08/10/2026
Mengakhiri program hari ini dengan merasmikan Konvensyen Pengurusan Rekod Sektor Awam 2026 di Shah Alam. Saya menegaskan bahawa pengurusan rekod merupakan asas kepada integriti, akauntabiliti dan perlindungan kepentingan negara. Sehingga September 2026, sebanyak 18.1 juta rekod telah didaftarkan melalui DDMS 2.0 melibatkan 463 agensi.
Saya telah mengarahkan pembangunan DDMS 3.0 secara dalaman (in-house) bagi memperkukuh ekosistem rekod digital Kerajaan, selain memperluas auditan khas pengurusan rekod ke seluruh sektor awam. Setiap keputusan dan perbelanjaan Kerajaan mesti mempunyai rekod yang sahih, boleh dijejaki dan dipertanggungjawabkan.
Tahniah kepada RISDA dan MITI atas kejayaan menerima Anugerah Khas dan Anugerah Arkib Perdana 2026 dalam Konvensyen kali ini. Semoga terus menjadi inspirasi kepada Kementerian dan Jabatan yang lain.
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