11/01/2026
AHLI PARLIMEN BATU SUMBANG CAT DAN MAKANAN TENGAHARI UNTUK PROGRAM GOTONG-ROYONG PERINGKAT MASJID AL-ZAKIRIN
Sabtu, 10 Januari 2026 - Ahli Parlimen Batu, YB P Prabakaran telah menyumbangkan cat dan makanan tengahari untuk program gotong-royong peringkat Masjid Al-Zakirin.
Setiausaha Sulit kepada YB P Prabakaran, Tuan Hafiz Solkepli telah hadir bersama-sama dengan para jemaah dan warga kariah bergotong-royong membersih dan mengecat pagar Masjid Al-Zakirin Selayang KL
Barisan kepimpinan Komuniti MADANI Sub Zon 5 Batu juga turut memeriahkan lagi program gotong-royong masjid pada hari berkenaan.
Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu telah sempurna dilaksanakan pada jam 12.30 tengahari dengan agihan 150 pek makanan tengahari.
16/12/2025
JUALAN RAHMAH MADANI KEMBALI LAGI!
‼️ SAVE THE DATE! ‼️
Jom dapatkan barangan keperluan harian TERPILIH di Jualan Rahmah Madani yang akan berlangsung pada:
Tarikh : 18 Disember 2025 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Madrasah Al-Ikhwan
Jom datang beramai-ramai!
Jangan lupa bagitau jiran dan sebarkan hebahan ini dalam whatsapp group lokaliti anda 😉
P/S: Hanya untuk Warganegara Sahaja (sila bawa kad pengenalan semasa membuat pembelian)
13/12/2025
PEGAWAI KHAS WAKIL YB AHLI PARLIMEN BATU RASMI HARI APRESIASI TABIKA KEMAS 2025
Sabtu, 13 Disember 2025 - Bertempat di Grand Banquet Hall UTM KL, Jalan Semarak telah berlangsungnya Hari Apresiasi Tabika KEMAS Parlimen Batu bagi Tahun 2025.
Majlis yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu telah disertai oleh 17 Tabika KEMAS di dalam Parlimen Batu.
Ucapan Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Kamarudin Md Taha, Pegawai Khas mewakili Ahli Parlimen Batu, YB P Prabakaran.
Selain itu, beliau juga mewakili YB Ahli Parlimen Batu menyampaikan sijil kepada anak-anak cilik Tabika KEMAS untuk sesi yang pertama.
Semoga anak-anak Tabika KEMAS terus cemerlang dalam akademik dan selamat menempuh alam sekolah rendah Tahun 2026 nanti
07/12/2025
ANAK-ANAK GAYUNG FATANI DAN KOMPANG FATANI MASJID AL-ZAKIRIN TERIMA SUMBANGAN DARI PARLIMEN BATU
Alhamdulillah, sesi latihan petang yang menceriakan buat anak-anak Seni Silat Gayung Fatani dan Kompang Fatani Masjid Al-Zakirin Selayang KL pada hari ini, Ahad - 7 Disember 2025.
Sumbangan tunai ini telah disampaikan oleh Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Batu iaitu Tuan Haji Kamarudin Md Taha mewakili YB P Prabakaran kepada Guru Silat Gayung Fatani, Cikgu Amirul dan Guru Kompang Fatani, Ustaz Asnawi.
Turut hadir memberikan sumbangan tunai kepada anak-anak Gayung Fatani ialah Tuan Haji Ab Rahman Ab Hamid, Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Al-Zakirin.
Penyerahan sumbangan turut dihadiri oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khalil Ramli, Timbalan Imam Masjid Al-Zakirin.
Diharapkan dengan sumbangan ini dapat menyuntik semangat anak-anak Gayung Fatani dan Kompang Fatani untuk berlatih dengan lebih gigih lagi.
05/12/2025
PARLIMEN BATU SANTUNI RAKYAT - SUMBANG KERUSI RODA
Pagi Jumaat, 5 Disember 2025 yang amat bermakna buat Puan Rohana binti Abdul Rashid dari Blok 23, Taman Wilayah Selayang, Kuala Lumpur kerana telah menerima sumbangan berupa Kerusi Roda bagi membantu beliau meneruskan kehidupan.
