Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Government Organization, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia Tingkat 24-28, Blok G, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

26/05/2026

Aidiladha bukan hanya tentang ibadah korban, tetapi tentang bagaimana kita memaknakan keikhlasan dalam setiap tindakan dan pengorbanan.

Semoga Aidiladha kali ini mengajar kita untuk terus ikhlas dalam memberi, tabah dalam menghadapi ujian, dan sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang dipinjamkan-Nya.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M.

Photos from Cawangan Kejuruteraan Mekanikal's post 26/05/2026

26/5/2026: Wakil pegawai daripada Cawangan Kejuruteraan Mekanikal serta Wakil AJK Kelab CKM telah mengadakan lawatan ke Kuarters JKR Batu 4 1/2, Jalan Sungai Besi bagi menyantuni pegawai cawangan yang terkesan dengan bencana ribut yang berlaku pada 25/5/2026 (Isnin).

Sehubungan itu, bersempena Hari Arafah, marilah kita bersama-sama mendoakan agar dipermudahkan segala urusan mereka, diberikan kekuatan serta keselamatan, dan semoga segala kerosakan serta kesulitan dapat diatasi dengan segera.

22/05/2026

21/5/2026: Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 bagi Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Pengiktirafan ini adalah hasil daripada usaha, komitmen dan dedikasi yang tidak pernah luntur. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan motivasi dalam terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan integriti.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah:

1. Ir. Wan Mohammad Bin Salleh @ Wan Salleh
2. Muhammad Khairul Azmir Bin Ab Hamid
3. Hajar Nurul Illiyin Binti Abdul Aziz
4. Nur Hidayah Binti Abu Bakar
5. Alwani Binti Zamree
6. Ir. Fadzli Bin Mohammad Ngimriti
7. Afiq Bin Mohamad Johari
8. Ir. Ts. Mohd Rafal Bin Sahudin
9. Muhammad Adi Hilmi Bin Adnan
10. Norliana Binti Ahmad
11. Tc. Mohammad Alif Fikri Bin Zamri
12. Ir. Mohd Faiz Fikri Bin Yussoff
13. Suhaimi Bin Ismail
14. Ir. Mohammad Shazwan Bin Ahim
15. Muhammad Hamizan Bin Abu Adam
16. Muhammad Nasrul Hafiz Bin Mustapa
17. Khairol Nazri Bin Abdul Khaiyom
18. Mohd Fuad Zakir Bin Ratimin @ Ramin
19. Wan Noor Azlinda Binti Megat Noordin
20. Muaalim Bin Idris
21. Asha Fatina Binti Che Rumli
22. Noorfariza Binti Ahmad Kamil
23. Siti Ro'aishah Binti Ruslan
24. Syasya Adlina Binti Jamil
25. Muhammad Ammar Faiz Bin Mohd Zain
26. Mohd Faizal Bin Ibrahim
27. Mohd Hafizzi Bin Jusoh
28. Mohd Amir Hamzah Bin Juffri
29. Mohd Ikmal Hisyammuddin Bin Mohidin
30. Nor Fauzelina Binti Mahamat Paudji
31. Mohd Fandi Bin Abdul Talib
32. Mohd Khairudin Bin Kasim

Photos from Cawangan Kejuruteraan Mekanikal's post 22/05/2026

19-20/5/2026: Bengkel Penyediaan Laporan Project Lessons Learned (PLL) Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) Tahun 2026 telah diadakan pada 19-20 Mei 2026 di Institut Perakaunan Negara (IPN), Jalan 2 Sungai Lang, Sungai Air Tawar, 45100 Sabak, Selangor.

Peserta bengkel terdiri daripada Pegawai dari CKM Ibu Pejabat, BPMek dan CKM Negeri Kedah. Sepanjang bengkel berlangsung, peserta telah dibimbing oleh Ir. Aishah binti Taha, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan selaku Penceramah.

Sesi pembukaan telah dirasmikan oleh Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Ir Wan Mohammad bin Salleh @ Wan Salleh selaku Penyelaras Bengkel PLL CKM 2026. Sesi pembentangan Laporan PLL telah dilaksanakan pada hari kedua dan seterusnya ucapan penutup oleh Pengarah Khidmat Pakar CKM, Ir. Azizun binti Hashim.

Photos from Cawangan Kejuruteraan Mekanikal's post 12/05/2026

πŸ“ 12 Mei 2026

Program Kepimpinan Eksekutif Strategik AI Bagi Transformasi Tadbir Urus dan Kecerdasan Pengetahuan Menggunakan NotebookLM yang dirasmikan YBhg. Dato' Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.

Program ini memberi pendedahan kepada kepimpinan organisasi mengenai teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan penggunaan NotebookLM sebagai medium pengurusan ilmu, analisis maklumat serta sokongan kepada pembuatan keputusan yang lebih strategik dan berkesan.

Selaras dengan aspirasi pendigitalan sektor awam, program ini menjadi langkah penting dalam memperkasa kepimpinan strategik ke arah tadbir urus yang lebih cekap, pintar dan berimpak tinggi.

07/05/2026

πŸ† ANUGERAH KONTRAKTOR CEMERLANG
Kategori Mekanikal & Elektrik (M&E)

πŸ₯‡JOHAN - KEJURUTERAAN EWAN SDN BHD

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kejuruteraan Ewan Sdn. Bhd. atas kejayaan merangkul Johan Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Mekanikal & Elektrik (M&E) menerusi pelaksanaan:

πŸ“ Naik Taraf Sistem Pendingin Hawa Berpusat dan Kerja Yang Berkaitan di Bangunan Tambahan PPKK & ILKKM (Pergigian), Georgetown, Pulau Pinang.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen tinggi, mutu kerja berkualiti serta kecemerlangan pengurusan projek oleh seluruh pasukan yang terlibat.

