SK Setiawangsa

Call Directions Website

SK Setiawangsa SK Setiawangsa is a high prestige goverment school

📢 MAKLUMAN PENGUMPULAN MAKLUMAT DAN DOKUMEN PAJSK 2026Murid Tahun 4, 5 dan 6Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklum...
19/10/2026

📢 MAKLUMAN PENGUMPULAN MAKLUMAT DAN DOKUMEN PAJSK 2026
Murid Tahun 4, 5 dan 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah sedang melaksanakan proses pengumpulan maklumat bagi Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) untuk murid Tahun 4, 5 dan 6 bagi tahun 2026.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa dimohon memberikan kerjasama dengan mengemukakan dokumen berkaitan penglibatan dan pencapaian anak masing-masing, seperti sijil penyertaan, sijil pencapaian dan surat pengiktirafan pertandingan yang berkaitan.

📌 Kaedah Penyerahan Dokumen

Ibu bapa boleh mengemukakan maklumat dan dokumen melalui salah satu kaedah berikut, mengikut arahan guru kelas masing-masing:

1. Pengisian melalui pautan (link) yang diberikan oleh guru kelas, dengan memuat naik maklumat dan dokumen yang diperlukan. atau ;
2. Penyerahan secara manual dengan memberikan salinan sijil penyertaan, sijil pencapaian dan surat pengiktirafan kepada guru kelas.

📌 Keperluan Surat Pengiktirafan Pertandingan

Surat pengiktirafan PAJSK daripada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), perlu disertakan bagi pertandingan luar yang berkenaan sebagai bukti pengiktirafan untuk tujuan pengisian PAJSK.

Walau bagaimanapun, keperluan surat pengiktirafan BSKK ini dikecualikan bagi pertandingan berikut:
- Majlis Sukan Sekolah Daerah Keramat (MSSD).
- Pertandingan Koakademik bawah JPWPKL.
- Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

Bagi pertandingan luar selain kategori yang dinyatakan, ibu bapa perlu memastikan surat pengiktirafan BSKK disertakan bersama sijil atau dokumen berkaitan.

Ibu bapa dimohon menyerahkan dokumen yang lengkap dengan kadar segera bagi membolehkan guru kelas merekodkan penglibatan dan pencapaian murid dengan tepat. Pihak sekolah juga akan melaksanakan semakan silang bersama murid bagi memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat sebelum proses pengisian PAJSK dimuktamadkan.

Kerjasama dan perhatian ibu bapa amat dihargai bagi memastikan proses pengisian PAJSK tahun 2026 berjalan lancar.

Sekian, terima kasih.

17/10/2026
🌟PROGRAM ANAK HEBAT SEKOLAH CEMERLANG🌟PROGRAM REFORMASI SEKOLAH | KOMPONEN 6:PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI MURNIAlhamdullil...
16/10/2026

🌟PROGRAM ANAK HEBAT SEKOLAH CEMERLANG🌟

PROGRAM REFORMASI SEKOLAH | KOMPONEN 6:
PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI MURNI

Alhamdullilah , Program Anak Hebat Sekolah Cemerlang di bawah Program Reformasi Sekolah telah berjaya dilaksanakan pada 14 Oktober 2026.

Program ini bertujuan meningkatkan motivasi murid untuk mengamalkan nilai-nilai murni dengan membudayakan amalan menghargai tingkah laku dan sahsiah positif di sekolah.

Melalui sesi ceramah, aktiviti, dan soal jawab yang interaktif dapat mewujudkan persaingan yang sihat serta persekitaran rakan sebaya yang positif dan melahirkan murid bukan sahaja cemerlang akademik malah mempunyai akhlak, sahsiah dan jati diri yang unggul demi membentuk sekolah yang cemerlang.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penceramah atas kesudian meluangkan masa dan berkongsi ilmu dalam Program Anak Hebat Sekolah Cemerlang.
Semoga perkongsian yang diberikan dapat memberi inspirasi dan membentuk sahsiah murid ke arah menjadi anak yang hebat, berakhlak mulia dan cemerlang










📢 MAKLUMAN PENCALONAN ANUGERAH KOKURIKULUM 2026Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Sukacita d...
16/10/2026

📢 MAKLUMAN PENCALONAN ANUGERAH KOKURIKULUM 2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pencalonan Anugerah Kokurikulum 2026 kini dibuka kepada semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 yang aktif dalam kegiatan kokurikulum serta mempunyai pencapaian cemerlang dalam pertandingan sepanjang tahun 2026.

