26/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐
Semoga sambutan Aidiladha ini mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.
Semoga semangat kebersamaan dan kasih sayang terus diperkukuh demi kesejahteraan masyarakat serta negara yang bebas rasuah dan berintegriti.
โDaging dan darah korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.โ
(๐๐ข๐๐โ ๐ด๐-๐ป๐๐๐, 22:37)
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐:
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
20/05/2026
Keputusan Ops Water : Penantian 10 Tahun jadi tumpuan
20/05/2026
Kronologi SKANDAL RASUAH Jabatan Air Negeri Sabah (JANS)
19/05/2026
๐๐๐๐ ๐ฅ๐๐๐๐ณ ๐๐ค๐ซ๐๐ซ ๐๐๐๐๐ฌ ๐๐๐ฌ๐ฎ๐๐ก ๐ฉ๐๐ซ๐ค๐๐ฌ๐ ๐ข๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐จ๐ซ๐ ๐๐ง๐ข๐ฌ๐๐ฌ๐ข
PNMB lafaz Ikrar Bebas Rasuah perkasa integriti organisasi | Harian Metro
Kuala Lumpur: Syarikat Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai tanda komitmen organisasi itu dalam mempertahankan prinsip amanah dan membanteras rasuah.
19/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ โ Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) telah mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berlangsung di Multipurpose Hall, Ibu Pejabat PNMB hari ini.
Majlis bertemakan โStrengthening Integrity for Sustainable Governanceโ itu mencerminkan komitmen berterusan PNMB dalam membudayakan integriti serta menolak sebarang bentuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, selaras dengan usaha organisasi memperkukuhkan sistem penyampaian yang telus, berakauntabiliti dan berintegriti tinggi dalam tadbir urus korporat.
Sesi kemuncak program menyaksikan lafaz dan pemeteraian Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNMB, Encik Radzifuddin bin Nordin sambil disaksikan oleh Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Timbalan Pesuruhjaya Mohamad Zakkuan bin Talib.
Lafaz ikrar tersebut menjadi manifestasi iltizam berterusan PNMB dalam menolak sebarang bentuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam organisasi.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa integriti tidak boleh dilihat sekadar slogan organisasi atau retorik pentadbiran semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui tindakan yang konsisten dan keberanian mempertahankan prinsip amanah di semua peringkat organisasi.
Beliau turut menekankan kepentingan konsep โtone from the topโ yang memperlihatkan peranan kepimpinan tertinggi sebagai pencetus budaya kerja berintegriti dan pemangkin kepada tadbir urus yang berkesan. Selain itu, beliau menegaskan bahawa sebagai syarikat strategik negara yang mengendalikan dokumen keselamatan dan urusan berkepentingan awam, PNMB berdepan risiko rasuah, salah guna kuasa dan ketirisan sekiranya aspek kawalan dalaman serta tatakelola tidak diperkukuhkan secara menyeluruh. Sehubungan itu, pendekatan pencegahan perlu diberi keutamaan termasuk pemerkasaan sistem kawalan dalaman, pengurusan risiko rasuah, latihan integriti dan pematuhan terhadap Seksyen 17A Akta SPRM 2009 berkaitan liabiliti korporat.
Program turut diserikan dengan sesi perkongsian bertajuk โIntegriti: Bukan Retorik Bicara Tetapi Paksi Tindakanโ yang disampaikan oleh Ketua Cawangan Penmas SPRM Kuala Lumpur, P/PsK Zairinhani binti Zulkifly yang menyentuh aspek pematuhan, akauntabiliti serta tanggungjawab warga organisasi dalam memperkukuhkan sistem penyampaian yang bebas daripada elemen rasuah.
