SPRM Kuala Lumpur

Call Directions Website

SPRM Kuala Lumpur Laporkan Rasuah
1-800-88-6000 Sektor Operasi adalah diletakkan di bawah portfolio Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi).

Sektor Operasi terdiri daripada 6 bahagian yang menjadi teras utama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia seperti berikut:

Bahagian Siasatan
Bahagian Operasi Khas
Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan
Bahagian Perisikan
Bahagian Forensik
Bahagian Pengurusan Rekod Dan Teknologi Maklumat

Kesemua bahagian ini memainkan pelbagai peranan penting dalam menggerakkan sektor operasi Jabatan antaranya seperti menjalankan siasatan, mengumpul maklumat, memberi khidmat bantuan forensik, memproses dan menguruskan maklumat serta mengendalikan kes-kes perbicaraan. Secara ringkasnya peranan setiap Bahagian adalah seperti di bawah. Bahagian Siasatan memainkan peranan yang terpenting dalam misi membanteras jenayah rasuah dengan mengendalikan tugas penyiasatan. Sebagaimana yang digambarkan oleh namanya, peranan Bahagian ini tertakluk kepada seksyen 7 subseksyen (a) dan (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009. Bahagian Operasi Khas bertanggungjawab dalam menjalankan siasatan bagi kes-kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam. Bahagian Perundangan dan Pendakwaan merupakan Bahagian yang bertanggungjawab mengendalikan perbicaraan serta rayuan kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Mahkamah. Pendakwaan dilaksanakan secara adil dan memenuhi tahap pembuktian mengikut keperluan undang-undang. Bahagian ini juga meneliti Kertas Siasatan yang dikemukakan oleh Bahagian Siasatan untuk keputusan dan tindakan lanjut serta memberi nasihat perundangan yang sewajarnya. Bahagian Perisikan berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat. Pengumpulan maklumat di Bahagian Perisikan mencakupi pelbagai sumber dan menerusi pelbagai kaedah dan teknik terkini. Bahagian Forensik berperanan memberikan khidmat nasihat dan bantuan forensik dalam memperkasakan siasatan dan penguatkuasaan undang โ€“ undang pencegahan rasuah secara berterusan. Bahagian Pengurusan Rekod & Teknologi Maklumat bertanggungjawab untuk menerima dan memproses maklumat, mengendalikan dan mengurus dokumen-dokumen operasi/terperingkat, memproses permohonan tapisan keutuhan dan pelupusan dokumen, menyediakan perangkaan dan statistik berkaitan SPRM serta bertanggungjawab memberi khidmat bantuan teknikal dan khidmat nasihat kepada pengguna yang berkaitan dengan permasalahan sistem komputer. Sektor Pencegahan terdiri dari tiga bahagian utama iaitu Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam dan Bahagian Pengurusan Integriti Agensi. Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan

Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan berperanan untuk memberi nasihat kepada ketua badan awam dalam mengenalpasti punca kepada berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan berhubung amalan, sistem dan tatacara kerja. Ini disusuli dengan memberi khidmat nasihat kepada organisasi berkenaan termasuklah membuat syor penambahbaikan supaya pindaan sewajarnya dibuat ke atas amalan, sistem dan tatacara berkenaaan supaya perlakuan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dapat dikekang. Peranan ini adalah sepertimana yang termaktub dalam fungsi pegawai Suruhanjaya pada Seksyen 7 (c), (d) dan (e) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Bahagian Pengurusan Integriti Agensi

Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) berperanan sebagai penyelaras perlaksanaan fungsi Unit Integriti (UI) serta bertanggungjawab menyediakan dasar dan mekanisme pengurusan integriti melalui UI yang ditubuhkan di agensi-agensi luar. Bagi menjalankan tugas-tugas tersebut, BPIA menubuhkan 3 cawangan utama iaitu:

Cawangan Penyelarasan Integriti (Pelaksanaan)
Cawangan Penyelarasan Integriti (Analisa)
Cawangan Pembangunan Integriti

Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam

Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam berperanan sebagai pemangkin bagi memantapkan keutuhan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan dalam mencegah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan kelemahan pentadbiran di SPRM dan perkhidmatan awam khasnya. Ianya dilaksanakan melalui Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2014 iaitu Penubuhan Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU), yang mana Bahagian ini merupakan urus setia JITU peringkat Kebangsaan bersama Bahagian Integriti dan Tadbir Urus (BITU) Jabatan Perdana Menteri. Arahan ini bertujuan bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang berintegriti, tadbir urus terbaik dan mengurangkan karenah birokrasi di Kementerian, SUK Negeri, Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi di kementerian. Struktur organisasi seperti berikut:

