11/05/2026
Orang muda, lelaki dan perempuan dijemput sertai UMNO.
Ayuh !! Kita teruskan perjuangan, demi bangsa, agama dan negara.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Datuk Mar di nombor handphone 0122093487 atau Sdra Haniff di 01044 3236
22/02/2026
Madu tualang sangat baik membantu menambah tenaga sepanjang hari bila diamalkan makan ketika sahur.
Jom kita amalkan minum madu asli setiap hari disepanjang ramadhan ni untuk kita sihat dan kuat dalam beribadah.
22/02/2026
Popiah Basah Kak Sal By Diana.
Hubungi Helmi 0163289484 atau Diana 01123625575
11/02/2026
Mencari seorang warga emas yang hilang.
KEMAS KINI : RAHIM HASHIM KATA PAKCIK HALIM BERJAYA DITEMUI.
ALHAMDULILLAH.
11/02/2026
Teguran Terbuka: Menjaga Maruah dan Identiti Kampong Bharu
Kepada para pemilik rumah dan warga Kampong Bharu yang dihormati, berikut adalah beberapa perkara penting untuk renungan bersama demi kesejahteraan komuniti kita :
1. Memelihara Identiti "Kampung Melayu"
Kampong Bharu bukan sekadar kawasan perumahan biasa; ia adalah simbol kedaulatan dan warisan orang Melayu di ibu kota.
Apabila kemasukan warga asing bukan Islam (terutamanya yang tidak sensitif dengan budaya setempat) semakin tidak terkawal, identiti dan suasana harmoni kampung kita akan terhakis sedikit demi sedikit.
2. Isu Keselamatan dan Ketenteraman Awam
Rungutan mengenai pergaduhan dan kejadian mabuk melibatkan warga asing (seperti kes Nepal dan Bangladesh baru-baru ini) adalah satu loceng amaran.
Kita tidak mahu suasana kampung yang tenang bertukar menjadi tegang atau tidak selamat untuk anak-anak dan warga emas kita berjalan ke surau atau kedai.
3. Kesan Sosial "Pasar Borong Selayang"
Kita perlu belajar daripada kawasan lain yang telah kehilangan identiti tempatan akibat lambakan warga asing.
Jangan sampai suatu hari nanti, penduduk asal rasa seperti "asing di tanah sendiri" kerana persekitaran sudah berubah total dari segi bahasa, budaya, dan gaya hidup.
4. Tanggungjawab Pemilik Rumah di Kampong Bharu
Walaupun menyewakan rumah adalah hak peribadi untuk mencari rezeki, pemilik haruslah :
● Menyaring (Screening) bakal penyewa dengan teliti.
● Memastikan penyewa menghormati sensitiviti agama dan adat penduduk setempat.
● Bertanggungjawab sepenuhnya jika penyewa mereka mencetuskan masalah atau kacau ganggu kepada jiran tetangga.
Ingatlah: Keuntungan sewa yang sedikit janganlah sampai menggadaikan maruah dan ketenangan komuniti yang telah kita bina berzaman-zaman.
Kampong Bharu adalah amanah kita semua.
31/01/2026
Al-Fatihah.
Warga Kampong Bharu dijemput sertai Majlis Khatam dan Tahlil Kubro ini.
Terima Kasih.
29/01/2026
🌙 SERUAN INFAQ SURAU LEGASI KAMPONG BHARU
Sempena kerja pembersihan karpet dan langsir serta persiapan menyambut Ramadan, pihak surau amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada para jemaah dan penduduk setempat.
🧼 Jumlah kos pembersihan tahun ini:
RM1,850
Surau kita merupakan surau tertutup dan bergantung kepada sumbangan orang ramai bagi menampung keperluan seperti:
• Penganjuran kuliah dan aktiviti keagamaan
• Bayaran imam
• Kos kelas mengaji anak-anak
• Penyelenggaraan dan keperluan operasi surau
●● HUBUNGI TUAN HAJI KHAIRUL IZWAN
NOMBOR HANDPHONE : 013 333 9900 ●●
🤲 Sumbangan/infaq tuan puan amatlah dihargai.
Walaupun sedikit, tetap besar nilainya di sisi Allah dan sangat membantu kelangsungan aktiviti surau.
Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berterusan.
Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan anda.
●●●●● 👇👇
** PENGUMUMAN NO 2 **
📣
●● MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA SURAU LEGASI KAMPONG BHARU ●●
Surau akan DITUTUP SEMENTARA bagi memberi laluan kerja-kerja
PEMBERSIHAN KARPET DAM LANGSIR
sempena persiapan menyambut
🌙 RAMADAN 2026
🗓 TARIKH TUTUP:
13 FEBRUARI 2026 (JUMAAT)
🕗 MASA MULA:
8.00 PAGI
🗓 DIBUKA SEMULA:
14 FEBRUARI 2026 (SABTU)
🕔 MASA:
5.00 PAGI
❗ Sepanjang tempoh ini, semua aktiviti surau adalah DITANGGUHKAN.
Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan menghargai kerjasama semua pihak.
Yang menjalankan tugas.
Hamba Allah.
Surau Legasi Kampong Bharu .
25/01/2026
Join Channel ini untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan kewangan untuk kos perubatan dan juga disalurkan kepada golongan miskin.
Klik pautan di bawah 👇👇
https://whatsapp.com/channel/0029VbC6YTfK0IBZukK3iO2B
Sumbangan Derma Ikhlas - WhatsApp channel
Follow Sumbangan Derma Ikhlas's WhatsApp Channel. Sumbangan derma ikhlas dari orang ramai terus kepada penerima yang sangat memerlukannya, antaranya pesakit yg memerlukan bantuan kewangan dan golongan miskin.. Join 3 followers for the latest updates.
22/01/2026
Kepada Warga Kampong Bharu,
Pihak MPPWP Sub Zon 3 Kampong Bharu ada menerima laporan bahawa terkini ada 11 kes denggi dibeberapa kawasan d Kg Bharu.
Sehubungan itu sebelum Kg Bharu dlanda Wabak Denggi, mohon semua pihak melibatkan KRT, NGO di Kg Bharu dan penduduk supaya memastikan rumah, kawasan sekelliling, sentiasa berada dalam keadaan bersih.
Jika ada ternampak kawasan yang tidak diselanggara dengan baik boleh buat aduan kepada pihak KKM, DBKL dan MPPWP Sub Zon 3 Kg Bharu
Bersama kita jaga kampong kita agar sentiasa bersih, sihat dan sejahtera.
Info ini dbawakan oleh :
MPPWP Sub Zon 3 Kampong Bharu
18/01/2026
Dukacita dimaklumkan bahawa Ustaz Mohd Nasir Bin Abd Ghani, Guru Tahfiz Madrasah Al-Yamani, Kampong Bharu, Kuala Lumpur telah kembali ke Rahmatullah pada usia 51 tahun, semalam, 17 Januari 2026, pukul 5.30 petang di Hospital Kuala Lumpur.
Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Nasir.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman, Aamiin.