MiDAS Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

MiDAS Malaysia The world now is experiencing a spectre of defence and security issues. Incidents such as 11 Sept 2001 had influenced the global security landscape.

Malaysia, geographically being a country in the middle of South East Asia region shares her territorial

The 5th ASEAN Cyber Defence Network (ACDN) Meeting & Table Talk Exercise (TTX)Seminar  5th ASEAN Cyber Defence Network (...
06/10/2026

The 5th ASEAN Cyber Defence Network (ACDN) Meeting & Table Talk Exercise (TTX)

Seminar 5th ASEAN Cyber Defence Network (ACDN) Meeting & Table Talk Exercise (TTX) 2026 telah dilaksanakan sempena Cyber DSA 2026 dari jam 0900 hingga 1540 di bilik Novel, MITEC dengan penglibatan seramai 40 orang peserta terdiri daripada 11 orang wakil negara anggota ASEAN, Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia, National Cyber Security Agency (NACSA), Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO), Bahagian Perancangan Dasar dan Strategik (BDPS), Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) - Kementerian Pertahanan, Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS), CyberSecurity Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Seminar 5th ACDN dan sesi eksesais ini telah dianjurkan oleh BSEP dan dibantu oleh tim-tim eksesais. Sesi eksesais ini turut dimoderat oleh Pengarah Teknologi Komparatif, Kol Ts. Dr Maimunah binti Omar dan juga dibantu oleh fasilitator-fasilitator termasuk penyertaan Penolong Pengarah Teknologi, Cik Lailatul Afizdha Arip. Sesi eksesais dilaksanakan melalui pendekatan Scenario-Based Exercise (SBE) yang memfokuskan kepada dua senario utama ancaman siber iaitu Qilin Ransomware Attack dan Phishing Campaign via a Military Security Provider. Kedua-dua senario ini memberi peluang kepada para peserta untuk menilai kaedah threat identification, incident assessment, cyber incident response, information sharing, inter-agency coordination dan decision-making dalam menghadapi insiden siber yang berpotensi memberi kesan kepada sektor pertahanan dan keselamatan.

Selain daripada sesi eksesais, sesi seminar juga memaparkan perkongsian “Review of the ACDN Roadmap, Portal and Way Forward” dan “Cyber Threat Landscape Update”. Kedua-dua sesi ini memberikan pendedahan dan pemahaman yang lebih menyeluruh mengenai perkembangan semasa ACDN, hala tuju pelaksanaan roadmap dan portal ACDN dan landskap ancaman siber terkini di peringkat serantau.

Dari perspektif MiDAS, penglibatan dalam eksesais ini menyokong peranan institut sebagai platform penyelidikan dan analisis strategik dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Penglibatan MiDAS juga memberikan peluang untuk menilai capability gaps, coordination mechanisms dan lessons learned dalam aspek keselamatan siber di peringkat nasional dan ASEAN.

Secara keseluruhannya, sesi seminar dan eksesais ini memberikan manfaat yang signifikan kepada ASEAN dengan memperkukuh regional cyber defence cooperation, cyber resilience, interoperability dan trusted network dalam kalangan negara anggota ASEAN.


06/10/2026
SIBER SIAGA 2026 PERKUKUH KESIAGAAN STRATEGIK ATM MENDEPANI PEPERANGAN GENERASI BAHARUKUALA LUMPUR, 5 Oktober 2026 – Ang...
06/10/2026

SIBER SIAGA 2026 PERKUKUH KESIAGAAN STRATEGIK ATM MENDEPANI PEPERANGAN GENERASI BAHARU

KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2026 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus memperkukuh kesiagaan dan ketahanan siber negara menerusi penganjuran Siber Siaga 2026 yang memberi penekanan terhadap evolusi ancaman, transformasi teknologi serta cabaran peperangan generasi baharu.

Ketua Eksekutif Malaysia Institute of Defence and Security (MiDAS), Laksamana Madya Datuk Yusne bin Hj Mokhtar, bersama Laksamana Pertama Ts Dr Shaftdean Lutfy bin Rusland dan Brig Jen Dr Mahendra a/l Sekaran Nair, menghadiri Majlis Perasmian Siber Siaga 2026 bersempena Cyber Digital Services, Defence and Security Asia Exhibition and Conference (CyberDSA) 2026 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin.