Cawangan Pengurusan Tadbir Urus
Cawangan Penilaian Tadbir Urus
Cawangan Pembangunan Tadbir Urus
Cawangan Penyelarasan dan Pentadbiran

Bahagian Pendidikan Masyarakat

Bahagian Pendidikan Masyarakat diwujudkan bagi menjalankan fungsi dan peranannya mengikut Seksyen 7(f) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 iaitu bagi mendidik orang ramai untuk menentang rasuah dan Seksyen 7(g) iaitu mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah. Fokus bahagian ini adalah memberi pendidikan berterusan kepada setiap struktur masyarakat melalui pelaksanaan program-program pendidikan yang bertujuan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap usaha pencegahan rasuah yang dijalankan oleh Suruhanjaya.

๐’๐๐‘๐Œ ๐Š๐‹ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ, ๐๐„๐๐ƒ๐”๐๐† ๐‘๐ˆ๐’๐ˆ๐Š๐Ž ๐‘๐€๐’๐”๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐‰๐๐๐‡ ๐ƒ๐๐Š๐‹๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, ๐Ÿ๐Ÿ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Suruhanjaya Pencega...
22/09/2026

๐’๐๐‘๐Œ ๐Š๐‹ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ, ๐๐„๐๐ƒ๐”๐๐† ๐‘๐ˆ๐’๐ˆ๐Š๐Ž ๐‘๐€๐’๐”๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐‰๐๐๐‡ ๐ƒ๐๐Š๐‹

๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, ๐Ÿ๐Ÿ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur hari ini telah menyampaikan Ceramah Pengukuhan Integriti dan Tadbir Urus Beretika dalam Penilaian dan Pengurusan Harta kepada warga Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), bertempat di Auditorium Menara DBKL 1.

Ceramah yang disampaikan oleh KPKPs Jefrimazuan Hasnan memberi penekanan terhadap kepentingan penghayatan nilai integriti, akauntabiliti dan tadbir urus beretika dalam pelaksanaan tugas, khususnya melibatkan proses penilaian dan pengurusan harta.

Pengisian turut menyentuh aspek mengenal pasti risiko serta mengelakkan konflik kepentingan, di samping memastikan setiap keputusan dan tindakan dilaksanakan secara telus, berintegriti serta mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan.

Inisiatif seperti ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan SPRM Kuala Lumpur dalam memperkukuh kesedaran antirasuah dan membudayakan integriti dalam kalangan warga sektor awam, khususnya dalam bidang yang mempunyai risiko dan tanggungjawab berkaitan pengurusan harta.

Turut hadir Timbalan Pengarah Kanan, JPPH DBKL, PMgr Sr Diana Abd Latiff. dan Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat, SPRM Kuala Lumpur, P/PsK Nurnadiah Kamarudin.

#๐ˆ๐ง๐ข๐ค๐š๐ง๐Š๐‹
#๐’๐๐‘๐Œ๐๐ž๐ง๐œ๐ž๐ ๐š๐ก๐š๐ง
#๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ฒ๐Œ๐š๐œ๐œ๐Š๐‹
#๐๐ž๐ซ๐š๐ง๐ข๐๐š๐ง๐‘๐š๐๐ข๐ค๐š๐ฅ๐๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐ข๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก

๐’๐๐‘๐Œ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐’๐“๐‘๐€๐“๐„๐†๐ˆ๐Š ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐’๐“๐‘๐€๐“๐„๐†๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐“๐„๐‘๐€๐’๐€๐ ๐‘๐€๐’๐”๐€๐‡ (...
17/09/2026

๐’๐๐‘๐Œ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐’๐“๐‘๐€๐“๐„๐†๐ˆ๐Š ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐’๐“๐‘๐€๐“๐„๐†๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐“๐„๐‘๐€๐’๐€๐ ๐‘๐€๐’๐”๐€๐‡ (๐Ž๐€๐‚๐’)

๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, ๐Ÿ๐Ÿ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) melalui penganjuran Bengkel Pembangunan Strategi Pembanterasan Rasuah (OACS) selama empat (4) hari.

Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Mohd Hanafiah bin Man, Ketua Pengarah KEMAS, dengan diiringi Nor Faemah binti Ismail, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kuala Lumpur.

