MiDAS Malaysia

MiDAS Malaysia

Share

The world now is experiencing a spectre of defence and security issues. Incidents such as 11 Sept 2001 had influenced the global security landscape.

Malaysia, geographically being a country in the middle of South East Asia region shares her territorial

01/06/2026

Daulat Tuanku.

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Sembah takzim daripada
Warga Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS)

26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H buat seluruh umat Islam yang merayakannya.

Semoga ibadah korban ini mengajar kita erti keikhlasan yang mendalam dan memperkasakan ketabahan dalam mendepani apa jua cabaran demi agama, bangsa dan negara.

Photos from MiDAS Malaysia's post 21/05/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 π“π„π‘πˆπŒπ€ 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π πŒπ€π‘πˆπ“πˆπŒ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ€πŠπˆπ“π€ππ†π€π ππ„π‘π“π”πŠπ€π‘ πŠπ„π‹π”π€π‘

Kuala Lumpur, 21 Mei 2026 – Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Keselamatan Maritim telah berlangsung melibatkan penyerahan tugas daripada Kdr Ali Noor Aminullah bin Ali Noor Razak TLDM kepada Kepten Jamalul Shafri bin Mohd Shukor TLDM. Warga MiDAS turut mengalu-alukan kehadiran Kepten Jamalul Shafri bin Mohd Shukor TLDM dan mengucapkan selamat datang ke MiDAS.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Ketua Eksekutif MiDAS, Laksda Datuk Yusne bin Hj Mokhtar serta turut diraikan bersama pegawai-pegawai dan kakitangan MiDAS.

Dalam majlis yang sama, Pn Hafiza binti Sadawi turut diraikan sempena pertukaran beliau ke Bahagian Perolehan MINDEF. Warga MiDAS merakamkan penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau serta mengucapkan selamat maju jaya dalam penugasan di tempat baharu.

Photos from MiDAS Malaysia's post 20/05/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 ππ”π’πŒπ€π’ πŠπ„ππ€πƒπ€ πŠπ„π“π”π€ π„πŠπ’π„πŠπ”π“πˆπ… πŒπˆπƒπ€π’

Kuala Lumpur, 18 Mei 2026 – Pengarah Pusat Strategi Maritim dan Sejarah (PUSMAS), Kepten Sugenderan a/l Nagalan TLDM telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Eksekutif Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS), Laksda Datuk Yusne bin Hj Mokhtar.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara PUSMAS dan MiDAS, khususnya dalam aspek penyelidikan, strategi maritim, keselamatan serta perkongsian ilmu berkaitan pertahanan negara.

Pertemuan itu turut menjadi platform perbincangan mengenai potensi kerjasama pada masa hadapan bagi memperkasa pembangunan pemikiran strategik dan keselamatan maritim negara melalui penglibatan kedua-dua organisasi.

Photos from MiDAS Malaysia's post 15/05/2026

Kunjungan Hormat Mindmatic Sdn Bhd

Kuala Lumpur, 15 Mei 2026 – Kunjungan hormat oleh wakil Mindmatic Sdn Bhd kepada Ketua Eksekutif Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS), Laksamana Muda Datuk Yusne bin Hj Mokhtar telah berlangsung di Pejabat Ketua Eksekutif MiDAS pada 15 Mei 2026.

Kunjungan tersebut menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, di samping mengadakan sesi pertukaran pandangan berkaitan pembangunan teknologi, inovasi, pendigitalan serta ekosistem keselamatan dan pertahanan negara yang semakin berkembang.

Sesi berkenaan turut membuka ruang perbincangan mengenai potensi kolaborasi pada masa hadapan, khususnya dalam aspek penyelidikan, pembangunan teknologi baharu dan perkongsian kepakaran selaras dengan aspirasi memperkasa keupayaan industri pertahanan serta keselamatan Malaysia ke arah yang lebih berdaya saing, mampan dan progresif di peringkat serantau mahupun antarabangsa.