Siber Siaga 2026 merupakan antara inisiatif strategik ATM dalam memperkukuh kesiagaan serta ketahanan siber negara, khususnya dalam menghadapi persekitaran keselamatan yang semakin kompleks, dinamik dan dipacu oleh perkembangan teknologi digital.

Penganjuran ini diterajui oleh Pemerintahan Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (PSEP) dengan kerjasama Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), sekali gus mencerminkan kepentingan pendekatan rentas agensi dan kolaborasi strategik dalam memperkukuh ekosistem pertahanan siber negara.

Mengangkat tema “HYPERWAR: MAN, MACHINE, DECISION”, Siber Siaga 2026 memberi fokus kepada cabaran peperangan generasi baharu yang menyaksikan teknologi, automasi dan kecerdasan buatan semakin mempengaruhi proses membuat keputusan serta pelaksanaan operasi.

Seiring dengan tema tersebut, Forum “Commanding the Hyperwar: Human Judgement, Machine Speed and Decision Superiority” turut diadakan bagi membincangkan keperluan mengimbangi kepantasan teknologi dengan pertimbangan manusia. Pendekatan ini penting bagi memastikan kelebihan teknologi dapat diterjemahkan kepada decision superiority tanpa mengetepikan pertimbangan strategik, konteks operasi dan akauntabiliti manusia.

Penganjuran Siber Siaga 2026 turut memperlihatkan komitmen berterusan ATM untuk memperkasa keupayaan siber dan elektromagnetik sebagai elemen penting dalam membentuk kesiagaan pertahanan yang berdaya tahan, adaptif dan responsif terhadap landskap ancaman masa hadapan.


06/10/2026
Article by:VICE ADMIRAL DATUK YUSNE BIN HJ MOKHTAR, CHIEF EXECUTIVE MiDAS
02/10/2026

Article by:
VICE ADMIRAL DATUK YUSNE BIN HJ MOKHTAR, CHIEF EXECUTIVE MiDAS

LETTER: It's been 10 years since the landmark 2016 South China Sea Arbitral Award between the Philippines and China. The argument remains on who actually won the legal argument.

MEMPERKUKUH PERSAHABATAN DAN HUBUNGAN STRATEGIK MALAYSIA–CHINA KUALA LUMPUR, 28 September 2026 – Malaysia Institute of D...
02/10/2026

MEMPERKUKUH PERSAHABATAN DAN HUBUNGAN STRATEGIK MALAYSIA–CHINA

KUALA LUMPUR, 28 September 2026 – Malaysia Institute of Defence and Security (MiDAS) telah menghadiri majlis resepsi yang dianjurkan oleh Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia sempena Ulang Tahun Ke-77 Penubuhan Republik Rakyat China, serta majlis perpisahan bagi Tuan Yang Terutama Ouyang Yujing, Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia.

MiDAS telah diwakili oleh YBhg. Laksamana Pertama Ts. Dr. Shaftdean Lufty bin Rusland yang hadir bersama isteri, YAM Paduka Puteri Tunku Muna Najiah binti Sultan Iskandar.

Majlis tersebut menghimpunkan pemimpin dan pegawai kanan Kerajaan Malaysia, wakil pelbagai sektor serta rakan-rakan strategik, sekali gus mencerminkan hubungan persahabatan dan kerjasama erat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan China.

Dalam ucapannya, TYT Ouyang Yujing turut mengimbas perkembangan positif hubungan Malaysia–China sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, termasuk kemajuan dalam kerjasama dua hala, persefahaman bersama serta hubungan antara rakyat kedua-dua negara.

Kehadiran MiDAS pada majlis ini turut membuka ruang bagi interaksi dan jaringan bersama komuniti diplomatik, pertahanan dan strategik, selaras dengan peranan MiDAS dalam menggalakkan dialog, persefahaman serta hubungan antarabangsa yang konstruktif.