Penganjuran bengkel ini bertujuan membantu KEMAS menyediakan hala tuju serta kerangka tindakan pencegahan rasuah yang lebih berstruktur, sistematik dan jelas melalui pembangunan OACS. Inisiatif ini turut memberi penekanan kepada usaha mewujudkan sinergi antara pelbagai agensi bagi mengoptimumkan penggunaan sumber dan perkongsian idea dalam memerangi rasuah, di samping memperkukuh tatakelola serta meningkatkan tahap integriti organisasi.

Selain itu, pembangunan OACS diharap dapat meningkatkan integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan, sekali gus mengurangkan risiko berlakunya rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Usaha ini juga selaras dengan aspirasi untuk memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam serta meningkatkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang berintegriti dan bebas rasuah.

Pada hari pertama bengkel, peserta telah mengikuti sesi ceramah bagi Modul 1, Modul 2 dan Modul 3 yang disampaikan oleh Penguasa Kanan Thilagawathy a/p Perumal, Ketua Cawangan Penyiasatan Tatakelola SPRM Kuala Lumpur. Modul yang disampaikan merangkumi โ€œModul 1: Keperluan Merangka OACS dan Undang-undangโ€, โ€œModul 2: Risiko dan Kawalan Dalamanโ€ serta โ€œModul 3: Analisis Persekitaranโ€.

Sesi tersebut memberikan gambaran awal dan pemahaman kepada pegawai KEMAS berkaitan keperluan serta kaedah pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACS) sebagai instrumen strategik dalam mengenal pasti dan menangani isu serta kelemahan berkaitan antirasuah, tatakelola dan integriti dalam organisasi. Pelan yang dibangunkan akan menjadi panduan kepada jabatan dalam melaksanakan inisiatif pencegahan rasuah secara terancang bagi tempoh antara tiga (3) hingga lima (5) tahun.

Bagi hari kedua dan ketiga, bengkel diteruskan dengan latihan secara berkumpulan yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai Cawangan Penyiasatan Tatakelola SPRM Kuala Lumpur. Pengisian latihan memberi penekanan kepada keperluan pembangunan OACS dalam usaha memerangi rasuah, memperkukuh tatakelola dan meningkatkan integriti di peringkat organisasi. Turut diberi penekanan ialah komitmen pengurusan tertinggi dalam membudayakan pencegahan rasuah serta kepentingan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan, telus dan berintegriti.

Pada hari keempat, peserta telah membentangkan draf OACS yang telah dibangunkan untuk mendapatkan ulasan, pandangan serta penambahbaikan daripada tenaga pengajar SPRM. Sesi pembentangan tersebut menjadi langkah akhir sebelum dokumen OACS dimuktamadkan dan seterusnya diterbitkan sebagai buku OACS KEMAS untuk dijadikan panduan serta rujukan jabatan dalam memperkukuh usaha pencegahan rasuah dan tatakelola organisasi.

Turut hadir ialah PsK Thilagawathy a/p Perumal, Ketua Cawangan Penyiasatan Tatakelola SPRM Kuala Lumpur, diiringi Ps Mohd Hafifi bin Rahmat, PKPs Maslinda binti Yahaya dan PPs Azrina Fitriyani binti Achmad Wirawan, Pegawai Penyiasatan Tatakelola SPRM Kuala Lumpur.

#๐ˆ๐ง๐ข๐ค๐š๐ง๐Š๐‹
#๐’๐๐‘๐Œ๐๐ž๐ง๐œ๐ž๐ ๐š๐ก๐š๐ง
#๐›๐ž๐ซ๐š๐ง๐ข๐๐š๐ง๐ซ๐š๐๐ข๐ค๐š๐ฅ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก
#๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ฒ๐Œ๐š๐œ๐œ๐Š๐‹
#๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š๐Œ๐š๐๐š๐ง๐ข
#๐’๐๐‘๐Œ๐Š๐‹

๐’๐€๐‹๐€๐‡ ๐†๐”๐๐€ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐Š๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ: ๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐๐ˆ๐€๐‘๐Š๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐“๐”๐Š๐€๐‘ ๐Œ๐„๐๐‰๐€๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐ƒ๐€๐‡๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, ๐Ÿ๐Ÿ• ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Integriti dan a...
17/09/2026

๐’๐€๐‹๐€๐‡ ๐†๐”๐๐€ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐Š๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ: ๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐๐ˆ๐€๐‘๐Š๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐“๐”๐Š๐€๐‘ ๐Œ๐„๐๐‰๐€๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐ƒ๐€๐‡

๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, ๐Ÿ๐Ÿ• ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Integriti dan amanah merupakan asas penting dalam memastikan pengurusan koperasi kekal telus, berakauntabiliti dan bebas daripada salah guna kuasa.

