SK KAMPUNG CHERAS BAHARU

Call Directions

SK KAMPUNG CHERAS BAHARU BBA4019

SUPERB

14/09/2026

🎉✨ MAJLIS SAMBUTAN AMBANG MERDEKA SUPERB TAHUN 2026 ✨🎉

Alhamdulillah, tirai Sambutan Ambang Merdeka SUPERB Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat patriotik 🇲🇾

Gelak tawa, keceriaan dan semangat cintakan negara jelas terpancar sepanjang program berlangsung. Semangat Malaysia MADANI turut disemarakkan melalui penglibatan aktif warga sekolah dalam menghayati erti kemerdekaan, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air ❤️🤍💙💛

Semarak patriotisme, kukuhkan perpaduan, suburkan jiwa merdeka! ❤️

🇲🇾SEMANGAT MERDEKA, JIWA SUPERB! 🇲🇾




📢 MAKLUMAN INFO JEREBUAssalamualaikum dan salam sejahtera.Pihak Sekolah Kebangsaan Kampung Cheras Baharu ingin memaklumk...
07/09/2026

📢 MAKLUMAN INFO JEREBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pihak Sekolah Kebangsaan Kampung Cheras Baharu ingin memaklumkan kepada semua warga sekolah agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu.

Kerjasama dan perhatian semua warga sekolah amat dihargai. Semoga kita sentiasa diberikan kesihatan dan dilindungi daripada kesan jerebu. 🌿😷💧




MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN CUTI PENGGAL 2 2026Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti seperti ketetapan berikut:29 Ogos ...
29/08/2026

MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN CUTI PENGGAL 2 2026

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti seperti ketetapan berikut:

29 Ogos sehingga 6 September 2026 (9hari)

Sekolah dibuka semula pada:
7 September 2026 (Isnin)

Terima kasih.

27/08/2026

🏕️ PERKHEMAHAN PERDANA SUPERB 2026 🏕️

Alhamdulillah, selesai sudah Perkhemahan Perdana SUPERB 2026 yang berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna! 🌟

Program ini bukan sahaja menguji keberanian dan ketahanan diri, malah memupuk semangat kerjasama, disiplin, kepimpinan serta keyakinan dalam kalangan murid. 💪🏻✨⛺

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dreams Team Management & Consultant atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini. 🤝🏻

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat! Semoga pengalaman ini menjadi kenangan indah dan membina generasi SUPERB yang lebih berani, berdikari dan berdaya tahan! 🌟

“UNIT KOKURIKULUM & SUKAN SUPERB”


🌟 TERIMA KASIH & TAHNIAH | PENILAIAN GURU CEMERLANG 2026 🌟Alhamdulillah, satu lagi detik bermakna buat warga SK KG CHERA...
19/08/2026

🌟 TERIMA KASIH & TAHNIAH | PENILAIAN GURU CEMERLANG 2026 🌟

Alhamdulillah, satu lagi detik bermakna buat warga SK KG CHERAS BAHARU SUPERB

🤝Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pasukan Jemaah Nazir KPM atas pelaksanaan Penilaian Permohonan Calon Guru Cemerlang (GC) yang telah dilaksanakan dengan penuh profesionalisme, ketelitian dan komitmen yang tinggi.

🌹 SYABAS & TAHNIAH diucapkan kepada:
CIKGU LELASARIFATHULAIEZAM BINTI ABU
atas kesungguhan, persediaan rapi, komitmen dan dedikasi sehingga berjaya menyelesaikan tugasan peringkat awal penilaian GC pada tahun ini.

Apa jua keputusan akhirnya, perjalanan menuju kecemerlangan itu sendiri merupakan satu pengalaman yang amat bernilai. Keberanian untuk dinilai, kesediaan untuk terus belajar dan usaha memberikan yang terbaik adalah cerminan seorang pendidik yang sentiasa mahu bergerak maju ke hadapan.

Semoga segala usaha dan ikhtiar dipermudahkan serta membuahkan hasil yang terbaik 🤲🏻✨

“Kecemerlangan bukan sekadar sebuah pengiktirafan, tetapi lahir daripada ilmu, usaha, dedikasi dan istiqamah.”