MiDAS merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Republik Rakyat China sempena ulang tahun ke-77 penubuhannya, di samping menyampaikan penghargaan dan ucapan selamat maju jaya kepada TYT Ouyang Yujing setelah menamatkan tempoh perkhidmatan beliau di Malaysia.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-77 Penubuhan Republik Rakyat China. 🇨🇳

MAJLIS POLEMIK SEJARAH MALAYSIA SESI KE-56KUCHING, 1 Oktober 2026 — Majlis Polemik Sejarah Malaysia (MPSM) Sesi Ke-56 te...
01/10/2026

MAJLIS POLEMIK SEJARAH MALAYSIA SESI KE-56

KUCHING, 1 Oktober 2026 — Majlis Polemik Sejarah Malaysia (MPSM) Sesi Ke-56 telah berlangsung dengan mengetengahkan tema “Persempadanan Maritim Malaysia: Sejarah, Kedaulatan dan Geopolitik”.

Penganjuran kali ini menghimpunkan para akademik dan pakar daripada bidang sejarah, undang-undang, pertahanan dan keselamatan bagi membincangkan isu persempadanan maritim Malaysia dari perspektif sejarah, kedaulatan, geopolitik dan kepentingan strategik negara.

Antara panel pembentang ialah YBhg. Laksma Ts. Dr. Shaftdean Lufty bin Rusland, Pengarah Kanan Komprehensif Keselamatan, Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS) yang membentangkan tajuk: “Pendekatan Diplomasi dan Pertahanan dalam Menangani Tuntutan Bertindih Sempadan Maritim Malaysia.”

Pembentangan tersebut mengetengahkan peranan pendekatan diplomasi dan pertahanan dalam menangani tuntutan bertindih serta kepentingannya dalam memelihara kedaulatan, keselamatan dan kepentingan strategik maritim Malaysia.

Turut membentangkan kertas ialah YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Hazmi bin Mohd Rusli dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan tajuk “Dari Perjanjian Kolonial ke UNCLOS 1982: Sejarah Delimitasi Sempadan Maritim Malaysia” serta YBrs. Dr. Amy Azuan bin Abdullah dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang membincangkan “Pulau Layang-Layang sebagai ‘Arkib Hidup Kedaulatan’: Sejarah dan Geopolitik Malaysia di Laut China Selatan.”

MPSM Sesi Ke-56 turut menjadi platform penting bagi pertukaran pandangan secara ilmiah, perkongsian hasil kajian serta pemanfaatan sumber primer dan bahan arkib dalam memperkukuh pemahaman mengenai sejarah, kedaulatan dan kepentingan maritim Malaysia.

MiDAS terus komited menyumbang perspektif pertahanan dan keselamatan dalam memperkaya wacana nasional berkaitan kedaulatan serta kepentingan strategik maritim negara.









PERBINCANGAN MEJA BULAT DI PUSAT SERANTAU ASIA TENGGARA BAGI MENCEGAH KEGANASAN (SEARCTT) MENGENAI MISINFORMASI DAN PROS...
01/10/2026

PERBINCANGAN MEJA BULAT DI PUSAT SERANTAU ASIA TENGGARA BAGI MENCEGAH KEGANASAN (SEARCTT) MENGENAI MISINFORMASI DAN PROSES RADIKALISASI WANITA DALAM KEGANASAN

KUALA LUMPUR, 30 September 2026 – Satu Perbincangan Meja Bulat telah diadakan di Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCTT), Kementerian Luar Negeri, bagi membincangkan isu misinformasi dan disinformasi serta proses radikalisasi dan penglibatan wanita dalam keganasan.

Perbincangan ini dipengerusikan oleh Datin Paduka Nur Ashikin Mohd Taib, Ketua Pengarah SEARCTT, Kementerian Luar Negeri, dengan penglibatan peserta daripada pelbagai agensi dan institusi berkaitan. MiDAS diwakili oleh Lt Kol Shafiron, Penolong Pengarah Kontemporari Keselamatan.

Sesi 1:
Misinformasi/Disinformasi dan Pemaparan Keganasan: Memahami Naratif dalam Talian, Kerentanan dan Risiko memberi tumpuan kepada pemahaman terhadap naratif dalam talian, penyebaran maklumat serta bagaimana kandungan berkaitan keganasan boleh mempengaruhi persepsi, kerentanan dan risiko dalam kalangan masyarakat. Perbincangan turut meneliti cabaran dalam mengenal pasti serta memahami bentuk naratif dan maklumat yang berpotensi menyumbang kepada risiko radikalisasi.