Sehubungan itu, SPRM Kuala Lumpur menerusi Penolong Kanan Pesuruhjaya Nor Faemah binti Ismail, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM, telah menyampaikan ceramah bertajuk โ€œSalahguna Dalam Koperasi; Kesan dan Akibatโ€ kepada warga ANGKASA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ceramah yang dilaksanakan secara hibrid, iaitu secara bersemuka dan dalam talian, yang melibatkan kira-kira 180 peserta memberi pendedahan berkaitan bentuk-bentuk salah guna yang boleh berlaku dalam pengurusan koperasi serta kesan dan akibatnya terhadap organisasi, anggota dan pihak berkepentingan.

Turut hadir YBrs. Puan Hjh. Sharifah Aminah Syed Mohssain, Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bersama barisan kepimpinan ANGKASA Kuala Lumpur.

Perkongsian ini turut menekankan bahawa amanah bukan sekadar tanggungjawab, tetapi satu kepercayaan yang perlu dipelihara. Setiap keputusan dan tindakan dalam pengurusan koperasi perlu berlandaskan integriti, ketelusan dan akauntabiliti.

#๐ˆ๐ง๐ข๐ค๐š๐ง๐Š๐‹
#๐’๐๐‘๐Œ๐๐ž๐ง๐œ๐ž๐ ๐š๐ก๐š๐ง
#๐›๐ž๐ซ๐š๐ง๐ข๐๐š๐ง๐ซ๐š๐๐ข๐ค๐š๐ฅ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก
#๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ฒ๐Œ๐š๐œ๐œ๐Š๐‹
#๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š๐Œ๐š๐๐š๐ง๐ข
#๐’๐๐‘๐Œ๐Š๐‹

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ” ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”โ€œ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐š๐ญ๐ขโ€ ๐ˆ๐Š๐‹๐€๐’ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€:๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„...
15/09/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ” ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

โ€œ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐š๐ญ๐ขโ€

๐ˆ๐Š๐‹๐€๐’ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€:
๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€
๐’๐๐‘๐Œ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘





๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐ˆ๐Š๐ˆ๐Œ ๐Š๐„ ๐’๐๐‘๐Œ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ, ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM...
15/09/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐ˆ๐Š๐ˆ๐Œ ๐Š๐„ ๐’๐๐‘๐Œ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘

๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ, ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menerima kunjungan hormat daripada Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang diketuai oleh Pegawai Integriti dan Pematuhan, En. Atiqurrahman Rusdi bersama Ketua Penolong Pegawai Integriti dan Pematuhan, Pn. Suzanawati Hj. Sanil, di Ibu Pejabat SPRM Kuala Lumpur, hari ini.

Kunjungan tersebut disambut oleh Pengarah SPRM Kuala Lumpur, TPj Mohamad Zakkuan Talib bagi mendapatkan khidmat nasihat serta perkongsian pandangan berhubung fungsi integriti dan tadbir urus, khususnya berkaitan pengurusan aduan, pengesanan serta pengesahan maklumat dan pengukuhan tadbir urus organisasi.

Dalam sesi tersebut, kedua-dua pihak turut membincangkan potensi kerjasama dalam pelaksanaan aktiviti dan program berkaitan integriti serta antirasuah. Perbincangan turut menyentuh Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan konsep Trust and Integrity sebagai antara pendekatan dalam memperkukuh budaya kerja berintegriti serta meningkatkan akauntabiliti organisasi.

Kunjungan ini turut menjadi platform bagi memperkukuh hubungan strategik antara SPRM Kuala Lumpur dan IKIM, khususnya dalam usaha memperkasa amalan tadbir urus yang baik, meningkatkan kesedaran antirasuah dan membentuk persekitaran organisasi yang telus serta berakauntabiliti.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Operasi), KPKPj Soock Wee Ei Tem; Timbalan Pengarah (Pencegahan), PKPj Nor Faemah Ismail; Ketua Cawangan Penyiasatan Tatakelola, P/PsK Thilagawathy Perumal; serta Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat, P/PsK Nurnadiah Kamarudin.