Pengurus Program: Pengarah Kanan, CKM
Penolong Pengurus Program: Pengarah Khidmat Pakar, CKM
HOPT: JMPK, Bahagian Pakar Penyaman Udara dan Perlindungan Risiko Kebakaran, CKM
HODT: JMK, Bahagian Pakar Penyaman Udara dan Perlindungan Risiko Kebakaran, CKM
Pegawai Penguasa: Ketua Jurutera Mekanikal Negeri, CKM Pulau Pinang
Wakil Pegawai Penguasa: Jurutera Mekanikal Kanan, CKM Pulau Pinang

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek serta majlis ini. Semoga kecemerlangan ini terus menjadi inspirasi dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan kejuruteraan negara πŸ‘βœ¨

07/05/2026

πŸ† ANUGERAH KONTRAKTOR CEMERLANG
Kategori Mekanikal & Elektrik (M&E)

πŸ₯ˆNAIB JOHAN - KILAT PERMATA ENTERPRISE

Tahniah diucapkan kepada Kilat Permata Enterprise atas kejayaan merangkul Naib Johan Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Mekanikal & Elektrik (M&E) bagi projek berikut:

πŸ“ Kerja-Kerja Penggantian Sistem Penyaman Udara Berpusat serta Kerja-Kerja Lain Berkaitan di Kompleks JUPEM, Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur.

Pencapaian ini membuktikan komitmen tinggi, kecekapan pelaksanaan serta kualiti kerja yang cemerlang dalam memastikan kejayaan projek yang dilaksanakan.

Pengurus Program: Pengarah Kanan, CKM
Penolong Pengurus Program: Bahagian Pengurusan Portfolio, CKM
HOPT: Bahagian Pakar Kecekapan Tenaga & Tenaga Diperbaharui, CKM
HODT: Bahagian Pakar Kecekapan Tenaga & Tenaga Diperbaharui, CKM
Pegawai Penguasa: Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wakil Pegawai Penguasa: Ketua Jurutera Mekanikal Negeri, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek serta majlis ini. Semoga kecemerlangan ini terus menjadi inspirasi dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan kejuruteraan negara πŸ‘βœ¨

07/05/2026

πŸ† ANUGERAH KONTRAKTOR CEMERLANG
Kategori Mekanikal & Elektrik (M&E)

πŸ₯‰ TEMPAT KETIGA - ASHRAF VENTURE

Tahniah diucapkan kepada Ashraf Venture atas kejayaan merangkul Tempat Ketiga Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Mekanikal & Elektrik (M&E) bagi projek berikut:

πŸ“ Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Pencegahan Kebakaran dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di Ibu Pejabat Jabatan Kimia Selangor.

Pencapaian ini mencerminkan usaha berterusan, komitmen tinggi serta kualiti pelaksanaan kerja yang cemerlang oleh pihak kontraktor bersama pasukan projek yang terlibat.

Pengurus Program: Pengarah Kanan, CKM
Penolong Pengurus Program: Bahagian Pengurusan Portfolio, CKM
HOPT: Bahagian Pakar Penyaman Udara dan Perlindungan Risiko Kebakaran, CKM
HODT: Bahagian Pakar Penyaman Udara dan Perlindungan Risiko Kebakaran, CKM
Pegawai Penguasa: Pengarah JKR Selangor
Wakil Pegawai Penguasa: Ketua Jurutera Mekanikal Negeri, CKM Selangor

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek serta majlis ini. Semoga kecemerlangan ini terus menjadi inspirasi dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan kejuruteraan negara πŸ‘βœ¨

Photos from Cawangan Kejuruteraan Mekanikal's post 07/05/2026

Turut berlangsung dalam majlis ini ialah pelancaran rasmi Sistem Aduan Mekanikal Atas Talian (SAMAT) sebagai salah satu inisiatif transformasi digital dalam pengurusan aduan kerosakan mekanikal fasiliti kerajaan khususnya di fasiliti Kementerian Pendidikan Malaysia

SAMAT dibangunkan bagi memperkasakan penyampaian perkhidmatan melalui sistem aduan yang lebih pantas, sistematik dan berintegrasi, selaras dengan aspirasi pendigitalan perkhidmatan awam. Sistem ini membolehkan pemantauan status aduan serta tindakan pembaikan dilaksanakan secara masa nyata, sekali gus meningkatkan kecekapan pengurusan fasiliti dan kepuasan pelanggan.

Pelancaran SAMAT mencerminkan komitmen berterusan dalam memacu inovasi dan memperkukuh kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kejuruteraan mekanikal yang lebih efisien, responsif dan berdaya saing. πŸš€

Photos from Cawangan Kejuruteraan Mekanikal's post 07/05/2026

Satu lagi lakaran sejarah tercipta! CKM berjaya membawa pulang trofi Johan untuk kategori Anugerah Inovasi Pengurusan JKR Terbaik sempena Persidangan Pegawai Kanan JKR Malaysia (SOC) 2026. Satu pencapaian yang amat membanggakan buat seluruh warga CKM.

Syabas kepada seluruh warga CKM atas usaha keras dan semangat kerja berpasukan yang luar biasa!

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia Tingkat 24-28, Blok G, Jalan Sultan Salahuddin
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30