Felcra Berhad

Call Directions Website Contact the organization

Felcra Berhad FELCRA Berhad sebuah entiti Syarikat Korporat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan), dan dibawah penyeliaan Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah.

FELCRA Berhad sebuah entiti milik Menteri Kewangan (diperbadankan), di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

PRESTASI PROJEK PERLU MEMBAWA MANFAAT KEPADA PESERTA.Pengurusan bertanggungjawab mengusahakannya.Amanat Pengerusi dan pr...
06/10/2026

PRESTASI PROJEK PERLU MEMBAWA MANFAAT KEPADA PESERTA.
Pengurusan bertanggungjawab mengusahakannya.

Amanat Pengerusi dan prinsip pelaksanaan CEO dalam FELCRA Planters Leadership Summit 2026 menekankan tujuan yang sama: memperkukuh projek demi kesejahteraan peserta.

'Business ownership' bermaksud mengurus dengan penuh tanggungjawab terhadap sumber, kos dan hasil projek. Ia merujuk kepada sikap pengurusan, bukan pemilikan tanah.

Kedua-dua mesej ini menjadi panduan pengurusan dengan mengutamakan hak dan kepentingan peserta. Pelaksanaannya perlu dinilai melalui kemajuan projek dan manfaat yang dapat dirasai.



🎯 HARI KEDUA | STRATEGI DIPERKASA, SINERGI DIPERKUKUHSuasana hari kedua Program Retreat Strategik FELCRA Berhad dan Anak...
05/10/2026

🎯 HARI KEDUA | STRATEGI DIPERKASA, SINERGI DIPERKUKUH

Suasana hari kedua Program Retreat Strategik FELCRA Berhad dan Anak Syarikat 2027 terus rancak dengan perkongsian idea dan pembentangan strategik daripada kumpulan Perladangan, Perkilangan dan Infrastruktur, Hal Ehwal Peserta, Kewangan, Sumber Manusia serta kumpulan strategik lain.

🌙 Sesi malam diteruskan dengan pembentangan pencapaian anak-anak syarikat FELCRA Berhad, sekali gus membuka ruang untuk menilai prestasi, berkongsi perspektif dan memperkukuh hala tuju bersama menuju 2027.

💡 Satu pentas, pelbagai idea, satu hala tuju — memperkukuh sinergi, meningkatkan prestasi dan memacu FELCRA ke arah pertumbuhan yang lebih mampan.

🌱 Strategi dirangka. Sinergi diperkasa. 2027 kita pacu bersama!

TERJEMAHKAN PERANCANGAN KEPADA PRESTASIDalam ucapan sempena FELCRA Planters Leadership Summit 2026, Ketua Pegawai Ekseku...
05/10/2026

TERJEMAHKAN PERANCANGAN KEPADA PRESTASI

Dalam ucapan sempena FELCRA Planters Leadership Summit 2026, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad menegaskan peranan planters dalam menterjemahkan sasaran, bajet, teknologi dan perancangan kepada prestasi sebenar di lapangan.

Selaras dengan amanat Pengerusi untuk mengurus setiap kawasan sebagai satu amanah, pengurusan perlu memastikan keputusan dilaksanakan dengan teratur, kemajuan dipantau dan kelemahan segera ditangani.

Tanggungjawab ini penting untuk memperkukuh prestasi projek dan melindungi kepentingan peserta.

Perancangan menetapkan arah. Pelaksanaan menentukan hasil.



Amanah menuntut tanggungjawab dalam pelaksanaan dan dinilai melalui hasil yang dirasai.FELCRA Planters Leadership Summit...
05/10/2026

Amanah menuntut tanggungjawab dalam pelaksanaan dan dinilai melalui hasil yang dirasai.

FELCRA Planters Leadership Summit 2026 menghimpunkan barisan pengurusan perladangan untuk menilai prestasi projek, memperjelas tanggungjawab dan memperkukuh pelaksanaan di lapangan.

Dalam amanatnya, Pengerusi FELCRA Berhad menegaskan bahawa setiap kawasan membawa amanah terhadap tanah, hasil dan masa depan peserta. Keputusan berkaitan sumber, kos dan operasi perlu dibuat dengan teliti serta menjaga kepentingan peserta.

Tanggungjawab pengurusan berterusan selepas arahan diberikan. Setiap keputusan perlu dilaksanakan, dipantau dan disusuli tindakan pembaikan apabila prestasi tidak mencapai sasaran.

*Rumusan daripada ucapan Pengerusi FELCRA Berhad sempena FELCRA Planters Leadership Summit 2026. Bukan petikan langsung.*



05/10/2026

RECAP HARI KEDUA | PROGRAM RETREAT STRATEGIK FELCRA BERHAD DAN ANAK SYARIKAT 2027.

