04/02/2014
Siri LKT kedua yang pertama kali dianjurkan oleh 17 SSD Pakar Tel (AW) di Kluang, Johor sejak penubuhan.
Khas Untuk Anggota RSD Pakar Tel (AW) & Staff TM Bhd Yang Berminat Untuk Menyertai RSD Pakar Tel (AW).
04/02/2014
Siri LKT kedua yang pertama kali dianjurkan oleh 17 SSD Pakar Tel (AW) di Kluang, Johor sejak penubuhan.
07/01/2014
Latihan Menembak RSD Pakar Tel (AW)
23 Dec 2013 – RSD Pakar Telekom (AW) telah mengadakan Latihan Menembak bersama Lembaga Pengarah dan Pengurusan TM. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Executive TM Tan Sri Dato’ Seri Zamzamzairani Mohd Isa selaku Kolonel Kehormat RSD Pakar Tel (AW) dan Ketua Pegawai Semboyan Brig Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Maknun bin Hj Ridzuan. Latihan kali ini telah diadakan di Lapang Sasar Kem Perdana Sg Besi, Kuala Lumpur selama 2 hari bermula 23 Dis 2013 sehingga 24 Dis 2013.
Objektif utama aktiviti ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan pengurusan kanan TM dan pengurusan kanan tentera. Disamping itu, Pertandingan Menembak Antara Skuadron juga telah diadakan. Setiap skuadron telah menghantar wakil dari seluruh Malaysia berganding bahu bagi membuat persiapan dan menjayakan aktiviti ini bersama-sama.
Semoga aktiviti ini akan menjadi acara tahunan dan dapat memupuk semangat kerjasama diantara semua pihak.
31/12/2013
KRISTAL (TM Theme Song) https://www.youtube.com/watch?v=4MQtFqO6EEY
KRISTAL (Telekom Malaysia Theme Song) Lagu Tema untuk Telekom Malaysia Berhad
31/12/2013
The Pioneers of Semboyan Pakar Telekom
LAYARI LAMAN WEB RASMI RSD PAKAR TELEKOM (ASKAR WATANIAH)
http://www.rsdpakartm.com.my/v1
26/12/2013
PENGAMBILAN ANGGOTA BARU
CYBERJAYA - 15 SSDPT telah membuat promosi dan pengambilan anggota RSD Pakar Telekom (AW) yang baru semasa Program ISPNM Biggest Loser Challenge 2013/14 pada 18 dan 19 Dis 2013. Para peserta telah diberi taklimat terlebih dahulu oleh Kapt Faiz (Ketua Skuadron 15 SSDPT).
26/12/2013
Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai SUK
Tahniah – Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Sukarela telah disempurnakan oleh YBhg Brig Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Maknun bin Hj Ridzuan Ketua Pegawai Semboyan bertempat di Jabatan Arah Semboyan, Markas Tentera Darat, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak KL pada 17 Okt 13. Seramai 2 anggota terlibat dengan pemakaian pangkat dari Signalman ke Kapten iaitu Kapt Mohamad Ansahari bin Abd Kudus (7531489) dan Kapt Mohamed Tajul bin Mohamed Sultan (7531321). Turut menyaksikan acara tersebut Pemangku Peg Mem Mej Abd Razak bin Abd Wahab dan Tuan Hj Badrul Hisham bin Ahmad VP NNO TM serta Pegawai dan anggota RSDPT (AW).
26/12/2013
JALINAN KASIH PUTERA & PUTERI
Pada 19 Oktober 2013 yang lalu seramai 3 Pegawai & 18 Anggota LLP Rejimen Semboyan Diraja PAKAR Telekom (AW) telah menjayakan program nilai murni di perkarangan Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah Cheras seawal 8.00 pagi bagi menyemarakkan Program Jalinan Kasih Putera & Puteri bersama penghuni Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah Cheras.
Mejar Abdul Razak Abdul Wahab, Pemangku CO Rejimen Semboyan Diraja PAKAR Telekom (AW) turut serta mengembeling tenaga bersama-sama Kapt. Faiz, Lt Khairul & anggota lain mengikut tugasan yang telah diagihkan.
RSDPTM juga turut member sumbangan sebanyak RM1,000.00 bagi meringankan perbelanjaan program ini.
Semoga dengan program ini dapat memberikan ilmu kepada semua anggota RSDPTM disamping mengeratkan lagi sillaturahim sesama anggota RSDPTM khasnya & sesama anggota TM amnya.
26/12/2013
AKTIVITI JIWA MURNI BANTUAN BANJIR DI KUANTAN
Terdapat banyak musibah berlaku baik dibuat oleh keadaan alam maupun faktor manusia. Kadangkala kita memang tidak menginginkan musibah secara tiba-tiba datang tapi jika Allah swt berkehendak lain pastinya kita perlu Redha menerima.
RSDPT(AW) telah mengadakan aktiviti Jiwa Murni pada 7 & 8 Disember 2013 bagi membantu anggota TM khususnya dan penduduk amnya dari segi pembersihan rumah serta sumbangan barangan makanan di sekitar Permatang Badak & Sg Isap, Kuantan.
Dengan kekuatan seramai 3 Pegawai dan 18 anggota, mereka telah bertungkus lumus berbakti dalam melakukan kerja-kerja ini. Tanpa mengira waktu cuti & juga tidak berkepentingan bercuti bersama keluarga, RSDPT(AW) merasa sungguh bangga dapat membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat.
Semoga dengan aktiviti ini dapat menceriakan serba sedikit kesulitan anggota TM dan masyarakat sekitar Permatang Badak dan Sg Isap yang mengalami musibah banjir dan memperkenalkan RSDPT(AW) kepada penduduk setempat.
26/12/2013
Gambar-gambar Sempena Hari ATM Ke-80 dari 21 hingga 22 September 2013 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur