Cawangan Rekod dan Pencen

Call Directions

Cawangan Rekod dan Pencen Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cawangan Rekod dan Pencen, Government Organization, MK ATM, BPA-CRP, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π πŠπ„ππ€πƒπ€ πŒπ€ππ“π€π πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 π‘π„πŠπŽπƒ 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐍KUALA LUMPUR, 6 Oktober 2026 – Pengarah Rekod dan Pencen,...
06/10/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π πŠπ„ππ€πƒπ€ πŒπ€ππ“π€π πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 π‘π„πŠπŽπƒ 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐍

KUALA LUMPUR, 6 Oktober 2026 – Pengarah Rekod dan Pencen, Kol Mohd Yazid bin Yaacob dengan diiringi Pegawai dan Pegawai Waran dari Cawangan Rekod dan Pencen (CRP) telah melaksanakan Lawatan Kebajikan kepada Mej Jen Dato’ Nazri bin Abu Bakar (Bersara), Mantan Ketua Pengarah Rekod dan Pencen, yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT MIZAN).

Lawatan kebajikan tersebut dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan warga CRP terhadap YBhg Dato' yang pernah menerajui Cawangan Rekod dan Pencen serta mencurahkan khidmat dan bakti sepanjang tempoh perkhidmatan. Sepanjang lawatan, rombongan CRP berkesempatan bertanya khabar, menyampaikan kata-kata semangat serta memberikan sokongan moral kepada YBhg Dato' dan ahli keluarga.

Seluruh warga CRP mendoakan agar Mej Jen Dato’ Nazri bin Abu Bakar (Bersara) dikurniakan kesembuhan, diberikan kekuatan sepanjang menjalani rawatan serta dipermudahkan segala urusan perubatannya.

Di kesempatan itu juga, PRP turut menziarahi En Mohd Noor bin Nasir, bapa kepada Lt Kol Norhayati binti Mohd Noor, PS 1 Pengurusan CRP yang juga sedang menerima rawatan di HAT MIZAN. Semoga En Mohd Noor bin Nasir juga turut dikurniakan kesembuhan, kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan perubatannya.

β€œPRIHATIN, KEBAJIKAN DAN KEBERSAMAAN”




06/10/2026
πƒπŽπŠπ”πŒπ„ππ“π€π’πˆ π€πŠπ‡πˆπ‘ ππ„π†π€π–π€πˆ πŠπ€ππ€π π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€KUALA LUMPUR, Oktober 2026 – Cawangan Rekod dan Pencen telah me...
02/10/2026

πƒπŽπŠπ”πŒπ„ππ“π€π’πˆ π€πŠπ‡πˆπ‘ ππ„π†π€π–π€πˆ πŠπ€ππ€π π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

KUALA LUMPUR, Oktober 2026 – Cawangan Rekod dan Pencen telah melaksanakan urusan Dokumentasi Akhir melibatkan tiga (3) orang Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menamatkan perkhidmatan setelah mencurahkan khidmat dan bakti kepada Angkatan Tentera Malaysia.

Pegawai Kanan yang terlibat adalah seperti berikut:

1. Brig Jen Tan Chee Kee TUDM – Turus (Jurumalim)
- Tarikh Tamat Perkhidmatan: 5 Oktober 2026
- Jawatan Akhir: Ketua Inspektorat Gred 54 (Terbuka)
- Pasukan: Biro Siasatan Kemalangan Udara

2. Mej Mohammad Sahanum bin Hj Ghazali – RS
- Tarikh Tamat Perkhidmatan: 2 Oktober 2026
- Jawatan Akhir: Ketua Kompeni
- Pasukan: Batalion Ke-4 Rejimen Sempadan

3. Mej Azlan bin Abdullah @ Omar – KAGAT
- Tarikh Tamat Perkhidmatan: 3 Oktober 2026
- Jawatan Akhir: Ketua Sel Tadbir
- Pasukan: Markas Pangkalan Lumut

Urusan Dokumentasi Akhir ini merupakan sebahagian daripada proses pentadbiran bagi memastikan segala urusan berkaitan rekod perkhidmatan dan persaraan pegawai dapat disempurnakan dengan teratur dan lancar.

Cawangan Rekod dan Pencen merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan, khidmat bakti serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Semoga segala jasa dan bakti yang telah diberikan menjadi kenangan serta legasi yang bermakna. Selamat menempuh fasa kehidupan yang baharu dan semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta dipermudahkan segala urusan.

β€œTerima Kasih Atas Jasa dan Bakti”

πƒπŽπŠπ”πŒπ„ππ“π€π’πˆ π€πŠπ‡πˆπ‘ ππ„π†π€π–π€πˆ πŠπ€ππ€π π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€KUALA LUMPUR, 29 September 2026 – Cawangan Rekod dan Pencen tel...
01/10/2026

πƒπŽπŠπ”πŒπ„ππ“π€π’πˆ π€πŠπ‡πˆπ‘ ππ„π†π€π–π€πˆ πŠπ€ππ€π π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

KUALA LUMPUR, 29 September 2026 – Cawangan Rekod dan Pencen telah melaksanakan urusan Dokumentasi Akhir melibatkan tiga (3) orang Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menamatkan perkhidmatan setelah mencurahkan khidmat dan bakti kepada Angkatan Tentera Malaysia.