#๐ˆ๐ง๐ข๐ค๐š๐ง๐Š๐‹
#๐’๐๐‘๐Œ๐๐ž๐ง๐œ๐ž๐ ๐š๐ก๐š๐ง
#๐›๐ž๐ซ๐š๐ง๐ข๐๐š๐ง๐ซ๐š๐๐ข๐ค๐š๐ฅ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก
#๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ฒ๐Œ๐š๐œ๐œ๐Š๐‹
#๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š๐Œ๐š๐๐š๐ง๐ข
#๐’๐๐‘๐Œ๐Š๐‹

๐€๐ง๐ ๐ ๐จ๐ญ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐š๐ญ ๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐Ÿ’ ๐๐ข๐ซ๐ž๐ฆ๐š๐ง ๐’๐๐‘๐Œ ๐›๐ž๐ซ๐ค๐š๐ข๐ญ ๐ฉ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ค๐š๐ฅ๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง ๐ก๐š๐ข๐ฐ๐š๐ง ๐‘๐Œ๐Ÿ.๐Ÿ–๐ฃ
15/09/2026

๐€๐ง๐ ๐ ๐จ๐ญ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐š๐ญ ๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐Ÿ’ ๐๐ข๐ซ๐ž๐ฆ๐š๐ง ๐’๐๐‘๐Œ ๐›๐ž๐ซ๐ค๐š๐ข๐ญ ๐ฉ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ค๐š๐ฅ๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง ๐ก๐š๐ข๐ฐ๐š๐ง ๐‘๐Œ๐Ÿ.๐Ÿ–๐ฃ

Mereka yang ditahan terdiri daripada seorang anggota dan pesara sebuah agensi penguat kuasa; seorang pengarah dan pengurus pentadbiran sebuah syarikat swasta

๐๐Ž๐‹๐€ ๐’๐„๐๐€๐Š ๐“๐ˆ๐†๐€ ๐๐„๐๐‰๐”๐‘๐” ๐„๐‘๐€๐“ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐’๐“๐‘๐€๐“๐„๐†๐ˆ๐Š ๐’๐๐‘๐Œ ๐Š๐‹, ๐“๐๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐๐ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ ๐•๐„๐๐“๐”๐‘๐„๐’๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, ๐Ÿ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ S...
03/09/2026

๐๐Ž๐‹๐€ ๐’๐„๐๐€๐Š ๐“๐ˆ๐†๐€ ๐๐„๐๐‰๐”๐‘๐” ๐„๐‘๐€๐“ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐’๐“๐‘๐€๐“๐„๐†๐ˆ๐Š ๐’๐๐‘๐Œ ๐Š๐‹, ๐“๐๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐๐ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ ๐•๐„๐๐“๐”๐‘๐„๐’

๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, ๐Ÿ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Semangat kesukanan, integriti dan kerjasama rentas organisasi menjadi fokus Perlawanan Bola Sepak Tiga Penjuru melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan PNB Merdeka Ventures yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi.

Penganjuran perlawanan persahabatan ini bertujuan mengeratkan hubungan strategik antara ketiga-tiga organisasi, selain menjadi platform santai untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara sektor awam dan korporat dalam memperkasa agenda integriti, tadbir urus baik serta pencegahan rasuah.

Turut turun padang ialah Pengarah SPRM Kuala Lumpur, TPj Mohamad Zakkuan Talib; Chief Integrity Development Officer Tenaga Nasional Berhad, Ahmad Petra Firdaus Abdullah; serta Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Kuala Lumpur, KPKPj Soock Wee a/l Ei Tem, yang bersama-sama menyemarakkan semangat kesukanan dan fair play sepanjang perlawanan.

Aktiviti sukan dan rekreasi seumpama ini bukan sahaja menyatukan warga organisasi dalam suasana santai dan inklusif, malah membuka ruang membina kepercayaan, memperluas jaringan profesional serta menyemai nilai integriti dalam hubungan kerjasama antara agensi dan sektor korporat.

Lebih daripada sekadar persaingan di atas padang, semangat fair play yang diterapkan membawa mesej bahawa integriti perlu diterjemahkan melalui tindakan, disiplin dan sikap bertanggungjawab dalam setiap aspek kehidupan, termasuk dalam menjaga persekitaran. Seiring dengan kempen Keep Malaysia Clean, usaha membina negara yang bersih bukan hanya daripada rasuah, tetapi turut meliputi persekitaran yang bersih, tertib dan dipelihara secara bersama.

