Skuad Sayang Wangsa Maju

Skuad Sayang Wangsa Maju

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Skuad Sayang Wangsa Maju, Political organisation, No. 49-1, Jalan 9/23E, Taman Danau Kota, Kuala Lumpur.

PROGRAM SINGGAH SAHUR 2016 27/06/2016

Sabtu, 25 Jun 2016.. Program Singgah Sahur 2016 anjuran bersama Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Wangsa Maju diadakan buat julung-julung kalinya.

Program ini adalah untuk mendekati dan menyantuni warga kerja serta masyarakat di Unit Kecemasan HAT Tunku Mizan, Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, keluarga asnaf di Blok 43, PPR Gombak Setia, Balai Polis Danau Kota, Balai Polis Setapak dan Balai Polis Wangsa Maju yang sedang bertugas pada syif malam.

Konvoi diketuai oleh YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju diiringi oleh Pn Noor Aeini Mohd Ali, Ketua Wanita, Sdra Wan Shahrul Nizam Wan Othman, Ketua Pemuda dan Cik Bhaiti Hj Sabar, Ketua Puteri yang turut disertai oleh sukarelawan dari Skuad Sayang Wanita, 100 buah motosikal dari Pemuda dan Puteri. Program

Sebanyak 200 bungkusan sahur telah berjaya diagihkan di lokasi-lokasi tersebut. Semoga sumbangan kecil ini dapat membuatkan mereka berasa dihargai dan sentiasa diingati.

Program yang dimulakan pada jam 12.00 malam berakhir sekitar jam 2:30 pagi bertempat di perkarangan Dewan UMNO EF Seksyen 1 Wangsa Maju yang menjadi lokasi berkumpul dan berlepas.

Kejayaan program ini adalah komitmen semua yang terlibat dan akan menjadi pemankin untuk program seterusnya dalam mendekati warga masyarakat di Wangsa Maju.

MAJLIS TAHUNAN BERSAMA PENAUNG SKUAD SAYANG#2015 08/12/2015
Wilayah Prihatin#Skuad Sayang Wanita Wangsa Maju#Gombak Selatan 23/10/2015

Tarikh: 21 Oktober 2015 (Rabu) - Biro Kebajikan Badan Perhubungan UMNO WP Prihatin bersama team Skuad Sayang Wanita Wangsa Maju menziarah dari rumah ke rumah warga emas yang uzur dan terlantar di Batu 4, Gombak dalam PDM Gombak Selatan.

Team Skuad Sayang berjalan kaki dari rumah ke rumah yang dilawat bagi merasai denyut nadi rakyat.

Program yang berterusan tanpa jemu semoga diberi kekuatan oleh Allah SWT agar Team Skuad Sayang Wanita Wangsa Maju diberi kesihatan dan kesungguhan dalam menjalankan tugas kesukarelawanan demi agama bangsa dan negara.

Allah Hu Akbar 3x

Lawatan#Skuad Sayang#JASA#UMNO Wangsa Maju 08/10/2015
Lawatan #Skuad Sayang#WilayahPrihatin#UMNO#Wangsa Maju 25/09/2015

Kuala Lumpur ~ 25 September 2015: Skuad Sayang Wanita Wangsa Maju bersama Biro Kebajikan Wilayah Persekutuan Prihatin yang diketuai oleh Pn Noor Aeini Mohd Ali Komandan Skuad Sayang WPKL merangkap Ketua Wanita Wangsa Maju bersama ahli Skuad telah membuat lawatan serta memberikan sumbangan kepada mereka yang sedang dirawat di rumah sakit.

Lawatan dari rumah ke rumah di Seksyen 2 menziarah warga emas yang uzur yang turut diiringi oleh Ketua Cawangan En Yusuf Sabran, Ketua Wanita Cawangan Pn Hamimah dan EXCO wanita Bahagian Pn Noriah serta ahli wanita cawangan.

Semoga lawatan di hari Raya Kedua Aidil Adha dapat mengembirakan mereka yang tidak bernasib baik yang sedang dirawat. Semoga Allah jua memberi kesembuhan yang segera kepada mereka. Aamiin.