Sesi 2:
Memahami Proses Radikalisasi dan Peranan Wanita dalam Keganasan di Malaysia melalui Kerangka Tipologi Bergender p**a membincangkan laluan dan pengalaman yang boleh mempengaruhi proses radikalisasi serta penglibatan wanita dalam keganasan. Perbincangan turut menyentuh aspek hubungan sosial, pendedahan, agensi, kerentanan dan kepelbagaian peranan wanita, di samping meneliti kepentingan memahami faktor-faktor tersebut dalam membangunkan pendekatan pencegahan keganasan dan ekstremisme ganas yang lebih responsif gender.

Perbincangan ini menjadi platform pertukaran pandangan dan kepakaran dalam memperkukuh pemahaman terhadap cabaran keselamatan berkaitan misinformasi, disinformasi, naratif dalam talian dan proses radikalisasi, khususnya dalam konteks Malaysia.

CAKNA PERTAHANAN TINGKAT KESEDARAN PELAJAR TALENT CRAFT TVET USIMNILAI, NEGERI SEMBILAN, 29 September 2026 – Malaysian I...
01/10/2026

CAKNA PERTAHANAN TINGKAT KESEDARAN PELAJAR TALENT CRAFT TVET USIM

NILAI, NEGERI SEMBILAN, 29 September 2026 – Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) terus memperkukuh usaha menyemai kesedaran berkaitan pertahanan dan keselamatan negara melalui program Cakna Pertahanan bersama pelajar Talent Craft TVET, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.

Program tersebut menampilkan Kolonel Ts Dr Maimunah Omar, Pengarah Keselamatan Komparatif MiDAS, sebagai penceramah yang berkongsi pengetahuan dan kesedaran berkaitan kepentingan pertahanan negara serta peranan masyarakat dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

Seramai 100 orang pelajar telah menyertai program berkenaan yang dimulakan dengan sesi penerangan bertemakan “Pertahanan Negara Tanggungjawab Bersama”. Sesi tersebut kemudiannya diteruskan dengan soal jawab dan interaksi bersama para pelajar berkaitan isu pertahanan dan keselamatan negara.

Program mendapat sambutan yang amat menggalakkan, dengan para pelajar menunjukkan minat serta semangat yang tinggi sepanjang sesi berlangsung.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen MiDAS dalam memperluas kefahaman masyarakat, khususnya generasi muda, terhadap kepentingan pertahanan, keselamatan dan kedaulatan negara.



MiDAS HADIRI SPECIAL LECTURE: FROM KASHMIR TO PALESTINE – OCCUPATION IS THE CRIMEKUALA LUMPUR, 29 September 2026 – Malay...
01/10/2026

MiDAS HADIRI SPECIAL LECTURE: FROM KASHMIR TO PALESTINE – OCCUPATION IS THE CRIME

KUALA LUMPUR, 29 September 2026 – Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) diwakili oleh Kolonel Ts Dr Maimunah Omar, Pengarah Keselamatan Komparatif, serta Encik Muhammad Faiz, pelatih industri dari Taylor’s University telah menghadiri program Special Lecture: From Kashmir to Palestine: Occupation is the Crime yang disampaikan oleh Dr Ghulam Nabi Fai, Secretary General, World Kashmir Awareness Forum.

Program berbentuk perbincangan tertutup tersebut membincangkan implikasi perundangan dan hak asasi manusia terhadap masyarakat Kashmir yang berlarutan hampir enam dekad, di samping meneliti pelbagai resolusi serta cadangan penyelesaian yang telah diusahakan dalam menangani isu berkenaan.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), pegawai-pegawai kedutaan Pakistan, Iran dan Sudan, serta ahli akademik dan pakar bidang daripada agensi berkaitan.

Dalam sesi perbincangan, Kolonel Ts Dr Maimunah turut berkongsi pandangan berkaitan naratif dan perspektif terhadap isu Kashmir, khususnya melalui perbandingan dengan isu-isu kemanusiaan lain yang berlaku di seluruh dunia.

Penyertaan MiDAS dalam program ini mencerminkan komitmen institut dalam memperkaya perspektif serta pemahaman terhadap isu keselamatan, kemanusiaan dan geopolitik semasa.


Address

Jalan Padang Tembak
Kuala Lumpur
50634

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:00 - 17:00

Telephone

+60340127304

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MiDAS Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MiDAS Malaysia:

Shortcuts

Share