Stella Leong(梁幸莹)

Stella Leong(梁幸莹)

Share

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya
雪兰莪州安邦再也市议员

Executive Secretary for DAP Wanita and Socialist Youth Malaysia
民主行动党妇女组与社会主义青年团执行秘书
🇲🇾🚀

05/06/2026

💪🏻

KENYATAAN MEDIA JAWATANKUASA TERTINGGI PUSAT (CEC) DAP

Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP telah mengadakan mesyuarat bulanan pada malam tadi (4 Jun 2026) dan memutuskan beberapa pendirian seperti berikut;

1) Mengambil kira pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor dan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan dan Pilihanraya Negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari 1 Jun 2026, maka Persidangan Kebangsaan DAP 2026 yang sepatutnya dijadualkan pada 12 Julai 2026 akan ditunda ke 16 Ogos 2026 (Ahad).

2) DAP akan mempertahankan semua kerusi penyandang di Johor dan Negeri Sembilan dan bertanding di beberapa kerusi tambahan di Johor tertakluk kepada keputusan rundingan secara muktamad dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan menjelang hujung minggu ini.

3) Proses pemilihan calon untuk mewakili DAP dalam Pilihanraya Negeri tersebut akan ditentukan oleh sebuah Jawatankuasa Pemilihan Calon seperti berikut;

a) Loke Siew F**k (Setiausaha Agung)
b) Gobind Singh Deo (Pengerusi Kebangsaan)
c) Nga Kor Ming (Timbalan Pengerusi Kebangsaan)
d) Teo Nie Ching (Ketua Wanita DAP)
e) Chong Chieng Jen (Ketua Parlimen DAP)

4) Menyokong pembentangan RUU Pengasingan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang telah dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas dalam Persidangan Dewan Rakyat bermula 22 Jun akan datang dan menyatakan komitmen untuk memastikan sokongan undi belah bahagi dari kesemua 40 Ahli Parlimen DAP serta menyeru semua Ahli Parlimen untuk memastikan Pindaan Perlembagaan yang bersejarah ini dapat direalisasikan

DAP terus komited untuk mendokong agenda reformasi institusi dalam kerajaan dan akan berkempen secara bersungguh-sungguh dalam Pilihanraya Negeri Johor dan Negeri Sembilan demi kemenangan Pakatan Harapan di kedua-dua negeri tersebut.

LOKE SIEW F**K
SETIAUSAHA AGUNG DAP

5 JUN 2026

Photos from Stella Leong(梁幸莹)'s post 22/05/2026

⚠️ Finding her a furever home ♥️

Side quests:

In between site visits, i stumbled upon a dog and cat rescue centre in my kawasan

🐾This little female puppy is for adoption 3 months old.
💉 2nd vaccination done
😺blends well with cats and monkeys!
🎀 when the rescuer found her she was only 600g but fast forward with proper care and love she is now whooping 5kg!

give her a chance, furever home ♥️


Photos from Yew Jia Haur 游佳豪's post 21/05/2026
Photos from Stella Leong(梁幸莹)'s post 13/05/2026

13 Mei 2026 | Cheras Baru / Bukit Permai

Susulan daripada keadaan cuaca yang kurang baik sejak kebelakangan ini, Pejabat YB Yew Jia Haur telah menerima pelbagai aduan berkaitan banjir di sekitar DUN Teratai, khususnya di Zon 21, Cheras Baru dan Bukit Permai.

Sehubungan itu, Pejabat Ahli Majlis telah mengatur beberapa sesi perjumpaan serta lawatan tapak bersama agensi-agensi berkaitan, termasuk Ketua Kampung Tuan Firdaus, Jabatan Kejuruteraan MPAJ, Jabatan Kerja Raya (Hulu Langat) serta Infrasel.

Usaha ini bertujuan untuk memantau keadaan semasa dengan lebih teliti serta mengenal pasti cadangan penyelesaian yang praktikal bagi jangka masa terdekat.




——

Following the recent period of adverse weather conditions, the office of YB Yew Jia Haur has received numerous flood-related complaints across the Teratai constituency, particularly in Zone 21, Cheras Baru, and Bukit Permai.

In response, my Councillor’s office has organised several engagement sessions and site visits with the relevant agencies, including Ketua Kampung Tuan Firdaus, the MPAJ Engineering Department, JKR (Hulu Langat), and Infrasel.

These efforts aim to closely monitor the current situation and identify practical, short-term solutions to address the issues effectively.