📄 MUAT TURUN BORANG PENCALONAN:
🔗 https://tinyurl.com/PENCALONAN-MAKKO-2026

📌 PENGHANTARAN BORANG DAN DOKUMEN SOKONGAN

Borang pencalonan yang lengkap berserta dokumen sokongan hendaklah diserahkan kepada:

📍 Cikgu Misraini – Bilik Guru D
📍 Cikgu Putri Qashrina – Bilik Guru B

⏰ TARIKH AKHIR PENGHANTARAN: 19 OKTOBER 2026

⚠️ Perhatian: Borang pencalonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses.

Pihak sekolah menggalakkan ibu bapa dan penjaga untuk menyemak kelayakan anak masing-masing serta memastikan borang pencalonan dan dokumen sokongan yang diperlukan diserahkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan murid dalam bidang kokurikulum serta menyuntik semangat untuk terus mengharumkan nama sekolah.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

UNIT KOKURIKULUM

📢 KENYATAAN RASMI SEKOLAHAssalamualaikum dan salam sejahtera.Merujuk kepada Kenyataan Media Jabatan Pendidikan Wilayah P...
08/10/2026

📢 KENYATAAN RASMI SEKOLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Merujuk kepada Kenyataan Media Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) bertarikh 8 Oktober 2026, semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di WP Kuala Lumpur ditutup mulai Jumaat, 9 Oktober 2026 berikutan keadaan jerebu yang menjejaskan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Sehubungan itu, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid. Maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan PdPR akan dimaklumkan oleh guru kelas dan guru mata pelajaran melalui saluran rasmi sekolah.

Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap perkembangan semasa serta mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi menjaga keselamatan dan kesihatan anak-anak.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.

“SEKOLAH KITA CARA KITA”







*MEMAJUKAN PENDIDIKAN DIGITAL, MENGUPAYA GENERASI MASA DEPAN*​Sukacita dimaklumkan bahawa SK Setiawangsa telah menerima ...
08/10/2026

*MEMAJUKAN PENDIDIKAN DIGITAL, MENGUPAYA GENERASI MASA DEPAN*

​Sukacita dimaklumkan bahawa SK Setiawangsa telah menerima sumbangan sebanyak 20 biji tablet daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Setiawangsa pada 7 Oktober 2026!

​Sumbangan bernilai ini bukan sekadar perkakasan teknologi, tetapi merupakan pemangkin penting dalam:

​1️⃣ Menyokong Inisiatif BYOD (Bring Your Own Device) – Memastikan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) lebih interaktif, fleksibel, dan selari dengan arus moden.

2️⃣ Merancakkan Digitalisasi Sekolah – Membudayakan pembelajaran berasaskan teknologi berimpak tinggi dalam kalangan murid dan guru.

3️⃣ Memperkukuh Sinergi PIBG & Sekolah – Membuktikan keutuhan jalinan kerjasama dan sokongan padu PIBG demi kemajuan warga sekolah.

​Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh kepimpinan serta ahli PIBG SK Setiawangsa atas keprihatinan dan wawasan hebat ini.

