21/04/2026
Persenjataan JLOG Bukit Aman
Perkongsian Mengenai Aktiviti Cawangan Persenjataan
21/04/2026
20/04/2026
📌 *PERASMIAN CBRNE ARENA SEMPENA DEFENCE SERVICES ASIA (DSA) & NATIONAL SECURITY FOR ASIA (NATSEC) 2026*
Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur - 20 April 2026 – Majlis perasmian CBRNE Arena telah berlangsung pada 20 April 2026 di Tingkat 3, MITEC Kuala Lumpur.
Majlis telah dirasmikan oleh Leftenan Jeneral Dato’ Mohamad Suria Bin Mohamad Saad, Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia dengan gimik pelancaran yang dilaksanakan oleh Juara NCT Pro Challenge tahun 2025 yang diwakili oleh peserta dari ATM, PDRM dan Jabatan Kimia Malaysia.
Majlis turut dihadiri oleh Brigedier Jeneral Ts. Sharuddin Bin Mohd Noh (Ketua Jurutera Tentera Darat Malaysia), SAC Zaidy Bin Che Hassan (Ketua Penolong Pengarah Persenjataan PDRM),
ChM Puan Marhayani Binti Md Saad (Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia),
Supt Wan Iswadi Bin Wan Yusof (Penolong Pengarah Persenjataan UPB / CBRNE PDRM),
Encik Fahri Azzat (Pengarah DSA), barisan pegawai ATM, PDRM dan Jabatan Kimia Malaysia serta wakil syarikat Southern Titan.
Majlis diteruskan dengan lawatan ke CBRNE Arena oleh Timbalan Panglima Tentera Darat bersama pucuk pimpinan PDRM, Jabatan Kimia Malaysia dan Wakil Syarikat Southern Titan.
Majlis seterusnya mempamerkan Demonstrasi Operasi Decontamination yang dilaksanakan oleh Skuadron 12, Rejimen Askar Jurutera Diraja (CBRNE). Demonstrasi ini mempamerkan tahap kesiapsiagaan operasi serta kepakaran teknikal dalam menangani ancaman CBRNE.
Platform CBRNE Arena ini mencerminkan kecemerlangan operasi, penguasaan teknikal serta tahap kesiapsiagaan yang tinggi dalam menangani ancaman kimia, biologi, radiologi, nuklear dan bahan letupan (CBRNE). Acara ini menghimpunkan pihak berkepentingan utama yang terdiri daripada pasukan keselamatan, agensi kerajaan, pemain industri serta pakar bidang untuk mempamerkan keupayaan, teknologi canggih dan penyelesaian inovatif dalam bidang CBRNE.
📸 (Disertakan gambar sepanjang majlis perasmian berlangsung)
10/04/2026
*EXPLOSIVE ANALYSIS TRAINING 2026 ANJUARAN JABATAN KIMIA MALAYSIA*
Lapang Sasar PDRM Kuala Kubu Bharu Selangor, 9 April 2026 - Seramai 40 orang peserta terlibat dalam latihan ini yang dianjurkan oleh Jabatan Kimia Malaysia. Peserta terdiri daripada agensi kimia daripada negara China, Singapura, Filipina, Hong Kong, South Korea dan Malaysia.
Objektif latihan ini adalah untuk memberikan pendedahan berkaitan degan pengenalan asas kepada bahan letupan, _Explosive Train_, demonstrasi letupan dan pengenalan kepada _Search_ untuk tujuan _IED Reconstruction_.
Unit Pemusnahan Bom (UPB) Bukit Aman telah diberikan penghormatan sebagai tenaga pengajar untuk menjayakan latihan ini dengan kekuatan seramai 2 orang Pegawai Kanan Polis dan 4 Pegawai Rendah Polis.
Latihan telah berjalan dengan jayanya dengan kerjasama yang baik daripada pihak penganjur, tenaga pengajar dan semua peserta. Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan berlaku sepanjang latihan berlangsung.