🎯 HARI KEDUA | PROGRAM RETREAT STRATEGIK FELCRA BERHAD DAN ANAK SYARIKAT 2027PORT DICKSON, 5 Oktober 2026 – Memasuki har...
05/10/2026

🎯 HARI KEDUA | PROGRAM RETREAT STRATEGIK FELCRA BERHAD DAN ANAK SYARIKAT 2027

PORT DICKSON, 5 Oktober 2026 – Memasuki hari kedua, Program Retreat Strategik FELCRA Berhad dan Anak Syarikat 2027 diteruskan dengan sesi pembentangan serta perbincangan strategik yang memberi tumpuan kepada perancangan, keutamaan dan hala tuju setiap sektor utama FELCRA Berhad bagi menghadapi tahun 2027.

Sesi hari ini melibatkan pembentangan daripada beberapa kumpulan yang merangkumi bidang Perladangan, Perkilangan dan Infrastruktur, Hal Ehwal Peserta, Kewangan, Sumber Manusia serta beberapa kumpulan strategik lain yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh keseluruhan ekosistem operasi dan perniagaan FELCRA Berhad.

Setiap kumpulan membentangkan cadangan, sasaran serta inisiatif strategik berdasarkan fungsi dan bidang masing-masing. Pembentangan turut memberi penekanan terhadap usaha meningkatkan kecekapan operasi, mengoptimumkan sumber, memperkukuh prestasi kewangan, meningkatkan produktiviti serta mengenal pasti peluang baharu yang berpotensi menyumbang kepada pertumbuhan dan kemampanan organisasi.

Selain pembentangan, sesi perbincangan turut menjadi platform untuk barisan kepimpinan dan pegawai berkaitan berkongsi pandangan, menilai cabaran semasa serta memperhalusi strategi dan tindakan yang perlu diberikan keutamaan. Pendekatan secara kolaboratif ini penting bagi memastikan setiap perancangan yang dirangka mempunyai hala tuju yang jelas, realistik dan dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan yang berkesan.

Dalam aspek perladangan, tumpuan diberikan kepada usaha memperkukuh produktiviti dan keberkesanan pengurusan operasi ladang, manakala sektor perkilangan dan infrastruktur memberi perhatian kepada peningkatan kecekapan operasi, kemudahan serta sokongan kepada rantaian nilai perniagaan FELCRA.

Bagi Hal Ehwal Peserta, perbincangan memberi fokus kepada usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan memastikan kepentingan serta kesejahteraan peserta FELCRA terus menjadi antara keutamaan organisasi.

Sementara itu, kumpulan Kewangan dan Sumber Manusia turut mengetengahkan strategi bagi memperkukuh kedudukan serta tadbir urus kewangan organisasi, di samping membangunkan modal insan yang kompeten, berprestasi tinggi dan bersedia mendepani perubahan serta keperluan organisasi pada masa hadapan.

Program retreat ini bukan sekadar medan merangka perancangan tahunan, malah menjadi platform penting untuk menyelaraskan aspirasi, memperkukuh sinergi antara FELCRA Berhad dan anak-anak syarikat serta membentuk keutamaan bersama dalam mencapai sasaran organisasi.

Melalui percambahan idea dan perkongsian pandangan sepanjang sesi, setiap strategi akan terus diperhalusi bagi memastikan perancangan FELCRA Berhad dan Anak Syarikat bagi tahun 2027 dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, berimpak dan berorientasikan hasil.

🌱 Daripada perancangan kepada pelaksanaan, daripada strategi kepada pencapaian.

FELCRA Berhad terus komited memperkukuh keupayaan organisasi dan memacu pertumbuhan yang mampan demi memberi nilai kepada syarikat, peserta serta pemegang taruh.






05/10/2026

Penerangan Simptom Magnesium

🎯 PROGRAM RETREAT STRATEGIK FELCRA BERHAD DAN ANAK SYARIKAT 2027PORT DICKSON | 4 OKTOBER 2026 — FELCRA Berhad terus memp...
04/10/2026

🎯 PROGRAM RETREAT STRATEGIK FELCRA BERHAD DAN ANAK SYARIKAT 2027

PORT DICKSON | 4 OKTOBER 2026 — FELCRA Berhad terus memperkukuh perancangan dan hala tuju organisasi menerusi Program Retreat Strategik FELCRA Berhad dan Anak Syarikat 2027, yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, YBhg. Dato’ Mohamed Ismi bin Abdul Majid, yang menekankan kepentingan kesepaduan seluruh organisasi dalam menetapkan keutamaan serta memperkukuh pelaksanaan strategi bagi mendepani cabaran dan peluang pada tahun 2027.

Sesi kemudiannya diteruskan dengan penerangan objektif program oleh Pengarah Kumpulan Perancangan Strategik FELCRA Berhad, YBrs. Encik Azam Azi bin Rusdi, sebagai landasan kepada perbincangan dan penyelarasan strategik sepanjang program berlangsung.

Retreat selama tiga hari ini menghimpunkan Barisan Pengurusan Tertinggi, Pegawai-Pegawai Kanan serta Pengarah Urusan Subsidiari FELCRA Berhad bagi meneliti pencapaian semasa, menyelaras keutamaan organisasi serta merangka strategi dan inisiatif yang lebih berfokus untuk tahun 2027.