Lawatan #Skuad Sayang#WilayahPrihatin#UMNO#Wangsa Maju 25/09/2015

Kuala Lumpur ~ 25 September 2015: Skuad Sayang Wanita Wangsa Maju bersama Biro Kebajikan Wilayah Persekutuan Prihatin yang diketuai oleh Pn Noor Aeini Mohd Ali Komandan Skuad Sayang WPKL merangkap Ketua Wanita Wangsa Maju bersama ahli Skuad telah membuat lawatan serta memberikan sumbangan kepada mereka yang sedang dirawat di rumah sakit.

Lawatan dari rumah ke rumah di Seksyen 2 menziarah warga emas yang uzur yang turut diiringi oleh Ketua Cawangan En Yusuf Sabran, Ketua Wanita Cawangan Pn Hamimah dan EXCO wanita Bahagian Pn Noriah serta ahli wanita cawangan.

Semoga lawatan di hari Raya Kedua Aidil Adha dapat mengembirakan mereka yang tidak bernasib baik yang sedang dirawat. Semoga Allah jua memberi kesembuhan yang segera kepada mereka. Aamiin.

Program Ziarah Biro Kebajikan#UMNOWP#Skuad Sayang#WanitaWMaju 28/08/2015

26 Ogos 2015: Biro Kebajikan Wilayah Prihatin dan Skuad Sayang Wanita Wangsa Maju telah turun padang menziarah serta menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Puan Kalsom Bt Saad di PPR Wangsa Sari.

Rombongan diketuai oleh Pn Noor Aeini Mohd Ali Komandan Skuad Sayang WP yang juga merupakan Ketua Wanita Bahagian Wangsa Maju. Lawatan turut disertai oleh Datin Azizan Shariff Wakil Biro Kebajikan Wilayah Prihatin yang juga Ketua Wanita Bahagian Lembah Pantai.

Rombongan turut menziarahi Pn Tomirah isteri arwah Hj Sani mantan Bendahari UMNO Bahagian Wangsa Maju yang uzur di Kampung Wirajaya.

Program 'Masih Ada Yang Sayang' Skuad Sayang WPKL 22/07/2015

15 Julai 2015: Skuad Sayang Pergerakan Wanita UMNO Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Program Masih Ada Yang Sayang di Wad Kanak-Kanak (KK3) Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.

Tujuan program adalah untuk menyampaikan sumbangan sempena Hari Raya Aidil Fitri kepada para pesakit kanak-kanak seramai 34 orang yang sedang menerima rawatan pelbagai jenis penyakit kanser.

Isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datin Seri Anggraini Sentiyaki, isteri Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datin Rozita Awang Ngah, YB Senator Mariany Mohd Yit, Pesuruhjaya Skuad Sayang WP serta Yayasan Wilayah Persekutuan telah diiringi oleh Pesuruhjaya dan Komandan Skuad Sayang Bahagian bagi menziarahi pesakit kanak-kanak tersebut.

Mereka turut dihiburkan oleh Uncle Bob Clown yang dibawa khas bagi menceriakan suasana di Wad Kanser Kanak-Kanak (KK3) tersebut.

Program Ziarah 15/06/2015

15 Jun 2015: Ketua Wanita Bahagian Wangsa Maju, Pn Noor Aeini Mohd Ali bersama dengan Ketua Wanita Cawangan Sri Gombak, Puan Sri Habibah Abd Hamid telah mengadakan kunjung mesra ke Rumah Amal Permata Hatiku sempena ketibaan bulan Ramadhan Al-Kareem tidak lama lagi.

Kepada Badan Korporat, NGO dan sesiap yang berhajat untuk memberi sumbangan dan membuat lawatan sila berhubung dengan pihak pengurusan seperti di alamat di bawah:-

Rumah Amal Permata Hatiku
No, 413, Lorong Haji Idris, Batu 4 1/2, Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur
No tel : 03-4021 2795
HP: 019-927 7113 (En Dhiyauddin Abd Rahman)
www.Raudhatulikhwani.org.my

SIDANG MEDIA MISI SAYANG PERGERAKAN WANITA UMNO/BN 31/12/2014
Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


No. 49-1, Jalan 9/23E, Taman Danau Kota
Kuala Lumpur
53300