Photos from Stella Leong(梁幸莹)'s post 11/05/2026

11 Mei 2026 | Lembah Maju

Susulan daripada kejadian jalan runtuh di A7 Fortune Heights, Lembah Maju semalam, pagi ini YB Yew Jia Haur bersama Ahli Majlis Zon 20 Puan Virmala sekali lagi turun ke lokasi bersama pihak JPS bagi meninjau keadaan terkini serta membincangkan tindakan susulan yang perlu diambil.

Difahamkan, cadangan kerja-kerja membaik pulih akan mula dijalankan pada petang ini demi memastikan keselamatan penduduk dan mengelakkan keadaan menjadi lebih serius.

Terima kasih kepada pihak JPS dan MPAJ atas tindakan yang pantas, proaktif dan kerjasama yang baik dalam menangani isu ini.

Keselamatan dan kesejahteraan penduduk sentiasa menjadi keutamaan.




——

Following yesterday’s road collapse incident at A7 Fortune Heights, Lembah Maju, YB Yew Jia Haur together with Zone 20 Councillor, Puan Virmala, once again visited the site this morning alongside the JPS team to inspect the latest situation and discuss the necessary follow-up actions.

It is understood that the proposed repair works are expected to commence this afternoon to ensure the safety of residents and to prevent the situation from becoming more serious.

Thank you to JPS and MPAJ for their swift, proactive response and strong cooperation in handling this issue.

The safety and well-being of residents will always remain our utmost priority.

Photos from Stella Leong(梁幸莹)'s post 10/05/2026

10 Mei 2026 | Lembah Maju

Baru sahaja selesai menikmati makan malam sempena Hari Ibu, Pejabat YB Yew Jia Haur ADUN Teratai telah menerima panggilan daripada penduduk A7 Fortune Heights, Lembah Maju berhubung kejadian jalan runtuh berhampiran sungai di bawah seliaan JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor).

Sejurus menerima maklumat tersebut, saya, pasukan DUN Teratai bersama Ahli Majlis Zon 20, Puan Virmala, telah bergegas ke lokasi bagi meninjau keadaan dan memastikan tindakan segera diambil.

Pihak MPAJ juga bertindak pantas dengan memasang pita amaran keselamatan, menutup kawasan terlibat serta mengosongkan kenderaan berhampiran bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Keselamatan dan kesejahteraan penduduk sentiasa menjadi keutamaan kami. Walaupun pada hujung minggu, kami sentiasa bersedia untuk turun padang dan memberikan bantuan sewajarnya apabila diperlukan.

Terima kasih kepada pihak MPAJ dan JPS atas tindakan proaktif serta kerjasama segera demi keselamatan penduduk setempat.






Just after finishing a Mother’s Day dinner, the office of YB Yew Jia Haur, ADUN Teratai, received a call from residents of A7 Fortune Heights, Lembah Maju regarding a road collapse near the river under the jurisdiction of JPS (Selangor Department of Irrigation and Drainage).

Upon receiving the information, the DUN Teratai team together with Zone 20 Councillor, Puan Virmala, immediately rushed to the location to assess the situation and ensure immediate action was taken.

MPAJ also acted swiftly by placing safety warning tapes, securing the affected area, and vacating nearby parked vehicles to avoid any unfortunate incidents.

The safety and well-being of residents will always remain our priority. Even during the weekend, we are always ready to be on the ground and provide assistance whenever needed.

Thank you to MPAJ and JPS for the proactive response and swift cooperation in ensuring the safety of the surrounding community.

Photos from Stella Leong(梁幸莹)'s post 07/05/2026

7 Mei 2026, Pasar Pandan Perdana

Isu longkang tersumbat di sekitar Pasar Pagi Pandan Perdana merupakan masalah berpanjangan yang telah membelenggu penduduk dan penjaja sejak sekian lama. Sejak saya mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis pada bulan Januari yang lalu, saya telah memberi komitmen kepada penduduk dan para penjaja bahawa saya akan berusaha mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu aliran air yang tidak lancar, longkang tersumbat serta takungan air yang sering berlaku di kawasan ini.

Masalah ini bukan sahaja berpunca daripada sistem saliran sedia ada, malah turut diburukkan lagi oleh sikap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah dan sisa pepejal ke dalam longkang sehingga menyebabkan sumbatan semakin serius.

Mencari penyelesaian bukanlah sesuatu yang boleh diselesaikan dalam tempoh satu malam. Ia memerlukan usaha berterusan, kerjasama pelbagai pihak serta perbincangan berkala bersama jabatan-jabatan berkaitan di MPAJ. Sepanjang tempoh ini, saya tidak pernah jemu memanggil pihak MPAJ daripada pelbagai jabatan untuk turun padang, mengadakan lawatan tapak serta sesi rundingan bagi mengenal pasti solusi terbaik demi kepentingan penduduk dan penjaja setempat.

