30/05/2026
AYUH WARGA TITIWANGSA/ SETIAWANGSA SERTA WARGA KUALA LUMPUR.. JOM SERTAI PROGRAM LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT KAWASAN TITIWANGSA/SETIAWANGSA TAHUN 2026 ๐ฅโก
๐ FUTSAL (LELAKI) , BOLA JARING (WANITA) & BOLA TAMPAR (LELAKI)
๐ 28 Jun 2026 (AHAD)
โฐ 8.00 pagi - 5.00 petang
๐ SPORTIZZA SETAPAK, KUALA LUMPUR
๐ฐ HADIAH SETIAP ACARA
๐ฅJohan RM500
๐ฅNaib Johan RM300
๐ฅKetiga Bersama RM200
โฐTARIKH TUTUP PENYERTAAN : 19 Jun 2026
๐ Sesiapa yang ingin sertai,,sila hubungi NO. PIC mengikut sukan di poster untuk mendapatkan borang penyertaan.
Malaysia Aktif ๐ฒ๐พ
/setiawangsa
JBSNegara Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
30/05/2026
PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG KANAK-KANAK B40 FASA 1 TAHUN 2026 PERINGKAT KAWASAN TITIWANGSA/SETIAWANGSA
Wangsa Maju, 30 Mei 2026 โ Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa dengan kerjasama Persatuan Perenang Dan Jurulatih Renang Malaysia (MAKSWIM) telah menganjurkan Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Kanak-Kanak B40 Fasa 1 Tahun 2026 Peringkat Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa yang berlangsung di RNJ Wangsa Maju.
Program yang dilaksanakan dalam tiga sesi, iaitu pada 30 Mei, 31 Mei dan 6 Jun 2026, bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak daripada keluarga B40 mengenai kemahiran asas renang serta aspek keselamatan di air. Selain meningkatkan keyakinan diri peserta, program ini turut membantu membentuk gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan kanak-kanak.
Seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagian dan dibahagikan kepada dua kumpulan bagi memastikan proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih teratur, selamat dan berkesan. Peserta dibimbing oleh jurulatih yang berpengalaman melalui latihan yang merangkumi teknik asas renang, pengenalan keselamatan air dan aktiviti pembangunan kemahiran secara berperingkat.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa dalam memperluaskan akses kepada aktiviti sukan dan rekreasi khususnya kepada golongan kanak-kanak B40, di samping menyokong usaha melahirkan generasi yang cergas, berkeyakinan dan mempunyai kemahiran asas keselamatan di air.
Turut hadir dalam program pada pagi ini iaitu Encik Khairuddin bin Khalid, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa bersama pegawai-pegawai nya. Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para peserta serta menjadi platform untuk mencungkil minat dan bakat dalam sukan renang pada masa hadapan.
24/05/2026
MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM MYFC E-LEAGUE COMMUNITY TOURNAMENT
Kuala Lumpur, 23 Mei 2026 โ Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBSWPKL), Encik Sabran bin Abd Bahar telah hadir dan menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Program MYFC E-League Community Tournament yang berlangsung di JUMPA, Sungei Wang Plaza pada hari ini.
Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan cek cura Geran Padanan Sukan (GPS) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berjumlah RM55,000.00 kepada Kelab Sukan Elektronik NextGen sebagai sokongan bagi pelaksanaan program tersebut.
Program yang berlangsung selama sehari itu berjaya menarik penyertaan seramai 173 peminat dan penggiat esports. Penganjuran program ini dilihat mampu menjadi platform pembangunan bakat belia, mengukuhkan jaringan komuniti serta menyokong pemerkasaan industri sukan elektronik khususnya di Kuala Lumpur.
Turut hadir ialah Cik Magdelene Anak Manjah, Penolong Pengarah Sukan JBSWPKL dan Puan Nur Diyana binti Mohd Azizi, Pegawai Rekreasi JBSWPKL.
24/05/2026
AYUH WARGA TITIWANGSA/SETIAWANGSA SERTA WARGA KUALA LUMPUR.. JOM SERTAI PROGRAM LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT KAWASAN TITIWANGSA/SETIAWANGSA TAHUN 2026 ๐ฅโก
๐ FUTSAL (LELAKI) , BOLA JARING (WANITA)
& BOLA TAMPAR (LELAKI)
๐ 28 Jun 2026 (AHAD)
โฐ 8.00 pagi - 5.00 petang
๐ SPORTIZZA SETAPAK, KUALA LUMPUR
๐ฐ HADIAH SETIAP ACARA
๐ฅJohan RM500
๐ฅNaib Johan RM300
๐ฅKetiga Bersama RM200
โฐTARIKH TUTUP PENYERTAAN :
19 Jun 2026
๐ Sesiapa yang ingin sertai,,sila hubungi NO.
PIC mengikut sukan di poster untuk
mendapatkan borang penyertaan.
Malaysia Aktif ๐ฒ๐พ
/setiawangsa
Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
24/05/2026
๐ฅ ๐๐๐๐ ๐ฆ๐จ๐๐๐ก ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐๐ ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ช๐๐๐๐ฌ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐๐๐จ๐ง๐จ๐๐ก ๐๐จ๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฅ
Kami mempelawa semua ๐๐๐ซ๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐ฌ di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk menyertai ๐๐ถ๐ด๐ฎ ๐ฆ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ช๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ ๐๐บ๐ฎ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ ๐ช๐ฃ ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐๐๐บ๐ฝ๐๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ yang bakal berlangsung dengan semangat kesukanan, perpaduan dan gaya hidup aktif.
Penganjuran liga ini merupakan platform terbaik dalam memperkasa penglibatan warga emas dalam aktiviti sukan di samping membudayakan kehidupan aktif dan produktif dalam komuniti.
๐
๐ง๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ธ๐ต ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐ฑ๐ถ๐ป๐ด๐ฎ๐ป
๐ฏ 10 Jun 2026 โ Petanque
๐ณ 13 Jun 2026 โ Boling
๐ฏ 14 Jun 2026 โ Dart
๐ ๐ง๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฎ๐
Seperti yang tertera di poster rasmi pertandingan.
๐ ๐๐ฐ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐๐ถ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐ฑ๐ถ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ป
โข Petanque (Lelaki & Wanita)
โข Boling (Lelaki & Wanita)
โข Dart (Lelaki & Wanita)
๐ฐ ๐๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐ฑ๐ถ๐ป๐ด๐ฎ๐ป
๐ฅ Johan โ RM500 + Medal
๐ฅ Naib Johan โ RM300 + Medal
๐ฅ Tempat Ketiga Bersama โ RM200 + Medal
๐
Tempat Keempat โ RM100 + Medal
๐ต ๐ฌ๐๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ฎ๐ป: ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐ ๐
โ ๏ธ Penyertaan adalah TERHAD kepada 60 peserta terawal bagi setiap acara
(30 Lelaki & 30 Wanita)
๐ฒ ๐๐ฎ๐ณ๐๐ฎ๐ฟ ๐๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ melalui pautan berikut:
Borang Penyertaan Liga Sukan Warga Emas WPKL 2026
https://forms.gle/5tqpeHbvkrkKti2XA
๐
Johan kategori Lelaki dan Wanita bagi setiap acara akan mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Kejohanan Peringkat Kebangsaan.
๐ฃ ๐๐ผ๐บ ๐ฑ๐ฎ๐ณ๐๐ฎ๐ฟ ๐๐ฆ๐ช๐ ๐ช๐ฃ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ! ๐๐ฅ
24/05/2026
Larian Tok Gajah anjuran Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dengan kerjasama Pertubuhan Orang Muda Pahang di Kuala Lumpur sempena Kuala Lumpur Car Free Morning โก๏ธโจ
Turut hadir Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur, Encik Aziz bin Hashim, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan WPKL, YBhg. Datuk Seri (Dr) Pulainthiran Vendasamay, Presiden Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan dan Presiden POMP-KL.
22/05/2026
Ayuh!! Kepada yang berminat boleh menyertai Kelas Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang 2026 kategori : Warga Emas (60 tahun ke atas)
๐ Lokasi: RNJ SWIM SCHOOL Cheras
Cheras/ Bandar Tun Razak
Lokasi: RNJ Cheras, A-G-09, Damai Hillpark, Jln Damai Perdana 6/1F, Bandar Damai Perdana, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tarikh : 2/6/2026 (Selasa) โ Pagi
Masa : 9.30โ11:30 (Kumpulan 1 โ 20 pax)
: 11.30โ1.30ptg (Kumpulan 2 โ 20 pax)
Tarikh : 3/6/2026 (Rabu) โ Pagi
Masa : 9.30โ11:30 (Kumpulan 1 โ 20 pax)
: 11.30โ1.30ptg (Kumpulan 2 โ 20 pax)
Tarikh : 4/6/2026 (Khamis) โ Pagi
Masa : 9.30โ11:30 (Kumpulan 1 โ 20 pax)
: 11.30โ1.30ptg (Kumpulan 2 โ 20 pax)
Yang berminat boleh imbas kod qr yang terdapat didalam poster..Jom kekal sihat!!