Kor Risik Diraja - KRD

Kor Risik Diraja - KRD

Share

Organisasi KRD diketuai oleh Ketua Pengarah Peri

Kor Risik Diraja telah ditubuhkan secara rasminya pada 7 November 1969 dan dianugerahkan gelaran 'Diraja' pada 7 Jun 1997 oleh SPB Yang DiPertuan Agong ke X Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Photos from Kor Risik Diraja - KRD 's post 12/07/2024

PERTANDINGAN GOLF WANITA TENTERA DARAT TAHUN 2024

12 Jul 24 - Seramai 5 orang pegawai wanita Kor Risik Diraja yang terdiri daripada Lt Kol Anijah binti Miril, Lt Kol Aishah binti Ismail, Mej Nur Izanny binti Iyni, Mej Nurhashira binti Zukarani dan Kapt Zahureen binti Norazan telah mewakili Kor ke Pertandingan Golf Wanita Tentera Darat yang telah berlangsung di Bangi Golf Resort, Selangor hari ini. Tahniah diucapkan kepada Mej Nur Izanny - KRD kerana telah menjuarai pertandingan tersebut yang disertai oleh seramai 30 pegawai wanita dari lain-lain kor.

Dua pemain dari KRD iaitu Lt Kol Anijah binti Miril dan Mej Nur Izanny binti Iyni di dalam senarai Top 12 terpilih untuk mewakili Tentera Darat ke Pertandingan Golf Antara Perkhidmatan.

Photos from Kor Risik Diraja - KRD 's post 01/05/2024

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai-pegawai Tentera Darat

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai-pegawai Tentera Darat telah diadakan pada 29 Apr 24 (Isnin) bertempat di Wisma Perwira TD, Kem Perdana Sg Besi. Seramai 51 Pegawai TD telah dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai TD yang disempurnakan oleh Jen Tan Sri Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Darat. Dalam majlis yang sama, lima orang Pegawai Kor Risik Diraja telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Leftenan Kolonel iaitu Lt Kol Chua Ray Han, Lt Kol Abi Aufa bin Mohd Sani, Lt Kol Mohd Fizree bin Salim, Lt Kol Tengku Alham bin Tuan Ameri dan Lt Kol Syamsulariff bin Mohamed. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pegawai KRD yang telah dinaikkan pangkat.

19/04/2024
Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


MK TD/JABATAN ARAH RISIK, WISMA PERTAHANAN
Kuala Lumpur
50634