Turut hadir pada majlis ini adalah YBhg Tan Sri Abdul Hamid Bador, Penasihat Keselamatan, Tradewinds Group Malaysia Sdn. Bhd, YBhg. Datuk Abdul Jamil Johari, Ketua Bahagian Siasatan dan Tadbir Urus Kumpulan, Tradewind Group (M) Sdn. Bhd., YBhg Datuk Haji Pkharuddin Haji Ghazali, Pengerusi Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan PKPj Noor Azeana binti Azis, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Kuala Lumpur.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐:
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
#๐๐ง๐ข๐ค๐๐ง๐๐
#๐๐๐๐๐๐๐ง๐๐๐ ๐๐ก๐๐ง
#๐๐จ๐ฆ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ฒ๐๐๐๐๐๐
#๐๐๐ซ๐๐ง๐ข๐๐๐ง๐๐๐๐ข๐ค๐๐ฅ๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐ข๐๐๐ฌ๐ฎ๐๐ก
18/05/2026
๐๐๐ฉ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง๐๐ง ๐ญ๐๐ซ๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐ฉ๐๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ญ๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ค ๐ญ๐๐ฅ๐๐๐๐ง ๐ค๐จ๐ฆ๐ข๐ญ๐ฆ๐๐ง ๐ฉ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐ข ๐ซ๐๐ฌ๐ฎ๐๐ก
Kepimpinan tertinggi perlu tunjuk teladan komitmen perangi rasuah | Harian Metro
Kuala Lumpur: Kepimpinan organisasi yang menunjukkan teladan serta pendirian tegas terhadap jenayah rasuah dan salah guna kuasa mampu membentuk budaya integriti dalam sesebuah organisasi.
18/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Kepimpinan Melalui Teladan Bentuk Budaya Integriti Organisasi
SPRM,Mohamad Zakkuan Talib, integriti dan tatakelo
18/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐ข โ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah mengadakan Program Dialog Pemantapan Integriti dan Tatakelola Dalam Perolehan bersama PNB Merdeka Ventures dalam usaha memperkukuh budaya integriti, ketelusan serta pematuhan tatakelola yang baik dalam pengurusan perolehan sektor korporat.
Program berbentuk forum yang menampilkan panel berkaliber seperti TPj Mohamad Zakkuan Talib, Pengarah SPRM Kuala Lumpur serta YBhg. Ir. Ts. Datoโ Izwan Hasli bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures telah dikendalikan oleh Puan Suzana Ahmad, Head, Governance & Assurance selaku moderator program.
Perkongsian berilmiah dari barisan panel memberi penekanan terhadap kepentingan pemerkasaan integriti, tadbir urus korporat serta pematuhan prosedur perolehan yang telus dan berakauntabiliti dalam organisasi. Selain itu, perbincangan turut menyentuh mengenai risiko rasuah, konflik kepentingan serta langkah pencegahan bagi memastikan setiap proses perolehan dilaksanakan secara beretika dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
TPj Mohamad Zakkuan Talib menekankan bahawa aspek integriti dan tatakelola yang mantap merupakan elemen penting dalam memastikan pengurusan organisasi sentiasa telus, cekap dan amanah yang akhirnya mampu meningkatkan kepercayaan masyarakat dan pihak berkepentingan. Beliau turut menegaskan bahawa pendekatan โtone from the topโ memainkan peranan amat penting dalam pembudayaan integriti dalam organisasi, di mana kepimpinan tertinggi perlu menunjukkan teladan, komitmen serta pendirian tegas terhadap pematuhan, tadbir urus baik dan penolakan terhadap sebarang perlakuan jenayah rasuah dan salah guna kuasa.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan PNB Merdeka Ventures dalam memperkukuh agenda pencegahan rasuah serta membudayakan integriti dan tadbir urus yang baik dalam sektor korporat selain menggalakkan aktiviti perniagaan dijalankan dalam suasana bersih dan cekap.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐:
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
#๐๐ง๐ข๐ค๐๐ง๐๐
#๐๐๐๐๐๐๐ง๐๐๐ ๐๐ก๐๐ง
#๐๐จ๐ฆ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ฒ๐๐๐๐๐๐
#๐๐๐ซ๐๐ง๐ข๐๐๐ง๐๐๐๐ข๐ค๐๐ฅ๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐ข๐๐๐ฌ๐ฎ๐๐ก
06/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐
Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) SPRM Tahun 2025 atas dedikasi dan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang tahun.
Syabas kepada SPRM Kuala Lumpur di atas kejayaan membanggakan menerusi pencapaian Anugerah Khas Ketua Pesuruhjaya bagi ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ Desa ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ ๐ฅ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ต ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐๐ผ๐บ๐๐ป๐ถ๐๐ถ ๐๐ฎ๐บ๐ฝ๐๐ป๐ด ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ ๐ฅ๐ฎ๐๐ฎ 2025.
Semoga kejayaan ini menjadi pemacu semangat juang untuk terus memberikan perkhidmatan cemerlang, telus dan dedikasi kepada masa depan negara Malaysia yang lebih teguh.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐:
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