Pegawai Kanan yang terlibat adalah seperti berikut:

1. Brig Jen Dato’ (Dr) Hj Mohamed Hatta bin Hj Manis – Turus (KKD)
- Tarikh Tamat Perkhidmatan: 30 September 2026
- Jawatan Akhir: Pegawai Memerintah
- Pasukan: Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT TM)

2. Brig Jen Ir. Zamri bin Musa – Turus (RAJD)
- Tarikh Tamat Perkhidmatan: 9 September 2026
- Jawatan Akhir: Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan)
- Pasukan: MATM – BPKP

3. Lt Kol Muzapar bin Abu Mansor – RAMD
- Tarikh Tamat Perkhidmatan: 21 September 2026
- Jawatan Akhir: Penolong Pegawai Memerintah
- Pasukan: Rejimen 508 Askar Wataniah

Urusan Dokumentasi Akhir ini merupakan sebahagian daripada proses pentadbiran bagi memastikan segala urusan berkaitan rekod perkhidmatan dan persaraan pegawai dapat disempurnakan dengan teratur dan lancar.

Cawangan Rekod dan Pencen merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan, khidmat bakti serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Semoga segala jasa dan bakti yang telah diberikan menjadi kenangan serta legasi yang bermakna. Selamat menempuh fasa kehidupan yang baharu dan semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta dipermudahkan segala urusan.

β€œTerima Kasih Atas Jasa dan Bakti”

01/10/2026
π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π˜π€ππ€π’Kolonel Mohd Yazid bin Yaacob, Pengarah Rekod dan Pencen serta Seluruh Warga Cawangan ...
30/09/2026

π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π˜π€ππ€π’

Kolonel Mohd Yazid bin Yaacob, Pengarah Rekod dan Pencen serta Seluruh Warga Cawangan Rekod dan Pencen merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera atas pengurniaan Darjah Seri Paduka Kesateria Mahkota Kelantan (S.P.K.K.) yang membawa gelaran Dato’, serta

Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman, Panglima Tentera Darat atas pengurniaan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan yang Amat Perkasa (S.P.K.K.) yang membawa gelaran Dato’.

Pengurniaan darjah kebesaran tersebut telah disempurnakan pada 29 September 2026, bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-57 Tahun 2026.

Seluruh warga Cawangan Rekod dan Pencen mengucapkan tahniah atas pengurniaan yang amat berprestij ini. Semoga pengiktirafan tersebut menjadi simbol penghargaan atas segala jasa, khidmat bakti dan kepimpinan yang telah dicurahkan demi perkhidmatan serta negara.

29/09/2026
25/09/2026

π’π„πŠπ€π‹π”ππ† 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍

YBhg. Brigedier Jeneral Zulkifle bin Hashim, Pengarah Urusan Gaji Angkatan Tentera merangkap Pengerusi Kor Perkhidmatan Am, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kolonel Azhar bin Ahmad selaku Pengerusi Sambutan Hari Ulang Tahun Kor Perkhidmatan Am Ke-68 (HUT KPA Ke-68); Kolonel Mohd Yazid bin Yaacob, Pengarah Rekod dan Pencen selaku tuan rumah penganjuran Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Pegawai & PTTK Sempena HUT KPA Ke-68; barisan Ahli Jawatankuasa serta semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut.

Majlis yang telah berlangsung pada 24 September 2026 bertempat di Wisma Perwira ATM itu telah dapat dilaksanakan dengan lancar dan penuh bermakna hasil daripada komitmen, kerjasama erat, dedikasi serta semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat.

Penganjuran majlis seumpama ini bukan sahaja menjadi wadah untuk meraikan sambutan HUT KPA Ke-68, malah turut memperkukuh semangat setiakawan, silaturahim dan π‘’π‘ π‘π‘Ÿπ‘–π‘‘ 𝑑𝑒 π‘π‘œπ‘Ÿπ‘π‘  dalam kalangan warga Kor Perkhidmatan Am. Kejayaan penganjuran ini mencerminkan kesungguhan dan kesepaduan seluruh warga KPA dalam memastikan setiap amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Sehubungan itu, YBhg. Pengarah UGAT merakamkan penghargaan atas segala khidmat bakti, komitmen dan kerjasama yang telah dicurahkan demi memastikan kelancaran serta kejayaan majlis. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan serta semangat KPA terus berbakti, bersatu dan melangkah bersama pada masa akan datang.


Address

MK ATM, BPA-CRP, Kementerian Pertahanan
Kuala Lumpur
50634

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60320715731

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cawangan Rekod dan Pencen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share