​

🌟 PASUKAN SK SETIAWANGSA MARA KE GRAND FINALE PERINGKAT KEBANGSAAN 🌟Alhamdulillah, satu pencapaian membanggakan buat Inn...
08/10/2026

🌟 PASUKAN SK SETIAWANGSA MARA KE GRAND FINALE PERINGKAT KEBANGSAAN 🌟

Alhamdulillah, satu pencapaian membanggakan buat Innov8 Crew dari SK Setiawangsa apabila berjaya melangkah ke GRAND FINALE PERINGKAT KEBANGSAAN bagi pertandingan UOB My Digital Space 2026: Digital Innovation Challenge! 🚀

Tahniah kepada Innov8 Crew yang dianggotai oleh:

🌟 Anna Addeyna binti Akmal (UM5)
🌟 Nik Adam Mikail bin Nik Mohd Izzat (UM5)
🌟 Rizqi Azziyad bin Ahmad Syah Izzat (UM5)
🌟 Iman Sofea binti Fakhrulrazi (UM5)

Kejayaan ini membuktikan bahawa kreativiti, inovasi dan semangat kerjasama mampu membawa bakat muda melangkah lebih jauh dalam dunia teknologi digital.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru pembimbing Puan Wan Munawarah Wan Muhamad dan ibu bapa atas segala bimbingan, komitmen, dorongan dan sokongan sepanjang perjalanan ini.

Semoga Innov8 Crew terus melakar kejayaan dan memberikan yang terbaik di pentas Kebangsaan pada 30 Oktober 2026!

All the best, Innov8 Crew! Keep innovating, keep inspiring! 💙



🏊‍♀️ SYABAS & TAHNIAH! 🏊‍♀️Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada adik Sharifah Nur Shazia Al-Attas binti Sharif Mohd ...
07/10/2026

🏊‍♀️ SYABAS & TAHNIAH! 🏊‍♀️

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada adik Sharifah Nur Shazia Al-Attas binti Sharif Mohd Shirazi Al-Attas dari kelas UMS2 atas pencapaian yang membanggakan dalam Pertandingan Karnival Bakat Sukan Renang AKL-MSSWPKL yang telah berlangsung pada 3 & 4 Oktober 2026.

👏 Tahniah atas usaha, kesungguhan dan semangat juang yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang sukan dan mengharumkan nama sekolah.

Syabas, Shazia! Teruskan berenang menuju kejayaan! 🏆🏊‍♀️✨

Acara & pencapaian:

Girls 8-9 100 LC Meter Freestyle
Bronze 🥉

Girls 8-9 50 LC Meter Backstroke
Silver🥈

Girls 8-9 50 LC Meter Butterfly
Bronze 🥉

Girls 8-9 200 LC Meter IM
Silver🥈

Girls 8-9 200 LC Meter Freestyle
Bronze 🥉

Girls 8-9 50 LC Meter Breaststroke
Silver🥈

Girls 8-9 100 LC Meter Butterfly
Silver🥈

Girls 8-9 50 LC Meter Freestyle
Bronze 🥉

📖 PROGRAM CAKNA KASIH TAHUN 1 – “BACALAH SAYANGKU” 📖Alhamdulillah, Program Cakna Kasih Tahun 1: “Bacalah Sayangku” telah...
06/10/2026

📖 PROGRAM CAKNA KASIH TAHUN 1 – “BACALAH SAYANGKU” 📖

Alhamdulillah, Program Cakna Kasih Tahun 1: “Bacalah Sayangku” telah berjaya dilaksanakan pada 30 September 2026 di bawah Program Reformasi Sekolah (Komponen 1: Pemulihan dan Kecemerlangan Pembelajaran).

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan kemahiran membaca sebagai asas pembelajaran, di samping memupuk minat dan motivasi membaca melalui aktiviti yang menarik serta interaktif. Murid turut diberi pendedahan dan bimbingan bagi membantu meningkatkan penguasaan kemahiran literasi mereka.

Melalui program ini, murid menunjukkan keyakinan dan minat yang lebih tinggi terhadap aktiviti membaca serta memperoleh pengetahuan tentang teknik dan amalan membaca yang berkesan. Bagi murid yang memerlukan intervensi, tindakan susulan akan dilaksanakan secara terancang dan berterusan bagi memastikan tiada murid yang tercicir dalam penguasaan kemahiran asas membaca.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat melahirkan murid yang celik literasi, berkeyakinan dan sentiasa mencintai ilmu.

“Membaca Jambatan Ilmu, Literasi Kunci Kejayaan.”










Address

SK Setiawangsa, Jalan Setiawangsa 13
Kuala Lumpur
54200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Setiawangsa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category