Leftenan Jeneral Dato’ Hj Abd Aziz bin Hassan (Bersara), mantan Timbalan Panglima Tentera Darat Ke-17.
Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Mudah-mudahan keluarga Allahyarham terus diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan besar ini.
28/05/2026
Makluman kepada semua pencarum.
Waktu Operasi Kaunter dan Interaksi Pencarum sempena Hari Wesak dan Hari Keputeraan Rasmi YDPA adalah seperti jadual yang telah ditetapkan.
Layari Portal MyWIRA atau muat turun aplikasi MyWIRA 2.0 untuk urusan caruman anda.
27/05/2026
Sempena Aidiladha tahun ini, LTAT menzahirkan sokongan melalui penyertaan dalam ibadah korban bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (“ATM”).
Inisiatif ini mencerminkan penghayatan nilai pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan, di samping memperkukuh hubungan LTAT dengan komuniti pertahanan negara.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima dan diberkati Allah SWT, serta terus menyemai semangat prihatin, ukhuwah dan kesejahteraan bersama.
26/05/2026
Aidiladha mengangkat makna pengorbanan, keteguhan iman dan keikhlasan dalam berbakti. Nilai inilah yang menyatukan hati, memperkukuh masyarakat dan membina negara yang lebih teguh serta berdaya tahan.
Semoga keberkatan Aidiladha terus menyemarakkan semangat kebersamaan serta memperkukuh tekad untuk berkhidmat dan menggalas amanah kepada agama, bangsa dan tanah air.
Salam Aidiladha daripada warga LTAT.
26/05/2026
Makluman kepada semua pencarum.
Waktu Operasi Kaunter dan Interaksi Pencarum sempena Hari Raya Aidil Adha 1447H / 2026M adalah seperti waktu yang telah ditetapkan.