07/04/2026
Usahawan MARA raih jualan RM222 juta di China
Usahawan MARA Raih Jualan RM222 Juta di China
9 usahawan MARA mencipta kejayaan di pentas antarabangsa apabila meraih jualan RM222 juta sepanjang penyertaan di China Food & Drinks Fair 2026 di Chengdu, China. Lebih membanggakan, 3 MoU berjaya dimeterai, membuka laluan produk tempatan menembusi pasaran global.
28/02/2026
https://www.utc.my/rencana/mara-jadikan-dua-beradik-yatim-piatu-anak-angkat
MARA Ambil Dua Beradik Terselamat Tragedi Kebakaran D**g Sebagai Anak Angkat
MARA akan memantau rapi kebajikan dan pendidikan Ruby Adalia Balqis serta Ahmad Balia Murqam, dua beradik yang terselamat dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, D**g.
18/02/2026
https://www.utc.my/rencana/tiada-lagi-isu-nombor-habis-jabatan-pengangkutan-jalan-tambah-baik-sistem-giliran
Tiada lagi isu nombor habis: Jabatan Pengangkutan Jalan tambah baik sistem giliran
Orang ramai yang berurusan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini tidak lagi perlu bimbang kehabisan nombor giliran apabila agensi itu melaksanakan pemberian nombor tanpa had sepanjang waktu operasi di semua pejabatnya di seluruh negara sejak 13 Januari lalu.
02/11/2023
Interesting office lot to let @ UTC KL.
Same floor with JPN, JPJ & JIM.
LOT T2-U1 - FOR RENT UTC Kuala Lumpur - Urban Transformation Centre (UTC) Malaysia
LOT T2-U1 - FOR RENT UTC Kuala Lumpur is located at Pudu Sentral. It is the second UTC after Melaka and was officiated by the Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak, on September 22, 2012
26/10/2023
Salam Hormat Daripada Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan / Puan,
JEMPUTAN LAWATAN BERPANDU BERKUMPULAN SEMPENA PROGRAM PASAREKA 2023
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menganjurkan PASAREKA 2023 pada 1 hingga 5 November 2023, pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.
3. PASAREKA 2023 merupakan program yang menghimpunkan aktiviti seni kraf kreatif dan reka bentuk yang merangkumi aktiviti pembangunan produk, perkongsian kreatif, pameran dan jualan. Objektif penganjuran ini adalah sebagai platform mengumpul pereka dan penggiat industri seni berkongsi idea dalam pembangunan produk kraf baharu merangkumi inovasi dan kreativiti ke aras pemantapan industri kraf negara. Selain itu, memperkaya ilmu dan pengetahuan masyarakat mengenai produk kraf tempatan melalui pendekatan idea kreatif di samping memastikan kelestarian kraf warisan dimartabatkan. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang PASAREKA 2023, antaranya:
PAMERAN - Pameran Designer Highlight, Pameran Produk Tokoh Kraf Negara & Adiguru Kraf, Pameran Korporat Institut Kraf Negara, Pameran Korporat Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja, Pameran Produk Alumni & Tenaga Pengajar Institut Kraf Negara, Pameran Koleksi Produk Pelajar Institut Kraf Negara.
PERKONGSIAN IDEA KREATIF - Projek Sembangreka, Projek Bentuk-Bentuk, Projek Reka Kraf, Projek Pereka Cipta, Persembahan Kesenian
JUALAN - Jualan Produk Kraf
MASAKAN - Projek Camca
4. Sehubungan itu, Kraftangan Malaysia amat berbesar hati menjemput Tuan / Puan, untuk memeriahkan acara ini dengan menyertai aktiviti Lawatan Berpandu Berkumpulan yang akan dibawa oleh pegawai petugas lawatan bagi memberi penerangan sepanjang lawatan di PASAREKA 2023. Bersama-sama ini disertakan pautan Borang Pengesahan Lawatan Berpandu Berkumpulan PASAREKA 2023 dan sekiranya memerlukan penerangan lanjut, boleh hubungi Urus Setia Berpandu Berkumpulan di talian / alamat berikut:
Borang Pengesahan Lawatan : https://forms.gle/pMm7sy49jtzVEano9
No. Telefon : 03-2161 1480 /1470
No. Faksimili : 03-2161 1501
E-mel : [email protected]
No. Pegawai Penyelaras : (i) Puan Nurhana Masazing Abdullah (011-1020 4347)
(ii) Encik Luqmanul Hakim bin Mokhtar (012-309 9261)
(iii) Puan Iman Nadia bt Hamdan (018-228 3767)
Sokongan dan kesudian Tuan / Puan dan ahli rombongan mengunjungi PASAREKA 2023 ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.
26/10/2023
SENARAI LOT UNTUK DISEWA - UTCKL (TERKINI)
LOT A32 - FOR RENT UTC Kuala Lumpur - Urban Transformation Centre (UTC) Malaysia
LOT A32 - FOR RENT UTC Kuala Lumpur is located at Pudu Sentral. It is the second UTC after Melaka and was officiated by the Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak, on September 22, 2012