Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Call Directions Website Contact the organization

Lembaga Tabung Angkatan Tentera Kecemerlangan LTAT, Keselesaan Warga Tentera

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ditubuhkan dalam bulan Ogos 1972 di bawah Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (Akta 101). LTAT adalah sebuah badan berkanun kerajaan yang menyediakan kemudahan skim simpanan persaraan untuk Pegawai dan anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia serta anggota kerahan sukarela.

29/10/2026

Bantu kami bina masa depan anda! 🫡

Persiapan hari esok bermula hari ini.

Untuk anda. Untuk keluarga. Untuk masa hadapan. dan kemas kini maklumat waris anda di HRMIS ATM.

28/10/2026

POV: Hari ini di RTM!💪🏻

LTAT  🫱🏻‍🫲🏼  RTMTerima kasih, Datuk Ashwad Ismail, Ketua Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia dan delegasi atas ...
28/10/2026

LTAT 🫱🏻‍🫲🏼 RTM

Terima kasih, Datuk Ashwad Ismail, Ketua Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia dan delegasi atas kesudian menerima kunjungan kami.

Moga jalinan kerjasama ini kekal utuh demi wira-wirawati Malaysia.


26/10/2026

“Doktor cakap hayat saya hanya dua minggu je...”

Ada ujian yang mengubah kehidupan dalam sekelip mata. Namun, tiada wira yang berjuang sendirian.

LTAT dan BHPetrol bersama hadir menzahirkan keprihatinan dan sokongan kepada Mejar Juliana Abdullah dalam perjuangannya melawan Acute Myeloid Leukemia (AML).

DAULAT TUANKULembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan penuh takzim merafak sembah setinggi-tinggi tahniah ke hadapa...
24/10/2026

DAULAT TUANKU

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan penuh takzim merafak sembah setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku (2001–2026).

Semoga Allah SWT melanjutkan usia, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan serta melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku agar terus menaungi negeri dan rakyat jelata dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

Daulat Tuanku.


Kebajikan warga ATM dan keluarga terus menjadi keutamaan LTAT dan Syarikat Kumpulannya.LTAT bersama BHPetrol, salah sebu...
22/10/2026

Kebajikan warga ATM dan keluarga terus menjadi keutamaan LTAT dan Syarikat Kumpulannya.

LTAT bersama BHPetrol, salah sebuah Syarikat Kumpulan LTAT telah menyantuni Mejer Juliana Abdullah yang menghidap Acute Myeloid Leukemia (AML), di kediaman beliau.

Sumbangan zakat dari BHPetrol turut disampaikan oleh Pn. Maizatul Aznin, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan Perundangan dan Kesetiausahaan LTAT merangkap Ahli Lembaga Pengarah BHPetrol, bagi membantu meringankan beban yang dihadapi.

LTAT mendoakan semoga beliau diberikan kekuatan dan dikurniakan kesembuhan.

LTAT menganjurkan The Chair: Conversations That Shape Leaders yang menampilkan Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan menerusi se...
21/10/2026

LTAT menganjurkan The Chair: Conversations That Shape Leaders yang menampilkan Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan menerusi sesi perkongsian bertajuk The Transformation Imperative.

Sesi ini mengetengahkan kepentingan kepimpinan strategik, visi bersama dan ketangkasan organisasi dalam memacu transformasi serta mencapai prestasi mampan. Perkongsian turut memberi penekanan kepada perkembangan trend transformasi, pengukuhan keupayaan kepimpinan dan pembangunan bakat bagi memastikan LTAT terus berkembang sebagai organisasi yang bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

21/10/2026

Bantu kami bina masa depan anda! 🫡

Mula dengan serendah RM25 sebulan melalui Skim Tambahan Caruman Ahli (TCA) dan untuk keselesaan hidup selepas persaraan.

20/10/2026
17/10/2026

LTAT dan Syarikat Kumpulannya akan terus memperkukuhkan komitmen untuk melaksanakan pelbagai inisiatif demi meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta keluarga.

Peluncuran Kempen Harga Istimewa, Tentera Sejahtera (HITS) @ PERNAMA, Program Sekolah Angkat MADANI serta Program Kem Angkat Santuni MADANI mencerminkan usaha berterusan dalam meringankan kos sara hidup, mempertingkat kemudahan pendidikan dan menyediakan infrastruktur yang lebih baik buat komuniti ATM.

Address

Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Tingkat Bawah, Chulan Tower, No 3 Jalan Conlay
Kuala Lumpur
50450

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:15
Wednesday 08:15 - 17:30
Thursday 08:15 - 17:15
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60348158888

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Tabung Angkatan Tentera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lembaga Tabung Angkatan Tentera:

Shortcuts

Share