02/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐.๐.๐.) ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐
Kepada
YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Atas Pengurniaan
Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.)
yang membawa gelaran
Tan Sri
Sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Tahun 2026
Ikhlas daripada,
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah,
Ketua Pegawai Eksekutif,
Warga Kerja dan Peserta.
01/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐.๐.๐) ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Kepada
๐๐๐๐. ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐๐
Atas pengurniaan
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐.๐.๐) ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Tahun 2026
Pada
1 Jun 2026
Ikhlas daripada
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif, Warga Kerja dan Peserta
31/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H
Daulat Tuanku
Sembah Takzim Daripada
Pengerusi & Lembaga Pengarah,
Ketua Pegawai Eksekutif & Pengurusan Tertinggi,
Warga Kerja, Peserta & Pesara FELCRA Berhad.
31/05/2026
Selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh warga beragama Buddha, khususnya kepada kakitangan, rakan niaga, dan pelanggan yang kami hormati.
Hari Wesak merupakan satu perayaan penting bagi penganut agama Buddha yang memperingati kelahiran, pencerahan dan kemangkatan Siddhartha Gautama, Buddha. Ia adalah detik penuh makna yang mengajak kita semua merenung nilai-nilai sejagat seperti kasih sayang, kedamaian, kesederhanaan dan kebijaksanaan.
Semoga sambutan Hari Wesak kali ini membawa ketenangan, keharmonian dan kesejahteraan kepada anda dan keluarga. Kami di FELCRA Berhad komited untuk terus menyemai nilai-nilai toleransi, perpaduan dan saling hormat-menghormati dalam kalangan semua lapisan masyarakat.
Selamat Hari Wesak.
30/05/2026
Seluruh warga FELCRA Berhad mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masyarakat di Sabah dan Sarawak.
Perayaan ini penting untuk merayakan hasil tuaian yang melimpah dan memperkukuh ikatan kebudayaan serta tradisi kita. Semoga negara kita mendapat rezeki yang melimpah ruah serta hasil tuaian yang bertambah.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!
Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua!
28/05/2026
๐ PROGRAM KORBAN PERDANA 2026 FELCRA BERHAD ๐
Program Korban Perdana 2026 FELCRA Berhad telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat kebersamaan dalam menghayati ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Sri Ahmad Jazlan Yaakub, Pengerusi FELCRA Berhad serta YBrs. Encik Mohamed Ismi Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad bersama warga kerja FELCRA Berhad.
Program ini turut mendapat kerjasama dan penglibatan pelbagai NGO serta anak syarikat FELCRA Berhad antaranya KESURA, Yayasan FELCRA, Biro Agama Surau At-Taqwa, FELCRA Food Industries Sdn Bhd dan PUSPANITA Cawangan FELCRA Berhad.
Penganjuran program ini bukan sahaja mengimarahkan syiar Islam, malah menjadi medium memperkukuhkan ukhuwah, semangat gotong-royong serta nilai kebersamaan dalam kalangan warga FELCRA Berhad dan organisasi terlibat.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima dan diberkati serta terus menyemai nilai keprihatinan dan pengorbanan dalam masyarakat.
26/05/2026
๐ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H ๐
Sempena sambutan Aidiladha yang penuh keberkatan ini, FELCRA Berhad merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga kerja, peserta, pesara serta rakan strategik yang sentiasa bersama dalam memperkukuhkan agenda kemajuan dan kesejahteraan komuniti luar bandar.
Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan yang dihayati melalui Aidiladha terus menjadi pemangkin kepada perpaduan, integriti dan kecemerlangan organisasi.
โTaqabbalallahu minna wa minkumโ
Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima serta diberkati Allah SWT.
Ikhlas daripada
FELCRA Berhad