Photos from MiDAS Malaysia's post 14/05/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πƒπ€π‘πˆ 𝐀𝐒𝐄𝐋𝐒𝐀𝐍 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπ„ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€π πˆππ’π“πˆπ“π”π“π„ πŽπ… 𝐃𝐄𝐅𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐀𝐍𝐃 π’π„π‚π”π‘πˆπ“π˜ (πŒπ’πƒπ€π’)

12 Mei 2026 – Satu kunjungan hormat dan sesi perbincangan telah diadakan oleh wakil ASELSAN Malaysia, Mr Mehmet Kaya, selaku Country Director ASELSAN Malaysia kepada Ketua Eksekutif Malaysian Institute of Defence and Security, Laksda Datuk Yusne bin Hj Mokhtar bertempat di bilik Ketua Eksekutif MiDAS.

Dalam sesi tersebut, Laksda Datuk Yusne bin Hj Mokhtar mengalu-alukan kunjungan pihak ASELSAN Malaysia serta menzahirkan penghargaan atas usaha memperkukuh hubungan strategik bersama MiDAS dan komuniti pertahanan negara.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkenalkan dan mengukuhkan lagi kehadiran ASELSAN di Malaysia di samping membincangkan potensi kerjasama strategik bersama komuniti pertahanan negara. Selain itu, pertemuan ini turut memberi fokus kepada usaha menyokong pembangunan industri pertahanan tempatan melalui perkongsian kepakaran, teknologi dan pembangunan keupayaan industri.

Sesi perbincangan yang berlangsung turut menjadi platform pertukaran pandangan berkaitan perkembangan teknologi pertahanan semasa serta ekosistem keselamatan dan pertahanan serantau. Dalam masa yang sama, kedua-dua pihak turut berkongsi pandangan dan pengalaman dalam memperkasakan kerjasama strategik yang mampu memberi manfaat kepada pembangunan industri pertahanan negara.

Kunjungan ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan profesional antara MiDAS dan ASELSAN Malaysia serta membuka lebih banyak ruang kerjasama pada masa hadapan dalam usaha menyokong pembangunan ekosistem pertahanan negara yang mampan, berdaya saing dan berteknologi tinggi.

Photos from MiDAS Malaysia's post 13/05/2026

πŒπˆπƒπ€π’ πŒπ„ππ†π‡π€πƒπˆπ‘πˆ ππ„π‘ππˆππ‚π€ππ†π€π π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ πƒπˆ ππ€π“πˆπŽππ€π‹ πˆππ’π“πˆπ“π”π“π„ π…πŽπ‘ 𝐃𝐄𝐅𝐄𝐍𝐒𝐄 π’π“π”πƒπˆπ„π’ (ππˆπƒπ’), πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐏𝐔𝐍
Tokyo,Jepun, 5 - 8 Mei 2026 – Malaysia Institute of Defence and Security (MiDAS) telah menyertai satu sesi perbincangan strategik antara institusi pemikir (think tank-to-think tank engagement) bersama National Institute for Defense Studies (NIDS), di bawah Ministry of Defense Japan pada 5 - 8 Mei 2026 di Tokyo, Jepun.
Perbincangan tersebut memfokuskan kepada perkembangan keselamatan maritim serantau, kepentingan strategik Selat Melaka sebagai laluan perdagangan utama dunia, serta dinamika keselamatan di Laut China Selatan.

Selain itu, tumpuan turut diberikan kepada impak teknologi baharu yang sedang muncul terhadap landskap keselamatan, termasuk kecerdasan buatan, sistem tanpa pemandu, dan keupayaan pengawasan maritim yang semakin canggih. Perbincangan ini turut meneliti implikasi geopolitik serta cabaran bukan tradisional seperti keselamatan rantaian bekalan dan ancaman hibrid.

Penglibatan ini telah menyediakan satu platform penting bagi pertukaran pandangan secara mendalam mengenai cabaran keselamatan di rantau Indo-Pasifik. Di samping itu, interaksi tersebut turut memperkukuh hubungan institusi antara MiDAS dan NIDS dalam usaha meningkatkan kefahaman bersama terhadap isu-isu strategik dan keselamatan maritim serantau.

Secara khusus, program ini memberi nilai tambah kepada MiDAS dalam memperluas rangkaian antarabangsa, memperkaya input penyelidikan dasar, serta menyokong pembangunan kapasiti analisis strategik yang lebih komprehensif dan berdaya saing di peringkat global.