📷 (Disertakan gambar sepanjang latihan berlangsung)
03/04/2026
📌 *INTERNATIONAL RADIOLOGICAL SECURITY AWARENESS AND RESPONSE (ISRAR) SPECIAL OPERATIONS WORKSHOP, PRD TRAINING & LIMITED SCOPE EXERCISE*
Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur - 3 April 2026 – Bengkel ini telah berlangsung pada 31 Mac 2026 sehingga 2 Apr 2026 di Pusat Simulasi Taktikal, Pulapol Kuala Lumpur. Peserta kursus yang terdiri daripada Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis Unit CBRNE Zon 1,2,3 dan Pegawai Rendah Polis Unit MPV Kontinjen Kuala Lumpur dan Selangor telah didedahkan kepada tajuk-tajuk seperti Introduction to radiation, Radiological Counter Terrorism, Radiological Response and Tactics, Personal Radiation Detector (PRD) Operation & Transportation of radioactive material oleh Office of Radiological Security (ORS), Department of Energy, United States of America (USA).
Selain pendedahan kepada teori dan asas radiasi, peserta turut diberi penekanan tentang pengendalian alat pengesan radiasi (PRD). Peserta juga diberi latihan tentang simulasi sebenar berkaitan kes-kes yang melibatkan insiden dan ancaman radiasi. Peserta dari unit MPV Kontinjen Kuala Lumpur dan Selangor ini turut diberi penekanan tentang tugas dan tanggungjawab sebagai pegawai barisan hadapan apabila berhadapan dengan kes-kes yang melibatkan radiasi.
Bengkel ini juga berfungsi sebagai titik tolak strategik meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan semua petugas barisan hadapan terhadap cabaran keselamatan global.
📷 (Disertakan gambar sepanjang Bengkel berlangsung)
20/03/2026
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Sempena tibanya Syawal yang mulia, Ketua Penolong Pengarah (Persenjataan) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga jabatan serta masyarakat sekalian.
Aidilfitri adalah saat untuk kita mensyukuri kemenangan setelah sebulan beribadah di bulan Ramadan. Marilah kita menyambutnya dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan keinsafan, di samping terus mengekalkan nilai-nilai murni seperti integriti, disiplin, hormat-menghormati dan semangat kebersamaan dalam kehidupan seharian serta dalam perkhidmatan yang kita laksanakan.
Semoga Aidilfitri ini mengeratkan lagi silaturahim, memupuk perpaduan, serta membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua.
Maaf Zahir dan Batin.
18/02/2026
Sempena kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini, Ketua Penolong Pengarah (Persenjataan) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh warga jabatan serta masyarakat sekalian.
Marilah kita menyambut Ramadan dengan penuh keinsafan, keikhlasan dan kesyukuran, serta memperbanyakkan amal ibadah, memperkukuh nilai integriti, disiplin dan kebersamaan dalam kehidupan seharian serta dalam perkhidmatan yang kita laksanakan.
Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita memperbaiki diri, mempereratkan silaturahim, dan mempertingkatkan keimanan serta ketakwaan kepada Allah SWT.
16/02/2026
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2026
Ketua Penolong Pengarah (Persenjataan), Jabatan Logistik dan Teknologi mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Tionghoa yang menyambut perayaan ini.
Semoga kedatangan tahun baharu ini membawa kemakmuran, kesejahteraan, kebahagiaan, kesihatan yang baik serta kejayaan berterusan dalam kehidupan seharian, kerjaya dan keluarga.
Marilah kita terus memperkukuhkan perpaduan, keharmonian dan semangat saling menghormati antara kaum demi kesejahteraan negara dan masyarakat keseluruhannya.
Gong Xi Fa Cai!!!!
Semoga tahun baharu ini membawa seribu keberkatan dan seribu kejayaan.
