27/10/2026
LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS AHLI KELUARGA IBU PEJABAT POLIS DAERAH SENTUL
IPD Sentul, 27 Oktober 2026 - Sjn Rosnizah binti Jaludin, Ketua Cawangan Kebajikan Daerah Sentul telah membuat lawatan kebajikan ke atas suami kepada Pegawai Rendah Polis Koperal Nor Azniliza binti Kamaruddin bertugas di Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Daerah Sentul yang sedang menerima rawatan di Hospital KPJ Ampang Puteri dan lawatan kebajikan ke atas anak kepada Pegawai Kanan Polis Insp Sharon Olivia Anak Sarie bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sentul yang sedang menerima rawatan di KPJ Tawakal Kuala Lumpur.
Lawatan ini sebagai tanda keprihatinan PDRM untuk memberi sokongan moral selain memastikan aspek kebajikan terus terpelihara.
Lawatan telah berakhir dengan jayanya.