Delegasi MiDAS dalam sesi ini diwakili oleh Komander Ali Noor Aminullah bin Ali Noor Razak serta Cik Nor Aini Mohd Nordin, kedua-duanya merupakan Penolong Pengarah Keselamatan Maritim di MiDAS.







Photos from MiDAS Malaysia's post 13/05/2026

πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πˆππ’π“πˆπ“π”π“π„ πŽπ… 𝐃𝐄𝐅𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐀𝐍𝐃 π’π„π‚π”π‘πˆπ“π˜ (πŒπˆπƒπ€π’) πŒπ„ππ˜π„π‘π“π€πˆ ππ„πˆπ‰πˆππ† π—πˆπ€ππ†π’π‡π€π ππ€π•πˆπ†π€π“πŽπ‘
Beijing, 9 Mei 2026 – Malaysia Institute of Defence and Security (MiDAS) terus memainkan peranan signifikan dalam memperkukuh suara Malaysia di pentas keselamatan antarabangsa apabila menyertai Beijing Xiangshan Navigator 2026 yang berlangsung dari 7 hingga 9 Mei di Beijing, China.

Forum berprestij yang bertemakan β€œGlobal Security Governance: Challenges and Approaches” ini menghimpunkan seramai 120 pegawai kanan dan pakar keselamatan dari 43 negara. Program ini turut berfungsi sebagai platform awal (prelude) kepada Beijing Xiangshan Forum yang dijadualkan berlangsung pada September tahun ini.

Delegasi Malaysia diwakili oleh Encik Ahmad Tajuddin bin Mohd Said, Penolong Pengarah Keselamatan Kontemporari MiDAS. Turut hadir ialah YBhg Dato’ Amir, Setiausaha Bahagian Dasar, serta Puan Raziffi Rahim, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik dari Kementerian Pertahanan Malaysia.

Dalam forum tersebut, Dato’ Amir telah dijemput sebagai ahli panel bagi sesi bertajuk β€œNew Security Challenges in the Asia-Pacific”, yang membincangkan dinamika keselamatan serantau yang semakin kompleks. Sementara itu, wakil MiDAS turut menyumbang pandangan sebagai panelis dalam dua sesi utama iaitu β€œRoles of International Forums in Global Security Governance” serta β€œResponsibility for Safeguarding International Common Security”.

Dalam perkongsian tersebut, MiDAS menegaskan bahawa forum antarabangsa merupakan wadah penting bagi negara kecil dan sederhana untuk menyuarakan kepentingan serta perspektif mereka, khususnya dalam memastikan keseimbangan kuasa global yang lebih stabil dan inklusif. Pendekatan ini dilihat kritikal dalam menjamin keamanan dan kemakmuran bersama, terutama dalam konteks persaingan kuasa besar yang semakin ketara.

Selain itu, MiDAS turut menekankan keperluan memperkukuh diplomasi dan kerjasama strategik sebagai alternatif kepada pendekatan konfrontasi ketenteraan. Usaha menangani punca ketidakstabilan global serta pemanfaatan teknologi baharu secara bertanggungjawab juga dilihat sebagai elemen penting dalam membina daya tahan keselamatan kolektif.

Penyertaan aktif Malaysia dalam forum sebegini bukan sahaja membuka ruang pertukaran pandangan dengan rakan antarabangsa, malah membolehkan negara memperoleh perspektif baharu mengenai cabaran keselamatan semasa. Pada masa yang sama, ia turut mencerminkan pengiktirafan komuniti global terhadap peranan dan pendirian Malaysia dalam landskap keselamatan antarabangsa.

Photos from MiDAS Malaysia's post 13/05/2026

πŒπ’πƒπ€π’ π’π„π‘π“π€πˆ π’π„π’πˆ ππ„π‘ππˆππ‚π€ππ†π€π ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŒπ€πŠπ“π€π 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐒 π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 (πŒπ“π€π“)

Jumaat, 8 Mei 2026 – Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) telah dijemput untuk memberikan pandangan serta ulasan akademik terhadap kertas pembentangan sempena sesi engagement bersama Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT).