SPRM Kuala Lumpur percaya bahawa jaringan strategik yang dibina melalui platform seperti ini mampu menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih kukuh pada masa hadapan, sekali gus menyokong aspirasi melahirkan organisasi dan masyarakat yang berintegriti, bertanggungjawab dan bebas rasuah.

โ€œSukan Menyatukan, Integriti Mengukuhkan Kerjasama.โ€

#๐ˆ๐ง๐ข๐ค๐š๐ง๐Š๐‹
#๐’๐๐‘๐Œ๐๐ž๐ง๐œ๐ž๐ ๐š๐ก๐š๐ง
#๐›๐ž๐ซ๐š๐ง๐ข๐๐š๐ง๐ซ๐š๐๐ข๐ค๐š๐ฅ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก
#๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ฒ๐Œ๐š๐œ๐œ๐Š๐‹
#๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š๐Œ๐š๐๐š๐ง๐ข
#๐’๐๐‘๐Œ๐Š๐‹
#๐Š๐ž๐ž๐ฉ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š๐‚๐ฅ๐ž๐š๐ง
#๐Š๐Œ๐‚

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„ ๐Ÿ”๐Ÿ—โ€œ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ: ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ต๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถโ€๐ˆ๐Š๐‹๐€๐’ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€:๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐’๐๐‘๐Œ ๐Š๐”๐€๐‹...
30/08/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„ ๐Ÿ”๐Ÿ—

โ€œ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ: ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ต๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถโ€

๐ˆ๐Š๐‹๐€๐’ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€:
๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€
๐’๐๐‘๐Œ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘






๐’๐๐‘๐Œ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€ ๐‡๐Ž๐‹๐ƒ๐ˆ๐๐†๐’๐ˆ๐๐Ž๐‡, ๐๐„๐‘๐€๐Š, ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malay...
27/08/2026

๐’๐๐‘๐Œ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€ ๐‡๐Ž๐‹๐ƒ๐ˆ๐๐†๐’

๐ˆ๐๐Ž๐‡, ๐๐„๐‘๐€๐Š, ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur terus memperkukuh pendidikan antirasuah menerusi Program Jelajah Integriti Kumpulan RISDA Holdings (Zon Utara) yang berlangsung di Pejabat RISDA Negeri Perak, di sini, hari ini.

Program melibatkan seramai 50 warga RISDA Holdings dari Kuala Lumpur, Perak dan Kedah dengan pengisian utama berupa taklimat antirasuah yang disampaikan oleh Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Kuala Lumpur, P/PsK Nurnadiah Kamarudin. Taklimat memberi penekanan terhadap risiko rasuah dalam proses membuat keputusan, pengurusan sumber, perolehan, pemberian kelulusan serta urusan dengan pihak berkepentingan.

Peserta turut didedahkan kepada ๐‘Ÿ๐‘’๐‘‘ ๐‘“๐‘™๐‘Ž๐‘”๐‘  atau petunjuk awal salah laku serta tindakan yang wajar diambil apabila berdepan situasi berisiko. Penekanan diberikan terhadap kepentingan komitmen dan keberanian setiap warga organisasi untuk menolak sebarang bentuk rasuah dan salah laku.

Program turut diserikan dengan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) serta pameran interaktif oleh SPRM Kuala Lumpur dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang memberikan maklumat berkaitan usaha membanteras rasuah dan bahaya penyalahgunaan dadah.

Turut hadir, Ketua Unit Integriti dan Tadbir Urus Kumpulan RISDA Holdings, Puan Rohazlena Hassan.

๐ƒ๐ˆ๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€๐Š๐€๐ ๐Ž๐‹๐„๐‡:
๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“
๐’๐๐‘๐Œ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘

#๐ˆ๐ง๐ข๐ค๐š๐ง๐Š๐‹
#๐’๐๐‘๐Œ๐๐ž๐ง๐œ๐ž๐ ๐š๐ก๐š๐ง
#๐›๐ž๐ซ๐š๐ง๐ข๐๐š๐ง๐ซ๐š๐๐ข๐ค๐š๐ฅ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก
#๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ฒ๐Œ๐š๐œ๐œ๐Š๐‹
#๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š๐Œ๐š๐๐š๐ง๐ข
#๐’๐๐‘๐Œ๐Š๐‹

Address

Jalan Cochrane
Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60392065000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SPRM Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share