Lebih manis lagi, sumbangan kerusi roda disampaikan sendiri oleh Ahli Parlimen Batu, YB P Prabakaranyang hadir bersama pasukan Komuniti MADANI Sub Zon 5 Parlimen Batu.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan seharian Puan Rohana dan menceriakan beliau sekeluarga.
05/10/2025
JUALAN RAHMAH MADANI KEMBALI LAGI!
‼️ SAVE THE DATE! ‼️
Jom dapatkan barangan keperluan harian TERPILIH di Jualan Rahmah Madani yang akan berlangsung pada:
Tarikh : 16 Oktober 2025 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Madrasah Al-Ikhwan
Jom datang beramai-ramai!
Jangan lupa bagitau jiran dan sebarkan hebahan ini dalam whatsapp group lokaliti anda 😉
P/S: Hanya untuk Warganegara Sahaja (sila bawa kad pengenalan semasa membuat pembelian)
30/10/2024
‼️ JUALAN RAHMAH MADANI KEMBALI LAGI!! ‼️
Jualan barangan keperluan keluarga dengan harga rahmah dan murah kembali menemui warga Sub Zon 5 Parlimen Batu pada:
5 November 2024
Selasa
10.00 pagi hingga 2.00 petang
Perkarangan Masjid Al-Zakirin Selayang KL
Jangan lupa hadir beramai-ramai Selasa ini!
Rahmah itu Berkat 😎
24/10/2024
BENGKEL PENGUCAPAN AWAM KOMUNITI MADANI
Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
17 Oktober 2024
Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR)
Dirasmikan oleh YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi
23/10/2024
MESYUARAT AJK MPP SUB ZON 5 BATU - Bil 3/2024
22 Oktober 2024
Selasa
9.00 malam
Dewan Taman Desa Bakti
23/10/2024
BENGKEL LATIHAN SISTEM PENGURUSAN MPP WPKL
15-17 Oktober 2024
Grand Ballroom
Grand Ion Delemen Hotel
Genting Highland
11/10/2024
JOM BERAMAI-RAMAI KE SAMBUTAN DEEPAVALI ANJURAN KESUMA PERKESO 2024!
Tarikh: 15 Oktober 2024 (Selasa)
Masa: 2.00 petang- 5.30 petang
Tempat: Pusat Komuniti Sentul Perdana, Kuala Lumpur
Dirasmikan oleh YB Encik Steven Sim Chee Keong
Menteri Sumber Manusia
Dihadiri oleh YB Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran
Ahli Parlimen Batu & Pengerusi Mitra
Pakaian: Baju Traditional India/Formal/Pakaian Bersesuaian
Makanan Tengahari disediakan
Pameran yang disediakan:
1. HRDC
2. JTK
3. NIOSH
4. JTM
5. PTPK
Aktiviti yang disediakan:
1. Henna
2. Photo Booth
Tuan/Puan perlu membuat pengesahan kehadiran di link ini:
https://shorturl.at/N5Pau
atau
Scan QR kod yang disediakan.
p/s: Hanya yang membuat pengesahan kehadiran sahaja dapat menghadiri majlis ini seperti yang ditetapkan
11/10/2024
ZIARAH MAHABBAH IBU BENDAHARI MADANI
Alhamdulillah, pada 10 Oktober 2024 (Khamis) yang lalu MPP Sub Zon 5 Parlimen Batu yang telah diketuai oleh Biro Kebajikannya, Tuan Haji Ab Rahman bin Ab Hamid bersama AJK Masjid Al-Zakirin Selayang KL telah menziarahi ibu kepada Tuan Haji Najib Fahmy bin Hamzah, bendahari Madani iaitu Hajah Teh Sapura bin Haji Yusof di Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan yang uzur dan kurang sihat
Pihak MPP Sub Zon 5 Parlimen Batu telah memberikan sumbangan kewangan disamping mendoakan agar Hajah Teh Sapura kembali sihat wal'afiat dan ceria selalu.