SWCorp Wilayah Persekutuan

SWCorp Wilayah Persekutuan

Share

VISI : Malaysia Yang Bersih, Indah Dan Sejahtera.

30/03/2026
Photos from Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp's post 30/03/2026
30/03/2026

Tak jumpa tong sampah bukan alasan untuk buang sampah merata-rata. Jika ia berlaku kepada anda, simpan dulu sampah tersebut atau paling tidak, bawa sampah balik ke rumah.

Walaupun Malaysia sedang pesat menuju status negara maju, isu kebersihan persekitaran akibat sikap membuang sampah di tempat awam masih menjadi cabaran kritikal.

Tabiat membuang sampah secara tidak bertanggungjawab bukan sahaja mencacatkan estetika dan imej negara, malah memberi implikasi serius terhadap kesihatan awam.

Justeru, hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) diperkenalkan sebagai mekanisme intervensi sosial bagi melengkapkan hukuman denda sedia ada, bertujuan mendidik masyarakat agar lebih cakna bahawa kelestarian alam sekitar ialah tanggungjawab bersama.

Bermula tahun 2026, penguatkuasaan lebih tegas melalui pindaan Akta 672 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jika didapati bersalah membuang sampah merata-rata, anda boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau berdepan hukuman penjara, selain dijatuhi Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam.

Jom sama-sama kita elakkan diri kita dan keluarga daripada menjadi kutu sampah!

30/03/2026

Musim Raya ni, kita sering kali mendapat jemputan untuk menghadiri majlis rumah terbuka rakan-rakan dan sanak-saudara.

Tapi, jika anda disabitkan kesalahan membuang sampah kecil merata-rata di tempat awam, anda boleh dikenakan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam.

Bermula pada tahun 2026, penguatkuasaan lebih tegas melalui pindaan Akta 672 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bayangkan, alangkah ruginya masa tersebut digunakan untuk menjalani hukuman, sedangkan anda boleh bersama keluarga dan rakan-rakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.

Bagi yang tidak sedar, hukuman Perintah Khidmat Masyarakat ini turut dijalankan sepanjang musim perayaan, tanpa sebarang pengecualian.

Jadi ingat, sentiasa buang sampah di tempat yang sepatutnya dan bersama kita jaga kebersihan di tempat awam.

Photos from SWCorp Wilayah Persekutuan's post 30/03/2026

๐Ÿ“ข LAPORAN OPS CEGAH PEMBUANGAN SAMPAH KECIL
PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

๐Ÿ“… Tarikh: 29 Mac 2026 (Ahad)
โฐ Masa Tugasan: 10:00 pagi hingga 1:00 pagi

๐Ÿ“ Bilangan Lokasi Ops: 3 Lokasi
1๏ธโƒฃ WPKL Utara
โ€ข Jalan Saloma, KLCC
2๏ธโƒฃ WPKL Selatan
โ€ข Plaza Low Yat / Sungei Wang
3๏ธโƒฃ WP Putrajaya
โ€ข Dataran Putrajaya

๐Ÿ‘ฅ Bilangan Anggota: 12 orang
โ€ข WPKL Utara: 4 orang
โ€ข WPKL Selatan: 4 orang
โ€ข WP Putrajaya: 4 orang

๐Ÿ“„ Bilangan Notis Penguatkuasaan (NPK): 6
โ€ข WPKL Utara: 2 NPK
โ€ข WPKL Selatan: 4 NPK
โ€ข WP Putrajaya: Tiada NPK

๐Ÿ”Ž Tindakan:
โ€ข Anggota telah melaksanakan tugasan penguatkuasaan sampah kecil di kawasan tumpuan orang awam.
โ€ข Sesi libat urus turut dijalankan dengan memberi peringatan serta meningkatkan kesedaran kepada pengunjung, peniaga dan penganjur agar sentiasa memastikan kebersihan persekitaran.
โ€ข Orang awam digalakkan menggunakan kemudahan tong sampah yang disediakan dengan sebaiknya.

โœจ Kerjasama semua pihak amat dihargai dalam memastikan persekitaran sentiasa bersih, selamat dan sejahtera.

Photos from SWCorp Wilayah Persekutuan's post 30/03/2026

๐๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ฌ๐š๐ง๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ญ๐š๐ก ๐Š๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ (๐๐Š๐Œ) ๐“๐ž๐ซ๐ก๐š๐๐š๐ฉ ๐๐ž๐ฌ๐š๐ฅ๐š๐ก ๐๐ฎ๐š๐ง๐  ๐’๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ก ๐Š๐ž๐œ๐ข๐ฅ ๐๐ข ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ.

30 Mac 2026, KUALA LUMPUR โ€“ Seramai empat (4) individu telah dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) selepas didapati bersalah membuang sampah kecil di kawasan awam sekitar Dataran Merdeka. Tindakan tegas ini diambil di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Pesalah yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 25 hingga 43 tahun itu, diperintahkan oleh mahkamah untuk menyempurnakan empat jam khidmat masyarakat dalam tempoh sebulan. Tugasan tersebut merangkumi kerja-kerja pembersihan kawasan awam, termasuk menyapu dan mengutip sampah di lokasi yang ditetapkan.

Ini merupakan siri kelima pelaksanaan PKM sejak ia mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2026. Langkah proaktif oleh SWCorp ini bertujuan untuk memperkukuh penguatkuasaan undang-undang di samping mendidik masyarakat agar lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran demi merealisasikan visi Malaysia yang Bersih, Indah, dan Sejahtera.

30/03/2026

Siaran Langsung:
Pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat Siri ke 5 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Lokasi:Jalan Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

29/03/2026

PKM Siri 5 Di Dua Lokasi | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Pahang

PKM Siri 5 Di Dua Lokasi | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Pahang

SWCorp melaksanakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) Siri 5 di dua lokasi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pahang pada 30 Mac 2026 sebagai usaha berterusan dalam mendidik masyarakat serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kebersihan awam.

Pelaksanaan ini melibatkan pesalah yang menjalani kerja-kerja pembersihan di kawasan awam sebagai pendekatan pemulihan melalui tindakan, selari dengan penguatkuasaan Akta 672.

Inisiatif ini memperkukuh komitmen SWCorp dalam membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan, sekali gus merealisasikan Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera.

Saksikan siaran langsung di Facebook rasmi SWCorp bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Photos from SWCorp Wilayah Persekutuan's post 28/03/2026

๐™†๐™€๐™ˆ๐™‹๐™€๐™‰ ๐™†๐™€๐™Ž๐™€๐˜ฟ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰ ๐˜ผ๐™’๐˜ผ๐™ˆ
๐Ÿ“28 Mac 2026 (Sabtu)

SWCorp Wilayah Persekutuan pada pagi ini telah melaksanakan hebahan Kempen โ€œBawa Pulang Sampah ke Rumahโ€ dan โ€œJangan Buang Sampah dari Kenderaanโ€ kepada para pengunjung di sekitar Dataran Merdeka.

Kempen ini dilaksanakan serentak dengan penguatkuasaan Hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) Siri Ketiga, sebagai usaha membanteras amalan pembuangan sampah kecil di tempat awam selaras dengan peruntukan di bawah Akta 672.

Usaha ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat untuk bersama-sama menjaga kebersihan dan kelestarian persekitaran.



Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

https://www.swcorp.gov.my/

Address


Tingkat 42 Menara TM, Jalan Pantai Baharu
Kuala Lumpur
50672

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00