UTC

UTC

Share

Urban Transformation Centre or UTC is one of the Government effort and initiatives providing the urban community with key government and private sector ser

Usahawan MARA Raih Jualan RM222 Juta di China 07/04/2026

Usahawan MARA raih jualan RM222 juta di China

Usahawan MARA Raih Jualan RM222 Juta di China 9 usahawan MARA mencipta kejayaan di pentas antarabangsa apabila meraih jualan RM222 juta sepanjang penyertaan di China Food & Drinks Fair 2026 di Chengdu, China. Lebih membanggakan, 3 MoU berjaya dimeterai, membuka laluan produk tempatan menembusi pasaran global.

18/02/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗠𝗨𝗕𝗔𝗥𝗔𝗞 𝟭𝟰𝟰𝟳𝐇/2026

UTC.MY mengucapkan Ramadan Kareem dan selamat menjalankan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam yang akan melaksanakan ibadah puasa.

Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah: 183).

Marilah kita bersama-sama memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan doa, sedekah dan amal kebajikan demi meraih keberkatan serta reda Allah SWT.

Semoga setiap detik Ramadan kali ini membawa seribu keberkatan, kerahmatan dan keinsafan kepada kita semua.

09/04/2024

Selamat Hari Raya Malaysia!
Dia kita maju jaya, aman damai, murah rezeki dan diberkati Allah S.W.T.

Photos from UTC's post 26/10/2023

Salam Hormat Daripada Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan / Puan,

JEMPUTAN LAWATAN BERPANDU BERKUMPULAN SEMPENA PROGRAM PASAREKA 2023



Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menganjurkan PASAREKA 2023 pada 1 hingga 5 November 2023, pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

3. PASAREKA 2023 merupakan program yang menghimpunkan aktiviti seni kraf kreatif dan reka bentuk yang merangkumi aktiviti pembangunan produk, perkongsian kreatif, pameran dan jualan. Objektif penganjuran ini adalah sebagai platform mengumpul pereka dan penggiat industri seni berkongsi idea dalam pembangunan produk kraf baharu merangkumi inovasi dan kreativiti ke aras pemantapan industri kraf negara. Selain itu, memperkaya ilmu dan pengetahuan masyarakat mengenai produk kraf tempatan melalui pendekatan idea kreatif di samping memastikan kelestarian kraf warisan dimartabatkan. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang PASAREKA 2023, antaranya:

PAMERAN - Pameran Designer Highlight, Pameran Produk Tokoh Kraf Negara & Adiguru Kraf, Pameran Korporat Institut Kraf Negara, Pameran Korporat Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja, Pameran Produk Alumni & Tenaga Pengajar Institut Kraf Negara, Pameran Koleksi Produk Pelajar Institut Kraf Negara.
PERKONGSIAN IDEA KREATIF - Projek Sembangreka, Projek Bentuk-Bentuk, Projek Reka Kraf, Projek Pereka Cipta, Persembahan Kesenian
JUALAN - Jualan Produk Kraf
MASAKAN - Projek Camca

4. Sehubungan itu, Kraftangan Malaysia amat berbesar hati menjemput Tuan / Puan, untuk memeriahkan acara ini dengan menyertai aktiviti Lawatan Berpandu Berkumpulan yang akan dibawa oleh pegawai petugas lawatan bagi memberi penerangan sepanjang lawatan di PASAREKA 2023. Bersama-sama ini disertakan pautan Borang Pengesahan Lawatan Berpandu Berkumpulan PASAREKA 2023 dan sekiranya memerlukan penerangan lanjut, boleh hubungi Urus Setia Berpandu Berkumpulan di talian / alamat berikut:

Borang Pengesahan Lawatan : https://forms.gle/pMm7sy49jtzVEano9

No. Telefon : 03-2161 1480 /1470

No. Faksimili : 03-2161 1501

E-mel : [email protected]

No. Pegawai Penyelaras : (i) Puan Nurhana Masazing Abdullah (011-1020 4347)

(ii) Encik Luqmanul Hakim bin Mokhtar (012-309 9261)

(iii) Puan Iman Nadia bt Hamdan (018-228 3767)

Sokongan dan kesudian Tuan / Puan dan ahli rombongan mengunjungi PASAREKA 2023 ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00