Terus melangkah. Terus menjadi ‘guru inspirasi’ kepada warga SKKCB SUPERB - ‘Quality Over Quantity, Membangun Potensi Menjana Prestasi’ 💛💛💛


06/08/2026

🇲🇾 AKTIVITI SEPANJANG BULAN KEBANGSAAN 2026 🇲🇾

Semarakkan semangat patriotisme bersama warga SUPERB! ❤️🤍💙💛

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang Bulan Kebangsaan bagi menyemai rasa cinta akan negara, menghargai kepelbagaian budaya serta menghayati sejarah Malaysia.

🎥 Saksikan hebahan khas daripada Wartawan Cilik TVPSS SUPERB yang akan membawa anda mengikuti setiap program dan pertandingan yang bakal berlangsung sepanjang bulan ini.

Ayuh bersama-sama memeriahkan setiap aktiviti dan tunjukkan semangat Malaysia MADANI demi membentuk generasi yang berjiwa patriotik.

🇲🇾 Kibarkan Jalur Gemilang, Hayati Erti Kemerdekaan!


05/08/2026

🎥🇲🇾 MAJLIS PELANCARAN BULAN APRESIASI KESENIAN, KEBUDAYAAN DAN SEJARAH MALAYSIA 2026 🇲🇾

Langkah pertama telah bermula! ✨

Majlis Pelancaran Bulan Apresiasi Kesenian, Kebudayaan dan Sejarah Malaysia 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat dan meriah.

Pelancaran ini menjadi titik permulaan kepada pelbagai aktiviti yang bertujuan memupuk semangat patriotisme, menghargai kepelbagaian budaya serta menghayati sejarah negara dalam kalangan warga sekolah.

📺 Ikuti media sosial sekolah untuk menyaksikan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Bulan Apresiasi 2026.


✨  Info SUPERB Edisi Ogos 2026✨Jangan lupa ikuti laman sosial rasmi SKKCB SUPERB untuk info M, aktiviti menarik dan perk...
02/08/2026

✨ Info SUPERB Edisi Ogos 2026✨

Jangan lupa ikuti laman sosial rasmi SKKCB SUPERB untuk info M, aktiviti menarik dan perkembangan warga sekolah

Facebook : SK KAMPUNG CHERAS BAHARU
Tiktok : https://www.tiktok.com/.superb
Youtube : https://youtube.com/

Quality Over Quantity
"Membangun Potensi, Menjana Prestasi"

WAKAF PAPAN PUTIH & SISTEM SIAR RAYASK KG CHERAS BAHARUAssalamualaikum wrt &Salam SejahteraSK Kg Cheras Baharu & PIBG me...
31/07/2026

WAKAF PAPAN PUTIH & SISTEM SIAR RAYA
SK KG CHERAS BAHARU

Assalamualaikum wrt &
Salam Sejahtera

SK Kg Cheras Baharu & PIBG mengalukan para penyumbang dalam misi Wakaf bagi setiap kelas.

🗃️ Sasaran: 23 buah papan putih & sebuah sistem siar raya

📦 Jumlah: RM13 200

🏦 Nama: PIBG SRK KG CHERAS BAHARU
📌 No Akaun: 8002746123 (CIMB)
Ref: Wakaf papan putih

📲 Untuk sebarang pertanyaan:
016663 7478 En Hisham
(PK Pentadbiran)

0136420370 Puan Azlida (AJK PIBG)

Sebarang transaksi yg dibuat, mesti dilampirkan resit pembayaran untuk rekod Bendahari.

Terima kasih.

🌟🌟 HEBATNYA KERJASAMA, INDAHNYA KEJAYAAN!Terima kasih atas sokongan padu semua ibu bapa dan penjaga. Kehadiran cemerlang...
28/07/2026

🌟🌟 HEBATNYA KERJASAMA, INDAHNYA KEJAYAAN!

Terima kasih atas sokongan padu semua ibu bapa dan penjaga. Kehadiran cemerlang sebanyak 91.29% mencerminkan keprihatinan serta komitmen yang tinggi dalam bersama-sama membentuk kejayaan akademik, sahsiah dan masa depan anak-anak.



Address

Jalan 34B, Kampung Cheras Baru
Kuala Lumpur
56100

Telephone

+60342941801

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK KAMPUNG CHERAS BAHARU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share