Balai Polis Pudu

Balai Polis Pudu

Share

Balai Polis Pudu, 55100 Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

Photos from Polis Daerah Wangsa Maju's post 04/05/2026
20/03/2026

🌙 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑴𝑬𝑵𝒀𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑹𝑨𝒀𝑨 𝑨𝑰𝑫𝑰𝑳𝑭𝑰𝑻𝑹𝑰 2026/1447𝑯🌙

​Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
​Seiring dengan berakhirnya bulan Ramadan yang penuh keberkatan, kini tiba masanya kita menyambut hari kemenangan dengan penuh kesyukuran. Saya Inspektor Fitri Farhan Bin Wan Chik Ketua Polis Balai Pudu mewakili seluruh anggota Pudu, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh komuniti Pudu dan warga kota Kuala Lumpur.

​Keselamatan anda adalah keutamaan kami. Bagi warga Pudu yang merancang untuk pulang ke kampung halaman, saya menyeru agar anda memastikan keselamatan kediaman masing-masing dalam keadaan optimum sebelum memulakan perjalanan. Jangan lupa untuk menyalurkan maklumat kepulangan anda melalui aplikasi VSP (Volunteer Smartphone Patrol) atau dengan mengisi borang maklum balas di kaunter pertanyaan Balai Polis Pudu supaya pihak kami dapat melakukan rondaan pencegahan jenayah secara berkala di kawasan perumahan anda.

​Di kesempatan ini juga, saya ingin berpesan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa bersabar dan mengamalkan pemanduan berhemah sepanjang perjalanan. Ingatlah insan tersayang yang sedang menanti kepulangan anda. Bagi pihak warga kerja Balai Polis Pudu, kami komited untuk terus bertugas sepanjang musim perayaan ini demi memastikan ketenteraman awam dan keselamatan harta benda di kawasan pentadbiran kami sentiasa terpelihara.

​Semoga sambutan Syawal pada tahun ini membawa seribu rahmat dan mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara pihak polis dan masyarakat. Marilah kita menyambut perayaan ini dengan penuh kegembiraan dalam suasana yang selamat dan harmoni.

​"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"

​Ikhlas daripada,

​Inspektor Fitri Farhan Bin Wan Chik
Ketua Polis Balai Pudu

17/03/2026
Photos from Polis Pahang's post 03/03/2026
Photos from Jabatan Pengurusan PDRM's post 15/02/2026
Photos from Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM's post 06/02/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Pudu, Federal Territory Of Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
55100