Hasil daripada perbincangan dan koordinasi bersama jabatan-jabatan berkaitan, pada hari ini kerja-kerja HPT telah mula dijalankan di kawasan tersebut. Saya berharap langkah sementara ini dapat membantu mengurangkan masalah saliran dan takungan air yang sekian lama membelenggu penduduk di sekitar Pasar Pagi Pandan Perdana sementara penyelesaian jangka panjang terus diperhalusi.

Terima kasih kepada pihak MPAJ dan semua jabatan terlibat atas kerjasama serta komitmen dalam membantu menyelesaikan isu komuniti demi kesejahteraan bersama.




__

The issue of clogged drains around Pasar Pagi Pandan Perdana area has been a long-standing problem that has affected residents and traders for many years. Since I sworn in as a Councillor in January this year, I have made a commitment to the residents and traders in the area that I would work towards finding a solution to address the issue of blocked drains, poor water flow, and water stagnation in the surrounding area.

This problem is not only caused by the existing drainage system, but is also worsened by the irresponsible actions of certain individuals who continue to dispose of rubbish and solid waste into the drains, contributing further to severe blockages.

Finding a solution is not something that can be achieved overnight. It requires continuous effort, cooperation from various parties, and ongoing discussions with the relevant departments within MPAJ. Throughout this process, I have never hesitated to call upon multiple MPAJ departments to conduct site visits and discussions in order to identify the best possible solution for the benefit of the residents and traders in the area.

Following a series of discussions and coordination with the relevant MPAJ departments, HPT works commenced today in the affected area. I hope this temporary measure will help alleviate the drainage and water stagnation issues that have long burdened residents around Pasar Pagi Pandan Perdana, while longer-term solutions continue to be explored and implemented.

Thank you to MPAJ and all departments involved for their cooperation and commitment in addressing community issues for the well-being of all.

Photos from Stella Leong(梁幸莹)'s post 06/05/2026

6 Mei 2026 | Jalan Bukit Permai

Pejabat YB Yew Jia Haur ADUN Teratai telah menerima aduan berkenaan ranting pokok yang telah lama menjalar sehingga menyebabkan permukaan di sekitar kawasan luaran mengalami calar serta mendapan akibat tekanan akar dan ranting tersebut.

Sejurus menerima aduan, saya terus mengemukakan perkara ini kepada Jabatan Belia, Sukan dan Landskap MPAJ untuk tindakan lanjut.

Syukur, kerja-kerja pembersihan dan pemotongan telah berjaya dilaksanakan pada petang ini demi keselamatan dan keselesaan penduduk sekitar.

Terima kasih kepada pihak MPAJ atas tindakan pantas dan proaktif dalam menangani aduan komuniti demi memastikan persekitaran yang lebih selamat dan terjaga.






The office of YB Yew Jia Haur, Teratai State Assemblyman, received a complaint regarding overgrown tree branches that had been left unattended for quite some time, causing scratches and surface depressions around the surrounding exterior area due to the pressure from the roots and branches.

Upon receiving the complaint, I immediately forwarded the matter to the MPAJ Department of Youth, Sports and Landscape for further action.

We are grateful that the cleaning and pruning works were successfully carried out this afternoon for the safety and comfort of the surrounding community.

Thank you to MPAJ for the swift and proactive action in addressing community complaints and ensuring a safer, cleaner, and better-maintained environment for residents.

Photos from Stella Leong(梁幸莹)'s post 01/05/2026

1 Mei 2026 | Pandan Perdana

Beberapa minggu lalu, saya menerima aduan daripada penduduk mengenai sebatang pokok mangga yang berisiko tumbang dan membahayakan keselamatan sekitar.

Syukur, setelah berbincang bersama pengarah jabatan berkenaan kerja-kerja mencantas telah berjaya dilaksanakan semalam.

Terima kasih kepada pihak MPAJ atas kerjasama dan tindakan yang diambil demi keselamatan komuniti.






A few weeks ago, I received a complaint from residents regarding a mango tree that posed a risk of falling and endangering the surrounding area.

Thankfully, after discussions with the relevant department directors, the pruning works were successfully carried out yesterday.

Thank you to MPAJ for the cooperation and prompt action taken to ensure the safety of the community.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Democratic Action Party National Headquarters Jalan Yew, Off Jalan Pudu
Kuala Lumpur
55100