Program ini juga menjadi platform penting untuk memperkukuh sinergi antara FELCRA Berhad dan anak-anak syarikat melalui perkongsian pandangan, percambahan idea serta penyelarasan perancangan agar setiap strategi yang dirangka dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan yang berkesan dan memberi impak kepada organisasi serta para pemegang taruh.

Dengan komitmen dan kesepaduan seluruh kepimpinan, Program Retreat Strategik FELCRA Berhad dan Anak Syarikat 2027 diharapkan dapat menghasilkan hala tuju yang jelas, realistik dan berimpak tinggi dalam memperkukuh prestasi serta kelestarian FELCRA Berhad dan kumpulan.

Strategi Diperkasa, Sinergi Diperkukuh, Aspirasi Direalisasikan.





INFO@KKDW: FELCRA Terpilih Menyertai Program Pengganda 30Keterjaminan makanan bukan hanya bergantung kepada jumlah terna...
04/10/2026

INFO@KKDW: FELCRA Terpilih Menyertai Program Pengganda 30

Keterjaminan makanan bukan hanya bergantung kepada jumlah ternakan hari ini. Ia juga memerlukan kapasiti pembiakbakaan yang mampu menyokong bekalan pada masa hadapan.

Sebagai agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), FELCRA Berhad melalui Felcra Food Industries Sdn Bhd telah dipilih oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk menyertai Program Pengganda 30, yang memberi tumpuan kepada pembangunan kapasiti pembiakbakaan lembu pedaging.

Sebagai sebahagian pelaksanaannya, 300 ekor PTIC dan 30 ekor pejantan Shorthorn Brahman Cross telah diterima di Bio Valley, FELCRA Seberang Perak. PTIC merujuk kepada induk betina yang telah disahkan bunting, sekali gus menyediakan asas kepada proses pembiakbakaan dan pengembangan populasi ternakan secara lebih tersusun.

Penyertaan ini memperkukuh peranan FELCRA dalam pembangunan industri ruminan dan menyokong usaha memperkukuh rantaian bekalan lembu pedaging negara.

Aset digerakkan. Kapasiti dibina. Bekalan masa depan disokong.

🌱 RESOLUSI DIMETERAI, ASPIRASI DITERJEMAH KEPADA TINDAKAN!FELCRA Planters Leadership Summit 2026 melabuhkan tirai dengan...
30/09/2026

🌱 RESOLUSI DIMETERAI, ASPIRASI DITERJEMAH KEPADA TINDAKAN!

FELCRA Planters Leadership Summit 2026 melabuhkan tirai dengan penuh signifikan menerusi Penyerahan Resolusi FELCRA Planters, yang menjadi simbol kesepakatan dan komitmen warga perladangan dalam merealisasikan aspirasi bersama serta memperkukuh hala tuju sektor perladangan FELCRA Berhad.

Resolusi tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Perladangan FELCRA Berhad, YBrs. Encik Anuar Merican bin Akbar Merican kepada Pengerusi FELCRA Berhad, YBhg. Dato’ Sri Ahmad Jazlan bin Yaakub, dengan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, YBhg. Dato’ Mohamed Ismi bin Abdul Majid.

Penyerahan resolusi ini merupakan kemuncak kepada perkongsian pandangan, percambahan idea dan perbincangan sepanjang penganjuran summit yang menghimpunkan barisan kepimpinan serta warga perladangan FELCRA. Ia mencerminkan tekad bersama untuk memperkukuh pengurusan perladangan, meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi serta membina budaya kerja yang lebih progresif, berprestasi tinggi dan berorientasikan hasil.

Lebih daripada sekadar sebuah dokumen, resolusi ini membawa suara, iltizam dan tanggungjawab bersama para planters FELCRA untuk memastikan setiap aspirasi yang digariskan dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan serta impak yang nyata di lapangan.

Dengan semangat “Merealisasi Aspirasi Bersama”, berakhirnya FELCRA Planters Leadership Summit 2026 bukanlah noktah, sebaliknya menjadi permulaan kepada langkah dan tindakan seterusnya dalam memperkukuh sektor perladangan sebagai antara tunjang penting kemajuan FELCRA Berhad.

🌱 Daripada idea kepada resolusi.
🤝 Daripada resolusi kepada tindakan.
🚀 Daripada tindakan kepada pencapaian.

Bersama kita merealisasikan aspirasi dan memacu perladangan FELCRA ke hadapan.

Address

Wisma FELCRA, Lot PT4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya
Kuala Lumpur
50772

Opening Hours

Monday 08:30 - 05:30
Tuesday 08:30 - 05:30
Wednesday 08:30 - 05:30
Thursday 08:30 - 05:30
Friday 08:30 - 05:30

Telephone

+60341455000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felcra Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Felcra Berhad:

Shortcuts

Share