MiDAS telah diwakili oleh Leftenan Kolonel Mohd Fuad bin Hj Nazri, Penolong Pengarah Kanan Kajian Polisi, Cik Nur Afiqah binti Mohd Afendi Pelatih Industri Keselamatan Maritim dan Cik Nor Amalia binti Saupi, Pelatih Industri Hubungan Antarabangsa dalam sesi tersebut yang menghimpunkan pegawai serta peserta kursus bagi membincangkan isu-isu berkaitan pertahanan, keselamatan dan pembangunan strategik semasa. Penglibatan ini mencerminkan komitmen berterusan MiDAS dalam menyokong pembangunan wacana strategik serta memperkukuh hubungan kerjasama dengan institusi pendidikan ketenteraan negara.

Sesi perbincangan turut menyentuh kepentingan pembangunan modal insan pertahanan, pengukuhan peranan institusi pemikir (think tank), serta kepentingan kerjasama strategik antara agensi dalam mendepani cabaran keselamatan masa hadapan. Selain itu, perkongsian pandangan turut memberi penekanan terhadap keperluan memperkasakan pembangunan kepimpinan, kesiapsiagaan organisasi dan penglibatan pelbagai pihak termasuk sektor kerajaan, industri dan akademia dalam ekosistem pertahanan negara.

Program seperti ini selari dengan usaha berterusan MiDAS dalam memperkukuh jaringan strategik, memperluas ruang pertukaran idea serta menyokong pembangunan kepakaran dalam sektor pertahanan dan keselamatan negara.





Photos from MiDAS Malaysia's post 11/05/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ π„π—π„π‘π‚πˆπ’π„ ππ„π‘π’π€πŒπ€ π’π‡πˆπ„π‹πƒ πŸπŸŽπŸπŸ”

BUTTERWORTH, PULAU PINANG, 27 Apr 26 - Pada 27 hingga 28 April 2026, Lt Kol Shafiron bin Saad dan Komander Ali Noor Aminullah bin Ali Noor Razak TLDM telah menghadiri lawatan ke Five Power Defence Arrangements (FPDA) di HQIADS, Butterworth, Pulau Pinang. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada Exercise Bersama Shield 2026, yang memberi pendedahan tentang latihan gabungan dan operasi ketenteraan moden.

Pada 27 April, mereka dibawa ke HQAIDS, Butterworth, untuk sesi taklimat yang mendalam mengenai sejarah dan peranan FPDA yang telah bermula sejak 1971. Dalam sesi ini, mereka diperkenalkan dengan bagaimana latihan gabungan FPDA dijalankan, terutamanya fasa peperangan (war phase) yang melibatkan aset nyata (live assets). Latihan ini melibatkan operasi gabungan pelbagai negara dan memberi peluang kepada peserta untuk melihat bagaimana pusat kawalan operasi gabungan ini berfungsi, termasuk penggunaan dron yang dijalankan oleh tentera Malaysia dan Singapura.

Pada 28 April, sesi perbincangan diadakan di Hotel G Tower, Georgetown, Pulau Pinang, bersama panel-panel dari FPDA dan negara-negara ASEAN termasuk Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, dan Laos. Perbincangan ini bertujuan untuk meningkatkan kerjasama FPDA dan ASEAN dalam menghadapi cabaran keselamatan serantau. Peserta juga diberi pendedahan mengenai beberapa sistem penting yang digunakan di HQAIDS, antaranya FPDA Official Network, Cooperative Maritime Forces Pacific (CMFP), dan sistem Integrated Safety and Situational Awareness Tool (ISAT). ISAT adalah sistem baru yang menggantikan sistem lama, memberikan kesedaran situasi dan pemahaman medan perang dengan mengumpul data dari pelbagai pusat operasi.

FPDA kekal sebagai platform keselamatan yang penting tanpa komitmen pakatan ketenteraan formal, namun tetap menyumbang kepada deterrence dan interoperability di antara negara-negara anggota. Melalui penyertaan dalam Exercise Bersama Shield 2026, Malaysia terus memperkukuhkan kedudukannya dalam kerjasama ketenteraan serantau dan memanfaatkan teknologi serta latihan moden untuk memodenkan ATM.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Padang Tembak
Kuala Lumpur
50634

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:00 - 17:00