07/02/2026
05/02/2026
27/01/2026
MAJLIS LAFAZ IKRAR DADAH DAN IKRAR BEBAS RASUAH SERTA AMANAT DARI YDH KETUA PENOLONG PENGARAH (PERSENJATAAN) JLOG
Bukit Aman, 26 Januari 2026 (Isnin) - Majlis Lafaz Ikrar Dadah dan Ikrar Bebas Rasuah telah disempurnakan oleh YDH SAC Zaidy bin Che Hassan, Ketua Penolong Pengarah (Persenjataan) Jlog Bkt Aman. Turut hadir YDH ACP Hammizamri bin Abdullah, Penolong Pengarah Persenjataan(CBRNE), YDH SUPT Wan Iswadi bin Wan yusof, Penolong Pengarah Persenjataan (Operasi /Teknikal/ Aset Ordnans) serta Semua Pegawai Turus, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam.
Majlis diadakan bagi memperbaharui Ikrar Dadah dan Ikrar Bebas Rasuah untuk permulaan Tahun Baru 2026.
YDH SAC Zaidy bin Che Hassan, Ketua Penolong Pengarah (Persenjataan) Jlog Bkt Aman turut menyampaikan AMANAT sempena Tahun Baru dan mendengar permasalahan kerja yang dibangkitkan oleh Pegawai dan juga anggota Persenjataan.
Penyampaian Sijil Penghargaan turut diberikan oleh YDH Ketua Penolong Pengarah (Persenjataan) Jlog Bkt Aman kepada Pegawai dan anggota yang menonjolkan prestasi yang cemerlang dalam Majlis ini.
22/01/2026
*UJIAN LATIHAN KEMAHIRAN MENEMBAK TAHUNAN JABATAN LOGISTIK DAN TEKNOLOGI BUKIT AMAN 2026*
Tarikh : 20 Januari 2026 (Selasa)
Tempat : Lapang Sasar IPD Bentong, Pahang
Masa : 0900hrs - 1300hrs
➡️ Pegawai Lapang Sasar : DSP Rayner bin Jaunis (Caw. Persenjataan)
➡️ Penolong Pegawai Lapang Sasar : ASP Mohd Riyadh SSolihin bin Abdul Rahim (Caw. Persenjataan)
➡️Kehadiran :
1. Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi
2. Timbalan Pengarah, Jabatan Logistik dan Teknologi
3. Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Logistik dan Teknologi
4. Semua PKP berpangkat DSP dan ke atas
: PERKEP
1.Naib Pengerusi PERKEP I
2.Naib Pengerusi PERKEP III
3.Ketua-ketua Biro PERKEP JLog
➡️Pelaporan :
* Acara menembak adalah melibatkan Acara Centre Fire dan Falling Plate.
*Acara Centre Fire PDRM*
Johan : SAC Zaidy Bin Che Hassan
Naib Johan : ACP Hammizamri Bin Abdullah
Tempat Ketiga : Supt Mohd Shalifuzam Bin Rosli
*Acara Falling Plate PDRM*
Johan : Team Baretta di ketuai oleh
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi CP Gilberd ak Philip Layang
Naib Johan : Team CZ diketuai oleh Timbalan Pengarah Teknikal Operasi DCP Redzuan Bin Abd Hamid
Tempat Ke Tiga : Team Tangfolio diketuai oleh SAC Nordin Bin Md Nor, KPP TSM.
*Acara Centre Fire PERKEP*
Johan : ASP Nur Zawani Binti Adlan
Naib Johan : ASP Siti Hawa Bin Ibrahim
*Acara Falling Plate PERKEP*
Johan : Team TARA
Naib Johan : Team Yavuz
* Ujian kemahiran menembak berjalan dengan lancar tanpa sebarang kemalangan atau kecederaan
➡️ TAHNIAH DAN SYABAS kepada semua pemenang mengikut kategori masing-masing.
➡️ Gambar sepanjang aktiviti dilampirkan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
CAWANGAN PERSENJATAAN TINGKAT 10 MENARA 1 IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA BUKIT AMAN
Kuala Lumpur
50560
